t.i.g.a.p.u.l.u.h.e.m.p.a.t

Romance Series 10177

Habis kerja, aku terus pergi Tesco. Daripada asyik fikir pasal lelaki nama Aryan tu, baik aku fikir nak masak apa malam ni. Biarkan dia dengan hidup dia, aku dengan hidup aku. Walaupun hati ni masih terdera dengan kenangan lama, biarlah. Dia pun dah nak kahwin.

Aku? Masih tunggu prince charming sampai. Kalau tak sampai-sampai juga, tak apa. Aku membujang aje sampai bila-bila. Huhu. Balik nantilah aku sambung layan hati yang berduka lara ni. Sekarang, kita shopping dulu.

Aku betulkan awning tudung sebelum keluar dari kereta. Stress aku dengan tudung ni. Tengok kat iklan kata senang bentuk. Tapi bila pakai, hmm... Sendu.

Masuk dalam Tesco, aku pergi ke tempat troli. Baru nak capai satu troli, ada satu tangan capai troli yang sama. Cepat-cepat aku larikan tangan aku dan berganjak ke tepi.

Aku rasa korang boleh teka siapa orang tu.

Yep, Aryan. Dia ni ikut aku ke? Tapi kenapa dia macam tak nampak aku je? Ke dia buat-buat tak nampak? Ke dia ni halusinasi aku je? Halusinasi boleh main rebut troli orang ke?

Aku terpaku sendiri kat situ. Hilang arah sekejap. Aku tak tahu nak masuk atau balik aje.

"Girl."

Spontan aku angkat muka. Entah bila Aryan berdiri depan aku. Aku langsung tak perasan.

"Girl," dia panggil lagi.

Sebak aku dengar. Susahnya aku nak lupakan dia. Dia first love aku yang tak pernah kesampaian. Sekolah menengah, tak menjadi. Universiti pun tak menjadi. Mungkin memang tak ada jodoh?

Entahlah.

Aku renung pandangan matanya yang kosong sambil mengeluh.

"Ada apa?"

"Let's talk."

"About what?"

"About us."

"Sorry, not interested." Aku balas sebelum berlalu pergi.

Nak cakap apa lagi? Dia nak cakap sorry sebab tinggalkan aku? Nak cakap sorry sebab dia dah nak kahwin? Atau nak cakap sorry sebab dia simpati kat aku yang masih single sampai sekarang?

Aku berjalan laju menuju ke kereta. Air mata memang dah mula mengalir. Aku rasa nak mengamuk dan meraung sekuat hati.

"Nina!"

"Go away!" Aku cepat-cepat masuk ke dalam kereta dan bila aku nak tutup pintu, dia halang dengan tangan dia. Sudahnya, tangan dia tersepit. Merah mukanya menahan sakit.

Aku tak jadi tutup pintu. Aku duduk diam merenung stereng kereta. Rasa bersalah juga tapi takkanlah aku nak pegang tangan bakal suami orang lain pula?

"Let's talk."

Dia terus pusing masuk ke dalam kereta aku dan duduk sebelah aku. Aku keluar dari kereta dan duduk di tempat duduk belakang. Malas nak drive. Mana aku tahu dia nak bercakap kat mana. Aku bawa dia balik bercakap ke rumah, baru tahu!

Dia berpindah ke tempat duduk pemandu. Dengan tenang dia memandu keluar dari kawasan parkir Tesco. Aku hanya merenung ke luar tingkap.

Dia berhenti di perkarangan tasik. Aku terus keluar dan duduk di bangku berdekatan. Dia mengekori dari belakang.

Lama dia diam, sampai aku rasa rimas.

"Where did you go?" Akhirnya... Buka pun mulut!

"US."

"Kenapa tak bagitahu?"

Aku kerut kening. Dia ni dah nyanyuk ke? "Aku tak bagitahu?" Aku tergelak sikit.

Giliran dia pula yang berkerut kening. "Bila masa kau bagitahu?"

Aku dah mula panas hati. Apa yang dia cuba nak twist ni? "Kau ni amnesia ke alzheimer? Kau tak ingat apa yang kau cakap kat aku?"

Makin berkerut-kerut mukanya. Aku dah naik menyampah tengok dia. Rasa nak kasi backhand aje.

"Apa---"

Telefon aku berbunyi, mematikan kata-katanya. Aku tarik nafas beberapa kali sebelum jawab.

"Yes?"

"Mommy, I'm hungry."

"Awww poor baby. Wait for mommy, okay?"

"Okay."

Ah, sudah! Nak masak apa? Barang dapur pun aku tak beli. Aku tengok jam. Sempat rasanya kalau singgah kedai. Aku menoleh ke Aryan pula.

"Aku kena balik sekarang. Pandai-pandailah kau cari Grab."

Dia diam.

"Stop jumpa aku macam ni. Jaga perasaan orang keliling."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience