s.e.m.b.i.l.a.n

Romance Series 10165

Aku gosok mata yang pedih dek melayan Netflix dari pagi sampai ke petang. Aku baring atas katil dengan kaki melunjur ke tingkap. Langit gelap macam nak hujan.

Aku pandang sepi awan-awan yang berarak tu. Tengah sedap layan perasaan, tiba-tiba aku rasa ada orang tengah tengok aku. Aku toleh ke pintu sambil tarik keluar earphone dari telinga.

Aryan? Adakah aku sedang berhalusinasi?

Aku masih lagi baring sambil tengok manusia kat pintu tu. Dia ke? Buat apa dia datang sini? Eh, macam impossible je.

"Aryan?"

Aryan telan liur. "Abang kau kata kau ada kat bilik so dia bawa aku ke sini."

"Are you real?"

Dia nampak pelik dengan soalan tu. "I am."

Aku bangun. Motherf*cker Sid! Jadah pergi heret Aryan ke bilik aku pulak?! Dah la aku cuma pakai hot pants dengan singlet!

"Wait sekejap ye." Aku sengih paksa sambil terus tutup pintu, lepas tu sarung seluar track dengan sweater.

Aku buka pintu, dia masih tercegat kat tempat dia berdiri tadi. Aku ajak dia ke dapur. Lalu depan bilik Sid, aku terdengar suara Moon mendesah.

Faham-fahamlah ya.

Aku 100% yakin Aryan dengar benda yang sama. Aku toleh tengok dia. Telinga dia dah merah dan dia tengah berlagak tenang macam tak ada apa yang berlaku. Sumpah cute!

"Kenapa ke sini?" aku tanya sambil capai dua biji gelas. Aku buka peti ais dan bawa keluar sebotol Tropicana Twister dengan sekotak kek. Kek birthday aku. Sid belikan malam tadi.

"Birthday kau ke?" dia soal aku balik.

Aku tak jawab. Aku ambil dua sudu. Satu aku pegang, satu lagi aku bagi kat Aryan. Dia nampak terpinga-pinga.

"Makanlah."

"Tak payah potong ke?"

"Tak payah."

Dia tunggu aku rasmikan dulu baru dia ambil sesudu kek keju tu.

"So, ada apa ke sini? Aku ingat kau dah serik nak datang rumah aku."

Dia kerut kening. "Kenapa pulak?"

Aku pandang mata dia. "Sebab life aku macam ni?"

Dia kesat sisa kek kat bibir. Bibir siapa? Bibir dia la! Apa korang ni? Lol.

"Sedaplah kek ni." Dia tukar topik. Tak nak jawab soalan aku.

"Makanlah. Biar makin gemuk."

"Wah, mulut tu."

Aku ketawa. "Apesal? Kau tak suka jadi chubby?"

"Tak suka. Tapi aku lagi tak suka exercise dan diet."

"Biar je la macam ni."

"Nanti tak ada perempuan nak kat aku." Dia ketawa.

"Aku nak je." Aku renung mata dia tajam.

Terus dia tersedak! Cepat-cepat aku tuangkan air untuk dia. Aku tahan ketawa.

"Kunyah dulu baru telan. Tu pun nak kena ajar ke?" selamba aku sound dia padahal akulah punca dia tersedak tadi.

Aku cari getah rambut kat pergelangan tangan. Tak ada. Banyak betul getah rambut aku yang dah hilang. Haiihh...

Aku buka salah satu laci kabinet tempat maid kitorang simpan getah, capai satu dan terus ikat rambut. Aku perasan Aryan tenung aku tapi aku diamkan aje.

"So, why are you here?"

Aryan letak sudu. "Muaz minta aku ke sini bagi ni." Aryan keluarkan sebuah kotak siap berikat reben merah dari dalam begnya.

Aku buka kotak tu. Isinya coklat pelbagai jenama.

"I hate chocolate." Terus aku buang ke tong sampah. "Go home."

Hilang mood aku. Dia datang jumpa aku semata-mata nak pass barang kawan dia? What is he? Posmen?

"Nina--"

"What?" aku makin hilang sabar. Aku rasa nak maki-maki je si Aryan ni. Aku marah bukan sebab Muaz tapi aku marah sebab Aryan! Dia datang rumah aku semata-mata nak hantar kiriman kawan dia je!

"Kau betul ke nak break--"

Aku tergelak. "Kau lupa apa kau cakap masa kat jamming studio dulu?"

Dia kuis lantai dengan hujung kaki, tak berani nak tengok aku. Alamakkk... macam nak tergelak pulak aku rasa. Ni ke kaki buli yang disebut-sebut kat sekolah selama ni?

"Pasal tu...aku--"

"Balik sekarang." Sebelum aku tergelak, baik kau balik sekarang!

Aku terus lari naik ke bilik. Eee, he's too cute!! Tak jadi aku nak marah betul-betul!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience