Aku berpeluk tubuh sambil bersandar. Rasanya dah dekat 10 minit duduk diam macam ni, tak cakap apa-apa. Aku pandang dia, dia pandang aku.
Aku pandang dia dengan muka menyampah, dia pandang aku macam nak telan hidup-hidup. Tapi, dalam menyampah-menyampah pun, sempat juga aku 'scan' mamat ni atas bawah.
Rambutnya dah cecah bahu dan dia berjambang. Badannya lebih berotot berbanding masa kat universiti dulu. Mungkin pergi gym.
Macam-macam versi pula Aryan ni. Masa high school, dia chubby. Masa kat universiti, dia kurus. Bila dah kerja, dia berotot-otot. Agaknya, bila dia tua nanti jadi macam mana pulak? Botak dan boroi?
"You are wasting our time," aku silang kaki.
Rahangnya bergerak-gerak. Mesti dia marah. Tapi, kenapa dia nak marah pula? Hello, aku yang ditinggalkan, okey! Ish! Rasa nak cakar-cakar je muka dia ni.
"Cik abang, kalau nak diam jadi patung macam ni, pergi balik rumah." Aku terus bangun. Banyak lagi benda nak dibuat daripada duduk buang masa kat sini.
"Where have you been?" keluar juga suara tu.
Aku tergelak. "Oh? Dulu kau tak peduli pun ke mana aku pergi."
"What---"
Bunyi telefon aku mematikan kata-kata Aryan. Nama Sid tertera di skrin. Cepat-cepat aku jawab. Suara Yusuf menyapa.
"Yes, sayang."
"Mommy, white or owen nyau (orange meow)?" soalnya dengan pelat.
"Which one you like?"
"Both cute."
"Then, ambil both."
"Papa say no. One only."
"Papa say no?" aku terpandang muka Aryan. Entah reaksi apa yang terbias. Terus aku tinggalkan dia kat situ. Tak sanggup di-laser dengan pandangan mata dia lagi.
Aku berjalan balik ke butik yang terletak selang beberapa kedai dari cafe yang kitorang pergi untuk 'berbual' tanpa suara tadi.
"This is pretty. I like it," gadis bernama Aria tadi sedang melihat reflection dirinya di cermin.
Dia menoleh bila nampak aku masuk.
"Wow, you are so beautiful!" Aku membodek penuh keikhlasan. Dia senyum. Lawa orangnya. Sesuailah dengan Aryan.
"Jazz, okay tak?" Aria memusing-musingkan tubuh. Dia sekadar mengangguk. Entah bila mamat tu terpacak kat belakang aku.
"Can you try the baju melayu now?" soal si gadis. Aryan hanya menurut.
Beberapa minit kemudian, dia keluar. Kain sampingnya digalas di bahu. Dah macam orang nak pergi bendang pula aku tengok.
"Ish! Pakailah elok-elok! Orang nak ambil gambar and tunjuk kat mama!"
Aryan mendengus. "Tak retilah."
"Err... Mana Irfan? Panggil dia suruh tolong kejap." Aku bertanya pada Baby.
"Irfan dah keluar masa Kak Nina pergi tadi. Katanya nak cari kain."
Pulak dahhhh.....
"Kak Nina tolonglah pakaikan. Kak Nina kan dah biasa buat."
Semua mata pandang aku.
"Err..." Aku teragak-agak.
"Please," rayu si gadis.
"Yes. Please," sampuk si Aryan dengan senyuman sinis. Meremang roma dibuatnya.
"Sorry ya..." Aku pun tak tahu kenapa aku cakap sorry. Aku ambil kain samping yang tergantung di bahunya dan tolong pakaikan untuk dia. Dia pula dengan selamba letak tangan atas bahu aku.
Aku pandang muka dia. "Turunkan tangan kau." Aku berbisik.
"Why? Lebih dari ni aku pernah buat. Aku pernah ci---"
"Stop it. Show some respect, please."
Dia alihkan tangan dia. Cepat-cepat aku buat kerja aku.
"Okay, done!"
Aria bertepuk tangan, puas hati dengan hasil kerja aku.
"Meh, saya ambilkan gambar," kata Baby.
"Thanks. Sini, Jazz!"
Aryan buat muka malas. Selamba je dia buat muka macam tu. Tadi pun selamba aje dia ajak aku pergi minum. Kena kahwin paksa ke apa ni?
Atau... Aria dah pregnant? Astaghfirullahalazim... Apa kau ni, Nina? Melalut jauh!
Aku hanya mampu tengok kebahagiaan Aria dapat bersuamikan Aryan. Dah la nama pun hampir nak sama. Aryan-Aria. Hmm... Membujang la awak, Nina. Tengok ajelah ex-boyfriend tu kahwin.
Haihhh... Mana jodoh aku ni? Kenapa tak sampai-sampai? Bila nak muncul dan sembuhkan luka kat hati ini? Dan... Bila pula diorang ni nak settle fitting baju?
Aku dah rasa nak menangis sebab semua janji-janji Aryan muncul satu-persatu dalam kepala aku. Walaupun aku kata aku dah mulakan hidup baru tanpa dia, tapi hati ni tetap menggedik nak sedih-sedih.
"Kak Nina okey ke?"
"Hah? Kenapa?"
"Habis kelopak bunga tu Kak Nina cabut."
Aku pandang tangan aku yang tengah pegang kelopak bunga ros atas meja tadi. Aik? Kenapa aku boleh tak sedar apa yang aku buat? Aku tayang sengih.
Share this novel