"Cakap kat mak, abang ada hal."
Aria buat muka pelik. "Hal apa?"
Seketul Aria yang tak pernah tak busybody. Aku sengih tanpa sebab.
"Kenapa sengih gitu? Ada hal apa?"
"Jangan sibuk hal orang dewasa. Dah, turun."
Aria tarik muncung sedepa sambil turun dari kereta.
"Elok sangatlah buat muncung itik macam tu. Baling dengan selipar ni karang..."
"Mama!! Aryan nak baling selipar kat adik!!"
Cis! Dasar kaki report!
Cepat-cepat aku reverse dan tinggalkan halaman rumah. Aku drive balik ke butik Nina tadi. Aku kena jugak bercakap dengan dia. Aku rasa macam ada big misunderstanding antara kitorang. Ada benda yang tak kena.
Sampai di kawasan lot kedai tu, aku parking tak jauh dari butik Nina. Aku tabahkan hati tunggu dia habis kerja.
Dekat pukul 6, aku nampak Nina keluar dan berjalan ke sebuah kereta Mini Cooper warna jingga jalur putih. Mini Cooper Mr. Bean tu hah. Kereta favourite dia. Dia kata kereta tu cute.
See? Betapa sayangnya aku kat Nina sampai tak boleh lupa semua favourite things dia. Lepas dia menghilang, semangat aku pun ikut hilang. Aku tak ada bercinta dengan sesiapa pun.
Main perempuan pun tak. Sumpah! Aku dah tak buat benda-benda mengarut tu lagi. Kalau family aku tahu apa aku pernah buat dulu, mesti diorang jijik dengan aku. Tapi Allah masih tutup aib aku sampai sekarang.
Aku ikut kereta Nina dari belakang. Boleh tahan jugak perempuan ni bawa kereta. Mentang-mentang bawa kereta kecil, suka hati dia nak selit sana-sini.
Sampai kat parking Tesco, dia matikan enjin. Tapi dia tak terus keluar. Dia tiup-tiup awning tudung. Comel gila. Aku jatuh cinta lagi entah buat kali yang ke berapa dengan perempuan yang sama.
Tapi... Macam mana kalau dia dah kahwin?
Aku mengeluh. Hati aku ni tak nak orang lain. Aku nak Nina Eusoff aje. Aku sendiri tak tahu kenapa tapi aku memang sayang gila dekat dia.
Aku cepat-cepat turun dari kereta bila perasan yang Nina dah sampai kat pintu masuk Tesco. Aku berjalan santai belakang dia. Dia langsung tak sedar.
Dia pergi ke tempat troli. Waktu dia nak capai satu troli, aku cepat-cepat capai troli yang sama. Dia terkejut dan berganjak ke tepi.
Matanya tak lepas dari tengok aku. Aku pula sengaja buat-buat tak hiraukan dia kat situ. Niat di hati sekadar nak mengusik tapi dia boleh bantai mengelamun macam orang baru lepas kena buang kerja pulak.
Tak sampai hati aku tengok.
"Girl." Aku panggil dia. Gelaran yang selalu aku guna untuk dia dulu. Rasa luruh sikit rindu dalam hati ni.
Nina angkat muka.
"Girl," aku panggil lagi, nak tengok reaksi dia.
Dia cuma diam sebelum mengeluh kecil.
"Ada apa?"
"Let's talk."
"About what?"
"About us."
"Sorry, not interested." Balasnya dingin sebelum berlalu pergi.
Laju dia atur langkah menuju ke kereta. Aku tetap ikut dia. Aku nampak dia kesat air mata. Kenapa? Kenapa dia menangis?
"Nina!"
"Go away!" Dia cepat-cepat masuk ke dalam kereta. Aku sempat halang dia dari tutup pintu tapi salah cara. Tersepit tangan aku weh! Sakitnya jangan cakaplah.
Dia tak jadi tutup pintu. Dia duduk diam merenung stereng kereta. Aku terkedu sendiri. Nina yang dulu tak dingin macam ni. Nina yang dulu sangat mudah kasihankan orang.
"Let's talk."
Aku terus pusing masuk ke dalam kereta dia dan duduk sebelah dia. Tapi, dia tiba-tiba keluar dari kereta dan duduk di tempat duduk belakang.
Aku tarik senyum segaris sebelum berpindah ke tempat duduk pemandu. Sesekali aku curi-curi pandang ke belakang. Dia termenung melihat ke luar.
Aku hentikan kereta di perkarangan sebuah tasik. Dia cepat-cepat keluar dan duduk di sebuah bangku. Aku ikut dia dan duduk di bangku yang sama.
Lama kitorang diam. Aku tak tahu macam mana nak mulakan. Soalan yang mana satu yang patut aku tanya dulu?
"Where did you go?"
"US," jawabnya ringkas.
"Kenapa tak bagitahu?"
Dia menoleh. Keningnya berkerut. "Aku tak bagitahu?" Dia ketawa sinis.
Giliran aku pula yang berkerut kening. "Bila masa kau bagitahu?" Pelik. Aku rasa aku tak pernah hilang ingatan lagi setakat ni.
"Kau ni amnesia ke alzheimer? Kau tak ingat apa yang kau cakap kat aku?"
Makin berkerut-kerut muka aku dibuatnya. Serius aku tak tahu dan tak faham apa yang dia cakap.
"Apa---"
Telefonnya berbunyi, mematikan percakapan aku. Handphone dia ni memang suka berbunyi waktu orang tengah bincang benda penting ya? Dia tarik nafas beberapa kali sebelum menjawab panggilan itu.
"Yes?"
Siapa yang call?
"Awww poor baby. Wait for mommy, okay?"
Aku tergamam lagi dengan ayat yang keluar dari mulutnya. Lepas matikan panggilan, dia tengok jam sekejap sebelum menoleh pandang aku.
Otak aku blank. Aku tak dapat nak cakap apa-apa. Aku cuma mampu pandang dia. Dia... Dah ada anak?
"Aku kena balik sekarang. Pandai-pandailah kau cari Grab."
Aku tak menyahut.
"Stop jumpa aku macam ni. Jaga perasaan orang keliling," katanya sebelum berlalu pergi.
Share this novel