BAB 14

Romance Series 26489

BAB 14

     “Assalamualaikum Akak. Akak sihat?.”

     “Waalaikumussalam. Akak sihat, alhamdulillah. Ana sihat tak tu? Aisyah okey ke kat sana?. Lama Ana tak call Akak.”

     “Ana sihat, Kak. Aisyah pun sihat alhamdulillah. Sorry-lah Kak. Ana busy sikit. Ada projek baru masuk tu yang sibuk sikit tu.”

     “Ooo... Hmm... Ana dengan Fazli.... Macam mana?.”

     “Hmm... Kami okey aje. Berkawan. Dia pun selalu datang PD ni jumpa Ana dengan Aisyah.”

     “Ooo... Baguslah. Akak tak halang kalau Ana nak bukak hati Ana tu pada dia. Akak cuma nak tengok Ana bahagia aje.”

     “Hmm... Entahlah kak. Ana takut nak bagi hati Ana ni pada lelaki lagi. Takut jadi lagi benda yang sama. Ya. Memang tak di nafikan yang Fazli tu sangat baik pada Ana dan Aisyah. Selalu ambik berat pasal kami. Tapi tulah. Akak pun tahu kan apa masalah Ana ni.”

     “Ana jangan bagi harapan kat dia kalau Ana hanya anggap dia sebagai kawan. Takut jadi masalah lain pulak. Setahun dah Ana kat PD tu. Ana langsung tak ada fikirkan pasal Encik Syahrul ke?.”

     “Ala Kak. Ana malaslah nak cakap pasal dia.”

     “Tapi Ana. Ana jangan lupa yang Ana dengan....”

     “Akak. Please. Kan kita dah bincangkan pasal hal ni. Ana malaslah nak cerita pasal dia. Ana kalau boleh nak lupakan semua pasal dia. Ana telefon Akak ni sebab Ana rindu sangat dengan Akak. Tapi boleh pulak Akak cakap pasal dia. Buat hilang mood aje.”

     “Okeh. Akak minta maaf. Akak janji tak cakap lagi pasal dia.”

     “Hah, macam tulah. Okehlah Akak. Ana nak kena pergi dah ni. Fazli dah tunggu nak keluar makan sama ni. Bye Kak, assalamualaikum.”

     “Waalaikumussalam.” Aida menarik nafas dalam selepas menamatkan panggilan telefon.

     Sebenarnya dia amat risaukan adiknya itu. Apabila sebut sahaja nama Syahrul Iman, mesti adiknya itu akan mengelak. Sampai bila mahu mengelak?. Sekarang ni sudah masuk setahun hubungan mereka berantakan. Tak tahu samada masih suami isteri ataupun sudah bercerai. Jika masih suami isteri, bagaimana dengan perasaan Fazli Shamsudin yang ada menaruh hati pada adiknya itu? Kasihan lelaki itu nanti kesudahannya.

     Syahrul Iman pun tiada lagi mencari adiknya itu. Adakah lelaki itu masih mahukan adiknya menjadi isterinya ataupun sebaliknya dia sendiri tidak pasti. Semasa awal - awal dulu saja Syahrul Iman ada bertanyakan di manakah keberadaan adiknya itu setelah mengetahui yang adiknya telah berpindah. Tetapi setelah diberitahu bahawa dia tidak tahu adiknya ada di mana, lelaki itu terus menyepi. Sebenarnya dia tahu adiknya tinggal di mana. Namun kerana menjaga amanah adiknya itu memintanya supaya merahsiakannya, dia akur.

     “Abang!.” Syahirah Aina melambai tangan memanggil abangnya, Syahrul Iman.

     “Lama tunggu?.” Tanya Syahrul Iman ketika menghampiri adik bongsunya itu.

     “Baru je sampai. Adalah dalam 10 minit tunggu Abang. So... How Melbourne?.”

     “Good. Semuanya berjalan dengan lancar. Macam mana office? Okey tak kerja sana? Urus sorang - sorang.”

     “So far so good. Eh. Abang ingat Adik tak boleh handle ke kalau Abang tak ada? Ni Syahirah Ainalah. Mana ada erti gentar.” Jawab Syahirah Aina sambil menepuk dadanya.

     “Eleh. Yang selalu telefon Abang tak henti - henti masa Abang kat Melbourne tu apa ea?. Tanya ni macam mana tu macam mana. Siapa ea orang tu?.”

     “Alah tu masa mula - mula ajelah. Sekarang ni semua small matter. Gini je hah Adik handle.” Balas Syahirah Aina sambil memetik jari.

     “Ah poyolah Adik ni. Eh. Company baru macam mana?.” Syahrul Iman bertanya kepada adiknya ketika mereka sudah berada di dalam kereta.

     “Okeh. Company baru okey aje. Papa cakap dia nak Abang uruskan company tu. So nanti, Perfect Designer Adik yang handle. SI Design Abang yang uruskan.”

     Syahrul Iman mengangguk - angguk kepalanya. Tak sabar rasanya mahu menguruskan syarikat baru setelah hampir setahun dia berada di Melbourne, Australia kerana menguruskan syarikat keluarganya yang sedang menghadapi masalah.

     “Hmm... So... Sekarang ni Abang ada nak singgah mana - mana tak sebelum kita balik rumah Mama?. Kotlah nak pergi jumpa awek dulu ke...”

     “Abang mana ada awek.”

     “Elehhh... Yang Si Melisa tu siapa? Masa Abang tak ada kan, dia selalu datang office tau cari Abang. Tak baiklah Abang buat dia macam tu.”

     “Dia bukan siapa - siapa untuk Abang dah, Syira. Dahlah. Abang malaslah nak cakap pasal dia. Daripada cakap pasal dia, better kita pergi makan dulu Adik belanja.” Syahrul Iman menyengeh.

     “Alright no problem! Let's go. Hari ni Adik belanja Abang makan kat satu kedai special ni. Mesti Abang suka punyalah!.”

     Syahrul Iman dan Syahirah Aina menuju ke kedai makan yang di maksudkan. Selepas menikmati makanan yang sangat lazat itu, mereka pun pulang ke rumah ibu bapa mereka.

     Sebulan telah berlalu selepas Syahrul Iman pulang dari Melbourne. Dia langsung tidak ambil cuti walaupun sehari kerana dia sudah terbiasa menyibukkan diri dengan urusan pekerjaan. Sejujurnya dia sengaja berbuat begitu kerana dia tidak mahu ingatannya akan teringatkan isterinya, Hanis Ariana jika dia tidak pergi bekerja. Puas dia mencari dulu dan mengupah penyiasat persendirian ketika berada di Melbourne untuk mencari wanita itu di seluruh Kuala Lumpur. Namun setiap kali itu pasti menemui kegagalan.

     “Encik Syahrul. Saya ada masalah sikit ni berkenaan dengan meeting di PD lusa nanti.” Kata Liana, pekerja Syahrul Iman di SI Design.

     “Masalah apa tu?.”

     “Hmm... Saya minta maaf sangat saya tak dapat nak pergi sana sebab my dad kena warded untuk operation jantung dia. So... Saya kena pergi hospital untuk uruskan everything. Nak tangguh meeting tu tak boleh sebab dia orang cuma free lusa ni aje. Saya minta maaf sangat, Encik Syahrul.”

     “Owh, ye ke? Hmm... Kalau macam tu tak apalah. I aje yang gantikan you. Nanti you prepare all the file, okeh. I nak semak dulu. For your dad, semoga semuanya berjalan lancar.”

     “Thank you, Encik Syahrul. Okeh. Nanti saya sediakan fail Rumah Cantek Sdn. Bhd. tu untuk Encik Syahrul.”

     Lusa itu, Syahrul Iman bergerak ke Port Dickson awal pagi selepas subuh kerana mesyuarat bersama Rumah Cantek Sdn. Bhd. pada pukul 11 pagi nanti. Walaupun jarak antara Kuala Lumpur dan Port Dickson tidaklah jauh mana, sebaiknya dia ke sana lebih awal kerana tidak mahu tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.

     Jam menunjukkan pukul 10.45 minit pagi ketika dia sampai di restoran yang dijanjikan. Sementara menunggu wakil dari Rumah Cantek Sdn. Bhd., Syahrul Iman menyemak sekali lagi fail yang akan dibincangkan sebentar lagi.

     “Assalamualaikum. Ni wakil...”

     “Waalaikumussalam. Ya. I wa.... Ariana?.” Syahrul Iman tergamam.

     “Encik Syahrul?.” Hanis Ariana juga terkedu dengan apa yang dilihatnya.

     Syahrul Iman dan Hanis Ariana saling bertentang mata. Masing - masing terkejut dengan pertemuan yang tidak di sangka itu.

     “Apa Encik Syahrul buat dekat sini?.”

     “I wakilkan staff I. You? You kerja dekat Rumah Cantek?.”

     Hanis Ariana mengangguk.

     “Kita bincangkan hal ni lain kali jelah Encik Syahrul. Saya... Saya tak boleh.” Hanis Ariana berpaling dan ingin pergi.

     “I dah tahu siapa yang aniaya kita, Ariana!.” Syahrul Iman menahan Hanis Ariana daripada pergi.

     Hanis Ariana berpaling dan memandang Syahrul Iman dengan tanda tanya di wajahnya.

     “You duduk dulu. I akan ceritakan semuanya.”

     Hanis Ariana duduk di sofa sebelah Syahrul Iman. Dadanya berdebar mahu mendengar cerita yang sudah setahun berlalu itu.

     “Why, Rizal?! Why?! Apa salah aku pada kau, hah?! Kenapa kau buat aku macam ni?!.”

     “Kau nak tahu, kenapa?! Aku buat kau macam ni sebab Melisa!.”

     Syahrul Iman berkerut dahi tanda tidak faham apa yang diucapkan oleh Rizal, kawan baiknya itu.

     “Kau tahu kan, aku sukakan Mel. Tapi kenapa kau sengaja layan Mel sampai dia jatuh cinta pada kau. Dari zaman U lagi aku sukakan dia. Tapi kauuu!!.”

     “Benda dah lamalah, Rizal. Kau masih berdendam dengan aku?! Itu bukan salah aku. Mel sendiri yang jatuh cinta pada akulah. Kalau kau marahkan aku sekalipun, janganlah kau libatkan orang lain. Kau tak patut libatkan Ariana dalam masalah kita ni!.”

     “Memang benda dah lama. Tapi perangai kau yang tak tahu nak hargai Mel tu buat aku tambah sakit hati, kau tahu tak. Kau jangan ingat aku tak tahu yang kau ‘try’ Ariana tu masa kat Kuantan dulu, kan! Ariana tu sikit punya baik aku tengok. Tu pun kau nak ‘try’ dia. Dengan Mel jangan nak cakaplah. Memang betul - betul kau lenjan dia. Puas hati aku tengok kau kena tangkap basah!.”

     “Kau ni memang tak gunalah, Rizal!!.”

     Buk!!

     Satu tumbukan mengenai pipi Rizal dan dia jatuh ke lantai. Rizal bertambah marah lalu bangun dan menumbuk Syahrul Iman pula. Mereka saling berbalas tumbukan.

     “Oh ya. For your information, Mr. Syahrul Iman. Selain daripada aku penyebab kau kena tangkap basah, aku jugak yang perangkap bini kau tu dengan Fazli kat hotel. Now. She’s gone. Ariana dah tak ada. Seronok aku tengok hidup kau hura - hara. Dengan Mel yang masih terkejar - kejarkan kau. Kesian. Sampai sekarang dia tak tahu, kan yang kau dah kahwin!.”

     “Kurang ajar kau, Rizal! Kau langsung tak hargai persahabatan kita! Kau memang kawan tak guna!.” Syahrul Iman berang mendengarkan pengakuan daripada Rizal itu lalu menendang perut Rizal dengan menggunakan lututnya.

     Rizal ketawa terbahak - bahak. Dia mengelap darah yang mengalir dari hidungnya.

     “Dengar sini Syahrul. Aku nak kau tinggalkan Melisa. Kau jangan cuba - cuba sakiti hati dia lagi. Lagipun... Lagipun aku dulu ‘rasa’ dia sebelum kau. Aku yang rasmikan dia masa kat UK dulu. Kau tak payah nak bangga sangatlah kata kau yang dapatkan dia dulu.”

     “Kau ni memang spesis tak guna, Rizal. Apa pun terima kasihlah sebab kau buat aku kena tangkap khalwat dengan Ariana dulu. Sekurang - kurang aku dapat isteri yang baik. Kau ambiklah Melisa tu. Aku dah tak nak dah pakai dia. Sekarang ni aku nak kau berambus dari office aku ni! Berambus!!.”

     Rizal sudah berjalan mahu meninggalkan ruangan bilik pejabat Syahrul Iman namun tiba - tiba Melisa pula masuk.

     “Rizal? You? Kenapa ni? What happened? Kenapa berdarah - darah ni, hah? Why bergaduh?.” Soal Melisa panik.

     “You tanyalah boyfriend kesayangan you tu.”

     Melisa memandang ke arah Syahrul Iman dengan tanda tanya.

     “You and kau Rizal. Mulai hari ini, aku tak nak tengok muka kau orang berdua lagi. You, Mel. Jangan kacau hidup I lagi. Antara kita dah tak ada apa - apa hubungan. I dah kahwin dan I sayang isteri I. I minta maaf kalau selama ni I rosakkan hidup you. Tolong jangan cari I lagi. Aku tak ada kawan macam kau, Rizal. Berambus kau orang berdua! Get out from my office!!.” Rizal dan Melisa keluar dari bilik pejabat Syahrul Iman.

     Syahrul Iman duduk di sofa yang tersedia di situ. Dia mengepal lima jarinya menahan marah. Sungguh dia tidak menyangka semua yang berlaku ini adalah angkara Rizal kawan baiknya sendiri. Dia mengambil telefon bimbitnya di poket seluarnya dan menelefon Hanis Ariana. Beberapa kali dia mencuba namun nombor yang di dail sudah tidak dapat di hubungi.

     “Ariana? I minta maaf. Selama ni I... Anggap you yang bukan - bukan. I tuduh you macam - macam. I betul - betul minta maaf.” Syahrul Iman memegang tangan Hanis Ariana. Dia betul - betul minta maaf atas semua yang telah terjadi seikhlas hatinya.

     Hanis Ariana tersentak dari lamunannya. Lalu dia melepaskan tangannya dari pegangan Syahrul Iman.

     “Please. Jangan tinggalkan I lagi, Ariana.” Syahrul Iman merayu.

     “Why sekarang, Encik Syahrul? Kenapa tak dari setahun yang lalu Encik Syahrul katakan macam ni pada saya?.”

     “I cari you merata, Ariana. I tanya kakak you, tapi dia cakap dia tak tahu you kat mana. Satu KL I cari you. I upah orang cari you tapi tak jumpa. I tak expect yang you akan lari keluar dari KL. Hari - hari I fikirkan you. I... I sampai tak boleh fokus dengan kerja I. Mama dengan Papa sangat risau. So, Papa decide hantar I ke Melbourne untuk uruskan company kat sana. Bulan lepas I baru balik Malaysia. I bersyukur sangat akhirnya Allah temukan kita jugak.”

     Hanis Ariana memandang lama wajah Syahrul Iman yang berada di sebelahnya. Fikirannya jadi buntu tiba - tiba.

     “I tahu you marahkan I. I banyak buat salah pada you. I banyak sakitkan hati you. I tak tahu nak hargai perasaan you. I selalu buruk sangka pada you. I minta maaf, Ariana.”

     “Saya. Saya tak tahu apa nak fikir sekarang ni. Saya balik dulu, Encik Syahrul. Pasal meeting kita ni, kita tangguh dulu. Assalamualaikum.”

     Hanis Ariana bangun dari duduknya dan pergi meninggalkan Syahrul Iman di situ. Dia buntu kala itu. Apa yang perlu dia lakukan? Syahrul Iman a.k.a suaminya tiba - tiba muncul di depan mata. Reaksi apa yang perlu dia pamerkan? Sudah tentu dia terkejut yang amat sangat.

     Dalam masa setahun ini, hatinya tenang hidup jauh dari orang yang selalu menghuru - harakan hidupnya, Syahrul Iman dan bekas suaminya, Hakim Hizwan. Tetapi hari ini, boleh pula suaminya terpacak di hadapan mukanya.

     Seminggu selepas pertemuan yang tidak diduga antara Syahrul Iman dan Hanis Ariana, syarikat mereka telah mengatur sekali lagi janji temu bagi membincangkan hal berkaitan yang tertangguh kelmarin.

     Namun kali ini Hanis Ariana telah menghantar wakil bagi pihaknya kerana dia tidak mahu berjumpa lagi dengan Syahrul Iman. Lelaki itu yang pada mulanya sangat teruja mahu berjumpa dengan isterinya, terus hilang keterujaannya apabila yang hadir untuk perbincangan tersebut adalah orang lain.

     Jam sudah pun pukul 6 petang ketika Syahrul Iman menunggu Hanis Ariana keluar dari pejabatnya.

     “Assalamualaikum.”

     “Waalaikumussalam.” Hanis Ariana berpaling ke belakang untuk melihat siapakah yang memberi salam padanya.

     Hanis Ariana menghembus nafas kasar tatkala melihat orang yang memberinya salam itu.

     “Encik Syahrul. Buat apa kat sini?.”

     “I nak jumpa you, my wife.”

     “Shhh... Janganlah cakap kuat - kuat my wife tu. Dengar oranglah nanti.”

     “Okey. Sorry. Sorry. I nak jumpa you. Jom kita pergi makan dulu ke.”

     “Sorry. Saya penat. Saya nak balik nak berehat. Encik Syahrul pergilah balik KL. Jangan datang sini lagi. Oh ye. Meeting tadi dah selesai kan semua? So... Tak ada benda yang Encik Syahrul perlu buat lagi kat sini. Encik Syahrul baliklah.”

     Tanpa mendengar kata balas dari Syahrul Iman, Hanis Ariana terus masuk ke dalam keretanya dan meninggalkan Syahrul Iman di hadapan pejabatnya.

     Syahrul Iman berlari masuk ke dalam keretanya dan mengejar kereta Hanis Ariana dari belakang tanpa pengetahuan wanita itu.

     Syahrul Iman memberhentikan keretanya selang dari 3 buah rumah teres satu tingkat itu. Dia melihat Hanis Ariana sudah memarkirkan keretanya di beranda rumah. Dia tersenyum melihat wajah manis isterinya yang tersenyum manis ketika melayan anaknya, Aisyah.

     “Rindunya I pada you, Ariana. Aisyah. Uncle rindu sangat kat Aisyah.” Syahrul Iman berkata sendirian di dalam keretanya.

     Setelah Hanis Ariana dan Aisyah masuk ke dalam rumahnya dengan selamat, barulah Syahrul Iman pergi. Dia menuju ke bandar untuk mencari hotel untuknya berehat. 

     Ting tong! Ting tong!

     Hanis Ariana tersedar dari tidur tatkala mendengar bunyi loceng rumahnya berbunyi beberapa kali. Dia melihat jam di skrin telefon bimbitnya. Sudah pukul 2 pagi! Siapa pula yang datang ke rumahnya malam - malam buta ini?. Hanis Ariana bangun dan mengintai di jendela di balik langsir.

     Setelah melihat dan memastikan siapakah yang berada diluar rumahnya, dia segera bangun sambil mendengus kasar kegeraman.

     “Assalamualaikum.”

     “Waalaikumussalam. Mana Encik Syahrul tahu rumah saya ni?. Tahu tak dah pukul berapa ni?!. Encik Syahrul buat apa kat depan rumah saya ni?!.” Marah Hanis Ariana. Namun suaranya diperlahankan kerana tidak mahu mengganggu jiran - jirannya.

     “Hmm... You dah tidur ke?.”

     “Soalan apa yang Encik Syahrul tanya ni? Pukul 2 pagi dah ni Encik Syahrul. Tentulah saya dah tidur. Encik Syahrul aje yang tak reti - reti nak tidur lagi. Nak apa ni malam - malam buta ni?.”

     “Err.... I nak tumpang tidur sini malam ni.”

     Mata Hanis Ariana membuntang apabila mendengar ayat dari Syahrul Iman itu.

     “Gila ke apa Encik Syahrul ni? Kang jiran - jiran saya nampak, apa pulak dia orang fikir pasal saya ni. Hotel kat bandar tu dah habis ke apa sampai nak tumpang tidur rumah saya ni?.”

     “A'ah dah habis. Puas I cari satu bandar. Bolehlah I tumpang malam ni. Nak balik KL dah lewat sangat dah ni.” Bohong Syahrul Iman. Padahal dia sengaja check out pukul 1 pagi tadi.

     “Ye ye je dah habis. Nak tipu pun agak - agaklah Encik Syahrul.” Hanis Ariana menjeling.

     “Iya betul. Please. Tumpangkan I malam ni. Dari tadi I tak ada rehat lagi tau lepas I jumpa you petang tadi. I lelap kat dalam kereta aje. Sakit badan - badan ni.” Bohong Syahrul Iman lagi.

     “Ishhh.... Encik Syahrul ni kan. Huh! Ada je kan. Dahlah. Masuklah cepat. Saya ni mengantuk tahu tak. Dahlah esok saya ada banyak kerja nak kena buat.” Bebel Hanis Ariana sambil mengunci pintu pagar rumahnya. Syahrul Iman yang mendengar hanya menyengeh.

     Syahrul Iman memerhati setiap ruangan dalam rumah Hanis Ariana. Serba sederhana tetapi ia membahagiakan wanita itu anak beranak. Walaupun rumah tersebut tidak banyak perabut, namun semuanya tampak kemas dan teratur.

     “Nah.” Hanis Ariana menghulurkan toto kepada Syahrul Iman.

     Syahrul Iman mengambilnya dengan wajah yang penuh dengan tanda tanya.

     “Tak payahlah buat muka macam tu. Encik Syahrul tidur kat ruang tamu ni. Ni bantal dengan selimut.”

     “Owh. Okeh. I ingat...”

     “Ingat tidur dalam bilik dengan saya ke? Selepas setahun? Sorry ye Encik Syahrul. Saya tak boleh.” Syahrul Iman hanya diam dan mengangguk perlahan.

     “Kalau nak mandi ke, apa ke, Encik Syahrul boleh guna bilik air dalam bilik saya. Sebab toilet kat dapur tu rosak. Esok baru nak repair.”

     “Okeh.”

     “Now. I want back to sleep. Mengantuk dan penat. Okey, Encik Syahrul. Good night and sweet dream!.”

     Hanis Ariana berlalu pergi memasuki biliknya. Dia tidak menutup pintu biliknya bagi memudahkan Syahrul Iman masuk untuk menggunakan bilik airnya. Walaupun dia berasa agak kurang selesa, namun dibiarkan saja perasaannya ketika itu kerana dia sangat mengantuk dan penat seharian bekerja.

     Selepas menyediakan tempat tidurnya, Syahrul Iman masuk ke bilik Hanis Ariana untuk mandi. Selesai mandi, dia berhenti sebentar di sebelah Hanis Ariana yang sedang tidur.

     “I miss you so much, Ariana.” Syahrul Iman menyentuh perlahan pipi Hanis Ariana.

     “Kali ni I takkan biarkan you pergi lagi dari hidup I. I akan buat apa saja asalkan you tak tinggalkan I.” Syahrul Iman berkata perlahan sambil membetulkan selimut yang menutupi tubuh wanita itu.

     Seawal jam 6 pagi lagi Syahrul Iman sudah bangun. Selepas mengemas tempat tidurnya dan solat Fardhu Subuh, dia masuk ke dapur untuk menyediakan sarapan buat mereka bertiga.

     “Morning, you.” Sapa Syahrul Iman tatkala terpandangkan Hanis Ariana yang masuk ke ruangan dapur.

     “Morning. Rajinnya masak sarapan. Encik Syahrul kan tetamu saya. Pergilah duduk depan. Biar saya yang buat.”

     “Eh, tak apalah. Biar I aje yang buat. You pergi kejut Aisyah. Suruh dia bangun, solat. Nanti kita sarapan sama - sama.”

     Hanis Ariana hanya menuruti sahaja arahan Syahrul Iman itu. Dia ke bilik Aisyah dan melakukan apa yang di suruh lelaki itu. Kebiasaanya, dia hanya akan kejut anaknya itu bangun untuk bersarapan dan ke sekolah. Padanya biarlah tunggu anaknya sudah berumur 7 tahun barulah dia akan ajar anaknya bersolat dengan sungguh - sungguh.

     Sejujurnya dia agak terkejut juga dengan perubahan lelaki itu. Sebelum ini dia tidaklah begitu tekun dengan ajaran agama lebih - lebih lagi dalam hal solat 5 waktu.

     ‘Baguslah kalau dia sudah betul - betul berubah’. Bisik hati Hanis Ariana.

     “Uncle!!.” Jerit Aisyah apabila melihat Syahrul Iman sedang menghidang makanan.

     Aisyah berlari kegembiraan mendapatkan Syahrul Iman. Sungguh dia rindukan lelaki itu.

     Syahrul Iman tersenyum dan mendepangkan tangannya untuk memeluk Aisyah yang berlari ke arahnya.

     “Uncle. Rindunya Aisyah kat Uncle. Lama tak jumpa Uncle. Uncle sihat?.”

     “Uncle sihat, Sayang. Aisyah okeh tak duduk sini?.”

     “Hmm... Okeh. Tapi kalau duduk kat KL lagi best. Ada Uncle, ada Tok Ma dengan Tok Pa. Aisyah rindulah kat dia orang.”

     “Aloo... Syiannya Sayang Uncle ni. Kalau macam tu, jom ikut Uncle balik KL. Ajak Mama sekali. Nanti boleh Uncle bawak Aisyah jalan - jalan.”

     “Mama. Mama. Jom kita ikut Uncle pergi KL. Jomlah Mama.”

     “Tak boleh, Aisyah. Mama kan kerja. Mana boleh cuti.”

     “Alaaa... Mama ni...” Aisyah sudah monyok muka kerana merajuk.

     “Eh, janganlah merajuk. Tak comellah merajuk macam ni. Mama kerja. Nanti Mama cuti panjang kita balik KL, okeh. Sekarang ni jom kita makan. Uncle dah lapar ni.”

     Syahrul Iman menarik kerusi untuk Aisyah duduk. Kemudian dia mengambil pinggan dan di letakkan nasi goreng ayam yang di masaknya tadi.

     “Okeh. You duduk sini. Jap I ambikkan nasi goreng untuk you.”

     Syahrul Iman meletakkan pula nasi goreng ke atas pinggan Hanis Ariana. Wanita itu hanya melihat sahaja setiap perlakuan Syahrul Iman. Sedikit sebanyak dia tersentuh juga dengan cara layanan lelaki itu. Tapi... Mungkin juga itu hanya hendak menunjukkan tanda maafnya kerana kesilapan lalu. Entahlah...

     “Hmm... Saya ni bukanlah nak menghalau. Cuma nak tahu aje Encik Syahrul nak balik KL bila?.” Tanya Hanis Ariana setelah Aisyah selesai makan sarapannya dan pergi ke ruang tamu.

     “Kenapa? You nak ikut? Jomlah. I memang nak ajak you balik KL sekali.”

     “Balik KL? Tak kot. Banyak sangat kenangan pahit kat sana. Saya gembira tinggal kat sini. Bahagia. Tak ada yang buat saya pening kepala. Encik Syahrul kalau nak balik, better baliklah awal. Nanti tak delah sampai lewat. Lagipun sekejap lagi ada orang nak datang betulkan tandas kat dapur tu.”

     “I tahu you masih marahkan I. I really sorry. I tahu memang I yang salah sebab anggap you yang bukan - bukan tanpa usul periksa. I menyesal sangat. I harap you dapat maafkan I. And.... I harap sangat yang you boleh terima I lagi dalam hidup you.”

     “Saya minta maaf, Encik Syahrul. Saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang ni bersama Aisyah. Kami gembira dan kami tak perlukan Encik Syahrul dalam hidup kami.”

     “Tapi kita kan masih suami isteri. I tak pernah ceraikan you. Dan I tak pernah berniat pun nak lepaskan you. I masih nakkan you jadi isteri I, Ariana.”

     Hanis Ariana menarik nafas dalam - dalam sebelum bersuara lagi.

     “Saya nak kita bercerai. Dah alang - alang kita terjumpa tanpa sengaja ni, saya nak kita selesaikan masalah hubungan kita ni. Kalau Encik Syahrul tak nak ceraikan saya, saya akan tuntut fasakh.”

     Syahrul Iman terdiam mendengar kata - kata dari Hanis Ariana itu.

     “You dah ada seseorang dalam hati you ke, Ariana?.”

     “Saya takut nak serah hati saya ni pada lelaki lagi. Takut kalau terbagi pada orang yang salah. Tapi... Kalau Allah nak bagi rasa cinta dan sayang tu lagi pada seseorang lelaki, saya takkan menolaknya. Biarlah masa yang menentukan semuanya. Sekarang ni, saya cuma nak cari kebahagiaan saya bersama dengan Aisyah. Saya nak besarkan dia. Kami nak hidup happy sama - sama.”

     “Tapi kita boleh cuba kan, Ariana. I janji I akan bahagiakan you dengan Aisyah. I takkan sia - sia hidup you.”

     “Saya nak tanya Encik Syahrul, boleh?.” Syahrul Iman mengangguk.

     “Saya pelik. Kenapa tiba - tiba Encik Syahrul boleh terima saya senang - senang macam tu aje. Sedangkan dulu, Encik Syahrul hanya anggap saya sebagai seorang isteri di atas kertas aje. Takkan kerana Encik Syahrul dah tahu semua kebenarannya, and Encik Syahrul rasa bersalah, Encik Syahrul hanya nak tebus semua kesalahan Encik Syahrul tu dengan nak bahagiakan saya dengan Aisyah. Senang kata, semua yang Encik Syahrul buat ni, semata - mata kerana rasa bersalah dan bukanlah kerana ikhlas.”

     “I ikhlas, Ariana. Ya. Memang betul I rasa bersalah kerana buat you macam tu dulu. Tapi I dah menyesal. I... Sedar. Yang I tak buat keputusan yang salah bila memperisterikan you. You perempuan yang baik. Dan I tak pernah terlintas untuk lepaskan you.”

     “Macam mana dengan Melisa? Senangnya Encik Syahrul buang dia.”

     “I dengan dia dah tak ada apa - apa hubungan. Lagipun I tak pernah rasa nak kahwin dengan dia. I tak happy dengan dia. I cuma nak you, Ariana. Please. Bagilah I peluang untuk buktikan yang I betul - betul ikhlas dengan apa yang I cakap.” Syahrul Iman memegang kejap tangan Hanis Ariana.

     “You ambiklah berapa banyak masa pun yang you perlukan untuk terima I dalam hati you, dalam hidup you. I sanggup tunggu asalkan kita tak bercerai.”

     Hanis Ariana menarik nafas dalam. Dia memandang lama wajah Syahrul Iman cuba mencari kebenaran dari kata - kata yang dia dengar. Keliru! Itulah yang dia rasa.

     Lebih kurang jam 10.30 pagi, tukang baiki tandas datang ke rumah Hanis Ariana. Selepas satu jam setengah membaiki, akhirnya tandas tersebut sudah boleh di gunakan.

     “Ni dah boleh guna la ye tandas ni?. Tanya Hanis Ariana untuk kepastian.

     “Dah boleh dah, Kak. Kalau masih tersumbat lagi, Akak call aje saya.”

     “Okeh. Harap tak rosak lagilah lepas ni. Dua kali dah ni rosak. Hmm... Berapa yang Akak perlu bayar ni?.”

     “Lima ratus setengah je, Kak.”

     “Okeh. Sekejap. Akak pergi ambik duit.” Hanis Ariana berlalu menuju ke bilik tidurnya untuk mengambil duit buat bayaran kos baiki tandas. Beberapa minit kemudian, dia ke ruang tamu semula.

     “Nah Dik.” Hanis Ariana menghulurkan duitnya kepada tukang baiki tandas.

     “Tak pe, Kak. Suami Akak dah bayar. Saya balik dulu. Terima kasih, Akak, Abang. Assalamualaikum.”

     Hanis Ariana menghantar tukang baiki tandas sehingga ke luar rumah sambil di temani oleh Syahrul Iman.

     “Nah duit Encik Syahrul.”

     “Eh, tak payahlah. I ikhlas bayarkan tadi.”

     “Inikan rumah saya. Biarlah saya yang bayar. Saya tak nak berhutang apa - apa dengan Encik Syahrul. Ambiklah.” Hanis Ariana menghulurkan duit tersebut sekali lagi.

     “I cakap tak payah. I ikhlas. You kan isteri I. Semua ni tanggungjawab I. You simpan duit you tu, okeh. Gunakan untuk benda lain. Betul. I ikhlas. You simpanlah duit tu.”

     “Dah kalau Encik Syahrul dah cakap macam tu, baiklah. Terima kasih banyak - banyak.”

     “Sama - sama. Kalau you perlukan apa - apa you bagitahulah I. I akan tolong you.”

     Sedang mereka berbual - bual, tiba - tiba telefon bimbit Hanis Ariana berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

     “Hello, assalamualaikum.”

     “..........”

     “Owh... Tak pelah. Setiap minggu pun you selalu datang sini. I tak kisah pun kalau minggu ni you tak datang. You settle-kanlah kerja you tu dulu.”

     “..........”

     “Iya. No worries. I okeh aje dengan Aisyah. You tu jaga diri, okeh. You ni risau sangat.”

     “..........”

     “Selalu jumpa pun, masih rindu? You ni... Macam - macam tau.”

     “..........”

     “Waalaikumussalam. Bye.”

     Hanis Ariana mematikan telefon bimbitnya sambil senyuman terukir di bibirnya. Begitulah Fazli Shamsudin. Selalu buat dirinya tersenyum. Tanpa sedar, dia sebenarnya selesa apabila bersama lelaki itu. Dia akui, Fazli Shamsudin adalah seorang lelaki yang sangat mengambil berat akan dirinya dan Aisyah. Selalu saja buatnya gembira. Dia juga tidak kekok melayan Aisyah seperti anaknya sendiri walaupun masih bujang.

     Semasa di awal perkenalan rapat mereka dahulu, Fazli Shamsudin agak terkejut kerana mengetahui bahawa dirinya pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Bertambah terkejut lagi apabila perkahwinan keduanya adalah bersama Syahrul Iman.

     Walaupun begitu, dia tidak pernah menceritakan bagaimana mereka boleh berkahwin. Padanya itu adalah aib dia dan suaminya, Syahrul Iman. Biarlah ia menjadi rahsia mereka dan keluarga.

     “Siapa call?.” Tanya Syahrul Iman.

     “Hah? Apa?.” Hanis Ariana tersedar dari lamunannya.

     “Siapa yang call tu?.”

     “Tak perlu kot Encik Syahrul tahu.”

     “Someone special?.”

     “Hmm... Maybe.”

     “Siapa?.” Tanya Syahrul Iman lagi ingin tahu.

     “Ermm... Saya nak keluar ni Encik Syahrul. Rasanya boleh dah Encik Syahrul balik KL.”

     Hanis Ariana sengaja tidak menjawab pertanyaan Syahrul Iman itu. Baginya, biarlah lelaki itu tidak tahu kerana ia mungkin akan mengundang sesuatu yang tidak baik sekiranya lelaki itu tahu.

     “You nak pergi mana?.”

     “Pergi beli barang sikit.”

     “Kalau macam tu I ikut sekalilah. Boleh kita lunch sekali. Dah lama tak keluar sama macam ni.”

     “Errr....” Hanis Ariana teragak - agak.

     “Okeh. Jom kita siap sekarang.”

     Syahrul Iman tidak mempedulikan wajah tidak setuju Hanis Ariana. Sengaja dia berbuat begitu kerana sememangnya dia mahu mengambil semula hati isterinya. Dia mahu meluangkan masa bersama isteri dan anak tirinya, Aisyah setelah sekian lama terpisah.

     Keesokan harinya, Syahrul Iman meminta diri untuk pulang ke Kuala Lumpur. Ikutkan hatinya, mahu saja dia duduk di rumah Hanis Ariana untuk beberapa hari lagi. Namun dek kerana dia mempunyai kerja penting pada hari Isnin nanti, dia terpaksa juga balik ke Kuala Lumpur.

     “Uncle, bila Uncle nak datang sini lagi?.” Tanya Aisyah kepada Syahrul Iman ketika bersalaman.

     “Insha Allah hujung minggu ni Uncle datang lagi ya, Sayang.” Syahrul Iman menggosok perlahan kepala Aisyah.

     “Janji tau Uncle datang.”

     “Iya. Uncle janji. Nanti Uncle nak bawak Aisyah dengan Mama balik KL sekali. Jumpa Tok Ma dengan Tok Pa.” Kata Syahrul Iman sambil mengerling ke arah Hanis Ariana.

     “Yeay!! Nanti kita ikut Uncle ea Mama?.”

     “Mama kerjalah Aisyah. Nanti Mama amik cuti kita balik KL, okeh.”

     “Ikut hati I ni, I nak stay lama lagi kat sini. Tapi tulah tak boleh. Esok I ada meeting penting. I minta maaf, tau. Insha Allah hujung minggu ni I datang lagi.”

     “Encik Syahrul tak payahlah datang sini lagi. Tak manis kalau jiran - jiran saya nampak Encik Syahrul kat rumah saya ni.”

     “Kalau dorang tanya, kita cakaplah kita ni suami isteri. Memang hakikatnya kita ni suami isteri, kan. You tak payah susah - susah hatilah pasal tu.”

     Hanis Ariana hanya diam tidak membalas. Hatinya masih ragu - ragu dengan keikhlasan yang Syahrul Iman pamerkan. Selepas setahun tidak berjumpa, tiba - tiba lelaki di hadapannya ini berubah 360 darjah perangainya. Mungkin benar apa yang di lafazkannya itu. Mahu menjadi seorang suami dan ayah yang baik. Mahu tunjukkan rasa tanggungjawabnya kepada mereka dua beranak. Adakah patut dia berikan peluang buat lelaki itu? Entahlah.

     “Oh ye. Hampir I terlupa. Kejap.” Syahrul Iman mengeluarkan sesuatu dari beg duitnya dan dihulurkan kepada Hanis Ariana.

     “Nah. You pakailah kad kredit I ni. Buat belanja. Belilah apa yang you dengan Aisyah nak. I jarang guna kad kredit ni. Hmm... Dalam ni ada 30 ribu lebih kurang. Kalau dah over limit you guna, call I nanti I transfer you duit lain.”

     “Saya tak perlukan kad kredit ni, Encik Syahrul. Buat masa ni hidup saya dengan Aisyah cukup semuanya. Cukup makan, cukup pakai. Kalau saya guna kad kredit ni, saya juga yang susah nanti. Tak pasal - pasal berhutang pulak dengan Encik Syahrul. Saya tak nak.”

     “Janganlah cakap macam tu. Tak ada istilah hutang kalau you guna kad ni. I ikhlas bagi you. You bagilah I peluang untuk laksanakan tugas I sebagai suami dan ayah. Setahun I tak jalankan tanggungjawab I. So now, I nak tebus semuanya. You ambik okeh. Kalau you nak pakai ke, tak nak pakai ke, terpulang pada you. I tak kisah. Tapi I harap you ambillah kad ni. Nah.”

     Akhirnya Hanis Ariana ambil juga kad kredit yang dihulurkan Syahrul Iman itu. Berat hatinya mahu menerimanya. Tetapi kerana desakan lelaki itu, dia terpaksa mengambilnya. Dia tiada pilihan.

 

 

     

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience