"Wei, hensem gila anak ibu. Tadi masa dia imamkan kita solat maghrib, aku rasa macam nak masuk meminang dia je," kata Hani, sedikit berbisik.
"Kau nak pinang macam mana?" aku tanya sambil sikat rambut.
"Kupinang dia dengan Bismillah."
"Langkah mayat aku dulu," balas Teha.
"Okey, kau baring sekarang. Aku nak langkah."
Terkekek aku ketawa tengok lawak diorang.
"Dah pukul berapa ni?"
Aku jeling jam dinding. "Dekat pukul 8."
"Pukul berapa kena berkumpul kat balai raya?" Hani bertanya sambil menyarung tudung.
"8.30."
Tokk! Tokkk!
"Opaaahhh!!!" Teha terjerit dek kerana terkejut dengan bunyi ketukan di pintu. Aku ketawa besar, geli hati. Tak ada cover ayu lagi dah. Sumpah kelakar!
Pintu dipulas. Wajah ibu terjengul di muka pintu. "Jom, makan dulu."
Kami angguk kepala sebelum bangun mengekori ibu ke ruang makan.
Ada sate, nasi impit, kuah kacang, dan kek hari lahir ibu yang Fairuz bawa petang tadi. Kesian dia. Nak surprise kan mak dia, tapi ter-surprise kan aku pulak.
Takpelah, next year try lagi ya.
"Wahhh... special menu malam ni," Teha membuka bicara. Bagus Teha ni. Dia boleh ngam dengan sesiapa pun. Tak kira usia dan bangsa.
"Err... nak kitorang tolong apa-apa tak?" ujar Hani pula.
"Korang tolong makan jelah," jawab Fairuz tiba-tiba. Entah datang dari mana.
Tersipu-sipu la Hani dan Teha tengok Fairuz berbaju melayu dan berkain pelikat. Entah apa yang ada dalam fikiran diorang tu.
"Dah, jom makan. Nanti ada program kat balai raya, kan?" ibu pula bersuara. "Fairuz, baca doa."
Aduh, ini memang lelaki idaman semua perempuan agaknya. Boleh jadi imam, sayang kat mak, muka pun menggiurkan.
Selesai mengaminkan doa, kami sekali lagi menyanyi lagu hari jadi untuk ibu. Aku rasa sebak sebenarnya. Aku rindu mama dan papa.
"Kenapa termenung? Tak lapar?" suara garau Fairuz buat aku tersentak. Baru nak layan perasaan kejap. Huh!
"Dia tak makan sate," kata Hani tiba-tiba.
Hah? Bila masa?
"Kenapa?" soal ibu.
"Dia takut."
"Takut apa?" Fairuz pula menyoal.
Entah. Takut apa? Aku pun turut sama tertanya-tanya.
"Takut susuk tanggal. Orang pakai susuk mana boleh makan sate."
Spontan aku tepuk bahu Hani.
"Jangan sampai aku santet kau pulak." Aku balas dengan jelingan sebelum ketawa.
"Memandai aje Hani ni. Cepatlah makan. Nanti lambat pulak," kata Teha.
Fairuz ambil beberapa cucuk sate dan letak dalam pinggan aku. Ah sudah. Ini boleh mendatangkan syak wasangka.
Mata Hani dan Teha tajam menikam muka aku. Macam helang lapar yang bengang mangsanya dirampas. Begitulah ibaratnya.
**********
"Girl."
Aku toleh. Tahu sangat siapa yang panggil. "Yes, daddy?"
Aryan tergamam sedikit. Halkumnya kelihatan bergerak-gerak. Mungkin dia terkejut sebab aku jawab macam tu. Ala, usik sikit terus menggelabah.
"Never say that again until kita kahwin."
"Okay, daddy. Anything for you, daddy." Aku try buat muka comel. Siap muncung-muncung itik sekali.
"Stop that!" Aryan jentik dahi aku.
Auchhh! "Sakitlah! Apa kau ni!"
Dia ketawa. Hani dan Teha sudah jauh ke hadapan.
"Kau duduk rumah yang mana satu?"
"Rumah papan warna putih belakang sana. Kan aku ada send gambar petang tadi."
Aryan sengih. Lupa la tu. Kami beriringan menuju ke balai raya. Kawan Aryan baru melepasi kami dengan menaiki motor. Aryan dapat duduk rumah ketua kampung. Agaknya itu motor ketua kampung yang diorang kerjakan.
Aryan cuit aku. "Girl."
Aku menoleh.
"Kita kahwin lepas grad tau."
Aku ketawa. Tak sudah lagi dengan benda tu rupanya. "Tengoklah kalau mak kau setuju."
Dia senyum lagi.
Sampai di balai raya, kami berpecah ikut haluan sendiri. Aku pergi ke kawan-kawan aku, dan dia pergi ke kawan-kawan dia.
Lebih kurang jam 11 malam, kami dibenarkan pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing selepas program tamat.
Sampai di rumah ibu, aku tak terus masuk. Sebaliknya aku duduk di buaian. Berbalas whatsapp dengan Aryan. Hani dan Teha tidak sanggup lagi menahan mata. Mereka terus saja masuk ke dalam.
"Boleh join?" Fairuz menyapa.
Aku terkejut sikit. Bukan buat-buat ya. Jujur dan ikhlas aku memang terkejut.
Aku senyum. Dia duduk depan aku. Ni buaian besar yang kau boleh duduk bertentangan dengan orang kat depan kau. Ala, aku tak tahu namanya. Pandai-pandailah korang imagine.
"Boleh tahu nama? Dari siang tadi langsung tak tahu nama korang."
"Yang pakai tudung tadi, Hanani. Yang lagi sorang tu, Fatihah. Saya, Nina."
"Just Nina?"
Aku angguk. Aku suka dengan nama aku. Pendek dan simple.
"Ambil course apa?"
"Fashion."
Dia mengangguk.
"Abang kerja kat mana?" Cewahhh, abang cuols!
Aku bukan nak menggatal ya. Aku nak tunjuk yang aku hormat dia sebagai orang yang lebih tua daripada aku.
Pffttt...
Yelah tu. Sid yang memang sah-sah abang kandung kau tu, tak ada pula kau nak panggil dia abang?
"Dekat KL. Kerja under IT company."
"Gaji banyak tak?" Nah, straight tak ada belok-belok soalan yang aku tanya. Entah kenapa, tapi aku suka compare gaji setiap profession.
"Hmm... bolehlah."
Telefon aku berbunyi tiba-tiba. Aryan call. Adehhh... tak bagi chance langsung.
Aku jawab panggilannya. "Yep."
"Buat apaaaa...."
Aku ketawa. "Tengah sembang-sembang dengan abang Fairuz."
Senyap sekejap.
"Abang manaaaa...."
"Abang Fairuz, anak tuan rumah. Abang angkat kitorang."
"Hensem taakkkk...."
"Hmm... ternganga jugak masa mula-mula nampak tadi."
"Ninaaaa...." Aryan merengek. Kadang-kadang pening jugak aku nak layan mamat ni. Kalah perempuan!
"Apa?"
"Aku sayang kau."
Ah, sudah! Takkan aku nak jawab depan-depan Fairuz ni?
"Aa... Aku pun."
"Aku pun apa?"
"Aku pun... ehem!"
Sunyi.
"Aryan?"
Tutt tuuuttt...
Ala dia letak pulakkk... aku kemam bibir. Dah jadi satu hal aku kena pujuk mamat tu. Aduhai...
Aku kalih pandangan ke arah Fairuz. Dia tengah tengok aku.
"Kenapa?" soalnya.
Cepat-cepat aku geleng. "Tak ada apa."
"Boyfriend ke?"
Aku angguk. "Saya masuk dulu ya. Mengantuk sangat dah ni." Ya, aku ngantuk. Bila Aryan merajuk, automatik aku rasa extra letih dan mengantuk.
"Sila, sila."
Aku bangun menuju ke tangga.
"Nina."
Aku toleh.
"Nice to meet you." Fairuz senyum. Senyuman yang terlalu manis.
Adehh... diabetes pula aku nanti.
Share this novel