*Flashback*
Doorbell dibunyikan bertalu-talu. Mbak Nor bergegas keluar melihat gerangan tetamu. Aku pula sedang makan malam dengan Sid di dapur. Makanan pertama yang aku jamah lepas seharian patah hati sebab Aryan.
Seketika kemudian, Mbak Nor mendapatkan Sid dengan wajah sedikit panik.
"Sid, ada yang nyariin Nina tu. Marah-marah!" Mbak Nor kelihatan resah.
Sid bangun. Aku mengikut rapat. Siapa pulak datang malam-malam cari aku marah-marah ni?
Sid menyarung selipar dan berjalan ke arah pagar utama. Seorang perempuan dalam usia lingkungan 40an bercekak pinggang pandang aku. Perlahan aku melangkah mendekati Sid.
"Can I help you, puan?"
"Ni Nina Eusoff?" soalnya sambil menunding jari ke arah aku.
Sid angguk.
Wanita itu mendengus geram lalu menuju ke Alphard putihnya, membuka pintu dan menarik keluar seorang gadis.
"Kau ajar apa kat anak aku ni?!"
Aku blank. Blur. Aku tengok Sid, Sid tengok aku balik.
"Kau ajar apa kat dia?! Jawab!!"
Uish, ni sungguh-sungguh naik hantu ni. Nasib baik pagar bertutup. Kalau terbuka, memang dah menerkam agaknya ni.
Aku pandang pula gadis di sebelahnya yang masih cuba sembunyikan wajah di sebalik rambut yang sudah kusut masai. Pakaiannya cukup seksi. Ketat dan singkat dan padat dan mampat...
"Siapa...ni?" aku cuba bertanya selembut mungkin.
Makcik tu mendengus lagi. Rambut anaknya disebak ke belakang.
Aku melopong. "Myra?" Aku tak tahu nak bagi reaksi apa. Rasa kelakar sebab tengok Myra yang macam baru lepas ditinggalkan suami tu. Rasa kesian pun ada sebab dia kena heret dengan mak dia ke sini. Aku sedaya upaya pasang muka serius.
"What's wrong with your daughter?" soal Sid. Wajahnya tegang. Urat lehernya timbul jelas dek menahan marah. Seolah-olah dia tahu apa yang bakal 'dilemparkan' ke kami.
"What's wrong with my daughter?" mak Myra mengajuk sambil senyum sinis. "WHAT'S WRONG WITH YOUR SISTER!!" dia menjerit tanpa segan silu. "Kenapa ajar anak aku benda bukan-bukan?!"
Aik? Aku pelik ni. Paling advance aku pernah ajar Myra pun cuma chapter 5 subjek Add Maths. Tak ada pulak aku ajar benda lain!
"Dah pandai pergi club! Kena rush! Masuk lokap!" Kepala Myra ditunjal-tunjal.
"Saya tak pernah ajar apatah lagi ajak Myra pergi club!" aku bertegas. Sedap je tuduh orang!
"Tell her what you told me back then!" Mak Myra menjerkah Myra. Dalam sendu dan esak tangis, Myra berbicara.
"Nina paksa ikut pergi club. Myra tunggu tapi dia tak sampai-sampai..." ujarnya gugup. "Lep... lepas tu polis dat... datang," esaknya jadi kuat.
Wah! "Kau dah tak bercita-cita nak jadi lawyer ke? Dah tukar impian nak jadi scriptwriter pulak? A novelist perhaps?" aku peluk tubuh.
"Mengaku je la kau yang hasut anak aku bukan-bukan!"
Ehh makcik ni. Geram pulak aku. "Saya tak pernah ajar benda-benda macam ni kat dia. Dia pergi club mana pun saya tak tahu. Saya tak pernah paksa apatah lagi mengajak!"
Myra takut-takut melihat aku.
"Speak the truth!" aku herdik perempuan pengecut tu.
"Cakap betul-betul, Myra!" Maknya ikut sama menjerit.
Myra menangis. "Betul... Nina yang paksa pergi."
Aku tarik nafas, kecewa dengan Myra. Pandai kau ya? Dah kantoi, letak kesalahan kat orang lain!
"Mommy dah pesan banyak kali, hati-hati pilih kawan! Jangan mudah terikut cara hidup orang! Diorang lain! You lain! You have parents! They don't!"
Dosa ke jadi anak yatim piatu ni?
Sid seluk tangan dalam poket. "This is bad. Let's settle this in court. For slendering, humiliation..." Sid garu hujung kening. "...whatever it is."
Myra cuak. Tangan maknya ditarik-tarik supaya beredar.
"Our lawyer will call you later. Please do not hesitate to pick up." Sid senyum. Sumpah cool gila babenggg... nasib baiklah kau ni abang aku. Kalau tak, mahu tangkap cintan aku, oi!
"As for you, little girl. Forget being a lawyer. This country couldn't afford another dishonest lawyer."
"Okay! Kita settle kat mahkamah!" Makcik tu bergegas masuk ke kereta dengan wajah bengis. Myra mencicit mengekori.
"Myra!" Aku panggil. Langkahnya mati. Perlahan dia angkat muka, tengok aku.
"Kau lupa agaknya yang kita ni masih bawah umur. Aku sendiri pun belum pernah jejak club."
Sebaik saja kereta mereka memecut pergi, Sid peluk aku. Terhambur juga airmata aku. Malang betul aku hari. Cinta ditolak, bestfriend tikam belakang. Uhhhh!
"Who needs a parent like that?" belakang aku diusap lembut. "Who needs a friend like that?"
Aku masih tersengguk-sengguk. "You trust me, right?"
"Of course, you silly. I trust you more than anything." Pelukan dileraikan. Aku kesat air mata aku.
"I don't need a friend like that!" tegasku.
Sid ketawa. "Let's finish dinner, eat ice cream and watch Harry Potter."
Aku angguk laju sambil kesat air mata.
"Hush, my princess."
Sesungguhnya aku bersyukur dapat abang macam Sid.
Share this novel