l.i.m.a.b.e.l.a.s

Romance Series 10165

Aku mengeluh geram. "Dah tahu tak boleh minum, minum jugak kenapa?" Aku mengomel sambil memapah tubuh Ejaz.

Lelaki itu tersengih-sengih.

"Acah-acah hero sangat. Sudahnya lalok macam ni."

Ejaz renung muka aku. Senyumannya tak lekang di bibir. "I'd jump into the sea... forrr youuu!"

Yelah tu. "Rumah kat mana?"

Dia cuak tiba-tiba. Pipi aku dipegang. "Don't send me home, please." Mata dia macam mata kucing kat cerita Puss in Boots tu. Pathetic dan cute.

"Habis tu nak ikut saya balik rumah ke macam mana?"

Dia angguk laju-laju.

"Tak takut?"

Dia lepaskan pipi aku. Lepas tu tiba-tiba sengih sambil geleng kepala. "Siapa takut perempuan cantik?"

Sudahnya aku bawa jugak dia balik. Susah-susah aku papah dia masuk kereta. Sampai apartment, susah-susah pak guard pulak kena papah dia naik. Aku give up dah! Tak larat oiii!

Nasib baik pak guard orang asing. Kalau Melayu Islam, mampuih la kena ceramah.

Ejaz aku biarkan berbaring kat sofa ruang tamu. Aku masuk ke bilik ambil bantal dan selimut.

"Nina..." dia panggil sambil merengek. Cepat-cepat aku pergi kat dia. Aku labuhkan punggung atas meja depan sofa tempat dia baring. Rasa bersalah tengok dia jadi macam ni.

Tapi... bukan aku yang bawa dia pergi party tu pun. Kenapa nak rasa bersalah pulak?

"Nak muntah ke?"

Dia geleng. Lengan aku dipegang. Matanya kuyu menggoda. Aduhh!

"Kau memang tak kenal aku ke?"

Hah? "Kenal. Ejaz. Budak photo."

Dia mendengus sambil duduk betul-betul depan aku. Lutut aku dikunci dengan lututnya. Jantung aku mula hilang rentak.

"Kau tak kenal aku?"

Aku buat muka annoyed. Dah cakap kenal tadi. Eishh!

Dia raba poket jeans dia dan bawa keluar dompet. Kad pengenalan dilayang depan muka aku. Cepat-cepat aku capai.

Tergamam.

Aryan Ejaz?!

Gambar IC tu sama macam Aryan yang chubby dulu! Aryan yang aku tunggu! Aryan yang aku rindu!

Bulat mata aku tengok dia. "Aryan!" spontan aku peluk dia kuat-kuat. "Kenapa tak bagitau aku awal-awal?" aku pegang pipi dia. Kalaulah aku tahu nama penuh kau dulu...

Dia buat muka pelik. "Kenapa?" dia soal aku balik.

Aku rindu kaulah, bodoh!

Tapi aku cakap dalam hati je. Aku senyum tengok dia. "Serius lain gila muka kau! Kau buat plastic surgery ke?" Aku belek-belek muka dia.

Dia ketawa. Masih intoxicated lagi nampaknya. "Jaga makan."

"Why? Aku suka Aryan chubby!"

Dia renung mata aku. "Aku tak suka." Dia ketawa sambil bersandar. "Kau langsung tak cam aku."

Ada nada sedih pada bicaranya.

"Mana la aku dapat cam. Lain sangat muka kau bila dah kurus."

"Dah masuk sem 4 baru kau perasan kewujudan aku." Lengan aku masih digenggam.

"Apa pulak? Aku dah lama perasan. Sejak sem... errr..." Sem 3 ke 2 ek?

"Kau tak pernah tegur aku."

Aik? Nak tegur macam mana. Muka tak pernah tak ketat.

"Aku selalu perhatikan kau kat kampus." sambungnya lagi.

Aku ketawa. "Takut aku nak tegur mamat acah-acah retis ni."

Dia bangun dari bersandar. Wajahnya dirapatkan. Rapat sampai aku boleh rasa hangat nafas dia.

"Kau sedar ke tak kau tengah buat apa?" aku soal dia.

Dia senyum. "Tak. Aku kan tengah mabuk."

Habis je ayat tu, dia terus cium aku. On my lips! Macam nak luruh jantung aku dibuatnya!

Ciumannya lembut, tak gelabah. Macam dah biasa cium perempuan...

Dah biasa cium perempuan?!

Aku tolak badan dia. "You're... different." Ni bukan Aryan yang sama. Aryan yang dulu sangat innocent. Dengar je benda tak elok, automatik merah telinga.

Tubuh aku dirangkul erat.

"I miss you, girl."

Walaupun aku tak sure kenapa dia jadi macam ni tapi ayat-ayat dia buat hati aku kembang berbunga setaman. Aduhai, Nina... Baru kena ayat sikit, terus cair!

Bibirnya singgah pula di leher aku. Lama di situ hingga meninggalkan bekas merah. Tangannya pun turut mula bekerja. Merayap naik ke peha yang terdedah.

Aku mendesah tanpa sedar. Usapan tangan kasarnya buat meremang roma! Aku dirangkul lalu dibaringkan ke sofa. Perlahan dia menindih. Matanya hitam bersinar penuh berahi.

Bibir kami bertaut lagi.

Tangannya menjelajah lebih jauh. Mengusap dan menyentuh sesuka hati. Aku semakin tak keruan. Memegang tangannya yang berurat tu pun dah boleh buat aku rasa nak gila. Bila tangan maskulin tu belai badan aku, lagilah jadi makin tak tentu arah!

Aku gigit bibir bila tangan Aryan seakan mahu menyeluk masuk ke dalam panties. Matanya tak pernah lepas dari tengok aku. Aku tak tahu rupa aku macam mana sekarang ni. Mesti memalukan!

"Aryan, stop," Jarinya berhenti serta-merta. Wajahnya redup seakan sedang berkecil hati. Tangan ditarik keluar. Matanya meminta penjelasan.

"This is..." aku pandang siling, cuba menyusun ayat. "You can't..." aku pandang kipas pula. Apahal jadi gagap ni, Nina?

"I don't think... you want this... to happen," aku cuba naikkan baju yang terlondeh dari bahu tapi dihalang. Tangannya menggenggam tangan aku.

"Macam mana kau tahu apa yang aku nak atau tak nak?" rahangnya diketap. Marah barangkali.

"This is so not you," aku terus mengelak dari melihat wajahnya. Aku takut, malu... macam-macam lagilah!

"LOOK AT ME!" herdiknya tiba-tiba.

Aku tergamam, kelu.

"Aku dah buat macam-macam untuk cuba nak fit in dengan lifestyle kau! Aku masuk club, tidur dengan perempuan, teguk arak! Kau tetap tak nampak aku! Kau tetap tak nak aku!"

Nafasnya turun naik menahan marah. Aku terkilan dengan kata-katanya. Terkilan sampai aku rasa nak mengamuk!

"Aku tak nak kau?" Aku gelak sinis. Dia lupa siapa reject siapa dulu?

Dia kata nak fit in dengan lifestyle aku? The hell...

"Kau buat jahat, why you put the blame on me?! Kenapa nak salahkan aku?! Kuat sangat ke pengaruh jahat aku ni sampai semua orang nak salahkan aku?! Nak pandang hina jijik kat aku?! Salahkan diri tu sendiri! Bukan salahkan aku!"

Aku meronta-ronta cuba tolak dia. Aku tampar, aku tumbuk, aku pukul sekuat hati. Dia tetap bertahan, tak mahu berganjak.

"I'm sorry..." dia peluk aku kuat-kuat, cuba nak hentikan aku dari terus meronta.

Apa sebenarnya salah aku? Aku tak pernah ajak orang buat jahat. Aku tak pernah ajar orang buat jahat. Aku tak pernah paksa siapa pun ikut cara hidup aku.

Kenapa sudahnya, aku jugak yang dipersalahkan?

Aku benci korang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience