BAB 13

Romance Series 26489

BAB 13

     “Erma, Ariana mana?.” Tanya Syahrul Iman.

     “Cik Hanis tak masuk office hari ni, Encik Syahrul.”

     “Ada dia bagitahu kenapa?.” Soal Syahrul Iman lagi.

     “Tak ada Encik Syahrul.”

     “Oh, okeh. Tak apalah.” Syahrul Iman terus berlalu menuju ke biliknya.

     Sejak pergaduhan mereka semalam, Syahrul Iman tiada langsung menghubungi Hanis Ariana. Wanita itu juga tidak ada menelefon atau pun menghantar mesej kepadanya. Hari ini pula, wanita itu tidak datang bekerja. Pada pendapat Syahrul Iman, mungkin wanita itu masih marahkannya kerana kata - kata yang diucapkannya semalam. Walaupun sepatutnya Syahrul Imanlah orang yang patut merasa marah lebih lagi di atas perlakuan Hanis Ariana semalam.

     “Ana sabar ye. Semua yang berlaku ni mesti ada hikmahnya. Ana nak Akak bagitahu Encik Syahrul ke?.”

     “Untuk apa dia tahu, Kak. Tak penting pun bagi dia.”

     “Ana janganlah cakap macam tu. Dia tengah marah, kan semalam. Apa yang keluar dari mulut dia tu mungkin di luar kawalan dia.”

     “Tapi sekurang - kurangnya, dengarlah dulu apa yang Ana nak jelaskan. Bukannya tuduh Ana yang bukan - bukan. Akak percaya pada Ana, kan Kak? Ana tak buat semua tu.”

     “Ya. Akak percaya pada adik Akak. Kita ni cuma dua beradik je, Ana. Apa - apa yang jadi pada Ana, Akak tak boleh biarkan Ana sorang - sorang. Mak ayah kita pun dah lama tak ada. Kita ni saling bergantung.”

     “Terima kasih, Kak.”

     Syahrul Iman sibuk dengan pekerjaannya di pejabat. Tetapi fikirannya tidak henti memikirkan tentang Hanis Ariana. Dia jadi tertanya - tanya keadaan wanita itu. Adakah dia baik - baik saja atau sebaliknya.

     “Huh!.” Syahrul Iman melemparkan pen di tangannya ke meja. Kemudian dia bersandar di kerusinya.

     “Kenapa you tak datang hari ni, Ariana? You okey atau tidak?.” Syahrul Iman mengambil telefon bimbitnya. Dia membuka galeri gambar di dalam telefonnya.

     “Kenapa you buat I macam ni, Ariana? I cuba jadi suami yang baik untuk you. Tapi kenapa you sanggup buat perkara bodoh tu? Apa lebihnya Si Fazli tu daripada I? Apa kurangnya I ni, Ariana?.” Beberapa keping gambar Hanis Ariana di tatapnya.

     “Kenapa you senyap je? I... I risau keadaan you. I risaukan baby kita....”

     Setelah puas berfikir, akhirnya Syahrul Iman mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Hanis Ariana di rumahnya. Walaupun hatinya masih lagi sakit dengan apa yang berlaku, namun dia cuba turunkan sedikit egonya untuk bertemu dengan Hanis Ariana. Dia mahu tahu keadaan wanita itu adakah dalam keadaan baik ataupun tidak. Sejujurnya dia mahu tahu keadaan anak yang dikandung wanita itu. Harap semuanya baik saja.

     “Assalamualaikum. Assalamualaikum.”

     “Waalaikumussalam. Cik Hanis tak ada, Encik.” Jawab jiran sebelah rumah Hanis Ariana.

     “Oh ye ke? Puan tahu ke dia ke mana?.”

     “Petang semalam ada ambulans datang ambik dia. Dengar cerita dia jatuh bilik air. Ni, tak ada nampak lagi dia balik ke rumah. Mungkin kena warded. Tak tahulah tu. Wallahualam.”

     Syahrul Iman terkejut mendengar perkhabaran yang di sampaikan oleh jiran Hanis Ariana itu. Macam mana keadaan wanita itu sekarang? Hatinya semakin bimbang. Tanpa banyak bicara, dia bergegas ke hospital yang diberitahu oleh jiran wanita itu dengan segera.

     Sesampai sahaja di hospital, Syahrul Iman terus bertanyakan di mana keberadaan Hanis Ariana pada jururawat yang bertugas di kaunter. Setelah mendapat maklumat, dia segera ke bilik wad yang menempatkan Hanis Ariana. Sebelum masuk ke dalam bilik wad tersebut, Syahrul Iman mengintai dahulu di cermin pada pintu bilik.

     “Assalamualaikum.” Syahrul Iman masuk ke dalam bilik wad.

     Hanis Ariana terkejut dengan kehadiran Syahrul Iman itu. Macam mana lelaki ini boleh tahu? Kakaknya yang bagitahukah?.

     “Encik Syahrul buat apa kat sini?.”

     “You okey? Macam mana you boleh jatuh bilik air? Anak kita macam mana?.” Soal Syahrul Iman bertubi - tubi.

     “Rasanya tiada kepentingan pun untuk Encik Syahrul tahu. Encik Syahrul pergilah balik.”

     “Anak kita macam mana?.”

     Hanis Ariana mencebik. Betullah anggapan dia selama ini, lelaki yang bergelar suaminya ini hanya merisaukan tentang anak yang dikandungnya ini sahaja dan bukanlah bimbang akan dirinya.

     “Anak? Anak Encik Syahrul dah tak ada. Gugur. So, Encik Syahrul bolehlah balik.”

     Syahrul Iman tergamam. Apa benar yang dia dengar ini? Anaknya keguguran?.

     “You tak tipu kan, Ariana?.”

     “Untuk apa saya tipu? Owh... Encik Syahrul ingat saya akan menipu seperti kes semalam tu ke?. Tipu mengatakan yang saya tidur dengan Encik Fazli tu sebenarnya bukan plan saya. Gitu? Boleh pulak Encik Syahrul tanya, kan saya bercakap benar atau berbohong pasal saya keguguran ni?. Pasal kebenaran kejadian semalam tu tak nak pulak tanya dan dengar. Huh!.”

     “Saya rasa hubungan kita ni tak boleh dah pergi jauh lagi. Dari awal lagi saya dah cakap yang kita ni memang tak ada masa depan. Tapi Encik Syahrul nak jugak teruskan sampailah saya mengandung. Sekarang ni tanggungjawab saya mengandungkan anak Encik Syahrul dah tamat. Lagipun Encik Syahrul tak pernah percayakan saya as your wife. Lagi - lagi bila kes semalam terjadi, lagilah kepercayaan Encik Syahrul terus hilang dibawa angin. So, nak tunggu apa lagi? Better kita bercerai aje.”

     “No! I takkan lepaskan you.”

     “Untuk apa Encik Syahrul nak simpan saya lagi? Nak menambahkan lagi keruh keadaan ke?. Dahlah Encik Syahrul. Saya dah penat nak hadap masalah lelaki dalam hidup saya. Semuanya sama aje!.”

     “Macam mana you boleh jatuh bilik air, Ariana? Kenapa you tak jaga betul - betul anak dalam rahim you tu, hah?. Ke... You memang sengaja gugurkan dia? Bukan ke you memang tak nak dia hidup, kan?.”

     Hanis Ariana terdiam. Dia merenung tajam ke wajah Syahrul Iman. Sakit betul hatinya mendengar semua kata - kata yang keluar dari mulut lelaki itu.

     “See! Betul, kan apa yang saya cakap tadi? Semua lelaki sama je! Encik Syahrul kalau tak ada benda nak cakap yang tak menyakitkan hati saya, baik Encik Syahrul diam aje. Terpulanglah Encik Syahrul nak fikir apa, nak tuduh saya ni apa pun, saya dah tak kisah. Saya dah tak peduli pun. Sekarang ni saya nak Encik Syahrul keluar dari sini! Keluar! I said get out!! I hate you Syahrul Iman! I really hate you!.” Hanis Ariana mengambil bantal di belakangnya dan mencampaknya ke Syahrul Iman.

     Syahrul Iman bangun dan terus keluar. Hanis Ariana masih menjerit menghalau lelaki itu agar meninggalkannya. Jururawat yang mendengar kekecohan di bilik wad itu segera berlari mendapatkan Hanis Ariana yang seperti histeria itu.

     “Puan, sabar Puan. Sabar.” Jururawat menenangkan Hanis Ariana.

     “Tolong jangan bagi lelaki tadi tu masuk bilik saya ni. Saya benci tengok muka dia!.” Air mata yang ditahan sedari tadi mencurah - curah jatuh ke pipi.

     Hati Hanis Ariana remuk berkecai ketika mendengarkan ayat yang keluar dari mulut lelaki yang bergelar suaminya itu tadi. Bukannya dia hendak kasihankan dirinya yang ditimpa kecelakaan, malah dia menambah lagi kesakitan yang di alami.

     Syahrul Iman tersandar di dalam keretanya. Sejujurnya dia tidak sengaja mengeluarkan kata - kata yang menyakitkan hati Hanis Ariana tadi. Pada mulanya dia memang merasa kasihan melihat keadaan wanita itu. Namun secara tiba - tiba dia teringat akan kejadian semalam dan hatinya menjadi panas. Padanya, mungkin itulah balasannya kerana berlaku curang pada suami sendiri. Allah terus membalasnya dengan keguguran anak.

     Keesokan harinya, Hanis Ariana dibenarkan pulang ke rumah. Dia dijemput oleh kakaknya, Aida.

     “Apa plan Ana lepas ni?.” Soal Aida semasa memandu pulang.

     “Ana nak berhenti kerja. Ana benci tengok muka dia.”

     “Kalau itu yang Ana rasa terbaik untuk diri Ana, Ana berhentilah. Ana boleh cari kerja lain.”

     “Hmm... Pasal hubungan Ana dengan....”

     “Stop it, Kak. Ana tak nak bincangkan hal ni buat masa ni. Ana perlukan masa.”

     “Okeh. Tapi... Jangan amik masa lama sangat. Kalau boleh, bincanglah baik - baik. Keputusan semua kat tangan Ana sama ada nak teruskan ataupun nak berpisah. Ana fikirlah dalam - dalam. Pada Akak... Apa yang berlaku ni... Bukan salah Ana dan bukan jugak salah Encik Syahrul. Akak rasa... Ada orang nak aniaya Ana dengan dia. Itu, apa yang Akak rasalah.”

     Hanis Ariana tidak menjawab. Aniaya? Siapa yang nak aniaya mereka? Musuh? Musuh siapa? Musuh diakah? Musuh Syahrul Iman? Atau musuh Fazli Shamsudin? Penat mahu memikirkan semua perkara yang dah terjadi ni. Buat masa ini, dia hanya mahu menenangkan fikirannya. Surat perletakan jawatan akan di serahkan esok. Dia nekad mahu berhenti kerja.

     Seawal jam 7.30 pagi lagi Hanis Ariana sudah berada di Elegant Perfect Designer untuk meletakkan surat perletakan jawatannya. Dia sampai awal pagi itu kerana dia tidak mahu terserempak dengan Syahrul Iman.

     Selepas meletakkan surat perletakan jawatan, dia buru - buru keluar dari pejabatnya dan menuju ke tempat letak kereta.

     “Hanis! Hey, Hanis! Tunggu sekejap.” Teriak Laila yang kebetulan baru sahaja sampai.

     Hanis Ariana menoleh.

     “Cepat - cepat ni nak ke mana?.” Tanya Laila.

     “Laila. I dah berhenti kerja tau. I minta maaf kalau selama kita kenal I ada buat you terasa hati or apa - apa.”

     “You dah berhenti kerja? Why, Hanis? You ada masalah ke?.” Berkerut dahi Laila apabila mendengar rakannya itu sudah berhenti kerja.

     “Ada masalah peribadi sikit. You jangan risau okeh.”

     “Berapa hari you tak masuk office tiba - tiba pagi ni you bagitahu you resign. I sedihlah you tak ada nanti.”

     “You janganlah sedih. Everything is okay. You don’t worry, okay. Jaga diri tau

I dah nak kena gerak ni. Ada rezeki nanti bila - bila kita jumpa.”

     “You pun jaga diri jugak tau, Hanis.” Hanis Ariana dan Laila berpelukan sebelum mereka berpisah.

     Hanis Ariana memasuki keretanya dan memecut laju meninggalkan perkarangan tempat letak kereta itu sebelum terserempak dengan Syahrul Iman.

     Syahrul Iman terkedu ketika membaca surat perletakan jawatan Hanis Ariana itu. Dia tidak menyangka wanita itu akan bertindak sedemikian rupa. Dia bingung mahu membuat apa seterusnya. Adakah perlu dia memujuk atau membiarkan saja wanita itu pergi. Tetapi hatinya masih sakit dengan kejadian kelmarin. Egokah dia jika dia hanya membiarkan wanita yang bergelar isterinya pergi begitu saja?.

     Hanis Ariana duduk termenung di hadapan pantai yang luas terbentang. Segala perkara yang berlaku dalam hidupnya menerjah satu persatu di dalam fikirannya. Air matanya gugur ke pipi apabila mengenangkan nasib dirinya yang selalu diuji kedukaan.

     Dia yang hanya duduk di atas pasir pantai menekup mukanya di atas tangannya yang di silang di atas lutut sambil menangis teresak - esak. Hanis Ariana menangis sepuas - puasnya melepaskan segala rasa sakit yang di tanggung selama ini.

     Aisyah dia tinggalkan kepada kakaknya, Aida kerana dia mahu bersendirian buat sementara waktu. Dia mahu menenangkan fikiran dan jiwanya yang sedang kacau itu.

     “Hanis.” Tiba - tiba ada satu suara menegurnya. Hanis Ariana lantas mengangkat kepala melihat siapakah yang berada di sisinya ketika itu.

     “Fazli? You buat apa kat sini?.” Hanis Ariana berkerut dahi kehairanan.

     “Nah.” Fazli Shamsudin menghulurkan sehelai sapu tangan kepada Hanis Ariana.

     “You buat apa kat sini?.” Hanis Ariana bertanya lagi sambil tangannya mengelap sisa air mata di pipinya dengan menggunakan sapu tangan Fazli Shamsudin.

     “Firstly, I nak minta maaf pada you sebab I follow you sampai ke sini. I cuba cari you sejak kejadian hari tu tapi I tak tahu you tinggal mana. I tak putus asa I pergi office you and I tanya office mate you, Laila alamat rumah you. Mulanya dia tak nak bagi tapi I pujuk dia I cakap ada urgent matter then dia bagi alamat rumah you. You jangan marahkan dia okeh. So, I pergi rumah you then jiran you bagitahu you masuk hospital. I pergi hospital dan....”

     “Dan, what?.”

     “I’m so sorry I tak masuk jumpa you sebab I nampak Syahrul keluar dari wad you dalam keadaan.... Marah... Or.... I don't know what happened between you and him. So I decide I tak jadi jumpa you pada hari tu. I tak nak keruhkan lagi keadaan. And I tunggu you kat luar hospital sebab I nak sangat jumpa you untuk cakapkan hal ni. I follow you sampai ke rumah dan... I tunggu kat luar rumah you. I nak jumpa you kat rumah but I see your condition not good. So I stay hinggalah I ke sini ikut you. I’m so sorry again, Hanis.”

     “So.... What are you doing here? Follow me for what?. Sampai PD ni?.” Tanya Hanis Ariana ingin tahu.

     “I nak clear-kan semua yang dah jadi ni.”

     “I tak rasa benda ni boleh clear macam tu aje, Fazli. Encik Syahrul dah tak percayakan I. So untuk apa nak clear-kan semua ni? Waste your time.”

     “You tak boleh cakap macam ni. Kita kena betulkan keadaan. Kita kena bersihkan nama kita semula. Kita berdua dianiaya, Hanis.”

     “How could I believe you about ‘dianiaya’?. You yang hantar I mesej untuk kita berjumpa nak bincang pasal projek Indera Malika di hotel yang you duduk. Then... You perangkap I. Dekat mana yang I perlu percayakan you, hah? Tell me.”

     “Mesej? I tak ada hantar mesej pada you, Hanis. That day I busy jumpa klien di luar. And.... I tak suka kalau nak bincang hal kerja kat bilik hotel. For what? Kerja is my priority. I takkan ambil kesempatan walaupun I bekerja dengan orang yang I suka, dengan orang yang I sayang. Yes! I mengaku memang I dah mula jatuh cinta pada you since kita berjumpa di Kuantan dulu. But I takkan buat kerja kotor macam tu untuk dapatkan you.”

     “So.... Mesej ni bukan daripada you-lah?.” Hanis Ariana menunjukkan mesej yang diterima kelmarin kepada Fazli Shamsudin.

     “Nope! I tak pernah guna private number.”

     “Kalau bukan you yang hantar mesej ni... Habis tu siapa?.” Fazli Shamsudin mengangkat kedua belah bahunya tanda tidak tahu.

     “You know what, Hanis. Masa I balik bilik hotel I hari tu, I masuk and tak sempat nak tutup pintu tiba - tiba I kena pukul daripada belakang. Sedar - sedar Syahrul kejutkan I dengan satu tumbukan kat pipi ni. I jadi bingung bila dia cakap yang I tidur dengan you. Sebab tu I nekad nak jumpa you untuk clear-kan semua ni. I tak mesej you dan bukan I yang perangkap you.”

     “I tak tahu nak cakap macam mana, Fazli. Di sebabkan benda ni I terpaksa berhenti kerja. And now I masih tak tahu apa yang perlu I buat sekarang ni.”

     “Office mate you semua tahu ke pasal hal ni?.”

     “I think buat masa ni... benda ni orang tak tahu.”

