"Apeni...." tiba tiba sahaja aku merungut kuat sambil memandang telefon. Abang abang aku yang sedang menonton televisyen terkejut lalu memandang aku pelik.
Mereka semua merangkak menuju ke arah aku lalu mereka duduk di sekeliling aku.
"Apa apa?" Tanya Radzi. Aku masih ralip memandang telefon.
"Kenapa ni Sarah?" Tanya abang ketiga aku Amall. Aku memandang mereka seorang demi seorang sambil aku membuat riak wajak cemas.
Telefon aku angkat dan aku tunjukkan kepada mereka.
Berkerut dahi mereka ketika cuba membaca tulisan di skrin aku.
"Assalamualaikum... hai Sarah... maaf kalau mengganggu." Daniel membaca perlahan. Lalu dia memandang aku.
"Ah sudah jangan kata dia nak ngorat adik aku ni.." rungut Daniel. Yang lain semua memandang aku geram.
"Mana kau kenal mamat ni?" Tanya Amall. Aku mencebik sedih.
"Member Nurul..." Amall dan Radzi berdecit serentak.
"Suka ah kau." Kata Radzi pula. Aku menjeling dia.
"Apa kejadah nak suka!" Kata aku geram.
"Reply lah salam dia tu..." kata Ariff tiba tiba. Kami semua memandang dia.
"Kau gila ke apa!!" Jerit kami berempat serentak. Ariff memandang telefon aku. Wajahnya tiada perasaan.
"Kau dah bluetick kan.. kesian dia nanti.." kata Ariff lalu merampas telefon aku. Dia mula menaip sesuatu di telefon aku. Kami semua duduk mengelilingi dia.
'Waalaikumusalam hai. Tak ada lah mengganggu.' Aku dan Danial menepuk dahi melihat ayat ayat yang di balas oleh Ariff.
"Apa kau ni! Nanti mamat tu lagi panjang lebar dia balas. Tak sukalah!!" Bebel Daniel. Ariff pandang Daniel.
"Sibuklah kau!" Kata Ariff. Aku mengeluh.. hmm malasnya nak layan orang yang aku tak kenal macam ni..
****
"tak perlulah panggil aku Sarah kut ya mamat ni pun.." bebel aku sendiri. Ariff duduk di sebelah memandang perbualan 'whatsapp' antara aku dan Naz.
'Tak payahlah panggil aku Sarah. Panggil aku Chott je sebab member aku semua panggil aku Chott.' Aku menaip pada skrin telefon lalu aku menekan butang send.
"Nampak sangat dia nak try kau dikk.." kata Ariff. Aku menjeling dia.
"Kau lah mula dulu. Kalau kau tak reply tak adanye aku kena layan dia." Bebel aku bengang. Ariff ketawa.
"Sampai bila aku nak kena layan dia ni?" Tanya aku.
"Sampai dia give up dengan kau." Kata Ariff.
"Aku cepat bosan kau pun tahu kan." Kata aku perlahan.
"Tahu sebab tu tak ada lelaki yang pernah lama dengan kau." Kata Ariff. Aku melentokkan bahu pada bahu Ariff. Telefon aku campakkan pada Ariff.
"Kau layanlah dia!" Kata aku bengang. Ariff ketawa kecil sebelum menyambung perbualan aku dengan Naz.
Hal yang di katakan Ariff tadi tentang tiada lelaki yang bertahan lama dengan aku bukan tiada ada sebenarnya cuma aku sahaja yang tak nak beritahu mereka. Yang tahu cumalah abang aku Daniel sebab Daniel dan aku memang paling rapat di antara kami. Disebabkan Daniel abang sulung jadi, dia memang di amanahkan ibu dan ayah untuk menjaga kami semua semasa ketiadaan mereka.
"Orang ada crushlah.." bisik aku perlahan supaya Ariff tidak dengar kata kata aku.
Tetapi aku silap. Ariff sebenarnya dengar apa yang di katakan aku. Dia memandang aku dengan senyuman lebar.
"Sejak bila ni.. haa?" Tanya Ariff. Aku terkejut lantas aku menjauhkan diri dari Ariff.
"Apa maksud kau??" Tanya aku pelik. Ariff mendekati aku. Dah macam ju on aku tengok abang aku ni cuma rambut je tak panjang.
"Eii, apa ni??" Tanya aku lagi. Ariff menerkam aku dan aku di selamatkan oleh Radzi. Radzi membantu aku berdiri. Ariff duduk bersila lalu memandang aku dan Radzi.
"Huh nasib baik." Keluh aku lega.
"Nasib baik apa.. nasib kau makin malang lagi tahu tak.." kata Radzi dengan sengihan sinis. Wajahnya kelihatan jahat dan nakal.
Aku mengetap gigi. Tangan aku genggam.
"Abangg!!!!" Serentak itu aku berlari sambil menjerit memanggil Daniel yang sedang memasak di dapur. Ibu dan ayah tiada di rumah pergi Honeymoon ke 26 tahun mereka. Jadi Daniel yang akan menjadi ibu bapa kami.
Aku berlari turun sambil dikejar oleh Ariff dan Radzi. Rumah kami yang agak besar membuatkan perjalanan aku ke dapur menjadi lama.
"Kenapa ni??" Tanya Daniel yang sedang bercekak pinggang di pintu dapur menunggu aku. Aku memeluk tubuh dia erat lalu bersembunyi di belakangnya.
"Ju on dengan setan hijau dah datang!" Kata aku perlahan. Daniel mengerutkan dahi. Dia memandang ke hadapan dan nampak Ariff dan Radzi. Radzi memakai baju berwarna hijau. Tawa terhambur keluar dari mulutnya.
"Abang tahu, Radzi mesti setan hijaukan? Hahahaha!" Kata Daniel. Radzi menjegilkan matanya ke arah aku.
"Punyalah handsome abang kau ni kau kata setan hijau?" Bebel Radzi. Ariff memandang aku.
"Ju On kau kata aku ya..." kata Ariff pula. Dia bercekak pinggang.
Aku masih lagi menyorok di belakang Daniel.
Daniel ketawa.
"Kau orang ni tak payahlah nak kacau Sarah. Kesian budak kecil ni.." kata Daniel.
Amall keluar dari dapur sambil mendulang makanan.
"Jom makan!" Panggil Amall. Daniel memusingkan tubuhnya. Serentak itu aku juga memusingkan tubuh aku. Masih lagi mengekori Daniel. Aku dapat lihat Ariff dan Radzi yang memandang aku tajam.
Kami duduk di meja makan. Aku mencedukkan nasi untuk Daniel dan Amall. Untuk Radzi dan Ariff aku biarkan mereka senduk sendiri.
"Kenapa tak buat untuk abang?" Tanya Ariff. Aku menggelengkan kepala aku. Ariff berdecit lalu tiba tiba sahaja dia menangkap tangan aku. Aku yang sedang duduk berhadapan dengan dia terperangkap kerana tangan aku sudah terkunci dan Radzi memegang bahu aku.
Sanggup betul Ariff memanjat meja semata mata ingin menangkap aku.
Aku menjerit kuat.
"Ab...abangg!!!!" Jerit aku kuat. Aku meronta ronta ganas. Daniel dan Amall kelam kabut keluar dari dapur.
"Ya Allah! Budak budak ni! Behave!" Jerit Amall. Aku memandang mereka sayu. Macam nak nangis je sekarang ni. Amall dan Daniel menarik Radzi dan Ariff.
"Apa kena dengan kau orang ni? Kesian budak ni!" Bebel Amall. Dia menggosok gosok tangan aku yang dipegang oleh Ariff tadi. Merah tangan aku dibuatnya.
"Sarah dah ada teman lelaki!" Bentak Radzi dan Ariff serentak.
Daniel dan Amall buat muka selamba tapi.....
Amall memandang aku dingin.
"Siapa..." Oh mai god.. aku segera melarikan diri aku. Musuh aku kini sudah semakin bertambah. Aku dapat dengar Daniel menjerit supaya kami berhenti bergaduh. Aku berlari keluar rumah. Amall, Radzi dan Ariff kini sedang mengejar aku. Aku mencapai tangga tali yang menuju ke rumah pokok aku. Bersusah payah aku naik akhirnya aku sampai di atas. Aku lihat di bawah. Radzi sudah semakin hampir tiba ke atas.
"Mummy!!" Rintih aku takut. Aku kemudian terpandang tali tangga yang terikat pada lantai rumah pokok aku. Dengan pantas aku buka dan setelah itu aku terdengar suara ketiga tiga abang aku menjerit kesakitan.
"Sarah!! Tak acilah potong tali tangga!!" Jerit Amall dari bawah. Aku menjelirkan lidah kepada mereka.
"Padan muka. Siapa suruh kejar Sarah!" Jerit aku lagi.
"Abang cuma nak tahu siapa crush Sarah tu je!!" Jerit Amall.
"No!! Never!!"
"Please sayang! Abang nak tahu nama dia je!" Rayu Amall. Aku menggelengkan kepala.
"No! Bukan boleh percaya pun kau orang semua ni!!" Jerit aku kuat lalu aku masuk ke dalam rumah pokok aku.
Tersengih lebar aku apabila melihat keadaan rumah ini. Sudah hampir dua tahun aku tidak menjejakkan kaki di sini. Ayah telah mengubah suai rumah ini untuk aku tetapi aku hanya dapat masuk sekali sahaja kerana aku menghadapi SPM.
Bilik ini di mempunyai Sofa, televisyen, alat penghawa dingin, meja makan, dapur, peti sejuk, katil saiz queen dan yang paling menjadi kegemaran aku adalah set komputer aku. Di sebelah meja komputer terdapat pelbagai cd game milik aku. Semuanya aku beli menggunakan duit ketika aku bekerja di 7E dahulu.
Walaupun rumah ini terletak di atas pokok namun bekalan elektrik dan air tetap ada.
Aku lihat keadaan rumah ini yang bersih dan kemas. Mesti ibu selalu bersihkan. Larat pula dia panjat. Peti sejuk aku buka. Tersengih lebar aku melihat peti sejuk yang penuh dengan makanan. Aku lihat tarikh luput makanan tersebut.
"Yess! Lama lagi! Ibu memang the best!!" Sorak aku gembira.
Aku membuka televisyen lalu aku duduk di sofa.
Makanan yang aku ambil di peti sejuk tadi aku keluarkan bersama dengan air tin.
"Hmm, esok aku kena ikut abang pergi gym ni." Bebel aku sendiri sambil melihat makanan ringan yang aku ambil tadi.
Aku mula menonton tv ambil makan makanan ringan. Lama aku leka sehingga aku terdengar bunyi sesuatu sedang berjalan di luar rumah. Aku tergamam. Bunyi apa tu?
Tv aku tutup lantas aku berlari ke arah tilam dan aku selubungkan tubuh aku dengan selimut.
Bunyi derapan tapak kaki itu semakin kuat sambil aku terdengar tombol pintu cuba di pulas namun gagal kerana berkunci. Nafas aku semakin laju. Takut... apa benda tu?
Tiba tiba kedengaran bunyi kaca dipecahkan. Oh my god. Whats is happening?
Peluh mula membasahi tubuh aku.
No, no, no...
Prang... prang...
Kaca bunyi kaca pecah semakin kuat. Tubuh aku menggigil. Setelah itu keadaan menjadi senyap.
"Zombie ke?" Bisik aku perlahan.
"Zombie atok kauu!!!" Jerit Ariff lalu melompat ke atas aku.
"Ibu!!!!!!!!!" Aku menjerit ketakutan. Radzi dan Amall galak mengetawakan aku. Aku terdiam sebaik sahaja sedar aku sudah terkena oleh mereka. Aku menolak Ariff lalu aku duduk bersila di atas tilam.
"Tahu takut.." kata Radzi serentak itu mereka duduk di hadapan aku di atas tilam.
Ariff masih membaringkan tubuhnya di sebelah aku. Aku melihat tingkap yang sudah pecah.
"Kenapa pecahkan tingkap? Ayahkan baru je tukar tingkap tu??" Tanya aku geram.
"Kau tanya abang Ariff kau yang ganas tu." Ariff tersengih lebar. Aku memukul perutnya kuat.
"Ganti balik." Bentak aku.
"Tak payah cakap aku tahulah." Kata Ariff lalu menjeling aku.
Share this novel