"Wah!! Dah sampai! Bestnya!" Kawan kawan aku mula bersorak gembira.
"Ni mesti kes tak pernah pergi holiday dalam negara. Asyik luar negara je tak boleh juga." Kutuk aku selamba.
"Baru dekat airport. Belum lagi pantai cenang." Kata Haziq pula. Mereka semua memandang kami geram.
"Dah jom. Kita pergi ambil motor. Beena, naik aku ke Danish?" Tanya aku selamba. Beena menjegilkan matanya kepada aku. Aku ketawa.
"Beg ni?" Tanya Beena bagi pihak dia dan yang lain. Mereka semua membawa beg roda kecuali aku beg sandang.
"Aku dah call pihak hotel datang ambil beg korang. Jom gerak!" Ajak aku.
Sampai di luar airport agen sewa motor kami sudah menunggu. Empat buah motor telah siap dihidupkan enjin untuk kami.
Aku membuat pembayaran untuk seminggu sebelum kami semua bergerak pergi.
"Wah nicenye..." kata Beena. Aku ketawa.
"Nak mandi laut..." kata Beena.
"Sabar, bukan dekat sini. Kita pergi dekat pantai Cenang. Sana lagi best." Tiba tiba Ijatt memotong aku. Dia hon dua kali kepada aku sebelum memecut laju..
"Uuuu... ini sudah lebih.." kata aku sebelum memulas pedal dengan lebih kuat. Beena menjerit takut. Danish dab Haziq menjerit risaukan kami. Aku pula? Ketawalahhh....
"Chott!! Slow Chott! Aku tak nak mati lagi Chott!" Jerit Beena. Aku ketawa. Sedikit demi sedikit aku mula menghampiri Ijatt sebelum aku berjaya memotong dia.
"Yeah!! Aku menang!!!!" Jerit aku gembira. Aku mengangkat tangan gembira dan Beena pantas memegang pedal takut jika kami terbabas. Aku ketawa.
"Stop Chott. Stop kat tepi aku tak kira!" Kata Beena. Aku ketawa lalu berhenti ke tepi.
Beena turun. Ijatt turut berhenti sebelum Haziq dan Danish tiba.
"Kenapa ni?" Tanya Danish apabila dia melihat kami berhenti.
"Aku nak naik kau!" Kata Beena lalu menunggang di belakang Danish. Aku dan Ijatt ketawa.
"Siapa menang?" Tanya Haziq.
Aku buat muka bangga.
"Well, tak payah tanyalah..." kata aku lalu ketawa.
"Jom ah! Check in pukul 2. Kita ada masa. Kau orang nak pusing mana ni?" Tanya Haziq.
"Hari ni apa kata kalau kita beli barang yang parent kita suruh dulu. Mak aku nak periuk.."
"Kalau kau beli sekarang tak semak ke?" Tanya Haziq.
"Kalau kau beli terus pos nak tak?" Aku memberikan cadangan.
"Okay gak tu!"
"Okay then kita gerak idaman suri." Kata aku lalu menghidupkan enjin.
****
Jam 6 petang...
"Chott... buka pintu Chott...." pintu bilik aku diketuk dengan kuat. Suara Beena dan Danish kuat mengejutkan aku.
"Hmm..." kata aku malas. Kami semua tinggal di bilik sendiri. Hotel ni pak cik aku Adi yang punya jadi kami dapat murah. Siapa yang nak lepaskan harga murah macam tu dengan segala facilities dapat di gunakan dengan percuma, lagi lagi spa. Wohooo....
"Pak cik kau ajak makan ni..." kata Beena.
"Adri! Jom makan!" Kata pak cik aku. Dia memang panggil aku Adri. Dia kata sesuai dengan perangai aku.
"Uncle buka eh..." kata uncle. Cepat cepat aku buka mata.
"Jangan!!!" Jerit aku cemas lantas aku mengemaskan segala barang aku yang bersepah. Baju kotor aku dan kasut kasut aku. Sebenarnya aku ini sudah pos barang aku kepada pak cik aku beberapa minggu yang lalu. Sebab itulah barang yang aku bawa sedikit sahaja. Walhal...
"Uncle buka eh.." kata uncle sambil menahan tawa.
"Jangan!!" Kata aku sambil menyusun kasut di dalam almari.
Almari aku tutup menyembunyikan baju dan kasut aku yang banyak. Menyesal pos barang banyak banyak.
"Hah nak apa?" Tanya aku lelah. Penat selepas mengemas barang.
"Lamanya.. kau buat apa Chott. Eh? Banyaknya make up kau. Aku ingat kau bawa beg sandang je, muat ke make up ni semua masuk?" Tanya Beena pelik sambil masuk ke dalam bilik aku.
"Eh! Muat lah.. apa lah kau ni." Kata aku cemas. Uncle menjeling aku sinis. Aku pula menjegilkan mata aku.
"Jom makan. Sekejap lagi dekat bawah ada event, tak makan pula kau orang nanti." Kata uncle.
"Event? Syarikat ke?"
"Haah. Diaorang tempah satu hotel ni untuk pekerja dia orang. Tapi uncle save 5 bilik untuk kau orang." Kata uncle. Aku tersenyum.
"Thanks..." kata aku manja.
Kami semua berjalan turun ke dewan makan.
****
Ketika sedang makan aku lihat Haziq dan uncle sedang berbual sesuatu kelihatan serius. Tetapi kadang kala mereka akan tersenyum lebar sebelum menyambung perbualan mereka.
"Dia orang bual apa tu?" Tanya aku pada Danish. Beena dan Ijatt sedang mengambil makanan.
"Entahlah. Tiba tiba je tadi Haziq ajak uncle kau tu berbual dekat sana." Kata Danish.
Aku mengganggukkan kepala.
"Malam ni kita ada plan ke?" Tanya Ijatt.
"Malam ni aku nak pergi spa! Nak berurut. Esokkan kita nak jalan jalan." Kata Beena ceria. Aku tersenyum bersetuju dengan cadangan dia.
"Kat sini lelaki boleh ke pergi spa?" Tanya Ijatt pelik.
"Of course lah boleh kalau tidak buat ada dia buat spa kalau untuk perempuan je. Kau ingat perempuan je ke pergi spa." Kata aku geram.
"Eh Chott, kau pergi spa ke? Bukan kau jantan ke?" Kata Haziq tiba tiba. Aku menunjukkan penumbuk aku ke arah dia. Geram.
Yang lain hanya ketawa melihat gelagat aku dan Haziq.
Share this novel