"Excuse me, aku nak duduk," aku tegur budak lelaki yang tengah sedap lepak kat meja aku sambil kunyah kuaci. Habis bersepah!
Dia pandang aku sekilas sebelum bangun sambil kibas-kibas tangan.
"Eh, hello! Ni siapa nak kemas? Bibik kau ke?" aku tuding jari ke kulit-kulit kuaci yang bersepah sana-sini. Geramnya!
Kawan-kawan dia tiba-tiba bersorak. Aku buat muka pelik. Gila tak pelik? Aku buat pengumuman hari raya ke apa yang sampai diorang sibuk nak bersorak?
"Ala kulit kuaci je pun. Bukannya taik. Kau ambik penyapu tu, kau sapu. Senang kan?" balas mamat acah-acah gangster tu.
Myra dah start cuit-cuit lengan aku. Aku tepis-tepis balik tangan dia. Aku tengah marah ni!
"Kau gigit kulit kuaci, air liur kau melekat kat situ, bang. Lepas tu sepah-sepah kat meja orang pulak. Pengotor sangat apahal?" Aku capai penyapu dari sudut kelas. Aku lempar kat kaki dia.
"Clean up. Senang je kan?" aku perli dia balik.
Dia renung aku sekejap sebelum ambil penyapu tu. Dia sapu tapi yang celakanya dia sapu sekali bahagian atas meja aku. Nampak bekas air liur terseret dek penyapu.
Dia sapu kulit kuaci ke hujung kelas. "Puas hati?"
Aku cebik. "Puas apa macam ni? Jadi manusia biar bersih sikitlah. Kalau nak jadi pengotor, pergi jadi binatang sana."
Aku nampak dia ketap rahang. Telinganya merah macam tengah tahan marah. Ahh! Ingat aku takut ke?
"Dah, dah! Jom balik ke kelas! Loceng dah bunyi ni!" Salah seorang kawan mamat tu tarik dia pergi. Mungkin dia risau kalau dibiarkan, mahu tarik-tarik rambut kejap lagi karang.
Aku keluarkan tisu basah dari dalam beg dan terus lap meja aku sampai aku puas hati.
"Wei... aku rasa, hidup kau takkan aman lepas ni," kata Myra. Matanya tak lepas dari tengok aku yang dah tarik muncung.
Aku pandang dia sekilas. "Kenapa pulak?"
"Tadi tu la Aryan. Adik Adrian. Adik troublemaker, abang trouble-solver," dia ketawa dengan ayat dia sendiri.
"Abang handsome, adik tak pun. Anak pungut ke apa?" ehh lancang sungguh mulut kau Nina!
Tapi yang aku sebut tu fakta. Abang kemain sedap helok mata memandang. Adik pulak acah-acah gangster. Tak hensem tak apa janji bertamadun! Dah la chubby. Sekali aku gigit pipi tu, baru dia tahu langit tinggi ke rendah!
Apa jauh betul kau melalut sampai nak gigit pipi orang ni?
"Nina!" Myra menjerit.
"Apa?!" Aku terjerit balik sebab terkejut.
"Kau dengar tak aku cakap apa?"
"Apa?"
Myra mengeluh geram. "Lepas ni kau kena be extra careful! Dia tu kaki buli!"
"Baiikk, puan."
Selesai lap meja, cepat-cepat aku keluar nak basuh tangan kat tandas sebelum cikgu masuk. Elok je aku belok ke kanan, aku tersadung kaki orang daann...
Debukk!!
...tersembam ke lantai.
"Aduhh!" sumpah sakit! Apa malang entah. Hari pertama sekolah sampai dua kali aku jatuh! Adakah ini petanda bahawa prestasi aku akan jatuh gedebukk macam ni? Oh no!
Aku dengar suara ketawa. Cepat-cepat aku toleh. Tu diaaa... Aryan tengah tersengih sambil silang tangan bersandar kat dinding. Perasan model!
"Sakitlah, bodoh!"
"Jalan tu memang tak tengok-tengok ke?" dia bertinggung depan aku yang masih terduduk atas lantai.
"Boleh tahan busuk jugak hati kau ek?" aku sengih perli.
Dia garu pipi. "Mulut kau pun sama. Suka hati nak kata orang anak pungut."
Alamak! Macam mana dia tahu? Dia dengar ke tadi? Damn, Nina!
Aku berdiri, nak kibas baju tapi baru teringat tangan aku kotor lepas lap meja tadi. Dia ikut sama berdiri. Aku ke depan beberapa langkah.
"Oh sakit hati? Lain kali perangai tu biar semenggah sikit. Adab mana adab? Makan bersepah serupa tikus!" Okaylah tu aku samakan dia dengan tikus. Ikutkan hati nak samakan dengan oink oink je.
Aku maju lagi ke depan dan tanpa segan silu, aku kesat-kesat tangan aku kat baju dia. Habis tercemar kesucian tangan aku ni sebab lap air liur dia tadi!
"Belajar jadi manusia bertamadun ye. Tak payahlah buli-buli orang. Tak nampak cool pun," aku senyum segaris.
Dia senyum sambil gigit bibir bawah. Caitt! Berlesung pipit la pulak makhluk ni!
Aku teruskan langkah menuju ke tandas, malas nak bertekak lagi. Dan dia kembali ke kelasnya. Mungkinlah. Mana aku tahu dia pergi mana.
Share this novel