t.i.g.a.p.u.l.u.h

Romance Series 10165

Tepat jam 6 pagi, aku, Teha dan Hani bangun. Teha kata, duduk rumah orang kena jaga kelakuan. Jangan bangun lambat.

Selepas solat Subuh berjemaah, kami terus ke dapur. Nak sediakan sarapan. Hani suruh ibu duduk diam-diam sebab dia kata aku dan Teha nak show off skill memasak.

Memandai aje dia ni. Ketuk dengan lesung batu ni baru tahu!

"Masak bihun jelah ek?"

Aku angkat bahu. "Up to you, chef."

Teha selongkar peti ais dan kabinet tanpa segan silu. Dia kata, kalau segan tak jadi apa.

Aku disuruh kupas bawang dan potong sawi. Nasib baiklah aku tak kekok buat semua ni walaupun skill memasak aku berada pada tahap sendu.

"Eh, kenapa kau menangis?" Teha tanya tiba-tiba.

"Siapa menangis?" tiba-tiba muncul si Fairuz di pintu dapur.

Teha memuncungkan bibir ke arah aku.

"Bawang ni."

Teha ketawa. "Kupas bawang sampai meleleh air mata?"

Aku ikut ketawa. Serius, air mata aku memang mengalir. Tak guna punya bawang!

Fairuz ambil tempat di hadapan aku.

"Meh, abang buat."

"Eh, it's okay. Sikit je ni. Nak siap dah pun."

Fairuz senyum, dan aku sambung kerja aku. Aku tahu dia tengah tengok aku. Kenapa ya? Dia suka aku ke?

"Hari ni aktiviti start pukul berapa?" soalnya.

"Around 8.30."

"Ada aktiviti apa je?"

"Buat mural kat balai raya. Lepas tu ada futsal." Tak ada aktiviti menarik pun. Biasa-biasa je.

"Abang kat sini sampai hari apa?"

"Sampai esok je."

Aku angguk sambil potong sawi. Tak tengok pun muka dia. Aku lagi minat nak tengok muka Aryan yang merajuk tu. Mesti buruk.

"Abang tak ada girlfriend ke?" Soal Hani.

Fairuz ketawa. "Tengah mencari jugak ni. Rasa macam dah jumpa, tapi orang punya la pulak."

**********

Sakit leher aku dok tertoleh-toleh, terjenguk-jenguk, terintai-intai mencari kekasih hati yang merajuk.

Baru je nak give up, aku nampak dia tengah bersandar kat pokok rambutan sambil petik beberapa biji rambutan yang berbuah rendah.

Aku senyum bila mata dia terpandang aku. Tapi dia buat tak tahu je. Aku pergi kat dia dan hulur sebekas bihun yang aku rembat tadi.

"Nah."

"Apa ni?" Terkebil-kebil dia tengok bekas tu.

"Nasi tangas."

Dahinya berkerut. Dah sah-sah nampak bihun goreng dalam tu. Tanya lagi kenapa?

Dia diam.

"Aku masak ni." Err... sebenarnya, Teha yang masak. Aku tolong kacau-kacau aje. Tapi, tak apalah.Sesekali menipu.

Dia masih diam.

"Fine. Merajuklah sana. Aku bagi je kat orang lain."

Elok aku pusing, dia tarik tocang aku. Perlahan je. Aku sembunyi senyum.

"Bak sini."

Aku pusing badan menghadap dia semula. Dia ambil bekas yang aku pegang.

"Kau still merajuk?"

Dia angguk.

"Kenapa?"

"Sebab awek aku tak sayang aku."

"Mana kau tahu?"

"Dia malu nak cakap dia sayang aku depan lelaki lain."

"Kalau dia tak cakap, maksudnya dia tak sayang?"

Aryan angguk.

"Hmm... betullah tu." Aku terus pusing nak tinggalkan dia.

Sekali lagi dia tarik tocang aku. Tak kuat pun. Tarik manja-manja gitu.

Aku toleh tengok dia. Dia buat dah mata Puss in Boots dia tu.

"Kau... betul-betul tak sayang aku?"

Aku ketawa. "Of course I love you, stupid."

Akhirnya dia senyum. "I wanna kiss you." Dia buat-buat muncungkan bibir. Cepat-cepat aku tepuk dahi dia.

"Gila ke?"

Dia angguk. "Gilakan Ninaaa..."

Aduh! Rasa nak lipat-lipat je dia ni dan simpan dalam poket. Geram!

"Kita kahwin lepas grad, okey?"

Aku senyum je. Tak jawab apa-apa. Aku tak rasa dia dah sedia nak pikul tanggungjawab as a husband.

Mungkin next week dia akan tukar fikiran. Kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience