BAB 4

Romance Completed 15718

Aku bangun dari lena aku. Semalaman kami semua bergurau. Abang Daniel semalam yang cuba menyelamatkan aku telah diikat pada batang pokok dan mulutnya di sumbat dengan span basah. Kesian abang aku yang seorang itu.

Aku cuba mencapai telefon aku yang di hempap oleh Daniel. Kami semua tidur sekatil. Macam macam gaya tidur kami. Aku melihat notification aku.

"Urghh... mamat ni lagi." Rungut aku. Aku membalas chat yang di hantar Naz. Dia ni nampak sangat cuba mengorat aku. Lepas tu tiada topik pula tu nak berbual dengan aku. Ish, tak nak aku!

Aku mencampakkan telefon ke atas tubuh Radzi lalu aku bangun. Aku bergolek di atas tubuh Amall dan Ariff sebelum aku terjatuh seperti nangka busuk ke atas lantai.

"Adoii...." Amall terjaga. Dia menggosok gosok belakang aku.

"Lain kali hati hati." Kata dia mamai lalu menyambung semula tidurnya.

Aku bangun dan kemudian aku membuka peti sejuk. Air mineral aku capai lalu aku minum.

Telefon aku lagi sekali berbunyi.

Aku ambil dan aku baca. Terbeliak mata aku.

"Gila!! No way!" Jerit aku kuat. Akibat daripada jeritan itu keempat empat abang aku terjaga.

"Kenapa?" Tanya Amall cemas. Aku membuat muka seperti mahu menangis.

"Lelaki tu nak ajak Sarah jumpa..." kata aku lalu Daniel merampas telefon aku.

"Mana boleh!!!" Kata Daniel bengang. Ketika Daniel ingin menaip telefon aku di rampas oleh Ariff.

"Fuck gila! Ingat dapat ke?" Marah Ariff pula.

Radzi pun ingin merampas telefon aku begitu juga dengan Amall. Pelbagai kata kata makian yang keluar daripada mulut mereka.

Aku merampas semula telefon aku.

"Guys, calm down. Let me handle this." Kata aku tenang. Mereka semua memandang aku.

Aku kemudian mula menaip.

'Sorry tapi abang abang saya tak beri saya keluar dengan awaklah. Mereka kata sebab saya bukannya kenal awak pun.' Aku cuba mengelak.

Kemudian aku memandang abang abang aku.

"Sabar." Kata aku perlahan. Wajah mereka semuanya memerah menahan marah.

'Alah, tapi kalau kita jumpa dapatlah kita kenal lebih lagi. Pujuk lah abang awak.' Kata Naz. Aku membuat muka. Mamat ni aku lempang kang..

'Hmm, lagipun, bukan kebenaran abang abang saya je saya kena minta. Ibu bapa saya pun saya kena minta juga. Saya yakin. Mereka tak akan beri juga lebih lebih lagi kita baru kenal seminggu.' Aku memberikan alasan lagi. Aku mula menjelingkan mata. Bosan dengan sikap lelaki ini yang suka memaksa. Pantang betul aku apabila di paksa paksa oleh orang yang aku tak rapat.

Abang abang aku mula perasan akan perubahan mood aku.

'Alah, awak tak cuba lagi mana tahu. Cuba lah dulu.' Kata Naz. Aku menghempaskan telefon ke atas tilam. Marah.

"Fuck gila jantan ni! Kau ingat aku apa hah sial sampai kau nak paksa paksa aku! Bodoh mak bapak aku pun tak pernah paksa aku buat benda benda macam ni lah sial!" Maki aku marah. Kalau dah sampai kata kata kesat keluar dari mulut itu bermakna aku marah lah tu. Abang abang aku mula menjauhkan diri. Tahu perangai aku jika aku marah.

Telefon aku ambil semula lalu aku menaipkan jawapan kepada soalan Naz.

'Erm, tengoklah dulu.' Kata aku pendek lalu aku terus mencampakkan telefon ke atas tilam. Aku mengeluarkan tangga tali kecemasan yang aku simpan di dalam stor lalu aku terus ikatkan pada lantai luar. Tangga aku campakkan ke bawah dan aku terus turun meninggalkan abang abang aku terpinga pinga.

****

Keesokkan harinya..

"Ijatt!!" Jerit aku sayu pada Ijatt yang sedang menunggu aku di kedai mamak itu. Ramai pelanggan di kedai mamak itu memandang kami.

Ijatt yang sedang minum teh tarik hanya memandang aku tenang. Ditangannya memegang iphone 5c kuning miliknya.

"Tolong aku Jatt!!!" Rintih aku sambil aku duduk di sebelahnya. Kasut aku buka lalu aku bersila di atas kerusi sambil memandang dia.

"Apa lagi ni Chott, lelaki mana lagi yang kacau kau, cakap dengan aku." Kata Ijatt. Ijatt ni memang sudah biasa dengan aku. Kalau aku datang dekat dia sambil buat muka nak menangis tu tahulah dia aku sedang stress kerana lelaki.

"Member aku punya kawan sekerja. Mamat tu nampak sangat minat aku. Dah berapa kali dah dia asyik kata rindu lah apalah. Tapi sumpah Jatt, aku tak pernah layan mamat tu! Lagi rimas adalah! Tolong aku Jatt!!" Rayu aku sedih. Ijatt ambil telefon aku lalu dia membaca whatsapp aku dengan Naz.

"Hmm, muka tak handsome pun. Kenapa dia nak ngorat kau? Dia tahu ke kau single?" Tanya Ijatt. Aku mengganggukkan kepala.

"Nurul member aku yang beritahu." Kata aku geram. Ijatt ketawa melihat mimik muka aku.

"Tak payahlah balas chat mamat tu.." kata Ijatt.

"Boleh je aku tak reply. Tapi, dia kawan dengan Nurul. Aku tak nak lah nanti Nurul masam muka dengan aku ke. Tak nak wei aku tak sanggup! Aku ni bukannya ramai kawan pun! Kau dengan Beena je!" Kata aku muram. Ijatt ketawa.

"Kau nak aku buat apa? Jadi boyfriend kau?" Tanya Ijatt. Aku tersengih lebar. Paha Ijatt aku tampar kuat.

"Okay gak tuh!! Boleh kan Jatt??" Tanya aku manja.

"Aku bagi cadangan je!" Kata Ijatt balik. Ni mesti tak sanggup jadi boyfriend aku ni. Hahah! Tak kira nak gakk!

"Kau yang bagi cadangan dan aku setuju dengan cadangan kau. Jadi BF aku please. No! I means rental boyfriend. Amacam? Hehehehe..." aku ketawa perlahan. Ijatt menggelengkan kepala dia.

"Tahu dek awek aku mati aku wei." Kata Ijatt. Aku mencebikkan wajah.

"Kau tu playboy, sedar tak? Setakat aku seorang ni no hal punya lah." Sindir aku perlahan. Ijatt menumbuk bahu aku.

"Auu!!! Sakitlah setan!" Jerit aku bengang. Ijatt ketawa.

"Okay lah okay lah. Aku jadi boyfriend kau." Kata Ijatt. Aku bersorak gembira.

"Yeah!!!!! Sayang kau Ijatt!!!" Sorak aku. Gembira tak terkata aku tika ini. Aku menumbuk numbuk bahu Ijatt. Ijatt hanya tahan sakit akibat ditumbuk aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience