e.m.p.a.t.b.e.l.a.s

Romance Series 10165

"Nina!" Fay tersenyum lebar sambil mendekat. Aku turut senyum.

"You look hoottt!" Aku melirik bajunya yang terdedah depan dan belakang sambil buat muka nakal.

Dia ketawa. "You look hotter!" balasnya sambil tepuk punggung aku sedas. Sabar je la. "Jom, masuk."

Kami berpaut lengan melangkah masuk ke kondominium milik teman lelakinya, Ricky. Fay ni half chinese, half arab. Sumpah lawo namateyyy! Kenal dia kat modelling agency. Mula-mula ingatkan sombong tapi rupanya baik dan ramah.

Sampai je depan pintu rumah, Ricky dah standby dengan kotak kat tangan. "Hey, Nina! Looking good!" Dia kenyit sebelah mata. Tanpa segan silu bibirnya menyapa bibir Fay.

Kotak dihulur. "You know the rules."

Aku keluarkan phone dari dalam beg kecil yang aku bawa dan masukkan ke dalam kotak tu. Peraturan Ricky - no smartphones while partying. Dia tak nak ada yang merakam dan sebarkan benda-benda aib. Giituuu~

Fay tak terkecuali. Lepas serahkan phone masing-masing, barulah kami dibenarkan masuk. Suasana dalam kondo tu agak bising dengan lagu entah apa-apa. Manusia-manusia yang ada pun macam dah mula khayal dek alkohol. Terkinja-kinja.

Fay pamit seketika. Aku berjalan ke pintu sliding yang sedia terbuka. Ada sekumpulan lagi manusia yang bermandi-manda dalam swimming pool. Siap berbikini lagi. Tak sejuk ke?

Aku jarang sangat-sangat pergi private party macam ni. Tak suka tempat sesak dan bingit. Kalau pergi pun sebab... entahlah. Jiwa ni rasa kosong. Aku cuba isi kekosongan tu dengan pergi ke club dan party. Walaupun tak kerap. Tapi masih sama. Jiwa ni tetap rasa kosong.

Ni kalau Sid tahu aku jejak kaki ke party-party macam ni, mahu kena lecture 3 hari 3 malam non-stop. Dia kata aku satu-satunya adik perempuan dia. Dia tak nak benda tak elok jadi kat aku. Tahu-tahu je la bila dah start teguk arak, kau dah tak mampu nak berfikir lurus. Lagi-lagi kat party macam ni. Kebarangkalian untuk jadi 'lauk kenduri' adalah sangat tinggi.

Lengan aku disentuh. Aku menoleh. Fay senyum sambil tarik tangan aku dan bawa aku naik ke tingkat atas. Di ruang tamu atas, ada 4 perempuan dan 3 lelaki tengah pusing botol main 'truth or dare'.

"It's less noisy up here," kata Fay sambil duduk di sofa. "Come, let's play this game!"

Aku sengih tayang gigi sebelum duduk sebelah Fay. Dari awal aku jejak tingkat atas ni, aku dah start rasa meremang semacam. Takkanlah rumah Ricky ni berhantu? Tapi kalau berhantu pun logik jugak sebab Ricky tak tinggal sini pun. Dia ada rumah lain. Kondo ni dia guna untuk adakan party je.

Aku rasa diperhatikan. Aku angkat muka, pandang satu-satu muka manusia yang tengah sakan ketawa ni. Sampai kat muka yang terakhir, aku rasa nak tersedak air liur sendiri.

Ejaz?!

Dia tengah renung aku. Tajam gila renungan dia sampai aku jadi gelabah dok tarik-tarik skirt yang habis pendek ni.

Dah kenapa dia boleh ada kat sini pulak?!

Tengah ralit menutup apa yang terdedah, kawan-kawan yang lain bersorak tiba-tiba.

"Jazz, truth or dare?"

Oh, rupanya muncung botol tu menghala ke arahnya.

"Truth," jawabnya tenang. Dia kelihatan waras. Maksud aku, tak nampak mabuk ke apa macam kawan-kawan yang lain.

"Okay! When was your first time?"

Aku telan liur dengar soalan tu. First time apa? First time kissing? First time dating? First time ehem ehem? Bagi soalan biar lengkap! Aku pun nak tahu jawapannya!

Ejaz geleng. "I'm a virgin." katanya selamba dan disahut dengan sorakan meriah. Tanpa sedar aku ikut tersenyum. Rakan di sebelah menepuk-nepuk bahunya.

Err... kenapa aku ikut senyum pulak?

"I can bring a girl for you if you want," katanya dengan sengih lebar macam minta penampar.

Ejaz ketawa angkat kening. Apa maksudnya? Kenapa angkat kening?

Aku ketap gigi.

Botol dipusing lagi. Kali ni menghala ke arah aku dan Fay.

"Which one of you?" soal seorang gadis berambut pink. Fay cepat-cepat tunjuk ke arah aku.

"Truth or dare?"

Aku teragak-agak. Kalau aku cakap 'truth', karang dapat soalan melalut, mati aku. Tapi kalau aku jawab 'dare', takut pulak kena cabar dengan benda-benda mengarut. Diorang ni bukannya kisah apa dah. Masing-masing dah ting tong.

"Okay, I tanya soalan dulu. Later you decide truth or dare," kata si rambut pink.

Aku angguk.

"If you have one chance, siapa yang you nak bawa balik tonight?"

Aku melirik ke arah Ejaz. Tiba-tiba pulak rasa macam nak sakat mamat ni...

"Truth." aku jawab sambil muncungkan bibir ke arah Ejaz. Matanya dikecilkan sedikit saat mendengar jawapan itu.

Si gadis berambut pink ketawa. "Can't blame her. I pun nak." Dia gigit bibir bawah.

Ehhh... dia ni. Panas pulak hati aku.

Aku pandang ke arah Ejaz. Matanya masih lagi melekat kat aku. Aku senyum dan mula memancing reaksinya. Sengaja aku bersandar santai dengan kaki disilang. Sesekali aku belai hujung rambut sambil melirik ke arah lelaki itu.

Rahangnya bergerak-gerak. Entah sebab marah atau menyampah. Tapi kalau sebab marah... kenapa nak marah? Aku bukan siapa-siapa pun pada dia.

"Your turn again!" Fay cuit peha aku.

"Dare," balasku, berani.

"Kiss him!" si rambut pink menjerit suka. "Kalau refuse, drink this!" satu tin alkohol disua perlahan depan aku. Aku pura-pura berfikir. Takkanlah aku nak cium dia, kan?

Aku pandang tin tu tapi belum sempat nak capai, Ejaz dah ambil dulu. Laju dia teguk. Macam teguk air coke. Aku terpempan.

Kalau dia boleh teguk macam tu, maksudnya dia dah biasa la dengan alkohol, kan? Aku pernah je minum tapi tak boleh nak teguk macam tu sebab rasa perit kat tekak. Sebab tu aku tak suka minum air-air macam ni.

Baik minum boba.

Tin dikemekkan. "For her," katanya. Yang lain bersorak sakan.

"Someone will lose his virginity tonight!"

Kenapa dia ambil 'dare' tadi? Dia tak nak aku cium dia atau dia tak nak aku minum?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience