"Guys! Tarikh yang kita plan tu terpaksa lanjutkan. Means 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23. Lain hari hotel penuh."
"Kalau macam tu tak apalah. Kita ni bukannya buat apa pun." Kata Danish.
"Tak... mana tahu kau orang kerja..." ketawa mereka semua mendengar kata kata aku.
"Mana ada kitaorang kerja. Muka kitaorang nak kerja? Buat lawak." Kata Ijatt. Aku ketawa. Lupa pula. Member aku ni memang pemalas.
"Family kau bagi ke?" Tanya Haziq.
"Parent aku bagi tapi abang abang aku jelah. Lepas aku pujuk dorang pun okay."
"Sayang betul abang abang kau tu dekat kau kan. Untung kau." Kata Danish. Aku buat muka.
"Macam mana dengan Naz tu?" Tanya Haziq.
"Erm... dah seminggu dia tak chat aku. Eh lupa pula. Aku dah block dia..." kata aku lalu ketawa. Mereka semua ketawa.
"Baguslah. Tak ada lah menyemak je aku tengok. Serabut aku." Bebel Haziq. Ijatt dan Danish tersengih.
"Yang kau nak serabut buat apa. Yang kena kacau tu Chott bukannya kau! Ke kau jealous ni..." kata Danish. Lalu Ijatt dan Danish ketawa. Merah wajah Haziq.
"Baik sikit ya!" Marah Haziq lalu membaling straw minumannya ke arah Danish. Makin galak mereka ketawa. Aku dan Beena hanya memerhati.
"Aku nak gerak lah wei." Kata Haziq sambil membuka dompetnya.
"Awal lagi.." kata Ijatt.
"Aku ada janji malam ni.." kata Haziq. Aku menjeling dia.
"Club lah tu.." rungut aku perlahan. Haziq tersenyum nipis sebelum menggosok gosok kepala aku lembut. Dia mengambil kunci keretanya.
"Hari ni aku belanja." Kata Haziq lalu terus berjalan ke arah kaunter.
Aku memandang pemergian dia dengan pandangan sayu. Bilalah kau nak berubah Ziq..
****
Haziq POV
Lagu lagu remix bergema kuat. Gadis dan lelaki terlompat lompat menari mengikut lagu yang di pasangkan. Malah ada Lelaki dan perempuan tidak kira tua atau muda sibuk meneguk air kencing setan. Termasuk lah aku.
Kepala aku berpinar pinar. Segelas cawan di hadapan sudah aku lihat ada 3.
"Give me more." Kata aku perlahan. Bartender yang bertugas menuangkan segelas lagi arak untuk aku.
Setelah beberapa teguk aku sudah tidak mampu membuka mata. Aku meletakkan kepala aku ke atas meja.
"Tuan. Bangun tuan." Suara bartender yang menghidangkan air aku tadi mengejutkan aku.
"Mmmm..." hanya itu yang mampu aku lakukan. Nak buka mata pun aku tak mampu.
"Tuan.. ada sesiapa ke yang boleh saya telefon untuk membawa tuan pulang?" Tanya bartender itu lagi.
Siapa? Aku mana ada sesiapa? Papa dan mama sibuk bekerja. Mereka selalu tinggalkan aku sendiri.
"Erm.... s...sa.....rah..." setelah itu bartender itu menyeluk poket aku mengeluarkan telefon aku.
Aku terdengar dia bercakap sebelum telefon aku di masukkan semula ke dalam poket aku.
"Tuan.. cik Sarah akan tiba sebentar lagi." Kata bartender itu lalu dia berlalu pergi. Aku kembali lena.
****
Aku membuka mata sebaik sahaja aku terasa ada sesuatu sedang mundar mandir di hadapan aku.
"Haziq? Dah bangun?" Tanya Sarah. Aku melihat syiling. Kepala aku berpinar pinar. Tiba tiba aku rasa seperti ingin muntah. Sepantas kilat aku berlari ke arah bilik air dan memuntahkan segala isi perut.
"Kau okay tak ni??" Tanya Sarah sambil menggosok gosok belakang aku.
"Erm..." kemudian aku berjalan keluar dari tandas. Aku duduk di sofa.
"Nah. Minum." Sarah menghulurkan secawan kopi untuk aku.
"Aku tak suka kopi." Kata aku dengan kepala yang masih sakit.
"Ish, minum!" Arah Sarah tegas.
Aku mengambil cawan tersebut lalu aku minum. Berkerut muka aku.
Pahit!
Sarah mengemas barang barangnya. Wajahnya kelihatan marah, muram, kesal, sedih. Semuanya bercampur baur.
"Thanks Sarah." Ucap aku perlahan. Serba salah. Sarah hanya diam. Dia leka mengemas barang dan keadaan bilik yang berselerak. Wait berselerak. Aku ingat aku dah kemaskan pagi tadi?
"Sarah..." panggil aku lembut. Aku menghampiri dia dan aku sentuh sedikit bahunya.
"What?" Tanya Sarah. Tangan aku di tepis.
"Im sorry." Kata aku sayu.
"Sorry? For what?" Tanya dia masih mahu berdolak dalih.
"For... im sorry because i get drunk. Im sorry because i make you sad seeing me like this too.. im sorry Sarah.." kata aku perlahan. Sarah menjeling. Dia mencapai telefonnya. Sambil berjalan keluar dari bilik.
"Lantak kau lah.." kata dia bengang lalu meninggalkan aku seorang. Aku meramas rambut aku. Kesal dengan apa yang terjadi.
****
"Mana Chott ni?" Bebel Beena.
"Entah. Dah dekat seminggu tak lepak dengan kita. Dalam group pun dia diam je.." bebel Ijatt.
"Dia ada call kau tak Ziq?" Tanya Danish. Aku menggelengkan kepala. Aku tahu punca Sarah begini. Dia marah dekat aku.
"Tak pernah pernah perempuan ni buat perangai." Bebel Beena lagi. Aku hanya diam.
"Dah lah esok kita nak pergi holiday dia pula buat hal." Bebel Beena. Dia rindu agaknya dengan Sarah.
"Aku rindulah dengan Chott..." kata Beena sedih sambil menongkat dagu.
"Cuba kau call dia Ijatt." Kata Danish. Ijatt mengeluarkan telefonnya.
"Chott.. kat mana?" Tanya Ijatt lalu dia diam sekejap.
"Lama tak lepak. Tak rindu ke?"
"Kau jadi tak ikut kitaorang ke Langkawi."
"Jadi lah!!!!" Kedengaran suara Sarah menjerit ceria.
"Okay. Nanti kita jumpa dekat sana." Lalu Ijatt mematikan talian.
"Dia kata dia gerak sendiri. Kita jumpa dia dekat airport Langkawi." Kata Ijatt.
"Lah! Asal pula? Janji nak pergi sama sama?" Kata Beena.
"Dia kata dia ada alasan sendiri."
"Hmm... kenapa kau diam je Haziq? Selalu bukan main bising mulut kau tu." Kata Danish. Aku tersenyum.
"Tak adalah. Aku rasa macam tak sihat je..." aku memberikan alasan.
"Jomlah balik. Barang tak kemas lagi ni." Ajak aku. Mereka semua bersetuju.
Sebelum aku pulang aku singgah sebentar di rumah Sarah. Aku lihat dia sedang bermain dengan abang abangnya. Air di pancutkan antara satu sama lain. Sehinggalah ibu mereka keluar dan memarahi mereka. Seperti biasa Sarah akan terselamat daripada kemarahan dan bebelan ibunya.
Ketawa aku melihat reaksi abang abangnya apabila dimarah.
Kemudian aku memandang Sarah.
Aku tahu Sarah marahkan aku. Dia selalu menasihati aku agar berubah tetapi kerana tabiat aku tidak mampu merubah sikap aku yang suka buat benda benda yang dilarang Allah.
Aku mengeluh perlahan. Tubuh aku sandarkan pada kerusi kereta.
****
"Kau nak apa?" Tanya Sarah bengang. Aku menoleh kiri dan kanan. Aku masih di dalam kereta dan kini Sarah sedang duduk di kerusi penumpang.
Aku menguap dihadapan Sarah dan dia menjeling aku. Ketawa aku dengan sikap tidak senonoh aku.
"Macam mana kau masuk?" Tanya aku.
"Kereta tak kunci." Kata dia dingin.
"Yeke? Berapa lama wei aku tertidur di sini?" Tanya aku cemas aku melihat jam. Shit! Sekarang jam 12 malam. Hampir 7 jam aku tertidur disini.
"Pergi balik lah..." kata Sarah lalu membuka pintu. Aku menahan dia dari keluar. Lengannya aku pegang erat.
"Kau nak apa?" Tengking Sarah. Terkejut aku. Aku melepaskan tangannya.
"Ehem..." aku melegakan tekak aku.
"I'm sorry." Kata aku lembut. Sarah mengetap gigi.
"Kau nak minta maaf? Kau sedar tak apa yang kau cuba buat dekat aku malam tu Haziq? Kau cuba rogol aku! Aku stay pun sebab kau kawan aku! Kalau bukan sebab abang aku selalu ajar aku tinju aku rasa dah lama aku pecah dara!" Tengking Sarah. Terpana aku buat seketika. Aku? Aku hampir rogol Sarah?
"Serius?" Ayat itu terpacul keluar dari mulut aku. Darah menjegilkan matanya kepada aku lantas dia terus berlalu keluar dari kereta.
"Wait Sarah!" Aku mengejar dia lalu aku menarik dia. Aku lihat Daniel sedang duduk memerhatikan kami dari pintu rumah.
Aku menganggukkan kepala aku kearah dia. Dia membalas anggukkan aku.
"Ikut aku sekejap!" Aku terus mengangkat dia masuk semula ke dalam kereta. Terkejut Sarah.
"Apa masalah kau ni!! Lepaslah!" Jerit Sarah sambil memukul mukul dada aku. Aku abaikan pukulan dia lalu aku memasukkan dia ke dalam kereta melalui pintu pemandu. Senang supaya dia tidak melarikan diri. Budak ni bukan boleh percaya sangat pun..
Aku biarkan dia di atas paha lalu aku menutup pintu kereta dan aku kunci. Setelah itu menukar gear dan aku mula memandu. Ketika itulah aku meletakkan dia di tempat duduk sebelah pemandu.
Sarah menumbuk bahu aku kuat.
"Apa masalah kau sial!" Maki Sarah. Aku memandang dia lalu aku tersengih.
"We need to talk." Kata aku lalu aku memulas streng aku ke arah jalan keluar ke highway.
Share this novel