d.u.a.p.u.l.u.h.l.a.p.a.n

Romance Series 10165

Lebih kurang jam 4 petang, kami tiba di felda. Bas berhenti di perkarangan balai raya. Ada beberapa wakil penduduk sudah sedia menunggu.

"Nah," aku hulur semula sweater Aryan yang dia suruh aku pakai dalam bas tadi.

"Keep it. Tidur malam nanti boleh peluk."

Aku ketawa. "Motif sangat!" Dahlah sepanjang dalam bas tadi kejap-kejap video call. Padahal dia duduk selang berapa kerusi aje. Lepas tu tanya tengah buat apa, dah makan ke belum. Apakah?

Aku masih hulur sweater tu tapi dia tak nak ambil.

"Simpanlah. Biar beringat sikit."

Hah? "Beringat apa?"

"Beringat yang kau tu awek aku. Buatnya rumah family angkat kau kejap lagi ada anak bujang hensem, lupa diri pulak karang."

Aku mencebik. "Kau tu yang kena beringat. Manalah tahu anak dara kat rumah family angkat kau tu nanti cantik serupa bidadari, lupa asal-usul pulak karang."

"Kanda setia orangnya."

"Tahi."

Pap!

Dia tepuk dahi aku. Aku menyeringai tanpa suara. Terus aku pijak kaki dia kuat-kuat.

"Korang ni betul ke couple?" tegur kawannya, Ara.

"Apa yang tak betulnya?" Soal Aryan.

"Selalunya couple sweet-sweet, abang-sayang, honey-bee bagai. Korang ni aku-kau je." Ara sengih.

"Eh, kitorang sweet la. Cuma tak tunjuk je. NSFW."

Berderai ketawa diorang. Cuma Suria yang sekadar senyum tak berapa ikhlas kat sebelah Ara. Mesti dia bengang sebab Aryan pilih aku. Dahlah mamat tu tanpa segan silu bagitahu semua kawan-kawan dia yang aku ni awek dia. Aku rasa hampir satu fakulti tahu kitorang couple.

Bila aku suruh dia berhenti kepoh-kepoh, dia tak nak. Dia kata biar semua orang tahu, biar tak ada lelaki yang cuba tackle aku lagi.

Kesemua kitorang ni ditempatkan di beberapa buah rumah penduduk yang terletak berhampiran balai raya. Biar senang datang ke situ bila ada aktiviti nanti. Jalan kaki tak sampai lima minit, dah sampai.

Aku dapat serumah dengan Teha dan Hani sebab Teha dah salahgunakan kuasa dia sebagai AJK program ni. Dia letak nama kitorang kat rumah yang sama.

Selesai pengagihan rumah-rumah keluarga angkat, kitorang pun berjalan ikut mak cik Nurina, seorang wanita lingkungan usia awal 40-an yang jadi mak angkat kami bertiga.

Aku sebenarnya melopong jugak masa awal-awal sampai felda ni tadi sebab rumah-rumah kat sini semuanya besar. Aku expect orang felda rumah papan biasa-biasa aje. Manalah aku tahu. Ini first time aku masuk felda.

Sorry, orang felda!

Kitorang berjalan sambil berbual kosong dengan mak cik Nurina sampailah dia berhenti depan pagar sebuah rumah.

"Dah sampai. Jom."

Rumah papan tapi... lawa namateyyy. Rumahnya dicat putih. Lamannya bersih dan rapi walaupun tak luas mana. Berhampiran tangga pula ada buaian.

Perfect! Just perfect!

Aku keluarkan handphone dan terus ambil beberapa gambar selfie. Lol.

Teha cuit lengan aku. "Kot iya pun, nanti-nantilah ambil gambar tu."

"I cannot la. Rumah ni cantik sangat." Balas aku, jujur.

Mak cik Nurina senyum. Kami dipelawa masuk. Sekali lagi aku melopong kagum. Rumah ni buat aku rasa nak pakai baju kurung kedah dan kain batik ala-ala gadis melayu terakhir gitu. Sambil tumbuk sambal belacan kat tangga depan.

Motif?

Mak cik Nurina tunjukkan bilik kami dan semua ruang dalam rumahnya.

"Ini bilik anak sulung ibu. Yang ini pulak bilik anak nombor dua ibu."

Kami menggangguk faham.

"Sini dapur. Sebelah sana bilik air. Buat aje macam rumah sendiri. Nak guna mesin basuh, silakan. Nak masak maggi malam-malam pun, silakan. Maggi ada dalam kabinet hujung tu."

Kami angguk lagi sambil ketawa.

"Apa-apa boleh panggil ibu." Katanya sebelum meminta diri. Dia suruh panggil 'ibu' supaya lebih akrab. She's lovable!

Kami masuk ke bilik yang disediakan. Ada dua katil double decker. Mesti ibu kerap terima tetamu.

"Aku mandi kejap." Kata Hani. Teha pula sudah berbaring di katil.

"Hah, nak tidur la tu!"

"Shhh! Pergi main jauh-jauh sana!"

Aku ketawa. Lepas letak beg, aku keluar semula ke ruang tamu. Satu persatu bingkai gambar aku teliti.

Ada gambar konvokesyen anak ibu. Mungkin anak yang sulung. Skema aje muka dia dengan cermin mata petak bingkai hitam.

Cermin mata petak? Apakah?

Tapi tiada gambar suami ibu di situ. Cerai hidup atau cerai mati?

Tengah aku leka tengok gambar-gambar tu, tiba-tiba ada orang ketuk pintu dan bagi salam. Terkejut aku! Aku jenguk-jenguk ke dalam, manalah tahu ibu ada. Aku serba salah tak tahu nak buka pintu atau tak.

"Assalamualaikum."

"Err... wa'alaikumussalam." Aku buka pintu. Harap-harap bukan penyamun tarbus!

Elok je aku buka pintu, ada sejambak bunga di sua ke muka aku. Siap ada belon-belon happy birthday lagi.

Aik? Takkan Aryan buang tebiat macam ni sekali?

Aku tak nampak muka orang tu sebab tertutup dengan bouquet bunga. Jadi, aku berdiri aje kat situ tunggu dia habis menyanyi lagu birthday.

Aku rasa ini anak ibu sebab kat belon ada tulis 'Happy birthday, my lovely ibu.'

Ah, sudah. Dia ingat aku mak dia ke?

Habis je dia nyanyi, aku tepuk tangan. Dan bila dia turunkan jambangan bunga tu, mukanya berubah riak. Terkejut tengok aku.

"Err... thanks?" aku ucap perlahan.

"Awak siapa?" dia tanya. Aku tak terus jawab sebab aku tengah busy scan dia atas bawah.

Eye candy detected! Helok kejadiannya!

"Fairuz! Tak bagitahu pun nak balik?" ibu muncul tiba-tiba. Spontan aku berundur memberi laluan untuk ibu memeluk anaknya.

Untunglah ada mak. Terdetik cemburu di hati.

"Saja nak buat surprise untuk ibu. Tapi macam tak menjadi je." Dia pandang aku sekilas, dengan senyum segaris.

Uish! Debar hati kita tau! Sorry, Aryan. Muhehehehehe!

"Baru balik kerja ke?" Fairuz berkemeja ungu gelap, lengannya digulung ke siku. Nampaklah urat-urat kat tangan dan lengan tu. Auuummm!

Fairuz angguk. "Terus balik sini."

Aww... so sweet! Aku pulak yang lebih-lebih terharu.

"Ini siapa?"

Ibu toleh ke arah aku. "Calon menantu. Okey tak? Ada lagi dua orang kat dalam tu."

Amboi, boleh tahan nakal juga ibu ni.

Ibu ketawa melihat wajah Fairuz yang sudah merah kerana malu.

"Kan ibu dah bagitahu pasal program anak angkat hari tu."

"Oh..." Dia angguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience