d.u.a.p.u.l.u.h.s.a.t.u

Romance Series 10165

Tiba-tiba dia tarik muka aku. Silap besar aku puji lelaki lain depan dia.

"What? Jangan kacau---"

Bibir kami bertaut.

Serentak itu badan aku rasa macam terkena renjatan elektrik! Damn it!

Aku tolak badan dia perlahan. "Kau sedar tak kau buat apa?" Aku renung matanya dalam-dalam. Aduhhh... aku tak bolehlah... mata dia menggoda sangat-sangat.

Cepat-cepat aku tengok tempat lain. Aku tengok bahu dia. Dia tarik pipi aku, lembut. Meremang satu badan aku.

"Just a kiss. I promise."

Dia cium aku lagi sekali. Aku hampir hanyut. Cepat-cepat aku tolak badan dia kali kedua.

"Why?"

Wajahnya masih rapat. "Why apa?" aku tanya dia balik.

"Dengan lelaki lain boleh je. Dengan aku tak boleh?"

Wait. "What? Boleh apa? Kau ingat aku pelacur ke?" Terus aku tolak badan dia sekuat hati. Cepat-cepat aku bangun. Aku berjalan ulang-alik depan dia, menahan marah. "Kau balik sekarang." Terasa bergetar suara yang keluar.

"Nina..."

"Apa Nina-Nina?! 'Pelacur' ni tak ada mood nak on dengan mana-mana lelaki sekalipun termasuk kau! Balik!" Sumpah panas hati aku dengan ayat dia tadi.

Dengan lelaki lain boleh je? Boleh je?! Wah, mentang-mentanglah baju-baju aku tak cukup kain, semua orang fikir aku melacur ke apa?!

Dia cuba capai tangan aku. Cepat-cepat aku tepis dan menjauh. Tapi dia tetap cuba nak rapat sampai aku terkepung antara dia dengan dinding. Aku toleh kiri, malas nak pandang muka dia. Sakit hati!

"Nina, that's not what I meant." Pujuknya, lembut.

"Then what?!" rasa macam kembang-kempis hidung ni menahan marah. Mesti muka aku ada iras-iras The Incredible Hulk sekarang ni.

Dia letak dahi dia atas dahi aku. Matanya dipejam. "Kenapa bukan aku, Nina?"

Aku diam. Tak faham.

"Jadi girlfriend aku, Nina?" dia buka mata.

"So you can show off to your friend that you owned me and you f*cked me countless times, is it?"

Dia geleng kepala. Pandangannya sayu... "I just want to be with you."

"For what?"

Wajahnya disembunyikan di bahu aku. Tangan aku digenggam erat. "Because I like you so much."

"Tipu. Kau yang reject aku, remember?" Seminggu aku patah hati sebab kau! Ishh! Urghh!! Nak aje aku kunyah-kunyah telinga dia!

Dia angguk. Masih enggan angkat kepala.

"Dah tu kenapa sekarang macam ni pulak?"

Dia diam tak menjawab, tapi tangannya terus rangkul pinggang aku. Kuat.

"Baliklah. Sebelum kena tangkap basah, better kau balik."

Dia ketawa. "Ingat ni drama Melayu ke tiba-tiba ada orang pejabat agama datang ketuk pintu?"

Aku jungkit bahu. "Manalah tahu ada jiran yang buat rep---"

TOKK! TOKKK!

Rasa nak luruh jantung tiba-tiba bunyi orang ketuk pintu! Aryan cepat-cepat lepaskan pelukan. Uih, masin mulut!

Aku tengok Aryan atas bawah. "Kenapa? Takut?"

Dia geleng. Tangan aku dicapai kembali. "Jom, buka pintu." Jawabnya penuh yakin.

Apa? Tergelak besar aku dibuatnya. Dia pandang aku pelik.

"Jomlah. Boleh kita kahwin free."

Eh, dia ni! Aku tampar bahu dia, kuat. "Tepi!" tubuhnya aku tolak ke tepi dan aku terus menuju ke pintu.

Sebaik pintu terbuka, terjengul wajah Sid. Sebenarnya aku dah tahu dia nak datang sebab dia dah bagitahu awal-awal tadi. Sengaja aku sakat Aryan. Tak sangka pula dia sanggup kena tangkap berduaan dengan aku!

"Hug hug!" Sid depakan tangan. Memang habit dia macam tu. Aku ikut depakan tangan dan peluk dia balik.

"Oh, a guest?" soalnya sebaik saja dia melihat Aryan yang kaku di sebelah sofa. Sid pandang aku, tajam. "What were you doing..."

Aku cekak pinggang sambil julingkan mata. "Just chatting."

Sid pandang Aryan penuh curiga. "Sid," Sid hulur tangan.

"You know him." Ucap aku selamba.

"Aryan." Aryan sambut huluran tangan Sid dengan senyum segaris. Wajah Sid sedikit berubah namun sehabis baik cuba disembunyikan di sebalik senyumannya.

"What a small world." Sid terus duduk sebelah aku. "Come, eat! Aku beli spicy korean chicken ni."

Ya, Sid dah boleh cakap bahasa Melayu sikit-sikit walaupun masih ada slang 'King Coco' nya tu. Aryan kelihatan teragak-agak.

"Dia dah nak baliklah. Just let him go." Aku cuba bantu Aryan melepaskan diri. Lagipun aku tak sanggup nak duduk dalam situasi janggal antara dia dan Sid.

Aryan tarik sengih, menampakkan gigi taring yang sedikit panjang berbanding gigi yang lainnya. Oh my Edward Cullen!

Tiberrr...

Aku bangun dan hantar Aryan sampai ke muka pintu. Dia tak berani nak cakap banyak sebab Sid dok renung dia macam helang lapar.

"Bye." Katanya. Aku sekadar mengangguk lalu menutup pintu.

"Explain." Ujar Sid sepatah.

"Explain what?"

"That boy."

"He's just a schoolmate."

Sid kerut kening. "I don't think so. There's something between you guys." Dia cuba serkap jarang sambil mengetuk-ngetuk jari telunjuk ke dagu.

"Mana ada apaaa..." aku merengek.

"He looks different." Sid hirup kopi yang aku bancuh tadi tanpa izin. "I honestly like the chubby version."

Eh, dah kenapa abang aku ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience