Aku mengeluarkan telefon bimbit aku sementara menunggu Haziq tiba. Aku menunggu dia di kedai mamak bistro di Shah Alam. Air aku sedut perlahan.
"Hai." Kata Naz sambil duduk di hadapan aku.
Aku mengerutkan dahi aku. Pelik.
"Kau pahal?" Tanya aku pelik.
"Aku rindukan kau." Kata Naz tiba tiba. Aku ketawa sinis.
"Kau gila ke?" Tanya aku sinis.
"Ya. Aku gilakan kau." Kata Naz. Aku tersengih.
"Aku dah kata aku tak suka kat kau. Kau nak apa lagi?" Kata aku lalu memandang telefon aku semula.
"Aku cintakan kau. Jom kahwin." Kata Naz sambil mengenggam tangan aku. Aku menarik tangan aku kasar.
"Woah! Kau dah kenapa?" Tanya aku pelik.
"Kita kahwin sayang.." rayu Naz lagi. Aku lantas bangun.
"Bro. Aku rasa better kau lupakan Perasaan kau tu dekat aku. Aku tak suka dekat kau. Don't you understand?" Kata aku sinis. Aku mencapai kunci kereta aku lalu aku terus berlalu pergi. Aku menelefon Haziq dan membatalkan perjumpaan kami.
Aku memandu laju sehingga lah di highway aku terlihat kereta Naz di belakang aku. Aku ketawa sinis..
"Mamat ni memanglah... dia cabar aku." Aku kemudian membuka camera dan aku merekod kereta Naz yang sedang mengekori aku sepanjang perjalanan aku.
Tanpa Naz sedar aku sedang membawa dia ke balai polis.
"Guys. Make sure kau orang kepung dia elok elok." Kata aku sebaik sahaja Ariff mengangkat panggilan aku.
"Okay baby girl." Kata Ariff.
Aku memandu ke balai polis shah alam. Sebaik sahaja Naz sedar aku menuju ke balai polis dia cuba melarikan diri tetapi gagal kerana kiri, kanan dan belakangnya telah di kepung oleh abang abang aku.
Naz ingin melarikan diri dengan melalui ruang di antara kereta dia dan aku tetapi aku lantas brek mengejut membuatkan kereta aku dan dia hampir berlanggar. Aku tidak berhenti tetapi meneruskan perjalanan sehingga kami semua tiba di balai polis. Kereta aku parking di hadapan balai dan kereta Naz di paksa masuk ke balai. Kereta Ariff, Daniel dan Radzi menghalang jalan keluar. Aku keluar dari kereta lalu berlari masuk ke dalam balai. Naz cuba lari tetapi di halang Amall dan Radzi yang menangkap dia yang sedang cuba memanjat pagar balai.
"Engkau apahal! Lepaskan aku sial!" Jerit Naz. Dia meronta ronta untuk melepaskan dirinya.
"Kau ingat dapat. Sedap sedap kau kacau adik aku sekarang kau nak lari. No way!" Jerit Ariff baran. Pegawai polis yang aku panggil segera keluar. Mereka menangkap Naz yang masih meronta ronta dan memaki hamun.
"Sial! Lepaskan aku lah sial! Aku tak bersalah!" Jerit Naz. Aku tersengih.
"Kau! Betina sial! Siap kau nanti!" Ugut Naz. Aku tersengih sinis.
Naz silap cari pasal dengan aku. Ya aku pada mulanya tak nak mengadukan hal ini kepada polis, tetapi selepas dua minggu yang lepas ada seseorang pecah masuk ke dalam bilik aku dan terdapat kamera kecil tersembunyi di dalam bilik aku. Aku tak akan biarkan perkara itu terus berlarutan. Bukti di kumpul atas bantuan abang abang aku. Setakat ini hanya Ijatt yang tahu tentang semua ini tetapi kejadian hari ini aku tidak beritahu lagi.
"Cik, sila ikut kami masuk ke balai kami memerlukan keterangan cik." Kata seorang pegawai polis perempuan tersebut. Aku tersenyum lalu mengikuti dia ke dalam balai abang abang aku juga turut di minta untuk memberikan keterangan.
****
"Eh? Mana Naz?" Tanya Ijatt pelik apabila dia tidak nampak kereta Naz mengekori aku seperti selalu.
"Hmm... tah." Kata aku malas.
"Mamat tu dah tak gilakan kau ke?" Tanya Ijatt pelik. Aku tersenyum sinis.
"Gila lagi. Tapi dah dalam jail dah." Kata aku perlahan. Ijatt memandang aku tidak percaya.
"Kau biar betul.." kata Ijatt cemas.
"Ermm.. betullah." Kata aku perlahan. Ijatt mengoncangkan tubuh aku. Wajahnya ceria.
"Patutpun tenang je kau! Baguslah macam mana kau buat!!" Kata Ijatt. Aku tersenyum nipis.
"Abang aku. Kitaorang bawa dia pergi balai polis. Aku buat repost terus mamat tu kena tangkap." Kata aku sambil bermain main dengan kunci kereta aku. Tiba tiba sahaja seseorang datang dan menghentak meja kami. Terkejut aku dan Ijatt.
"Sarah! Apa kau dah buat ni! Kenapa kau tangkap Naz!" Jerit Nurul. Terkaku aku sekejap.
"Naz tu psyco. Kau takkan tak tahu. Dia follow aku dia pecah masuk rumah aku. Kau ingat aku nak biarkan ke?"
"Bebaskan dia sekarang!" Arah Nurul. Wajahnya merah menahan marah. Aku menggelengkan kepala.
"No! Never!" Kata aku degil.
"Bebaskan dia!!" Jerit Nurul lagi
Aku mengambil kunci kereta Ijatt pula mengambil kunci motor. Tubuh Nurul aku tolak selamba.
Aku tersenyum sinis kepada dia.
"Kalau kau mampu. Kau bebaskan lah dia." Sindir aku lalu aku terus berlalu pergi ke arah kereta.
Share this novel