BAB 15

Romance Completed 15718

"Kau dengan Naz macam mana?" Tanya Ijatt. Aku buat muka.

"Kenapa pula. Dah lama aku block mamat tu." Kata aku pelik.

Ijatt mengerutkan dahi dia.

"Kau kena hati hati. Semalam aku nampak Naz ikut ada di berdekatan kau masa kau sedang beli baju dengan Beena." Kata Ijatt risau. Aku terdiam. Patut pun semalam aku rasa seperti sedang diekori.

"Ajak abang kau sentiasa ada dengan kau kalau kau keluar seorang diri." Kata Ijatt risau.

"Okay. Thanks sebab kau ingatkan aku." Kata aku perlahan.

"Aku lupa aku ada macam tercabar dia haritu." Kata aku lalu ketawa kecil.

"Kau... dari dulu tak pernah berubah. Lepas tu gelabah sendiri." Bebel Ijatt. Aku ketawa kecil.

"Hadoi... apa nak buat ni Ijatt... aku dengan Haziq dah lah mula serius. Aku takut kalau mamat tu mengamuk and serang si Naz tu je.." ngadu aku.

"Beritahu Haziq pasal Naz ikut kau."

"Lagilah. Nanti tak pasal pasal dia libatkan polis. Kau tahukan mamat tu macam mana. Bapak dia berpengaruh. Senang senang dia boleh tangkap Naz. Si Naz tu bukannya buat apa pun. Dia desperate nak awek je pun." Kata aku perlahan. Air aku minum. Hari ini hanya aku dan Ijatt sahaja yang melepak. Yang lain semuanya membongkang kat rumah.

"Betul juga. Ingat tak kes kau gaduh dengan minah yang suka Haziq tu. Dia kata kau perampas. Padahal kau dengan Haziq tu member je.."

"Ya ya! Aku ingat! Hhaha! Masuk jail sebab dia serang aku. Haziq punya kerjalah tu. Taubat terus perempuan tu tak nak datang sekolah dah..." kata aku sambil ketawa kecil dengan Ijatt. Tiba tiba Ijatt menutup mulutnya.

"I saw him." Kata Ijatt serius. Senyuman aku mati.

"No no no. Ketawa macam tadi. Buat buat macam kau tak perasan dia." Kata Ijatt lalu menyambung tawanya. Dia minum teh tarik nya sebelum bermain dengan bibir cawan. Aku tersengih ceria.

"Mana?" Tanya aku dengan sengihan lebar.

"Dalam kereta kancil warna hijau." Kata Ijatt. Kami tersenyum seolah olah tiada apa apa.

"Shit, tak ada kereta lain ke..." kata aku lalu ketawa kecil. Ijatt menggelengkan kepala dia perlahan.

"Aip... jangan.. rezeki masing masing." Kata Ijatt. Aku tersenyum kecil.

"Sorry sorry. Aku tahu mamat ni anak orang susah. Dia ada cerita dulu." Kata aku perlahan.

"Patut pun desperate sangat nak kahwin dengan kau. Kau kan kaya.." kata Ijatt lalu ketawa. Aku membaling straw aku kepada dia.

"Kau lagi jahat!!!" Kata aku tidak percaya. Ijatt ketawa kuat.

"Jom balik ah. Dah malam ni. Mengamuk mak kau nanti." Kata Ijatt. Aku buat muka.

"Parent aku duduk rumah kitaorang yang dekat ampang tu. Lagi dekat dengan tempat kerja diaorang katanya."

"Kenapa tak ikut?"

"Diaorang tak bagi." Kata aku perlahan.

"Kenapa pula...." tanya Ijatt pelik.

"Diaorang nak buat anak baru." Terhambur tawa aku dan Ijatt.

"Gila lah kau!" Kata Ijatt. Kami kemudian bangun dan berjalan menuju ke kaunter.

Aku memandang ke arah parking kereta sekilas pandang. Naz masih berada di sana memerhatikan aku. Aku kemudian berjalan ke arah meja aku tadi. Berpura pura aku mengambil barang sebelum aku pergi ke kereta Ijatt.

Aku lihat kereta Naz tiba tiba sahaja bergerak melepasi kami semua. Aku dan Ijatt buat bodoh sahaja seolah olah kami tidak perasan kehadirannya.

"Ingat Chott.. hati hati. Aku syak dia tengah plan nak jatuhkan kau ni." Kata Ijatt. Aku tersenyum nipis sebelum masuk kedalam kereta dan tidur.

****

"Abang nampak Naz follow kereta Sarah tadi. Sarah tahu ke dia follow Sarah?" Tanya Radzi. Aku menggelengkan kepala pelik.

"Sarah tak tahu. Kata mana abang nampak tadi?"

"Dekat highway NKVE. Apa ni Sarah. Kita buat report polis jom. Abang risaulah." Kata Radzi.

"Eh tak payahlah. Mamat tu bukan buat apa pun. Lagi pun abang, Jangan risaulah. Sarah okay je." Kata aku cuak.

"Masalahnya dia semalam follow belakang Sarah. Sarah drive dah lah macam orang gila, dia boleh ikut tu! Tak de takde. Kita buat report polis!" Kata Radzi. Dia menarik lengan aku.

Tetapi aku merungkaikan pegangan dia.

"Abang, no... its nothing. Don't worry okay i can handle it." Pujuk aku perlahan. Radzi memandang aku risau.

"Aku risau dekat kau dik..." kata Radzi. Aku senyum cuba menghilangkan perasaan takut dia.

"Aku okay. Kalau aku nak keluar aku akan pastikan aku sentiasa berteman." Kata aku perlahan.

Aku mengeluh. Semua orang risaukan aku. Aku je tak sedar sedar diri lagi. Pergi report polislah Sarah!

Aku mengetuk dahi aku perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience