e.n.a.m

Romance Series 10165

"Hai!"

Tegur seseorang sebaik saja aku melepasi pagar sekolah. Hari ni balik lambat sikit sebab ada kelas tambahan. Cuaca pun mendung, tak panas macam selalu.

Aku toleh. "Hai." Uish! Helok paras rupanya!

"Erm... Nina kan?"

Aku angguk.

"Saya Muaz."

Aku angguk lagi. "Ada apa?"

"Tak ada apa... saja nak kenal-kenal."

Aku senyum.

"Nah!" Muaz hulur air kotak laici.

"Thanks," aku sambut tanpa niat nak minum. Aku tak suka air laici. Jadinya aku cuma pegang air kotak tu.

"Selalu saya nampak awak lalu jalan ni. Dulu naik roller blade. Sekarang dah tak."

Stalker kah kamu?

Aku ketawa perlahan. "Roller blade tu rosak. Saya terlanggar lubang."

"Ohh... so bolehlah kita balik sama-sama lepas ni?"

Aku kerut kening. "Why?" Tiberrrr nak balik sama-sama udah kenaperrr?

Dia berdehem kecil. "Saja. Saya nak berkawan dengan Nina."

Oh, nak kawan..."Awak suka saya ke?" straight aku tanya. Dia terkejut sikit dengan soalan tak berlapik tu.

Perlahan dia angguk.

Aku tenung muka dia dalam-dalam. Macam pernah tengok je dia ni... "Awak... kawan Aryan ke?" aku rasa dia ni la yang selalu ada dengan Aryan.

Dia angguk lagi.

Waittt... "Is this a prank?" aku toleh kiri kanan manalah tahu si Aryan tengah rakam kejadian ni sambil ketawa sakan. Lepas tu pergi sebar satu sekolah. Niaya oiii!

"Eh, tak!" Muaz geleng kepala. "Tak ada kaitan dengan dia. Memang saya kawan dia tapi benda ni tak ada kena-mengena dengan dia pun. Maksud saya... saya sendiri yang nak berkawan dengan Nina."

Aku kecilkan mata. "Kawan je?"

Spontan dia pun kecilkan mata. "Boleh je kalau nak skip fasa kawan. Kita couple la terus." Dia ketawa dengan gurauannya.

Dia punya ketawa... menggoda cuols!

"Okay!" Aku balas sambil senyum dan terus jalan ke depan tinggalkan dia yang dah speechless.

What? I like handsome faces, okay! Ala lagipun kebanyakan puppy love budak sekolah ni kejap je. Nanti jumpa orang lain, break la. Aku ketawa dalam hati.

"Nina, tunggu!" Muaz jerit. "Betul ke ni? Betul ke? Betul ke?" dia soal dengan senyuman tak lekang dari bibir.

**********

Esoknya Muaz ajak aku ikut dia pergi jamming. Awalnya aku malas nak ikut tapi bila teringat mungkin boleh jumpa Aryan, cepat-cepat aku bersiap. Aku nak tengok reaksi dia bila Muaz kata, 'Hey guys... Kenalkan, ni Nina awek aku'.

Berani kau elak-elak dari aku ye...

Lama aku berdiri depan almari, pilih pakaian. Sudahnya aku pilih skin tight jeans dan oversized sweat shirt. Rambut aku ikat satu. Sapu-sapu bedak sikit, calit-calit lipbalm sikit.

Okay, siap!

Aku keluar bilik, terserempak Sid kat tangga. Muka baru bangun tidur.

"I'm going out."

"Where?"

"Date."

Matanya bulat. Ada senyum tersungging di bibir. "The chubby boy?"

Geleng. "His sidekick." Aku gelak jahat.

"Give me his number."

Aku kerut kening. "Why?"

"If you went missing, I can search for him."

Aku sengih. "Aww... you do love me afterall, ey?"

"Of course, you dummy! You're my sister!"

Berbunga hati aku dengar. Seronok rasanya bila ada orang kisah pasal kita.

"I'll text you the number later," aku balas sambil berlari anak menuju ke pintu utama.

"And don't be late!" laungnya.

**********

Seperti yang dijangka, Aryan ada kat situ. Masa Muaz kenalkan aku pada semua, Aryan cuma diam tapi pandangannya... sangat-sangat membunuh. Uhuhu~

Muaz tarik tangan aku, suruh aku duduk di couch. Dia capai satu gitar manakala Aryan duduk di belakang drum set. Shah (kawan diorang) ralit check mikrofon. Mungkin dia yang akan menyanyi. Seorang lagi nama Hanif tengah gitar.

Sepanjang diorang jamming, aku cuma jadi penonton setia. Kadang-kadang aku curi tengok Aryan. Suka aku tengok dia passion masa main drum. Bersungguh!

Nampaknya susahlah dia nak mengelak lepas ni.

Habis dua lagu, diorang take a break sekejap. Aku pula minta diri nak pergi tandas.

Elok je keluar dari bilik air, Aryan dah terpacak depan pintu macam patung. Dek kerana terkejut, aku spontan berundur ke belakang tapi tersadung bendul pintu.

Ahhh, sudah!

Cepat-cepat aku tarik baju dia dan dia tarik pinggang aku.

Aduh! Jantung aku hilang rentak! Aku rasa macam masa terhenti sekejap. Macam dalam movie dan drama tu la bila hero dan heroin bertentangan mata, rasa macam masa terhenti tiba-tiba. Lepas tu akan ada babak kis---

Debuk!!

"Adoi!" Dia lepaskan pinggang aku dan biarkan aku terduduk kat lantai. Hampeh!

"Apa niii jatuhkan orang!" aku mendengus geram sambil berdiri kibas-kibas baju. Ish! Dah la jatuh depan tandas!

"Kenapa?" soalnya.

Aku kerut kening. "Kenapa apa?" tiba-tiba tanya kenapa.

Kenapa apa? Kenapa aku pergi tandas ke? Kenapa aku jatuh macam nangka busuk ke? Kenapa aku kibas baju ke? Spesifik sikit, please!

"Kenapa Muaz?"

Aku buat muka innocent. "Kenapa?"

Dia diam.

"Kau cemburu?" Aku cuba serkap jarang. Manalah tahu kalau dia ada hati kat aku ni kaaann...

Dia tergelak sinis. "Kenapa pulak aku nak jealous?"

"Habis tu kenapa pulak kau nak kisah aku dengan dia?"

"Kau boleh cari lelaki lain untuk jadi boyfriend kau, just... not him." Dia bersuara tegas.

"Kenapa? Aku tak cukup baik untuk dia?"

Dia melepaskan keluhan dalam. "Leave. Him."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience