BAB 1

Romance Completed 15718

"Kita jumpa dekat sana ya Sarah!" Jerit Nurul dari corong telefon. Aku menutup sebelah mataku sambil menjarakkan telefon dari telinga. Pekak telinga aku mendengar jeritan Nurul.

"Ya ya.. sabar.. aku on the way ni.." kata aku sambil melihat jam.

"Dalam pukul tiga aku sampai." Kata aku lagi. Suara aku kedengaran biasa tetapi aku sebenarnya teruja. Ye lah, siapa tak teruja. Kita nak jumpa member baik kita dari sekolah rendah. Dah lama tak jumpa asyik berhubung melalui whatsapp je. Akhirnya setelah sekian lama kami akan berjumpa juga dengan member aku tu.

Oh ya, biar aku perkenalkan diri aku dahulu. Nama aku Nur Sarah Adrianna binti Mohd Azlee. Kawan kawan aku panggil aku Chott. Hehehehe... lain gilakan dengan nama sebenar aku. Urm biar ah. Aku suka.

Umur aku 18 dan aku belum decide nak sambung belajar or terus kerja.

Ayah aku seorang CEO syarikat terkemuka di Malaysia. Mak aku seorang bekas Model antarabangsa. Okay itu tipu je. Angan angan kosong sahaja. Yang sebenarnya ayah aku merupakan seorang pensyarah di Taylor University dan mak aku seorang peniaga baju online dan pemilik restoran seafood.

Seperti yang kau orang semua nampak aku ni kuat berangan. Yes, tersangatlah kuat berangan and aku ni berperangai kasar seperti lelaki. Nak tahu kenapa? Haa sebab aku ada empat orang abang lelaki. Empat orang abang lelaki tu tak apa yang menjadikan aku kasar adalah sebab abang aku ni suka ajak aku lepak mamak, main futsal, skate.. dari kecil aku sudah terbiasa membontot langkah abang abang aku. Mereka ini bagi aku perosak bangsa dan jiwa aku sebab suka merosakkan plan plan aku bersama rakan rakan perempuan aku. Akhirnya ketika umur aku 12 tahun aku sudah jarang lepak dengan perempuan. Aku cuma lepak dengan lelaki. Kalaulah aku tiada baju. Baju abang akulah yang aku akan ambil. Jadi aku tak perlu beli baju baru. Baju abang aku, Ariff yang tua setahun itulah yang selalu menjadi mangsa aku. Muahhahaha! Muat tak muat aku tak kisah. Sebab selalu bila aku pakai kawan kawan aku akan puji aku sebab mereka suka dengan cara pemakaian aku. Tanpa mereka tahu yang sebenarnya aku ni suka ambil baju abang aku. Walaupun begitu, ibu selalu mencuri masa untuk dia membuat aku kelihatan seperti perempuan. Kulit wajah aku putih, bersih dan tiada jerawat langsung. Glowing gitu.. rambut aku cantik, lurus berkilat. Panjang paras siku aku. Aku selalu nak potong tetapi di tegah oleh ibu. Hmm tapi bila ibu tiada ataupun ibu leka abang pertama aku Daniel lah yang akan di tugaskan menjaga kulit dan rambut aku ini. Tetapi abang pun sama. Harapkan pegar pegar makan padi. Bila ibu tiada macam macam yang dia lakukan dengan rambut aku. Warnakan warna mengikut kesukaan dia. Malah di potong rambut aku. Apabila ibu balik bukan abang yang dimarahi tetapi aku. Hmm sakit hati betul. Eh, taklah.. sebenarnya aku tak pernah kena marah dengan ibu pun.. heheh...

Walaupun bukan aku yang kena marah aku pasti akan pura pura merajuk, kemudian abang pujuk aku. Dia belikan aku baju dan belanja aku makan. Yess!! Makanan! Aku memang suka makan ikut perangai abang kedua aku, Radzi. Dia kalau bab makan memang legend tetapi tu lah, badan tetap tuff dan Sado. Aku ni makan sikit pipi naik. Hmm.. dan bila pipi tembam abang ketiga aku Amall, akan cubit pipi aku sehingga merah. Ibu biasa akan marah tetapi marahnya akan jadi ketawa pula bila lihat ayah turut join cubit pipi aku yang tembam.

Tentang abang yang keempat, Ariff dia yang paling baik dan dia yang selalu jadi mangsa buli aku. Aku ambil pakaian dia itu cuma perkara biasa. Biasanya aku akan buli dia untuk bawa aku kemana mana sahaja. Tetapi walaupun dia pendiam dan menurut arahan aku dia adalah abang yang paling garang dan ganas. Yes.. dia kalau ajak bergurau mula mula memang tak nak sekali dia dah join kitaorang bergurau dan jadi empat lawan satu dan dia walaupun berlawan seorang dia selalu menang. Hmm, ala ala Jong Kook Running Man cuma abang aku tak tuff macam tu dan lagi hensem dari dia. Muahahaha!

Okay tu baru pengenalan tentang keluarga aku belum lagi kawan kawan aku. Hmmm lagi lama. Eh tak lama kot sebab aku bukannya ramai kawan.

Kawan pertama aku Sharifah Sarah Sabrina binti Syed Shahrullidzafar. Entah betul ke tidak nama ayah dia ni aku eja ni. Aku panggil dia Beena. Kawan yang sama kepala dengan aku. Perangai jijik aku semua keluar depan dia. Kemudian Shahrizzat Izzuddin Kamil Shah. Aku panggil dia Ijatt! Ni member kelas and member paling pelik perangai aku ada. Tapi walau macam mana pun dia tu playboy tau. Jangan dekat dengan dia.

Yang ketiga Nurul Nabilah. Hurm. Member baik dari sekolah rendah. Member yang aku nak sangat jumpa sebab dah lama sangat tak jumpa. Hehehe...

Okay kita mula balik cerita kita. Minggu lepas aku tiba tiba rasa sedih and aku dengan sengaja scroll contact dalam telefon aku. Nak tahu aku jumpa apa? Nombor Nurul. Mati mati aku ingatkan aku dah delete nombor tu sekali ada. Ingatkan dah lost contact ke apa.

Aku pun call lah Nurul and dia angkat. Kitaorang bercerita punyalah lama and kemudian aku decide nak jumpa dia pada hari jumaat minggu ini.

Chat punya chat si Nurul ni pula tiba tiba kata ada budak nak kenal dengan aku. The Fish! Aku tak nak lah...

Dengan muka bosan aku kata aku malu and what so ever. Tapi still mamat tu nak kenal dengan aku. Aku yang waktu tu tengah lepak dengan Beena yang tengah dating dengan boyfriend dia Ahmad Danish yang aku panggil Danish meroyan tiba tiba. Penat mereka nak tenangkan aku.

Walaupun aku ni dah biasa dengan lelaki tapi, untuk teruskan tahap lain dengan lelaki aku tak boleh. Bila ada lelaki sukakan aku serta merta aku akan berubah menjadi jahat! Tak suka tak suka!

Tarikh dan tempat di tetapkan. Aku akan berjumpa dengan Nurul di tempat kerjanya. Di kedai Ayam Penyet di sebuah tempat yang di rahsiakan. (Ehem ehem sebab kebanyakkan kisah ni kisah benar.) siapa percaya dia katik.

Dan itu lah permulaan cerita cinta aku yang menyesakkan dada aku.

Saksikanlah...

Ehh... bacakan lah ya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience