"Girl," Aryan tiba-tiba muncul dan terus duduk tanpa dipelawa. Sengihnya lebar. Aku buat tak tahu. Selamba aku terus makan tanpa angkat muka.
Teha dan Irfan dah bulat mata tengok Aryan.
"Girl..." makin meleret suaranya.
Lepas rasmi jadi boyfriend aku seminggu yang lepas, berubah karakter pula mamat ni. Manja macam kucing!
Tapi hilang perangai miang keladi dia tu. Sebelum jadi boyfriend, kemain gatal nak pegang-pegang, raba-raba, cium-cium.
Sekarang dia chill aje. Setakat pegang tangan kalau jalan-jalan. Bagus! I loikeee~
"Girl!" Dia jerit sikit, minta perhatian. Aku bagi jelingan maut.
Dia ketawa. Kelakar agaknya muka aku ni.
"Feed me," ucapnya tanpa peduli dengan kewujudan kawan-kawan aku kat situ.
"Pejam mata," aku balas. Dia menurut. Matanya dipejam.
Aku kuis sayur-sayur dan cili yang ada dalam nasi goreng aku ni dan... aku suap ke mulutnya.
Dua kali kunyah, dia terus buka mata. Dia tak luah makanan tu. Dia kunyah laju-laju dan terus telan. Lepas tu, menggelupur minum air.
Dia pandang aku tak puas hati bila aku ketawa.
"Eh, korang... couple ke?" soal Teha.
"Eh, korang tak tahu ke?" Sekali lagi Aryan jeling aku.
"Eh, aku tak bagitahu ke?" aku jawab sambil ketawa.
"Tercapai juga hasrat kau nak ber-boyfriend-kan dia!" Irfan menyampuk.
Cepat-cepat aku tendang kaki dia kat bawah meja. Cis! Itu kan rahsia!
"Pardon?" soal Aryan dengan mata yang bersinar.
"PM tepi, okay? Patah pulak kaki aku kena sepak dengan dia kejap lagi." Jawab si Irfan.
"Don't you dare." Aku kecilkan mata.
Aryan ketawa.
"Girl, program anak angkat tu pergi ke tak?"
Lah... cari aku sampai ke kafe ni semata-mata nak tanya itu ke?
Aku angguk. "Wajib, kan? Kalau tak wajib pun, still nak pergi."
Aku suka aktiviti yang melibatkan travel-travel ni. Program anak angkat kali ni dekat Pahang. Sampai je kat felda nanti, pelajar-pelajar yang terlibat ni akan duduk dengan family angkat yang volunteer nak 'angkat' kitorang. Lol.
Satu family akan ambil 3 pelajar sebagai anak angkat. Haaa... gichewww.
"Mana ada wajib," balas Teha.
"Oh, ek? Aku ingat wajib." Aku ketawa.
"Girl," jari aku dicuit.
Jangan tanya kenapa dia panggil aku 'girl' sebab aku pun tak tahu. Patut ke aku panggil dia 'boy'?
Err... tak patut. Tak patut.
"Wish me luck, please."
"What for?"
"Ada presentation kejap lagi."
"May the force be with you," aku balas.
"Hail, hydra!" Teha dan Irfan serentak menyahut. Apa jadah pun aku tak tahu. Lantak koranglah.
**********
"Lepas grad, jom kahwin."
Tersembur air mineral yang aku tengah minum.
"Hish! Selekeh!" dia mengomel sambil seluk beg aku cari tisu.
"Mau tak tersembur! Tanya soalan luar alam gitu."
Aryan ketawa. "Mana ada. Normal la orang bercinta then fikir pasal kahwin."
"Too early. Kerja dulu."
Dia tarik muncung. "Aku takut kau sangkut kat orang lain aje bila dah kerja nanti." Dia tunduk tengok kaki.
"Tak."
"Boleh jamin ke?"
Aku angguk. Dia mengeluh.
"Oii! Tahulah ada awek! Janganlah asyik nak bercinta aje!" tegur salah seorang kawan dia dari sebalik net.
"Tu la pasal." Aku jawab. Ajak aku temankan pergi main badminton, tapi sejak kitorang sampai, tak nampak pun tanda-tanda dia nak join kawan-kawan dia main. Asyik berkepit dengan aku.
Mesti kawan-kawan dia rimas tengok.
Aryan mencebik. "Kejap lagilah. Aku tengah ajak Nina kahwin ni."
Kawan dia tepuk dahi. "Malaslah nak cakap dengan orang tengah kemaruk bercinta macam ni!"
Matanya kembali tengok aku.
"So?"
"Apa?"
"Kita kahwin lepas grad?"
"Tengoklah kalau Sid bagi."
Share this novel