BAB 13

Romance Completed 15718

Setelah penat kami pusing pulau hari ini, aku dan rakan rakan aku pulang ke hotel tepat jam 9.45 minit malam.

"Shit! Guys! Aku tertinggal kad bilik. Aku pergi ambil sekejap." Kata aku.

"Aku teman kau." Kata Ijatt. Aku tersenyum lalu kami berjalan beriringan ke parking.

"Esok kita gerak cable car naik kereta jom. Aku tengok ramalan cuaca esok hujan." Kata aku sambil bermain dengan kunci motor.

"Nak naik kereta siapa?"

"Kereta pak cik aku lah.. kereta siapa lagi?" Kata aku geram. Ijatt ketawa.

"Mana tahu kau banyak duit nak sewa kereta pula..." aku mencebik.

"Nak pakai sehari je. Tak de masa aku nak sewa." Bebel aku. Kami sampai ke motor lalu aku membuka tempat duduk motor dan aku ambil beg dompet aku.

"Chott, Naz ada dekat sini. Jom gerak." Ajak Ijatt sambil merampas kunci motor aku. Aku dengan tenang menutup tempat duduk lalu Ijatt dan aku duduk di atas motor sebelum dia menghidupkan enjin.

"Sarah! Ijatt! Wah, dating ya? Ingatkan gaduh dah kau orang " sindir Naz.

Ijatt tersengih.

"Aku bukan macam kau bro. Mental cepat koyak." Kutuk Ijatt. Aku ketawa kecil.

"Jatt.. gerak ah. Nak makan." Kata aku selamba. Lalu Ijatt terus memulas pedal laju.

Di atas motor aku dan Ijatt ketawa dengan kuat. Mat saleh mat saleh yang sedang berjalan kaki memandang kami pelik.

"Bodoh gilalah lelaki tu! Dah kena gelak dengan kita banyak kali pun tak sedar sedar lagi. Dahlah mental cepat koyak!" Kata aku pada Ijatt. Ijatt yang sudah mengalirkan air mata kerana terlalu geli hati mengesat air matanya.

"Dia tengah plan nak sakitkan hati kita ni. Nak pecah belahkan hubungan kita.. pftt!! Kita ni mana ada apa apa! Hahah!" Kata Ijatt pula. Kami berdua galak ketawa.

Ijatt menghentikan motor di Langkawi Mall.

"Starbuck jom." Ajak Ijatt.

"Jom."

****

Jam 11. 30 malam aku dan Ijatt tiba di hotel. Aku terus berjumpa dengan uncle aku dan tanpa aku sangka Naz, Nurul dan Khairi ada sedang berbual dengan uncle.

"Nurul! Buat apa dekat sini?" Tanya aku pura pura tak tahu. Naz memandang aku dan Ijatt tajam.

"Family day.. kau buat apa dekat sini pula? Oh.. dating dengan Ijatt ya.." kata Nurul sambil tersengih. Aku ketawa.

"Haah. Holiday dengan Ijatt dengan member aku yang lain." Kata aku lalu aku memandang uncle.

"Uncle. Pinjam alphard uncle esok. Boleh tak?" Tanya aku selamba. Nurul, Ijatt dan Khairi memandang aku terkejut.

"Nak buat apa?" Tanya uncle.

"Esok diramalkan hujan. Kitaorang nak pergi cable car." Uncle menganggukkan kepalanya sebelum menyeluk poket seluarnya.

"Drive elok elok. Uncle tahu kau drive macam orang gila. Tengok kau bawa motor pun dah tahu." Kata Uncle. Aku tersengih. Kunci di tangannya aku ambil lalu aku lambung lambungkan.

"Well uncle, tulah jadinya kalau semua adik beradik and sepupu sepapat semuanya lelaki. Uncle kahwinlah cepat Sarah nak cousin Perempuan pula." Kata aku sinis. Uncle menjeling aku.

"Okaylah uncle. Good night!" Kata aku lalu menyalam tangan uncle Adi.

"Night Nurul!" Kata aku lalu menarik Ijatt pergi.

"Bengang je mamat tu tengok kita Chott." Kata Ijatt. Aku menjeling.

"Ah lantak, ingat aku kisah." Kata aku lalu membuka pintu bilik aku. Aku berlaga penumbuk dengan Ijatt sebelum kami masuk ke dalam bilik kami yang terletak hanya berhadapan antara satu sama lain.

****

Kami breakfast di cafe hotel uncle. Selepas balik semalam aku dan Beena terus pergi ke spa untuk melegakan sakit sakit di badan kami akibat daripada pusing pulau semalam.

"Sarah! Jom jalan jalan! Aku last day dekat sini." Ajak Nurul ceria. Aku tersenyum.

"Kau nak bawa siapa." Tanya aku sambil tersengih.

"Khairi dengan Naz lah..." kata Nurul. Aku memandang rakan rakan aku. Mereka tersenyum sinis.

"Okay. Naik sekali ngan kitaorg." Ajak aku ceria. Nurul memeluk aku gembira.

Aku dan rakan rakan aku tersenyum sinis.

"So, siapa pula nak jadi boyfriend aku ni? Danish awal awal aku tolak. Jeles karang Beena tu.." kata aku selamba. Beena menjeling aku. Danish pula ketawa.

"Kita tukar tukarlah. Sekejap Ijatt. Sekejap Haziq. Lepas tu kau menggedik dengan Danish." Beena memberikan cadangan. Okaylah. Beena dah bagi aku green light.

Aku tersengih.

"Okay cun! Kejap lagi kita tunggu diaorang dekat lobi."

"Tak sabar sabar aku nak sakitkan hati mamat tu." Kata Haziq dan Danish serentak.

****

Naz, Nurul dan Khairi duduk di belakang bersama sama. Beena, Danish dan Ijatt duduk di tengah manakala aku dan Haziq duduk di hadapan. Haziq memandu.

"First kita nak buat apa?" Tanya aku pada Haziq.

"Kita naik cable car dulu. Aku takut hujan. Seram ah aku kalau angin kuat dekat atas nanti. Bergoyang je cable car tu nanti." Kata Haziq.

"Takpe kalau kau takut peluk lah aku.. aku tak takut." Kata aku selamba. Haziq menutup separuh wajahnya malu. Aku memandang Naz yang sedang memandang kami tajam.

Aku tersenyum sinis.

"Bak aku drive.."

Haziq menjeling aku.

"Mana boleh sayang... kau drive macam orang gila. Risau aku nanti dengan cara kau drive sayang. Tak boleh ah." Kata Haziq lembut. Aku nampak Beena dan Ijatt seperti menahan ketawa. Danish pula pura pura tidur padahal bibir dia sedang tersenyum tu..

"Alah... ermm.. nak drive.." kata aku. Haziq menjelirkan lidah kepada aku.

"Nurul! Flight pukul berapa?" Tanya aku selamba.

"Lebih kurang pukul 5 kut.."

"Beg kau orang dah hantar ke airportkan?" Tanya aku lagi.

"Dah... nanti kau kena hantar kitaorang ke airport je.." kata Nurul. Aku menunjukkan ibu jari aku. Nurul tersenyum.

****

"Jomlah naik sekali Sarah." Ajak Nurul. Aku menggelengkan kepala. Sambil tangan aku erat memeluk tangan Ijatt.

"Takpe ah. Aku nak naik dengan Ijatt." Kata aku selamba. Ijatt tersengih kepada Naz.

"Okay. Kitaorang gerak dulu ya Chott." Kata Beena serentak itu pintu cable car tertutup.

Setelah mereka pergi aku tersengih memandang Ijatt.

"Lepas lepas. Aku nampak awek cantik dekat sana." Kata Ijatt. Aku ketawa lalu melepaskan tangannya. Kami berjalan jalan di sekitar kawasan cable car. Aku cuma menemankan Ijatt sebab Ijatt gayat.

"Sekejap lagi kita masuk 3D nak tak?" Tanya aku. Ijatt bersetuju dengan cadangan aku. Aku membelikan tiket untuk Beena, Haziq dan Danish.

"Yang lagi tiga tu?" Tanya Ijatt.

"Tu biar diaorang beli sendiri." Kata aku selamba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience