BAB 12

Romance Completed 15718

Aku duduk di lobi sebelum aku di tegur seseorang.

"Sarah!" Er.. tu bukan suara Nurul ke? Aku hanya diam sambil menundukkan kepala. Mata aku memandang telefon tapi minda aku sudah jauh terbang entah kemana.

Suara Nurul kedengaran jauh.

"Sarah!" Yes! Tu suara Nurul! Wait a minute. Kalau Nurul ada... hotel ni syarikat dah tempah... maybe... shit! Jangan cakap syarikat restoran Nurul buat family day dekat sini!

Thats mean... he's here! Damn Naz is here! Sebab tu kenapa dia ada dekat airport semalam! Shit shit shit shit!!

Aku kena lari! Aku lantas bangun. Tangan aku menaip mesej kecemasan kepada rakan rakan aku. Damn... nasib baik aku pakai ear phone.. boleh pura pura tak dengar.

Aku lantas berjalan keluar dari lobi menuju ke parking.

Suara Nurul nasih lagi kedengaran cumanya semakin jauh.

Aku menghidupkan enjin motor.

Lalu aku menunggang keluar dari kawasan hotel.

"Damn! Shit has happen!" Jerit aku marah.

****

Aku menunggu rakan rakan aku di hadapan Langkawi Mall yang terletak tidak jauh dari hotel pak cik aku. Mata aku meliar memandang kawasan sekeliling risau jika terserempak dengan Naz.

"Sarah! Kau okay ke?" Tanya Haziq yang entah dari mana muncul dengan motornya.

"Aku okay." Kata aku cuba bertenang. Haziq dah ada dengan aku. Beberapa ketika kemudian yang lain turut tiba.

"Macam palesit sia kau bawa! Dengar pasal Chott lari je kau terus tinggal kan kitaorang ye." Bebel Danish.

"Haa Chott! Apa kes?" Tanya Danish.

"He's here! Naz is here! At Langkawi! And he stay at the same place with us!" Jerit aku marah. Otak aku dah serabut pada ketika ini.

"Mana kau tahu Chott?" Tanya Ijatt.

"Nurul is here. Dia stay hotel ni. Ingat tak, uncle kata ada syarikat tempah hotel ni. This whole hotel dipenuhi dengan pekerja dari restoran tu! Kau rasa? Mesti mamat tu ada jugakan?"

"Tapi kau sure ke dia ada? Kau nampak dia tak?" Tanya Ijatt.

"I don't know. Tapi aku yakin dia ada. Malah, aku rasa masa Nurul panggil aku dia pun ada juga. Dia kawan rapat Nurul kot! Ingat tak semalam kita jumpa dia dekat Airport. Means dia ada. Dia ada dekat sini! Damn!!" Jerit aku marah.

Beena cuba menenangkan aku.

"Sabar Chott.. aku dah whatsapp uncle kau. Aku minta jadual syarikat tu sepanjang dekat sini. And dia sedang usahakan. Kau jangan risau." Kata Beena. Aku tersenyum nipis. Kemudian aku memandang Haziq yang hanya diam dari tadi.

"Haziq?" Panggil aku. Dia memandang aku. Wajahnya jelas tergambar kerisauan.

"Minta cepat doh jadual tu. Kita plan lepas ni." Kata Haziq.

"Takpe kita lepak kedai makan ni dulu. Aku belanja." Kata Ijatt.

Kami semua masuk ke kedai untuk menenangkan fikiran.

****

"Okay, diaorang dekat sini tak lama. 3 hari 2 malam. Semalam diaorang dah buat aktiviti pusing pulau. So, this whole day mereka akan berada di dalam kawasan hotel untuk bersukan. Tapi petang jam 5 acara bebas untuk mereka. Malam mereka ada berbeque dan karaoke. Esok, hari terakhir ada senam robik jam 7 pagi dan acara penutupan. Lepas tu jam 10.30 pagi acara bebas untuk mereka. jam 12 mereka check out dan acara bebas sehinggalah flight mereka jam 5 petang." Terang Beena.

"Okay then, now kita free untuk berjalan before jam 5? Am i right?" Tanya Haziq. Beena menganggukkan kepalanya.

"So kita Island Hopping dari pagi sampai malam. So kita akan bebas dari mereka. Malam mereka habis jam berapa?" Tanya Haziq lagi.

"11 malam." Kata Beena.

"Okay Island hopping start dalam jam 8. Sekarang baru jam 7. Kita gerak ke Tanjung Rhu sekarang. Bawa baju lebih. Jom."

"Aku ambil baju untuk kau Chott." Aku terkejut.

"Eh! Suruh uncle aku ambilkan. Dia tahu aku nak pakai apa hari ni." Kata aku memberikan alasan.

Beena pantas menghantar pesanan kepada uncle aku.

"Okay, kitaorang gerak dulu." Kata Danish lalu meninggalkan aku seorang diri.

Rokok Danish di atas meja aku pandang lama sebelum tiba Haziq datang mengambil rokok tersebut. Bahu aku diusap lembut.

"Jangan.. jangan..." kata Haziq lalu ketawa. Aku tersenyum kepada dia.

"Baik sikit, aku bukan macam kau ya.." kata aku lalu mencubit tangan Haziq.

Haziq berlalu pergi sebelum meninggalkan aku.

****

"Kau berani ke nak terjun ni Chott?" Tanya Haziq.

Aku menjeling dia.

"Of course lah aku berani... lawan kau yang tengah mabuk tu pun aku berani.." kata aku sinis. Haziq ketawa.

"Eh, baru aku sedar. Esoknya lepas aku bangun. Aku perasan perut aku sakit lepas tu bibir aku macam pecah sikit. Kau punya kerja ke tu?" Tanya Haziq. Mata aku masih lagi ralip memandang rakan rakan aku yang sudah terjun ke dalam laut.

"Haah. Lepas tu kau pengsan. Lembik betul." Selamba sahaja aku kutuk Haziq.

"Kejam doh kau!" Kata Haziq.

"Aku memang kejam pun, baru tahu ke?" Kata aku sinis lalu aku terjun ke dalam laut.

Haziq tersengih memandang aku sebelum dia terjun menyertai kami semua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience