s.e.b.e.l.a.s

Romance Series 10165

3 tahun berlalu...

Lepas SPM aku masuk matrik. Habis matrik setahun, aku masuk universiti. Sekarang ni dah masuk semester 4.

Lepas major heartbreak dengan Aryan dulu (puuiikk!), aku single sampai sekarang. Single itu aman ya kawan-kawan. Tak ada orang kongkong pergerakan kau.

Muaz? Entahlah. Senyap macam tu aje. Marah sangat agaknya sampai berkawan pun tak nak dah. Selisih bahu masa kat kantin sekolah dulu, dia buat tak kenal aku je. Kisah pulak aku?

Aryan? Yang ni aku kisah! Aku try cari Fac dengan Instagram dia tapi tak jumpa. Benci!

Fac abang dia si Adrian tu adalah. Orangnya sekarang study kat Jepun. Engineering la kot.

Tengah aku leka scroll handphone sambil berjalan, aku terlanggar seseorang.

"Oofff! Sorryyy!" Aku gosok-gosok dahi aku. Apa keras sangat bahu orang ni? Besi ke? Aku angkat kepala tengok orang yang aku langgar tadi.

Pandangan matanya tajam menikam... hingga ke dasar hati! Haa...cenggituuu...

Lama dia tengok aku sampai aku rasa awkward. Sudahnya aku cepat-cepat pergi. Tak tahan direnung sedemikian rupa. Bergetar ovari, y'alls!

Well at least aku dah minta maaf, kan?

Tapi sempat juga aku toleh ke belakang. Aku biasa nampak mamat ni kat area fakulti aku tapi aku tak sure dia ambil course apa. Dia ni kira one of my favourite 'eyegasm' jugaklah.

Ada something pasal dia yang macam familiar sangat. Tapi aku tak pasti apa. Hmm... Nantilah aku siasat.

Ke dia nampak familiar sebab dia cute? Eiishh! Nina Eusoff get your head straight!

"Nina bobok!"

Jadahhh?

Irfan angkat tangan melambai-lambai dari tempat duduknya.

"Nina bobok!"

Aku cepat-cepat pergi pada dia dan terus libas belakang badan dia dengan fail kat tangan aku. "Kau kalau tak malukan aku tak boleh ke?"

Aku curi-curi pandang ke lelaki yang aku langgar tadi. Dia duduk santai sambil bersembang dengan kawan-kawannya di hujung kafe.

Aii Nina... jatuh suka ke jatuh cinta?

Aku tengok je dia senyum, dia selak rambut, dia sentuh pipi...

Aku geleng kepala laju-laju. Apa kena dengan aku ni? Terhantuk kuat ke tadi?

"Nina angau!"

Rupanya si Irfan dok perhati je gelagat aku. Aduh, masak aku!

"Yeee Irfan. Aku angaukan kau." Aku kebil-kebil mata sambil senyum. Teha ketawa.

Irfan tongkat dagu. "Ok jom kita kahwin." Balasnya tanpa senyuman. Aku terkedu. Kenapa macam serius je ayat dia ni?

"Haa cuak!" Irfan ketawa besar. "Kitorang nampaklah kau tertoleh-toleh tengok si Ejaz tu."

Ejaz? "Siapa?" soal aku lagi.

"Tuuu... yang kau langgar tadi tu. Budak foto tu." Teha muncung bibir ke arah Ejaz.

Oo... budak course photography rupanya. Bolehlah aku jadi model dia...

Ishhh Nina!

"Korang rasa, dia ada girlfriend tak?" bersinar-sinar mata aku tanya soalan tu.

Ye aku tau aku baru je cakap single itu aman. Tapi mungkin dah sampai masanya untuk aku isi kekosongan di hati ni. Ehh...

Teha ketawa. "Orang kata perempuan kat sebelah dia tu girlfriend dia."

Laju aku menoleh ke arah Ejaz dan kawan-kawannya. Ada seorang perempuan bertudung sedang menunjukkan sesuatu di telefon bimbitnya kepada Ejaz sebelum ketawa.

Aku kecewa sikit. Bertudung, comel pulak tu. Mesti orangnya baik-baik. Jauh beza dengan aku ni. Kat fakulti memang aku sentiasa pakai baju kurung. Tapi kat luar terdedah sana sini. Lagi-lagi bila jadi model runaway.

Pernah je aku jadi bahan umpatan bila ada classmate aku nampak dressing aku kat luar macam perempuan murahan. Katanya aku hipokrit.

Bila masa aku hipokrit? Kalau boleh masuk kawasan universiti ni dengan skirt pendek, aku buat dah. Masalahnya tak boleh.

"Korang rasa kalau aku try approach dia, dia layan tak?"

Teha dan Irfan angkat bahu. "Tak cuba, tak tahu. Dah cuba, haa malu." Seloroh Irfan disambut dengan tawa aku dan Teha.

"Try lah! Mana tahu ada luck," Teha menyokong.

Hm.. cakap memang senang. Nak realisasikannya macam mana pulak? Aku garu kepala dengan hujung jari.

Macam tak ada harapan je nak kenal dengan dia. Lagi-lagi dengan reputasi aku sepanjang belajar kat sini. Orang labelkan aku macam-macam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience