BAB 6

Romance Completed 15722

Aku melihat lihat jam di tangan. Hari ini sepatutnya aku berjumpa dengan Naz. Aku datang lebih awal dari yang ditetapkan. Gemuruh punya pasal. Ijatt tiada hari ini. Aku tidak memberitahu dia pun yang aku akan berjumpa dengan Naz ni. 15 minit sebelum masa yang sepatutnya kami berjumpa aku telah bangun dari meja yang sudah aku tempah semalam. Telefon aku keluarkan sambil aku berjalan keluar dari Restoran.

Aku tak boleh buat benda ni. Aku tak sanggup. Aku mula menaip di skrin telefon.

'Sorry Naz. I can't today. Got things to do.' Lalu aku menekan butang send. Telefon aku letakkan semula di dalam poket seluar. Tiba tiba bahu aku di tarik seseorang. Terpusing tubuh aku. Tiba tiba aku berasa takut jika jika itu Naz. No... aku tak rela..

"Chott! Lama tak jumpa..." aku yang sedang memejamkan mata terkaku.

Wait... suara tu aku kenal.

"Chott! It's me! Haziq!" Oh. My. God. Haziqq!!!!

Aku membuka mata. Aku tersengih lebar.

"Haziq!!! Rindunya!!" Kata aku lantas aku memeluk tangannya erat. Haziq ketawa melihat reaksi aku.

Wei, dua bulan tak jumpa. Gila tak rindu.

"What are you doing here?" Tanya Haziq.

"Aku jalan jalan!" Kata aku ceria lalu aku ternampak kelibat Naz sedang berdiri tegak memandang telefonnya. Cepat cepat aku menarik Haziq ke salah sebuah kedai. Haziq dengan rela mengikut langkah aku.

"Are you alone?" Tanya Haziq lagi.

"As you see. Yes i'm alone. God! I miss you so much!" Kata aku tanpa malu. Wajah Haziq merah bila aku berkata begitu. Dia menutup mulut menggunakan belakang tangan dan memandang ke arah lain.

"Rindu kau juga." Kata Haziq lembut. Oh... my.. i'm almost faint!

"Eh jom kita gerak tenpat lainlah. Sunway ke? SCM aku dah biasa sangat." Kata aku pada Haziq. Haziq tersenyum.

"Okay. Kau naik apa?" Tanya Haziq.

"Abang aku hantar tadi."

"Naik aku jom." Ajak Haziq. Aku mengganggukkan kepala laju. Kami berjalan keluar dari SCM menuju ke tenpat parking sambil aku menaip pesanan untuk Daniel. Di samping itu telefon aku juga tidak berhenti henti bergegar kerana pesanan whatsapp daripada Naz yang kemungkinan sedang marah itu.

Lega aku kerana terjumpa dengan Haziq. Akhirnya aku dapat bernafas dengan lancar.

****

Aku pergi ke bilik air sebentar dan apabila aku tiba kembali ke meja yang diduduki Haziq, Haziq sedang memegang telefon aku. Wajahnya kelihatan muram.

"Haziq. Why?" Tanya aku lembut. Haziq menunjukkan telefon aku.

"Kau sepatutnya ada date kan hari ni? Aku jumpa kau tadi, tu kau nak date kan? Dengan Naz?" Tanya Haziq. Terkejut aku. Dia mesti tak sengaja terbaca whatsapp yang Naz beri.

"Woahh... kau salah faham ni bro. Serious talk, yes i should have date with him today. But i can't. I don't like him. He like to pushing me and you are already know i don't like being pushing from people i don't really know. Dia suka dekat dekat aku and dia paksa paksa aku. Kau rasa? Aku tak boleh dengan orang macam tu. 15 minutes sebelum dia sampai, aku blah and masa tu lah aku terjumpa kau."

Haziq memandang aku.

Aku ambil dan aku buka chat aku dengan Naz. Dari mula sampai akhir.

"Baca." Arah aku. Lepas dah habis tu buka group OPS Selamatkan Putera. Arah aku. Haziq hanya diam lalu membaca chat aku dengan Naz. Wajah dia serius ketika membaca.

"So... budak budak ni nak tolong kau? Lari dari Naz, macam tu?" Kata Haziq. Aku mengganggukkan kepala. Haziq mengeluh. Dia meletakkan telefon aku di atas meja.

"Patut pun kau ajak aku pergi tempat lain tadi." Kata Haziq lagi. Aku hanya mengganggukkan kepala.

"Sorry Chott." Kata Haziq sayu. Aku tersenyum kepada dia.

"No hal lah!" Aku senyum kepada dia.

****

'Apa masalah kau ni? Aku dah kata aku ada hal kan..' aku menghantar pesanan kepada Naz. Hal kelmarin tidak habis lagi di bahaskan oleh lelaki itu. Rakan rakan. Aku semuanya memandang aku serius.

"Eii, benci aku. Dah lah tak handsome, kerja pun tak bagus. Perangai buruk pula tu. Orang dah bagi macam macam alasan tapi masih tak faham faham lagi. Bodoh ke apa." Bebel Beena. Aku ketawa kecil.

"Tu bukan bodoh, tu bangang." Kata Haziq yang dari tadi hanya diam. Kami ketawa mendengar kata kata Haziq.

"So, kau nak buat apa lagi ni Chott?" Tanya Ijatt. Aku mengangkat bahu.

"I don't know." Kata aku muram. Haziq menepuk belakang aku lembut.

"Takpe, kita settlekan benda ni sama sama ya. By the way, lawa baju kau hari ni. Kau rembat siapa punya pula ni?" Sindir Haziq. Mereka semua mengetawakan aku. Tahu aku ni jenis kaki rembat baju abang abang aku.

"Parent aku honeymoon lagi wei. Tak nak tidur rumah aku ke?" Tanya aku pada mereka.

"Abang kau bagi ke?" Tanya Danish. Aku menunjukkan telefon aku.

"Diaorang yang ajak."

"Okaylah. Tapi aku kene singgah rumah dulu nak ambil baju." Kata Beena.

"Tak payah aku punya banyak."

"Alah, yang kecik kecik tuh??" Tanya Beena lagi. Aku membuat batuk palsu.

"Macam tak biasa pula.. aku punya banyak..." kata aku perlahan. Beena tersengih malu sambil memandang teman lelakinya Danish.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience