"This song is dedicated to a very special girl..."
Kawan-kawannya bersorak riuh.
"...in red saree."
Aku angkat muka. Dia macam tengah pandang ke arah aku. Aku toleh belakang.
Ada Suria... tengah senyum lebar tengok Aryan kat atas pentas. Sarinya merah. Aku rasa terkilan lagi sekali. Aku ingatkan dia nak nyanyi untuk aku.
Tapi kalau untuk aku, sepatutnya dia sebut 'in maroon saree' la kan? Sebab aku pakai sari maroon. Suria pakai sari merah. Merah cili.
Tadi bukan main lagi kata aku ni girlfriend dia depan Faris. Sekarang ni? Menyanyi untuk girl lain pulak!
Eishh!! Aku tak faham betul! Dia nak main-mainkan aku ke apa?
You and I, we're like fireworks and symphonies exploding in the sky
With you, I'm alive
Like all the missing pieces of my heart, they finally collide
Suara dan bunyi gitarnya mula memenuhi hall.
So stop time right here in the moonlight
'Cause I don't ever wanna close my eyes
Without you, I feel broke
Like I'm half of a whole
Without you, I've got no hand to hold
Without you, I feel torn
Like a sail in a storm
Without you, I'm just a sad song
I'm just a sad song
Aku pandang tempat lain. Sakit hati. Pedih.
With you, I fall
It's like I'm leaving all my past and silhouettes up on the wall
With you, I'm a beautiful mess
It's like we're standing hand and hand with all our fears up on the edge
So stop time right here in the moonlight
'Cause I don't ever wanna close my eyes
Mesti Suria tengah senyum lebar sampai telinga sekarang ni...
Without you, I feel broke
Like I'm half of a whole
Without you, I've got no hand to hold
Without you, I feel torn
Like a sail in a storm
Without you, I'm just a sad song
You're the perfect melody
The only harmony I wanna hear
You're my favourite part of me
With you standing next to me
I've got nothing to fear
Without you, I feel broke
Like I'm half of a whole
Without you, I've got no hand to hold
Without you, I feel torn
Like a sail in a storm
Without you, I'm just a sad song
Dia habiskan bait terakhir dengan senyuman sambil mata tak lepas dari pandang Suria. Aku duduk bersandar sambil berpeluk tubuh.
Aku rasa nak balik sekarang jugak.
Aku tolak kerusi dan bangun. Elok je aku pusing, aku tertengok Suria yang tengah tengok aku sambil senyum.
Aku balas balik senyuman dia. Tapi aku tak tahu rupa macam mana senyum yang aku bagi tu sebab hati aku tengah kecewa.
Ada kawan-kawan aku tanya aku nak ke mana. Aku bagi alasan aku rasa tak sedap badan dan nak balik rehat.
Aku berjalan laju ke kereta yang aku letak di basement hotel tu. Sunyi.
Aku kalau tempat sunyi-sunyi macam ni, mulalah aku terbayang tiba-tiba ada zombie keluar dari sebalik tiang. Ahahahaha!
Motif sangat kan?
"Nina!"
Aryan capai lengan aku. Aku terkejut, spontan aku tarik tangan aku sampai tertepis pipi dia.
"Oww!"
Pipi dia luka dek tergores cincin berbentuk bunga yang aku pakai. Aku mula cuak tengok darah yang keluar.
Tak banyak pun darahnya. Setakat tergores manja gitu. Tapi aku ni memang spesis cepat cuak tengok luka lagi-lagi kalau aku puncanya.
Cepat-cepat aku sentuh pipi dia.
"Sorry... janganlah buat orang terkejut!" sempat lagi aku marah dia sambil belek-belek luka tu.
Dia sengih. "Where are you going?"
"Home." Jawab aku sepatah
"Kenapa nak balik awal?"
"Rasa tak sedap badan." Dan sakit hati.
Aku turunkan tangan.
"Tipu," balasnya.
Aku kerut kening. Aku pandang dia sekejap. "Whatever."
Aku terus pusing, nak pergi kat kereta yang cuma 50 meter je lagi jaraknya tu.
"Do you hate me that much?" suaranya bergema di ruang parkir basement. Aku garu dahi sambil pusingkan badan menghadap semula ke arahnya.
"Do you hate me that much?" aku ulang ayat dia sambil tunding jari ke arah aku sendiri. "Beriya rindu segala bagai tapi bila ditanya cemburu ke, kau kata tak. Beriya claim aku ni girlfriend kau. Tapi lepas tu nyanyi untuk perempuan lain."
Dia diam. Lama.
"Just... stop all this nonsense, Aryan." Aku sambung berjalan.
"Aku suka kau, Nina! Sejak dari sekolah lagi! Ya, aku memang cemburu tapi aku malu nak mengaku!"
Mati lagi langkah aku.
"Aku nyanyi untuk kau! Bukan untuk perempuan lain!"
"Baju aku ni warna apa?"
Dia kerut muka. Rasa pelik dengan soalan aku. "Merah."
"Baju Suria?"
Dia tengok aku. Tak lama lepas tu dia tepuk dahi. "Merah." Dia ketawa.
"Mine is maroon!" Aku hentak kaki, geram!
Dia masih ketawa. "Maroon is red."
"Merah cili is also red, you stupid creature!" Urghhh!!
Aku baling clutch aku kat badan dia. Dia masih tak berhenti ketawa.
Dia ambil clutch yang dah jatuh ke lantai. Ditepuk-tepuk perlahan sambil berjalan mendekat. Masih tersengih mengusik.
"Aku nyanyi untuk kau la. Kan aku cakap aku suka kau. Aku nak kau jadi girlfriend aku. Kena tangkap basah dengan kau pun aku sanggup tau!"
Aku mencebik. "Jadi kenapa bila aku tanya jealous ke tak, kau jawab tak?"
"Spare some mercy for my ego, please." Aryan ketawa.
Aku ikut ketawa. "Bodohlah kau ni! Tahu tak berapa banyak masa kita dah bazirkan?"
Aryan angkat bahu. "At least, we made a progress. Jom."
"Mana?"
"Masuklah. Program tak tamat lagi." Dia hulur tangan.
Aku tepis. "Behave." Kena la behave, tuan-tuan dan puan-puan. Kan tengah ada event fakulti. Buatnya orang nampak, timbul lagi masalah lain.
Dia pegang hujung selendang aku. "Pegang ni pun jaaaaadilaaaahhh..."
Share this novel