BAB 18

Romance Completed 15718

"Sarah sabar ya. Uncle akan pastikan mereka di tangkap." Kata lelaki itu sambil mengusap pipi aku yang biru.

Isterinya memandang aku sayu.

"Doktor dalam perjalanan ke sini. Sarah rehat dulu ya." Aku mengganggukkan kepala. Lalu aku memandang ke arah luar tingkap.

"Sarah rindu family Sarah." Kata aku sayu.

"Takpe uncle faham. Uncle janji uncle akan tolong Sarah cepat. Sarah pun jaga diri Sarah. Jangan keluar seorang diri macam tadi. Kan along tu dah detect Sarah. Terpaksa uncle pindahkan Sarah cepat cepat."

"Sorry sebab susahkan uncle dan aunty. Sarah cuma tak nak keluarga Sarah sakit sebab Sarah." Kata aku perlahan.

"Tak apa sayang. Aunty faham." Lalu dia memeluk tubuh aku erat.

Pintu bilik aku diketuk dan wajah Haziq yang sedang tersenyum sambil memegang bubur mcd aku pandang.

"Mom, dad. Makanlah dulu. Biar Haziq jaga Sarah." Kata Haziq. Mereka tersenyum kepada aku.

"Kami turun dulu ya Sarah." Kata aunty. Aku mengganggukkan kepala perlahan.

"Makan lah." Kata Haziq. Bubur di sua ke mulut aku.

"Kau tak reti masak ke? Asyik beli mcd je." Kutuk aku selamba. Haziq menjeling.

"Tak reti sebab tu aku beli je. Dah makan." Kata Haziq. Aku mengangakan sedikit mulut aku. Tak boleh besar besar sangat. Sakit.

"Tulah. Degil. Aku dah suruh tunggu kau tak nak." Bebel Haziq. Aku hanya memekak kan telinga sahaja. Malas nak dengar dia membebel.

"Kalau kau tunggu tak ada kena pukul macam ni." Bebel Haziq lagi.

"Nasib baik kena pukul je. Kalau kena rogol, kena jual macam mana?" Bebel Haziq lagi. Aku buat muka bosan.

"Ayah kau dah tahu ke Nurul dan Naz dekat mana?" Tanya aku dingin.

"Mereka pandai. Mereka tahu kau dah buat report polis jadi mereka sentiasa melarikan diri. Eh. Aku nak tanya kau. Nurul tu suka kan Naz ke?" Tanya Haziq. Aku mengangkat bahu.

"I don't know. But she seems like she love him."

"Tapi kenapa dia kenalkan kau dengan Naz?" Tanya Haziq lagi. Dia mula membuka telefon aku. Sebagai teman istimewa aku dia ada akses dan kebenaran untuk membuka telefon aku.

"I don't know. Maybe because of money. Nah.. i don't know. Malas nak ambil tahu."

"kau buat apa tu?" Tanya aku pelik.

"Saje, baca balik text kau orang." Kata Haziq. Aku menggelengkan kepala.

"Berapa ribu dia pinjam along tu?"

"Along tu kata 20K."

"Jamin orang tak adalah sampai 20K. Lagipun kesalahan Naz tak adalah berat sangat sampai 20K nak jamin dia. Dia buat apa dengan 20K tu?" Tanya Haziq lagi. Aku menjegilkan mata kepada dia.

Haziq tersengih.

"Oh.. tak tahu eh? Sorry sorry." Kata Haziq. Tiba tiba pintu bilik di buka dari luar.

Terjegul wajah ibu Haziq.

"Haziq.. lain kali kalau berdua je dalam bilik jangan tutup pintu ya sayang. Tak elok.." kata ibu Haziq. Aku tersengih. Haziq memuncungkan mulutnya.

"Ala mom. Bukan buat apa pun.." kata Haziq.

"Jangan.. setan tu sentiasa ada dengan kamu." Kata ibu Haziq sebelum berlalu pergi. Pintu bilik di biar terbuka. Aku tersengih kepada Haziq.

****

Aku sedang mencuba beberapa helai pakaian sebelum seseorang mengetuk pintu bilik salinan aku.

"Haziq?" Tanya aku pelik.

Lagi sekali pintu diketuk. Kali ini lebih kuat. Aku semakin pelik.

"Haziq??" Diam.. pintu diketuk lagi. Hampir tercabut pintu itu seperti dirempuh.

"Woi kau pahal!" Jerit Haziq dari luar. Dia tidak kedengaran seperti berada dekat dengan bilik persalinan aku.

Aku terdengar derapan bunyi seseorang berlari.

"Sarah wait here! Jangan keluar selagi bukan aku yang panggil." Kata Haziq. Aku terdiam. Siapa tu?

10 minit aku menunggu sebelum suara Haziq memanggil aku keluar.

"Haziq.. siapa tu?" Tanya aku perlahan. Aku lihat wajah Haziq merah. Nafasnya termengah mengah. Peluh kelihatan pada wajahnya.

"Naz. Naz dan Nurul." Berubah wajah aku. Aku menghampiri Haziq.

"Are you sure?" Tanya aku menginginkan kepastian.

"Ya. Aku kejar mereka sampai parking. Dia orang dapat lari guna kereta kancil Naz tu." Kata Haziq. Dia mengelap peluh menggunakan lengan bajunya.

Haziq memegang tangan aku erat.

"Jom bayar. Lepas tu kita balik." Kata Haziq. Aku mengganggukkan kepala.

****

"Ya allah Sarah.. nasib baik Haziq ada. Kalau tidak tak tahulah macam mana dengan keadaan Sarah sekarang ni." Kata ibu Haziq. Aku tersenyum.

Haziq masih dengan muka merahnya menunggu ayahnya pulang.

"Haziq! Dapat ke nombor plat kenderaan dia?" Tanya ayah Haziq sebaik sahaja dia pulang dari kerja. Haziq mengganggukkan kepala lantas mengeluarkan telefonnya

"Dad. Ziq ada satu hal penting nak cakap. Tentang Nurul." Kata Haziq. Ayah Haziq duduk di sebelah aku. Haziq duduk di sebelah ibunya. Haziq memandang aku lama.

"Apa?"

"Nurul pregnant." Terkelu aku.

"I saw her baby bump masa lari tadi. Maybe dalam 4 ke 5 bulan." Kata Haziq.

"Sarah. Why dulu Sarah cakap Nurul cuma nak duit Sarah? Dia ada cakap apa apa ke?" Tanya ayah Haziq.

"Kami bestfriend. Jadi di sebabkan family Sarah lagi berada dari Nurul so dia tak berduit sangat. Sarah dulu selalu belanja dia. Baju dengan kasut semua tu. Lepas tu kami terputus. Bila kami jumpa balik beberapa bulan yang lepas. Nurul semakin melampau. Dia cakap dia nak Sarah keluarkan duit untuk dia beli kereta dan rumah. Kadang kala dia akan minta Sarah bank in Rm500 ke akaun dia. Sebab tu Sarah cakap dia cuma nak duit Sarah."

"Sebelum Naz di tangkap dia ada minta duit lagi ke?" Tanya ayah Haziq lagi.

"Ada. Lagi banyak daripada biasa. Dia nak 5 ribu. Sarah tak bagi. Tu yang lepas tu kami bergaduh dan lost contact semula. Sehinggalah lepas Naz ditangkap. Dia datang serang Sarah." Kata aku lancar. Ayah Haziq diam. Seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Okay tak apa. Biar uncle uruskan. Sarah rehat dulu. Oh ya. Ayah Sarah ada call uncle tadi. Dia kata dia tahu Sarah ada dengan kami. Dia minta uncle jaga kamu baik baik. Sarah call lah ayah. Kesian dia." Kata uncle. Aku tersenyum gembira.

"Okay. Thanks uncle!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience