*Nina Eusoff's POV*
___________________
Senyap-senyap aku ambil gambar Aryan yang sedang tidur. Aku set kan jadi wallpaper. Aryan chubby was cute, but this new Ejaz is hot. Dengan t-shirt hitam dan jeans... tambah dengan rambut serabai gitu... perfect! Nampak bad boy sangat!
Grrr rarrr!
Aku mengeluh perlahan bila nampak leher dan lengannya yang berbekas merah sebab aku cakar dia masa mengamuk malam tadi. Tapi padanlah muka dia! Dia yang cari pasal dulu!
Sudahlah maggi aku dia yang habiskan. Poyo je kata takut gemuk. Huh!
Dia buka mata. Sedikit terkejut bila nampak aku tengah tengok dia macam nak baham dia hidup-hidup. Dia sengih nakal. "Are you in the middle of eye-rapping me or what?"
Aku buat muka horny. "Mmm... yummy."
Dia duduk. "Stop that." Matanya melihat jam di dinding. "Shit," ucapnya perlahan tapi aku dapat dengar dengan jelas.
Dia bangun menuju ke sinki dapur, membasuh muka seadanya sebelum kembali ke ruang tamu untuk menyarung jaket.
"Breakfast?" aku baru je siapkan pancake. Tak nak rasa ke? Huhu.
Dia geleng dan terus menghala ke pintu utama. Aku hantar dengan pandangan kosong hingga pintu ditutup.
Belum sempat aku mengeluh, pintu dibuka kembali. Wajahnya terjengul. "Aku... kena balik kejap. Ada kerja sikit."
Aku angguk.
"Boleh aku... datang lagi... next time?"
Aku senyum dan angguk. "Bawa kereta aku la. Macam nak hujan je tu."
Dia geleng dan terus berlalu pergi. Aduhhh rasa macam indah bersinar-sinar pulak pagi ni walaupun langit tengah mendung kelabu kat luar tu.
Aku ambil pancake tadi dan bawa ke sofa depan tv. Aku terpandang bantal yang dia guna malam tadi.
"Mesti ada bau dia." Cepat-cepat aku capai dan cium. Macam pervert la pulak aku ni!
"Mmm... ada bau diaaa..." sah aku angau.
**********
Jam menginjak ke angka 2 petang. Aku bergegas siap-siap untuk ke fakulti. Aku perlu ke studio untuk menyiapkan projek yang tertunda.
Suasana agak lengang. Studio untuk kami pelajar-pelajar jurusan fashion ni terletak di basement. Quite scary if you ask me. Aku memang takkan jejak kaki sini sorang-sorang. Lantaklah kerja tak siap sekalipun!
"Nii... naaaaa!"
Aku tak toleh. Kenal sangat suara si Irfan tu. Aku terus berjalan menghala ke pintu studio.
"Woi, tunggulah! Tolong aku bawa barang ni oi!"
Aku berhenti dan menoleh tengok dia yang tengah pegang banyak gila barang. Kotak pizza, sample kain, fail tebal apa entah, dengan tealive dan mcD nya lagi...
"Kau nak buat kerja ke nak buat movie marathon yang sampai bawa makanan banyak-banyak macam ni?" aku ambil kotak pizza dari tangannya.
Dia menjeling dengar pertanyaan aku. "Ni mak lampir kat dalam tu punya pasal lah! Macam-macam disuruhnya aku beli!"
Aku ketawa sambil buka pintu. Teha sedang tekun dengan kerjanya.
"Legend says she has been sitting there haunting the studio for the past hundred years."
Elok je habis ayat Irfan tu, sebatang pensel mendarat tepat ke wajahnya. "Auucchh! Sakitlah!"
Aku angkat thumbs up.
**********
Lebih kurang pukul 8 malam, kami berkemas untuk pulang. Tak boleh berada di kawasan kampus selepas jam 9 malam tanpa kebenaran. Tengah sembang sakan menelusuri lorong nak ke tangga naik ke tingkat atas, kitorang terdengar suara perempuan ketawa.
Irfan terus berdiri belakang aku. Dia yang paling penakut antara kami bertiga walaupun dia lelaki. Kami teruskan berjalan. Belok je selekoh, nampak ada dua manusia tengah ketawa-ketawa.
Aku tarik nafas lega tengok kaki diorang jejak lantai. Orang kata kalau tak jejak lantai, maksudnya tu hantu. Betul ke?
"Manusialah." Aku bisik pada Irfan.
Si lelaki menoleh ke arah kami. Spontan bibir aku terukir senyum. Aryan rupanya! Dia pandang aku sekilas je lepas tu fokus balik kat partner dia.
Tak tahulah girlfriend ke partner ke adik angkat ke akak angkat ke. Whatever.
Perempuan tu sentuh-sentuh lengan Aryan tapi Aryan biarkan je. Aku berdiri kaku pandang belakang badan dia.
"Baby! Cepatlah!" Irfan yang dah melepasi Aryan panggil aku yang masih tertinggal kat belakang. Dia memang biasa panggil aku dengan Teha baby. Kadang dia panggil honey, sayang. Kalau dia marah, dia panggil b*tch je.
Aku cuba intai respon Aryan. Kot la dia jealous ke kan dengar orang panggil aku baby. Hmm... hampeh! Dia buat tak tahu je. Fokus sangat kat girl depan dia tu.
Fine, whatever!
Aku berjalan melepasi mereka. Sengaja aku langgar perempuan tu.
"Oopss, sorry. Tak sengaja. Sempit." Nak menyembang pergi kedai kopi la woi! Semak kat lorong ni buat apa!
Perempuan tu buat muka annoyed.
Aku jeling Aryan sekilas. Mukanya tiada reaksi. Malam semalam bukan main 'I miss you, Ninaaaaa' siap cium-cium raba-raba lagi!
Sekarang boleh buat macam tak kenal aku pulak! Benci!!!
"Nina."
Husky voice itu mematikan langkah aku. Aku toleh dengan muka masam. Tak boleh nak cover lagi perasaan cemburu ni. Pedulilah kau nak kata apa!
"Kenapa?"
"Kenapa apa?"
"Kenapa marah-marah?"
"PMS!" aku terus berpaling.
"Nina."
Aku mendengus geram. "Apa?"
"Saya balik dulu. Esok confirm kan balik jadi ke tak," kata Aryan kepada perempuan tadi sebelum berjalan ke arah aku. Aku pandang sekilas perempuan tu. Dia jeling aku atas bawah, okayyy!
"Jom," Aryan ambil tote bag yang aku pegang. Selamba disangkutkan ke bahunya.
Teha dan Irfan tak berkelip menonton drama sebabak tu. Irfan mula membisikkan sesuatu ke telinga Teha.
"Jom apanya?" aku soal dia dengan muka tak puas hati. Sebenarnya aku cemburu lepas tu aku bengang sebab perempuan tu jeling aku. Motif sangat kan? Tapi tu la... aku kalau dah nak period, benda remeh pun boleh jadi big issue.
Aku cuba tarik balik tote bag tadi tapi tak berjaya. Aryan merenung tajam. Aku cekak pinggang. Apa ingat aku takut ke?
Dia menapak selangkah ke depan, mendekat. "Stop your tantrum or I'll kiss you," ucapnya perlahan, cukup hanya kami berdua yang dengar.
"Oh, really?" Aku angkat sebelah kening. "Be my guest."
Matanya dikecilkan. Dia melangkah semakin dekat.
"Uhuk! Hukhuk!" Irfan terbatuk tiba-tiba.
"Kau dah kenapa?" Teha menepuk-nepuk belakang tubuhnya.
"Tersedak boba!"
Share this novel