*Aryan Ejaz's POV*
___________________
Aku masih lagi renung Nina yang dah terlelap atas sofa. Cepat-cepat aku selimutkan dia. Takut lagi lama aku renung, lain pulak jadinya nanti.
Aku gosok muka beberapa kali. Kenapalah aku cakap macam tu tadi? Mesti dia terluka. Tangannya aku gapai dan genggam perlahan. Betul cakap dia... kenapa aku nak salahkan dia atas jalan yang aku sendiri pilih?
Aku suka Nina. Suka sangat-sangat. Tapi aku tak tahu nak buat apa! Masa sekolah dulu kawan-kawan aku selalu kata Nina tak sesuai langsung dengan aku sebab aku gemuk.
Salah ke gemuk? Bukannya aku susahkan sesiapa pun!
Nina kata dia suka aku walaupun aku chubby. Macam mana aku nak percaya bila dia sentiasa dikejar dan dikelilingi lelaki-lelaki good looking?
She's too pretty.
Hari yang dia luah perasaan dia kat aku masa last paper SPM dulu, aku terkilan sangat sebab kecewakan dia. Waktu tu aku rasa dia ni tak fikir panjang dan sengaja nak buat aku jadi bahan lawak depan kawan-kawan aku.
Aku takut lama-lama nanti dia akan malu dengan aku. Bila orang asyik mengata, mesti dia akan fed up akhirnya kan?
Sudahnya aku yang gila bayang. Aku follow semua social media dia guna fake account. Aku tak pernah miss status update dia.
Nasib aku tak berapa baik sebab tak dapat masuk Matrik. Jadi aku apply diploma, course photography. Bila dia habis matrik, dia update twitter yang dia apply course fashion.
Aku nekad try ambil fast track, halfway diploma then terus lompat masuk ke degree semata nak duduk bawah satu fakulti dengan dia.
Kali ni nasib aku baik. Aku dapat masuk universiti yang sama dengan dia! Happy aku dapat tengok dia lalu lalang depan kelas aku setiap hari. Tapi dia masih tak perasan aku sebab aku dah lain. Dah tak chubby macam dulu.
Aku cipta pertemuan-pertemuan yang orang sangkakan takdir. Aku sengaja lalu depan dia. Aku sengaja langgar dia. Semua aku buat untuk tarik perhatian dia.
Childish? Yup!
Sebab aku tak berani nak confront dia. I rejected her, remember?
Dia macam bunga, selalu ada lebah nak dekat. Macam candy, ada je semut nak hurung. Despite of gosip-gosip liar yang orang create, dia masih lagi disukai ramai lelaki. Tapi aku tahu diorang cuma nakkan badan dia. She's like a trophy. Whoever gets her, win.
Waktu photoshoot dengan JB, aku orang pertama yang volunteer nak shoot kan bila tahu modelnya adalah Nina dengan alasan nak kukuhkan portfolio.
Dan waktu Nina cakap dia suka Ejaz, aku rasa sakit hati. Senangnya dia lafazkan perkataan suka. Perkataan suka tu macam tak bawa makna besar pada dia.
Nak tahu kenapa aku berkeras nak hantar dia balik lepas photoshoot dengan JB? Sebab aku tak sanggup nak dengar fantasi bedebah tu. He mentioned everything from breast to ass!
Aku bangun pergi ke dapur. Haus. Tekak terasa perit. Selalu aku marah diri aku sebab mudah terbawa emosi. Tengoklah apa dah jadi dengan Aryan Ejaz sekarang. I'm not a virgin. It was a lie.
Aku berjalan selamba ke dapur, buka peti ais dan bawa keluar sebotol air. Aku tak mabuk pun. It was just a can of beer. I've had worst than that. Sengaja aku pura-pura sebab nak lebih masa dengan dia.
Sebenarnya aku tak berapa berharap dapat jumpa dia kat parti tadi sebab I've went to every clubs and parties just to see her face tapi tak pernah berjaya.
Aku teguk air dari botol tadi. Mata masih melekat pada Nina yang tenang tidur. Tak takut ke dia kalau aku ambil kesempatan?
Atau dia dah biasa 'main' dengan lelaki sampai dia tak kisah lagi?
Goshhh!
Aku raup muka kasar, cuba menghentikan suara hati yang makin melalut. Aku kembali berbaring perlahan-lahan di sisi Nina. Tubuhnya aku dakap erat.
Damn, she smells good!
Jantung aku kembali berdegup kencang. Aku cuba sehabis daya melawan kehendak hati.
"Are you okay?"
Suara halusnya buat aku terkejut. Aku ingat dia tidur! Aku sekadar mengangguk, tak mahu mengeluarkan suara. Bimbang jika dia perasan sesuatu.
"Your heart's beating insanely fast."
Baru aku perasan kepala dia tadi aku tarik bawa ke dada. Of course la dia boleh dengar degupnya.
"Did I wake you up?" aku menyoalnya kembali. Dia geleng.
"Kau pening lagi ke?"
Giliran aku pula menggeleng. Satu tangan aku bawa ke dahi.
"Kau nak air?"
"Dah minum."
"Nak pergi toilet?"
"Tak."
"Lapar?"
Aku mendengus.
"Marah?" Dia mendongak cuba tengok muka aku.
"I'm resisting..."
Dahinya berkerut. "Resisting apa?"
Ini betul-betul tak tahu... atau buat-buat tak tahu? Aku ambil tangannya dan jatuhkan tepat atas 'adik' aku yang sedia 'bangun' di sebalik jeans yang aku pakai. Spontan dia tarik tangan dan bingkas duduk.
Aku tergelak tengok reaksinya. Muka merah padam. "Malu kenapa? I thought you're used to this." Aku pejam mata, cuba mengusir bayangan-bayangan Nina dalam pelukan lelaki lain.
Nina diam tak menjawab. Dia bangun dan terus pergi ke dapur. "Kau nak maggi?"
Aku kerling jam di dinding. 3.30am. "Nope."
"Aku masak maggi sedap tau! It's my personal signature dish!" Dia ketawa sendiri.
"I'll pass. Takut gemuk."
Sudahnya aku bedal 3/4 maggi yang dia masak. Aduhai...
Share this novel