"Apa ni dikk... Naz dah di jamin." Kata Amall tiba tiba. Terkejut aku. Sebulan selepas kali terakhir Nurul menyerang aku di kedai mamak nurul telah menghilangkan diri dan hari ini aku telah dengar berita Naz sudah di jamin.
Aku mencebik mata aku memandang tv.
"Pinjam along kot.." bisik aku perlahan.
"Siapa?" Tanya Amall.
"Nurul."
"Dia yang bebaskan Naz? Mana dia dapat duit family dia kan tak berduit." Kata Amall. Aku mengeluh.
"Sebab tu lah aku cakap dia pinjam along. Perempuan tu dah berhenti kerja mana dia dapat duit. Along lah! Lagi pun macamlah aku tak tahu sejarah hidup dia." Kata aku bengang. Amall diam.
"Jangan dia guna nama adik sebagai penjamin sudah lah." Kata Amall risau. Aku menggelengkan kepala. Amall memandang aku lama.
"Ada along serang adik ke?" Tanya Amall cemas. Aku mengganggukkan kepala aku perlahan. Amall menghempas remote tv.
"Kenapa adik tak cakap!" Jerit Amall. Aku memandang dia dingin.
"Sebab benda ni tak penting." Kata aku selamba.
"Apa yang tak pentingnya dik. Adik tu along tu dik. Macam macam diaorang boleh buat dekat adik." Kata Amall risau.
"Jangan risaulah. Adik boleh handle benda ni." Kata aku perlahan lalu terus mencapai kunci kereta.
****
"Lewat balik. Pergi mana?" Tanya Daniel tegas. Aku memandang dia dingin. Jam di tangan aku pandang.
"Baru pukul 3. Sebelum ni adik balik subuh pun kau orang tak kisah." Kata aku selamba. Daniel menggelengkan kepala.
"Yes. Betul adik dah biasa balik waktu macam ni. Tapi adik sedar tak dah dua hari adik tak balik." Kata Daniel. Aku diam.
"Ada kerja sikit." Kata aku perlahan sambil.memandang ke arah tangga di mana ibu, ayah dan abang abang aku sedang berdiri memandang aku dan Daniel.
"Kerja apa dik. Sampai tak balik dua hari ni. Cuba cerita dengan abang." Kata Daniel cuba berlembut dengan aku. Aku memandang dia semula.
"Adik balik nak ambil barang sekejap lepas tu keluar balik." Kata aku dingin. Ibu terkejut mendengar kata kata aku.
"Apa maksud kau dik?" Tanya Radzi yang kini sedang menghampiri aku.
"Adik keluar dari rumah sekejap." Kata aku lalu terus berjalan ke rumah pokok aku di belakang rumah.
"Sarah, kenapa Sarah berubah. Mana Sarah yang dulu. Kami nak Sarah yang dulu!" Kata Radzi sambil mengikuti langkah aku. Aku hanya membiarkan soalan dia tidak berjawab.
"Sarah..." kata Daniel perlahan. Aku memanjat tangga lalu terus masuk ke dalam rumah pokok.
Aku mengambil beberapa helai pakaian aku lalu aku sumbatkan ke dalam beg sandang. Aku memakai beg lalu aku terus berjalan keluar untuk kembali ke kereta aku.
"What the..." aku lihat tangga tali rumah pokok aku sudah dipotong.
"Abang tak akan benarkan Sarah pergi!" Jerit Radzi. Aku mengetap gigi.
Aku terus berlalu masuk ke dalam rumah pokok semula. Pintu belakang aku buka dan aku mencapai tali yang aku lilitkan pada dahan pokok.
Abang aku lupa agaknya aku ada sangkutkan tali di sini. Aku lantas menuruni pokok menggunakan tali tersebut. Abang abang aku terkejut memandang aku. Mereka lantas mengejar aku. Tetapi aku melarikan diri.
Come on lah ni Sarah juara pecut sekolah. Tiba tiba aku lihat Ariff dan Amall sudah di sebelah aku. Oh, aku lupa mereka berdua juga. Okay.
Aku lantas melompat pagar batu rumah aku. Tindakan yang langsung tidak di sangka oleh abang abang aku. Daniel pula tersedar dan cepat cepat turun memanjat pagar batu itu. Dia yang mengajar aku parkour jadi dia menggunakan kebolehan dia untuk memastikan aku tidak terlepas.
"Stop it adik!" Kata Daniel sebaik sahaja dia berjaya menangkap aku. Radzi dan lain lain sedang cuba memanjat pagar setinggi 8 kaki setengah itu.
"What?" Tanya aku dingin. Aku lihat ada sebuah kereta sedang menunggu aku di tepi jalan. Aku mengigit bibir.
"Balik lah. Ibu dan ayah risau." Kata Daniel. Aku tersenyum manis sambil menggenggam penumbuk.
"Cakap dengan mereka Sarah buat macam ni demi keselamatan kita sekeluarga juga." Kata aku lalu menumbuk wajah Daniep dengan kuat. Okay itu Radzi yang ajar. Lantas aku terus berlari masuk ke dalam kereta yang sedang menunggu aku itu.
"Jalan!" Arah aku lalu kereta itu memecut laju.
Aku melihat figura Daniel yang sedang di bantu untuk bangun oleh abang abang aku yang lain. Sayu rasanya.
Tangan aku yang sakit aku pegang. Abang tak pernah pukul aku tapi aku pukul dia. Kejamnya aku.
Share this novel