"Nurul!" Nurul yang sedang bekerja memandang aku. Dia tersenyum lebar.
"Sarah! Rindunya!" Kata Nurul.
"Kau datang dengan siapa ni?" Tanya Nurul. Tiba tiba Radzi muncul di belakang aku sambil dia memegang beg kertas yang kami shopping tadi.
"Abang aku Radzi." Kata aku. Nurul tiba tiba tersipu sipu di hadapan Radzi.
Heii perempuan ni.
Radzi tak senyum langsung. Dia buat muka dingin dia sambil memandang sekeliling. Masam wajah Nurul apabila diperlakukan seperti itu oleh Radzi.
"Eh, duduk lah dulu." Kata Nurul. Aku dan Radzi duduk. Aku dan Nurul berbual rancak dan Radzi hanya diam sahaja. Mata dia memandang ke arah pintu dapur restoran tajam.
"Eh. Tunggu kejap eh aku nak buat kerja." Kata Nurul lalu dia bangun dan menyambung kerja dia.
"Abang nampak jantan tak guna tu." Kata Radzi keras. Tangannya mengepal penumbuk. Bersedia untuk bergaduh.
"Bang.. behave. Relaks.." pujuk aku.
"Dia hampir sentuh adik aku. Kau tahu tak aku benci dengan jantan tak malu macam dia tu?" Kata Radzi. Dia memandang aku tajam.
"Ya, tahu.. tapi Haziq dah halangkan. Dia tak sempat pun. Abang relaks je ye." Kata aku sambil mengurut urut bahu Radzi.
"Wei. Naz nak jumpa." Kata Nurul tiba tiba. Berubah warna wajah Radzi. Aku terkejut.
Serentak itu Naz datang dari belakang Nurul.
"Hai awak. Lama tak jumpa."
"Fuck." Kata Radzi tiba tiba. Dia memegang lengan aku erat.
"Kenapa nak jumpa ni?" Tanya aku.
"Rindu dekat awak."
PAK!
Radzi menhentak meja.
"Kau jantan, dah lah tiap tiap hari nak chat adik aku! Ganggu adik aku! Kau ingat aku suka ke!" Jerit Radzi. Pelanggan yang ada mula menoleh ke arah kami. Aku cuba menarik Radzi duduk.
"Kau tak suka tu masalah kau. Adik kau suka je.." lawan Naz. Terkejut aku. Bila masa aku suka.
Kali ni aku pula yang marah. Meja aku hentak kuat.
"Wei lahanat! Sejak bila aku suka chat dengan kau! Nak jumpa kau pun aku benci lagi chat dengan kau. Eh tolong sedar sikit ya. Aku tak pernah layan kau. Kau je yang selalu spam aku supaya aku konon nak aku cepat balas. Hei go to hell lah!" Jerit aku kuat. Radzi mencapai beg kertas kami tadi lalu menarik aku keluar. Marah aku tak habis lagi. Aku memandang Naz tajam sebelum mengikut langkah Radzi.
"Bodoh punya jantan!" Maki aku lagi walaupun kami sudah jauh dari kedai Naz.
Radzi menepuk bahu aku lembut. Aku memandang dia yang sedang tersenyum sinis.
"Good job adik cayang..." aku ketawa mendengar kata kata Radzi. Aku memeluk Radzi erat.
"Sayang abang. Thanks sebab ada dengan Sarah tadi." Radzi mencium lembut rambut aku.
"Block nombor jantan tu."
"Aip aip captain!" Lantas aku mengeluarkan telefon aku dan block nombor Naz. Radzi tersenyum melihat aku.
****
"Gentlelah Chott! Kau maki dia!" Kata Beena tidak percaya.
"Yes! Abang aku lah start dulu. Lepas tu mamat tu boleh pula kata yang aku suka dengan dia eii, mengamuklah aku." Kata aku sedikit geram.
"Good job ah Chott..." kata Ijatt.
"So Ijatt. Melalui hari ini kita dah tiada apa apa hubungan!" Kata aku ceria. Ijatt turut tersenyum.
"Well well, aku dengar ada orang dah terlepas dari seksaan orang gila." Kata Haziq yang tiba tiba datang.
"Haah. Happy gila aku." Kata aku teruja.
"Haa kalau macam tu apa kata kalau kita sambut benda ni jom." Haziq memberikan cadangan.
"Mana?" Tanya Danish.
"Kita pergi Langkawi..." kata Haziq.
"Nakk!!!" Kata aku teruja.
"Aku On je." Kata Danish.
"Me too!" Beena.
"Tak de hal lah." Ijatt.
"Okay cun! Siapa nak tempah hotel semua ni? Transport kita?"
"Me me! Aku suka buat benda ni! Berapa lama kita pergi?"
"Kita buat seminggulah..." kata Beena teruja. Aku mula menaip pada note telefon.
"Bajet hotel?"
"Tak kisah berapa yang penting hotel tu kena lawa and selesa kita duduk." Kata Ijatt.
"Kalau ada spa pun bagus juga! Aku nak pergi spa!" Kata Beena. Aku high five dengan dia.
"Flight or feri?"
"Flight" kata mereka serentak.
"Kereta? Or motor?"
"Ish kau ni motorlah.." kata Ijatt. Aku ketawa.
"Beena reti ke bawa motor?" Tanya aku sambil ketawa kecil.
"Takpe Beena naik aku.." kata Danish. Beena menjeling Danish.
Aku dan yang lain ketawa.
"So sweet..." kata Haziq.
"Okay then aku akan set tarikh kita pergi pada 12, 13, 14, 15, 16, 17 July untuk kita pergi sana ya!"
"Eh! No no no! Kita buat 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21 July lah." Kata Haziq.
"Kau orang okay ke?" Tanya aku. Mereka semua menggangguk kepala laju.
"Okay then apa apa hal aku bagitau kau orang."
Share this novel