d.u.a.p.u.l.u.h.t.i.g.a

Romance Series 10165

*Aryan Ejaz's POV*
___________________

Nina? Apa dia buat kat sini?

Aku ekori Nina dengan pandangan mata. Dia berbaju tshirt lengan tiga suku warna hitam dan berseluar track. Santai tapi tetap menyerlah. Rambutnya diikat satu disertakan dengan cekak berbintang besar.

Aku senyum tanpa sedar melihat telatahnya bersorak sakan di gelanggang sebelah. Tengoklah dia tu. Langsung tak perasan aku kat sini.

"Tu Nina budak fashion tu kan?" soal Farhan.

Rahman angguk. "Cantiklah dia tu. Kau rasa dia dah ada boyfriend ke?"

Farhan angkat bahu. "Aku dengar siapa yang confess kat dia, mesti kena reject."

"Serius?" soal Zain pula. "Aku baru nak cuba nasib sebab aku tengok dia dari semester 1 macam tak pernah ada boyfriend. Selalu dengan kawan-kawan dia tu je."

"Dari sem 1 kau tengok je? Bila nak try approach?" Rahman ketawa.

Zain sengih sambil letak satu tangan kat dada. "Aku takut kalau aku confess, tiba-tiba dia accept, mahu kejung jantung ni."

"Eleh, padahal takut kejung jantung sebab kena reject!" Aku menyampuk.

"Why not kita try? Siapa yang berjaya confess tanpa kena reject, dikecualikan daripada bayar sewa rumah for 3 months straight!" Balas Farhan sambil angkat kening beberapa kali, mencabar yang lain.

"On!" aku terus bangun berjalan mendekati Nina sebelum diorang sempat jawab. Aku tak kisah pun pasal betting tu. Aku cuma tak mahu Nina dikebas orang!

Dia leka berbual, tak sedar aku dah kat sebelah dia. Terus aku capai botol air yang dia pegang. Haus!

Mukanya nampak terkejut. Hek eleh. Terkejut pun lawa.

Dia pandang aku atas bawah, lepas tu pandang ke arah kawan-kawan aku. Mata aku still tengok dia.

"Girlfriend tak sediakan air ke?" soalnya.

"Tak. Girlfriend sibuk jadi cheerleader untuk member dia." Aku balas dengan harapan dia faham dan ingat balik yang aku pernah minta dia jadi girlfriend aku tu.

"Ohh..." dia angguk selamba. Macam tak tahu apa-apa. Eh, geram pulak aku!

She looks restless bila aku asyik tengok dia. Kenapa dia selalu macam tu bila dengan aku? Dengan orang lain, elok je.

Is it that uncomfortable to be with me?

Datang idea nakal.

Aku duduk bertinggung sebelah Nina. "Rambut ni masuk mata la..." plus, muka kesian.

Matanya bulat macam terkejut tapi dia still juga selak rambut-rambut yang berjuntaian kat dahi aku. Aku tengok dia tanpa berkelip. Dia tahu tak betapa cantiknya dia kat mata aku ni?

Ehh dia gigit bibir pulaaakk...

Aku senyum sambil berdiri. Botol air tadi aku hulur semula padanya. Sebelum pergi, aku tarik cekak rambut dia.

"Hey!" Nina terjerit kecil.

"Thanks, Nina!" aku sengih dan terus pergi ke gelanggang sebelah. Cekak Nina aku pakai tanpa segan silu.

Kawan-kawan aku melopong.

"Bet tadi tak valid untuk Ejaz!" tegas Farhan. Aku ketawa.

"Kenapa?"

"Kau dah lama kenal dia kan? Mustahil baru kenal dia boleh biar kau ambik cekak rambut dia! Siap sentuh rambut pulak tu!" Zain sentuh cekak Nina yang aku pakai.

"Dapat sentuh cekak ni pun jaaadilaaahh..." sambungnya lagi.

"Eh, kenalkanlah aku kat dia!" Kata Rahman, penuh mengharap.

Aku cebik dan angkat bahu sambil tepis tangan Zain yang sibuk nak membelai bintang besar atas kepala aku ni.

**********

Habis game, aku standby tunggu Nina kat kereta dia. Game kitorang habis dulu sebelum diorang.

Lebih kurang lima belas minit kemudian, Nina muncul. Berjalan laju sambil melepaskan ikatan rambut. Dia terkejut tengok aku bersandar kat kereta dia.

"Oih! Nak menyamun ke?" tegurnya.

Mulut dia ni...

Ha'ah aku nak samun hati kau!

Dia unlock kereta. Aku terus meloloskan diri masuk ke dalam tanpa dipelawa. Dia toleh kiri kanan. Tak tahu tengok apa. Takut orang nampak ke?

Dia masuk dan start enjin. "Rumah kat mana?" soalnya sambil ralit memilih lagu dalam aplikasi Spotify di telefon.

"I'll show you the way," aku balas.

Lagu Thousand Miles yang dinyanyikan semula oleh band Jepun - One Ok Rock, memecah sunyi. Mulutnya turut bernyanyi perlahan.

Spontan aku senyum.

"Ni nak belok mana?" soalnya.

"Right. Jumpa roundabout, take the second exit."

Sepuluh minit kemudian, kami tiba di shopping mall. Nina geleng kepala, mungkin terasa dipermainkan.

"Wow, tinggal dalam mall?"

Aku senyum. "I need to check out on something."

Nina menjeling tapi tetap masuk ke kawasan parking. Elok je dia parking dan matikan enjin, aku rapatkan badan.

"What?" soalnya. Tak nampak terkejut pun.

Aku merapat lagi sampai dia tersandar pada pintu. Spontan tapak tangannya menahan muka aku.

"Nak apa?" soalnya. Tangannya aku alihkan dan genggam ke sisi. Aku senyum nakal.

"Jangan macam-macam eh... public ni."

"Kalau tak public, bolehlah macam-macam?"

Dia ketap bibir.

Aku ketawa. "Aku busuk tak?" yelah, nak masuk mall lepas bersukan ni. Buatnya bau peluh kuat, mahu pengsan orang dibuatnya.

Nina tiba-tiba dekatkan hidung dia kat leher aku sebelum beralih ke badan, menghidu sesuatu.

Dia geleng. "Smells fine to me."

Aku telan liur berkali-kali. Dia punya polos tu, buat aku rasa nak gila!

Aku tolak dahi dia. "Stop that."

Dia kerut dahi. "Lah... tadi dia yang tanya. Ishh!" rungutnya sambil mencabut kunci kereta. Pintu dibuka. Sebelum dia keluar, dia toleh pandang aku.

Aku angkat kening.

Jarinya diangkat, menuding ke cekak yang aku pakai. "Tak malu ke nak masuk mall pakai tu?"

"I feel pretty." Aku balas sambil kelip-kelip mata. Pecah ketawanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience