BAB 19

Romance Completed 15718

Nurul

"Apa kita nak buat ni Naz. Aku perasan makin lama makin ramai orang mencari kita. Macam mana kita nak hidup?" Kata aku pada Naz yang sedang mengira duit. Duit yang aku pinjam daripada along untuk membebaskan Naz dan menampung kehidupan aku, Naz dan bayi aku.

"Kita lari ke siam." Kata Naz. Terkejut aku.

"Aku mana ada passport." Kata aku cemas. Naz mengeluh geram.

"Kau ni bodoh ke apa? Aku tak kata kita lalu dekat kastam pun. Ingan sikit kita ni pelarian. Kita guna sampanlah!" Naz memaki aku.

"Mana aku tahu.." kata aku perlahan.

"Duit kita dah nak habis. Pergi pinjam along lagi!" Arah Naz. Terkejut aku.

"Dah nak habis. Aku pinjam 20K kan hari tu. Kenapa cepat sangat habis?" Tanya aku pelik. Naz buat muka.

"Kau main judi ke?" Naz memandang aku marah. Rambut aku di tarik.

"Ah! Sakit Naz!" Jerit aku.

"Aku nak main judi ke apa, itu masalah aku! Pergi pinjam along lagi!! Guna nama Sarah sebagai penjamin!"

Aku menangis.

"Tapi kesian lah Sarah. Apa salah dia dengan kita..."

Tiba tiba Naz menampar aku kuat.

"Apa salah dia? Oi perempuan! Kau tahu tak perempuan tu dah tolak cinta aku! Dia tolak cinta aku lepas tu dia masukkan aku dalam jail! Kau ingat senang senang aku nak lepaskan dia!!" Jerit Naz. Aku hanya memejamkan mata.

"Tapi... aku ada Naz. Aku ada.. anak kita pun ada.." kata aku perlahan. Naz lagi sekali menampar aku. Aku terjatuh terduduk ke lantai. Perut aku terhentak pada bucu meja.

"Pergi mampus! Bukan kau yang aku nak! Kau kena ingat sikit! Kau tu cuma tempat pelempiasan nafsu aku je!!" Jerit Naz lalu berlalu pergi meninggalkan aku sendiri dengan darah yang sudah membasahi seluar aku.

****

"Pak cik.. tolong bawa saya ke hospital." Kata aku pada Pak cik teksi tersebut. Kelam kabut pak cik itu membawa aku ke hospital.

Sesampai sahaja aku di hospital aku di masukkan ke wad. Anak aku di sahkan gugur.

Aku cuba menelefon Naz tetapi Naz tidak mahu mengangkat. Dia cuma menghantar pesanan bahawa dia sudah berjaya mendapatkan duit dan esok subuh kami akan bergerak ke Kelantan.

Aku menggigit bibir. Selepas segala pengorbanan yang aku lakukan. Begini balasan dia kepada aku. Aku diperlakukan sesuka hati. Aku terpaksa menipu kawan baik aku. Mempergunakan kesenangan hidup dia untuk aku dan Naz. Tetapi Naz lakukan aku seperti sampah. Aku menggigit bibir.

Runsing akan apa yang perlu aku lakukan selepas ini.

****
Sarah POV

"Sarah sure ke tingkat 5 ni?" Tanya Uncle. Aku mengganggukan kepala. Kami keluar daripada lif lalu aku terus berjalan ke arah kaunter di mana nurse sedang berbual.

"Nurse. Ada tak pesakit bernama Nurul Nabilah?" Tanya aku sopan.

"Cik ke Sarah Adrianna?" Tanya nurse tersebut. Aku mengganggukkan kepala.

"Sila ikut sini cik." Kata nurse tersebut sambil membawa aku dan uncle ke wad yang di tempatkan Nurul. Pintu di buka lalu aku ternampak tubuh Nurul yang sedang duduk sambil menangis di atas sofa. Aku mengucapkan terima lasih kepada nurse tersebut. Uncle berdiri di hadapan pintu memerhatikan Nurul. Aku pula menghampiri Nurul.

"Nurul.." panggil aku perlahan. Nurul menoleh ke arah aku.

"Sarah!!" Nurul cuba memeluk aku tetapi aku menjauhkan diri aku daripada dia. Nurul terdiam. Dia lalu menghampiri katilnya.

"Aku tahu aku salah. Aku minta maaf Sarah." Kata Nurul. Aku tersenyum hambar.

"Mana Naz."

"Esok subuh kami akan bergerak ke Kelantan. Naz ajak aku lari ke siam. Sarah, dia dah pinjam duit along lagi guna nama kau. Kau kena berhati hati." Kata Nurul. Aku memandang uncle.

"Tentang tu aku boleh uruskan." Nurul menghulurkan nombor telefonnya.

"Sekejap lagi aku akan keluar daripada hospital. Subuh kami bergerak. Kami akan melarikan diri melalui sempadan thailand dan Malaysia. Kau... gunakan jelah apa cara yang kau mampu. Tangkap dia." Kata Nurul. Aku memandang dia dingin.

"Aku minta maaf lagi sekali Sarah.. kata Nurul lalu terus berjalan masuk ke bilik air. Aku memandang uncle." Kami berjalan seiring keluar dari bilik.

"Boleh percaya ke?" Tanya aku.

"Tak pe. Nanti uncle tanya kawan uncle yang kerja dekat Kelantan." Aku membayar dahulu bil perubatan Nurul sebelum berlalu pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada Nurul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience