"Sarahhh!!!" Jerit Nurul ceria. Aku berlari ke arah Nurul.
"Nurul!" Kata aku kembali. Kami berpelukan sebelum aku meleraikan pelukan kami.
"Kau dah rehat ke?" Tanya aku ceria.
"Belum lagi. Jom lah. Pukul 4 baru aku rehat. Kau duduk dulu dekat kedai." Kata Nurul sambil menarik tamgan aku. Aku duduk di sebuah meja di hujung restoran sambil bermain telefon aku menunggu waktu rehat Nurul.
Sepanjang aku duduk menunggu Nurul aku perasan pintu dapur di restoran itu terdapat seseorang sedang memerhatikan aku. Aku pandang pintu itu. Aku hanya nampak seorang lelaki tetapi aku tidak tahu rupa dia bagaimana. Well mata aku rabun agak kuat memang tak nampaklah cerita dia.
Sekejap sekejap Nurul akan datang dan duduk berbual kosong dengan aku sebelum dia kembali menyambung kerjanya. Aku bermain dengan telefon sambil mencuri curi pandang lelaki tersebut. Dah la pintu dapur tu gelap, rabun lagi memang aku tak nampak apa lah. Aku terus menyambung semula aktiviti bermain telefon aku.
Aku melihat jam. Lalu aku memandang Nurul yang sedang mengangkat pinggan.
"Nurul. Dah pukul 4 ni. Jom lah." Ajak aku. Nurul tersenyum. Dia lalu meletakkan pinggan di belakang lalu kembali duduk di hadapan aku.
"Aku tunggu lagi dua orang budak masuk. Eh. Cuba duduk elok elok. Sopan sikit. Kita ni kan perempuan..." tegur Nurul apabila dia melihat gaya aku duduk. Kaki aku silangkan dan tangan aku tongkatkan pada kerusi sebelah. Aku melihat keadaan aku.
"Apa?" Soalan aku sengaja. Bukan aku tak sedar cara aku duduk seperti lelaki. Tetapi sebabkan itu sudah menjadi kebiasaan aku sudah tidak rasa apa apa perasaan malu langsung.
"Duduk betul betul.." kata Nurul dengan wajah pura pura comel. Aku ketawa lalu menjelirkan lidah.
"Ingat aku kisah." Kata aku lalu ketawa. Nurul ketawa bersama sama aku.
"Jom lah..." ajak aku lagi. Nurul menggelengkan kepala.
"Duduk ayu ayu sikit." Kata Nurul lagi sambil buat muka comel.
"Kau ingat kau comel ke samdol!! Hahhaha!" Kata aku kuat lalu membaling tisu ke wajah Nurul. Tepat mengenai dahinya. Aku dan Nurul galak ketawa sebelum kami bangun. Kami berjalan ke Chat Time dan duduk berbual di situ sebelum seorang lelaki melintasi belakang aku dan Nurul menegur dia.
"Naz! Mana? Sinilah!" Panggil Nurul. Aku memandang seorang lelaki berbaju hitam dan berkaca mata sambil memegang helmet. Dia menunjukkan ke arah luar kepada Nurul sebelum menyambung langkahnya.
"Jom kita keluar." Ajak Nurul.
"Tunggu sat lah.. aku nak habiskan air ni.." ujar aku cemas sambil menyedut air perisa Hazelnut Chocolate itu dengan cepat. Nurul ketawa.
Setelah habis aku membuant bekas minuman lalu berjalan keluar bersama sama Nurul. Aku ingatkan lelaki tadi yang sedang menunggu kami rupa rupanya lelaki yang lain.
Nurul duduk di sebelah lelaki itu bergurau senda sambil berkongsi air chat time dengan lelaki itu. Aku hanya tersenyum memandang mereka. Aku duduk di sebelah Nurul lalu bersila di atas kerusi membuatkan Nurul mengucap panjang melihat cara aku duduk.
"Cuba duduk macam perempuan, kau ni pun Sarah..." bebel Nurul. Aku ketawa sambil menggelengkan kepala aku.
"Perempuan kena duduk macam ni..." kata Nurul lalu menunjukkan cara seorang perempuan sejati duduk. Aku terus ketawa.
"Kau ingat aku apa sey nak duduk macam tu. Eii, tak nak aku!" Kata aku kuat. Aku memang sudah biasa seperti ini. Biarlah orang nak kata apa pun. Aku tak kisah langsung.
Nurul mengelus elus paha aku. Aku lantas berdiri dan menjauhi dia. Nurul ketawa gembira kerana berjaya mengganggu aku. Dia tahu aku ini pantang jika di sentuh di paha.
"Eii apa kau ni!! Geli lah ngekk!" Bebel aku sambil menggosok gosok paha aku kasar. Nurul dan lelaki itu ketawa melihat reaksi aku.
Aku kembali duduk sebelum lelaki yang di panggil Naz oleh Nurul tadi berjalan di hadapan kami. Aku hanya memandang telefon aku sambil mencuri curi pandang ke arah Naz yang tersengih sengih ke arah Nurul. Bila aku memandang ke arah Nurul dia sedang menunjuk nunjuk ke arah aku. Aku menggelengkan kepala lalu aku memandang telefon aku semula. Malas nak layan.
Sambil duduk diam aku ber'whatsapp' dengan abang abang aku di dalam group 'five prince King Azlee & Queen Zipah' kenapa Five Prince? Sebab aku ni dah di anggap macam lelaki oleh abang abang aku. Group admin abang aku Radzi.
Aku tersengih melihat berapa hypernya abang abang aku di dalam group ini.
"Pukul berapa kau nak balik?" Tanya Nurul tiba tiba. Aku memandang dia tanpa aku sangka sebenarnya Naz sudah berada rapat dengan kami.
"Abang aku lepas kelas ambil aku." Kata aku perlahan.
"Siapa yang hantar kau tadi?" Tanya Nurul lagi. Aku tersengih.
"Abang Ariff." Kata aku sambil menjelirkan lidah.
"Abang kau semua hensem hensem doh!" Kata Nurul teruja. Aku ketawa.
"Well tengoklah adik dia. Handsome juga!" Kata aku sambil flip rambut aku. Nurul dan dua orang lelaki itu ketawa.
"Rambut panjang perasan handsome." Kutuk Nurul sambil menyembunyikan senyuman dia.
"Hei! Kalau aku pakai baju abang aku and kau terpikat, aku tak tahu.." kata aku sengaja. Nurul ketawa aku tersenyum gembira.
Tiba tiba telefon aku berbunyi. Abang aku Daniel menelefon aku.
"Abang 10 minit lagi sampai. Kau tunggu abang dekat depan." Kata Daniel.
"Takde takde buat dalam masa 5 minit je." Kata aku lalu mematikan talian. Nurul mengangkat keningnya kepada aku.
"Abang aku." Aku tersengih bangga. Bila bercerita tentang abang aku sudah semestinya aku akan menjadi bangga secara tiba tiba.
"Untunglah ada abang sayang..." kata Nurul. Aku ketawa lalu aku berdiri.
"Jom abang aku dah nak sampai tu." Kata aku perlahan. Nurul berjalan di sebelah aku dan di belakang kami Khai dan Naz sedang berjalan mengikuti langkah kami.
Kami berdua berbual tanpa aku hiraukan kedua orang lelaki di belakang kami.
Tiba tiba Naz bertanya soalan kepada aku.
"Awak belajar dekat mana?" Tanya Naz. Aku tersengih kaku. Pelik bila lelaki ini tiba tiba bercakap dengan aku. Air liur aku telan sebelum aku memandang dia.
"Belum belajar lagi. Ayah kata nak hantar luar negara tapi tak decide lagi nak pergi mana." Kata aku kepada Naz. Naz mengganggukkan kepalanya.
"Ayah kau nak hantar pergi luar negara. Wow banyaknya duit kau!" Kata Nurul teruja.
"Kau nak pergi mana? Nak ambil course apa?" Tanya Nurul teruja.
"I don't know. Aku tunggu abang aku Ariff. Kalau dia pun nak sambung luar negara aku ikut dia. Course aku tak kisah ambil apa." Kata aku pada Nurul.
"Eii, bestnya kau.." kata Nurul teruja.
"Sambunglah belajar." Aku memujuk Nurul untuk sambung belajar.
"Aku tak ada moodlah nak sambung belajar." Kata Nurul. Aku tersenyum nipis. Kami menunggu di bangku luar di shopping mall tersebut. Sebelum sebuah kereta Alphard berhenti di hadapan aku. Pintu di buka dari dalam Daniel sedang tersenyum memandang aku.
"Hai Nurul!" Tegur Daniel. Nurul tersipu sipu malu.
"Hai abang Daniel..." aku memasamkan wajah.
"Ingat comel ke.." kutuk aku perlahan. Nurul memukul lengan aku. Aku ketawa.
"Okaylah. Bye!" Kata Aku. Aku melambai kepada mereka semua.
Aku melompat masuk ke dalam kereta. Pintu aku tutup lalu aku membuka tingkap kereta.
"Thanks! Bye! Nanti kita jumpa lagi!!" Kata aku ceria. Daniel tersenyum melihat aku lalu meneruskan permanduannya.
Share this novel