Keesokkan harinya...
Kelantan. Sempadan Thailand dan Malaysia.
"Uncle. Kalau kita keluar tak boleh ke?" Tanya aku pada uncle. Dia menggelengkan kepala.
"No. Kita duduk je di sini. Biar polis yang jalankan kerja mereka." Aku duduk semula bersandar pada kerusi.
Kami kini sedang bersembunyi di dalam pondok polis yang sudah lama tidak digunakan. Tidak jauh dari sana aku dapat lihat sampan sampan kecil yang akan digunakan untuk menyeberang sungai.
"Along tu semalam cari Sarah." Kata aku.
"Uncle dah uruskan. Polis dah tangkap lintah darat tu." Aku tersengih. Uncle ni banyak gila dah tolong aku.
"Thanks uncle.. sorry susahkan uncle."
"Eh, apa pula yang susah. Kamukan bakal menantu uncle." Tersengih aku gembira.
"Saya ni dahlah perangai macam jantan uncle. Mana layak jadi menantu uncle."
"Ah, janji kamu dapat ubah perangai buruk si Haziq tu. Hubungan keluarga kami pun kamu satukan. Apa yang tak layaknya Sarah.." aku tersengih. Aku dipuji oleh bapa mertua. Wow!! Bangga gile!
Aku memandang keluar tingkap. Pihak polis sudah menunggu di dalam semak. Askar juga turut terlibat dengan kes ini kerana melibatkan orang Thailand masuk ke dalam negara secara haram.
Lama aku dan uncle menunggu. Bilik yang hanya di pasang kipas yang sudah uzur menambahkan lagi kepanasan kami akibat cuaca yang panas di negeri ini.
"Mereka dah tangkap." Kata uncle. Aku memandang dia terkejut. Uncle sedang memegang telefon bimbitnya.
"Kereta sudah menunggu kita. Mari kita ke balai." Ajak uncle. Aku buat muka.
"Kalau tahu macam ni baik kita tunggu dekat balai je uncle.. " bebel aku.
Uncle tersengih.
"Sorry. Uncle tak suka sebenarnya nak duduk dekat balai lama lama. Rimas." Kata uncle memberikan alasan. Aku buat muka lalu terus berjalan keluar.
****
"Terima kasih tuan kerana membantu pihak kami." Kata inspektor tersebut kepada aku dan uncle.
"Tuan salah ni kot.. yang sebenarnya pihak tuan lah yang sudah membantu kami. Tuan dah selamatkan bakal menantu saya dari bahaya. Terima kasih tuan."
"Itu sudah menjadi tugas kami. Lagi pun Nazrul ni memang dikehendaki. Dia kerap berhutang dengan along lalu menggunakan nama orang lain sebagai jaminan. Ramai sudah yang membuat laporan ke atas aktiviti dia ini." Kata inspektor tersebut.
"Saya ingatkan saya seorang je." Kata aku perlahan. Tiba tiba Nurul keluar sambil di iringi oleh seorang pegawai polis wanita.
Nurul menghampiri aku.
"Te... terima kasih Sarah.. kau.. kau dah tolong aku. Aku ucapkan terima kasih sangat sangat dekat kau. Aku... nak minta maaf dengan kau. Aku tipu kau. Aku pergunakan kau. Aku janji segala duit kau aku akan ganti balik." Kata Nurul teresak esak. Aku memandang dia dingin. Uncle berjalan keluar menunggu aku di kereta.
Dompet aku keluarkan. Sejumlah wang aku ambil lalu aku letakkan pada tangan Nurul lembut.
"Duit tambang balik. Lepas ni jangan buat perangai lagi. Kesian mak bapak kau. Balik ni aku nak.kau ceritakan semua pada mak dan ayah kau. Ingat sikit. Mak kau sakit. Jangan hampakan dia." Kata aku perlahan. Aku berjalan ke pintu keluar. Sebelum keluar aku memandang Nurul.
"Aku maafkan kau." Kata aku lalu berlalu pergi.
****
Well macam tulah cerita cinta aku yang membosankan. Naz di tangkap dan aku malas nak ambil tahu tentang dia lagi. Nurul berpindah jauh dari aku. Ijatt, Beena, Danish dan Haziq sanggup ikut aku sambung belajar di luar negara.
Aku dan Haziq makin rapat. Dalam diam Haziq mula menjalankan perniagaan online dan dia kata duit untuk kami kahwin dah cukup. Tapi aku suruh dia hold dulu. Aku nak cari kerja dahulu. Beli rumah barulah aku kahwin. Well, lelaki yang aku suka dulu sudah berubah dan aku semakin sayangkan dia. Aku harap hubungan kami berkekalan sepanjang zaman. Amin...
****************TAMAT*************
Share this novel