     “So... Buat apa you resign? Yang tahu cuma Encik Syahrul je kan?.”

     “Macam mana I nak hadap Encik Syahrul tu? Nak berdepan dengan dia hari - hari. You sendiri nampak macam mana dia marah, kan? Daripada I kena buang, baik I berhenti dulu.”

     Fazli Shamsudin tidak membalas kenyataan daripada Hanis Ariana itu. Mungkin dengan berhenti kerja, wanita itu akan lebih tenang. Dia sendiri tidak tahu apa lagi masalah yang di hadapi oleh wanita itu kerana daripada penglihatannya, sepertinya wanita yang berada di sebelahnya ini sedang melalui satu masalah yang membebankan dirinya.

     “Balik sorang je ke, Iman? Hanis dengan Aisyah kenapa tak ikut?. Mama rindulah kat dia orang. Lama tak datang sini.” Tanya Datin Aliyah kepada Syahrul Iman yang baru sampai di rumah ibu bapanya.

     “Mama. Mungkin lepas ni dia orang takkan datang dah rumah kita ni.”

     “What? Kenapa? Apa yang dah berlaku ni, Iman? Iman jangan cakap yang Iman dengan Hanis.... Allahhh.... Bagitahu Mama apa yang dah jadi ni.” Datin Aliyah sudah mula risau.

     “Yelah, Abang. Adik baru nak berkenalan dengan kakak ipar. Takkan dah jadi macam ni.” Sampuk Syahirah Aina, adik bongsu Syahrul Iman.

     Syahrul Iman menceritakan semua yang terjadi. Mulanya dia mahu merahsiakannya tetapi sampai bila mahu beralasan dengan ibu bapanya jika ditanya mengenai Hanis Ariana. Sampai bila dia mahu berbohong. Satu hari nanti akan pecah juga rahsianya. Daripada ibu bapanya tahu daripada mulut orang lain, lebih baik dia sendiri yang beritahu.

     Bagai mahu pecah dada Datin Aliyah apabila mendengar cerita daripada Syahrul Iman. Patutlah sudah lama menantu dan cucunya tidak datang ke rumahnya. Rupanya ada masalah yang mereka sedang hadapi.

     Syahrul Iman juga puas di marahi oleh mamanya atas tindakan yang terlalu terburu - buru kerana meletakkan kesalahan kepada Hanis Ariana seorang. Mamanya percaya apa yang berlaku bukanlah kerana menantunya itu memang seorang yang tidak baik, tetapi ia seperti ada seseorang yang sengaja merancangnya.

     Setelah di nasihat oleh kedua ibu bapanya, Syahrul Iman akhirnya ke rumah Hanis Ariana untuk memulihkan semula hubungan mereka walaupun hatinya masih berbelah bahagi dengan tindakannya itu. Itu pun setelah sebulan berlalu barulah dia pergi ke rumah wanita itu. Dalam tempoh sebulan itu, dia langsung tiada menghubungi wanita itu.

     “Assalamualaikum. Assalamualaikum.” Syahrul Iman memberi salam di hadapan rumah Hanis Ariana.

     “Waalaikumussalam. Ye, Encik.” Jawab seorang lelaki yang keluar dari rumah Hanis Ariana.

     “Hah... Encik ni siapa?.” Tanya Syahrul Iman kepada lelaki tersebut.

     “Eh. Patutnya saya yang tanya Encik ni siapa. Encik ni siapa? Dan cari siapa?.” Seloroh lelaki itu.

     “Uh. Maaf Encik. Saya cari Ariana. Dia ada ke?.” Tanya Syahrul Iman masih dalam keadaan keliru.

     “Ariana? Tak ada nama Ariana yang tinggal sini, Encik. Hmm... Rasanya Encik salah rumah ni. Saya baru je pindah masuk sini.” Syahrul Iman berkerut dahi.

     “Baru pindah? Sejak bila?.”

     “Dekat sebulan jugak dah.”

     “Owh... Sebulan....”

     “Encik? Encik okey tak ni?.” Tegur lelaki tersebut apabila melihat Syahrul Iman termenung dan seperti sedang memikirkan sesuatu.

     “Hah... Okey. Okey. Hmm... Tak pelah, Encik. Saya pergi dulu. Terima kasih.”

     Syahrul Iman masuk ke dalam kereta dan terus pergi. Dia masih kebingungan. Pindah? Sebulan? Ke manakah wanita itu pergi? Begitu marahkah dia kepada dirinya? Kenapa dia bertindak sampai sebegitu sekali? ‘Arghhh!!! Ariana. You ke mana?.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience