BAB 18

Romance Series 26489

BAB 18

     “Iman macam mana hari ni?.” Tanya Datin Aliyah kepada Syahrul Iman ketika dia melawat anaknya di hospital.

     “Macam nilah, Mama keadaannya.”

     “Iman ni memang degil tau. Mama susah hati betul bila dapat tahu Iman kemalangan semalam. Kalau dah tahu tak sihat, janganlah paksa diri memandu. Kan dah bahayakan diri sendiri.”

     “Ikutkan Iman memang tak nak balik lagi semalam. Tapi hari ni ada meeting penting. Tu yang Iman balik jugak. Tak sangka pulak boleh jadi macam ni.”

     “Tengok. Sekarang ni, meeting tak boleh pergi, ke mana pun tak boleh nak pergi dah. Kalau Iman dengar cakap Hanis, tentu tak jadi macam ni. Dahtu macam mana dengan meeting Iman tu?.”

     “Iman dah call secretary Iman mintak dia handle. Mama... Iman minta maaf sebab dah buat Mama susah hati. Tapi.... Dalam masa yang sama, Iman rasa bersyukur sangat sebab Iman excident ni. Iman... Happy.”

     “Pulak. Iman ni biar betul. Mama, Papa, adik - adik semua susah hati, Iman boleh happy pulak. Dah kenapa?.”

     “Yelah, Mama. Iman happy sebab akhirnya isteri Iman balik jugak pada Iman. Tak sangka Ariana akan datang tengok dan jaga Iman semalam. Sebab tulah Iman rasa bersyukur sangat dengan apa yang jadi ni.”

     “Hmm... Alhamdulillah. Mama pun tumpang gembira bila Hanis sanggup datang dari PD tu untuk tengok dan jaga Iman. Mama doakan rumah tangga Iman dengan Hanis akan bahagia. Mama harap sangat yang Hanis tu akan kembali pada Iman.”

     “Aamiinn. Thanks, Mama.”

     “Sebut - sebut pasal Hanis ni, mana dia?.”

     “Eh, Mama. Dah lama sampai ke? Papa tak ikut sama?. Aisyah?.” Hanis Ariana yang baru keluar daripada bilik air, menegur ibu mertuanya. Dia berjalan mendapatkan wanita itu dan bersalaman.

     “Baru jugak sampai ni. Papa siang sikit nanti dia datang. Aisyah, dia cakap nak main mainan dia. Tu yang dia tak nak ikut.” Hanis Ariana mengangguk kepala.

     “Hmm... Encik Syahrul.”

     “Ya, Sayang.” Hanis Ariana teragak - agak mahu berkata.

     “Errr... Jom saya lapkan badan Encik Syahrul. Kejap lagi doktor nak datang cek, kan.”

     Syahrul Iman tersenyum mendengarnya. Dia membetulkan duduknya. Hanis Ariana ke bilik air mengambil semangkuk air suam dan tuala.

     Hanis Ariana berdiri di sisi katil Syahrul Iman. Dia membuka baju yang di pakai suaminya dan mengambil tuala yang dibasahkan dengan air suam dan dilapnya perlahan tubuh itu.

     “Aduduh... Sakitlah, Sayang kat situ.” Hanis Ariana melihat ke arah tempat yang dia lap. Terdapat kesan lebam di situ.

     “Sorry. Saya tak perasan ada lebam. Saya lap perlahan - lahan, okeh.”

     Hanis Ariana meneruskan tugasnya mengelap seluruh tubuh suaminya. Kemudian dia memakaikan pakaian hospital yang bersih kepada Syahrul Iman. Datin Aliyah hanya memerhatikan sahaja perilaku menantunya menguruskan anak sulungnya itu. Dia tersenyum melihat anaknya gembira.

     “Okeh. Siap. Jom sarapan pulak.” Hanis Ariana mengambil makanan yang telah di sediakan oleh pihak hospital untuk disuapkan kepada Syahrul Iman.

     “Mama rasa tak lama ni Iman dah boleh sihat macam biasa. Tengok dari cara Hanis jaga, insha Allah tak lama dah boleh berjalan siap berlari lagi.” Usik Datin Aliyah.

     “Saya hanya buat apa yang saya mampu je, Mama. Semua ni atas berkat doa semua orang dan semangat Encik Syahrul sendiri.” Balas Hanis Ariana sambil tersenyum.

     “Iya. Betul apa yang Hanis cakap tu. Tapi Hanislah punca utamanya Iman ni bersemangat untuk sihat. Kalau Hanis tak ada, Mama pun tak tahulah boleh mampu atau tidak jaga budak degil sorang ni.”

     “Aik. Dalam baik Mama pekena Iman, kan. Teruk betul Mama ni.” Syahrul Iman membalas kata - kata mamanya diikuti dengan tawa. Masing - masing pun turut tertawa dengan usikan Syahrul Iman itu.

     Datin Aliyah meminta diri untuk beredar dahulu kerana dia mahu melepas rindu bermain dengan cucunya yang seorang itu. Sudah setahun tidak bertemu, begitu rindu dia akan cucunya itu. Lagipun hatinya sudah kurang bimbangnya terhadap Syahrul Iman kerana Hanis Ariana ada untuk menjaga satu - satunya anak lelakinya itu.

     “Sayang. Mari sini sekejap.” Panggil Syahrul Iman setelah doktor yang merawat meninggalkan ruangan wad Cempaka itu.

     “Encik Syahrul nak apa? Minum?.” Syahrul Iman menggeleng.

     “Dah tu nak apa?.” Soal Hanis Ariana lagi.

     “I nak Sayang. I nak Sayang selalu ada dekat dengan I. Sayang jangan tinggalkan I lagi, okeh. I takut I tak boleh hidup tanpa Sayang.”

     “Ye ke tak boleh hidup tanpa saya? Saya tengok elok aje setahun yang lepas Encik Syahrul hidup. Sihat aje. Waras aje. Tak ada sakit apa pun. Lagi nak temberang.”

     “Amboiii... I tak pernah temberang Sayang. Memanglah luaran I Sayang tengok sihat je kan. Tapi dalam hati I ni, Tuhan aje yang tahu tau. Macam nak gila I cari Sayang merata KL. Upah orang... Tapi tak jumpa. I tanya kakak Sayang pun, dia tak nak bagitahu walaupun sebenarnya dia tahu, kan Sayang kat mana. I pergi rumah sewa Sayang tapi Sayang dah pindah entah ke mana. Walaupun I dah berada kat Melbourne sana, I still upah orang cari Sayang tau. Cuma I tak terfikir nak cari luar KL. Kalau tak... Tentu lebih awal I jumpa Sayang.”

     “Thanks. Sebab Sayang sanggup datang sini jaga I.” Sambung Syahrul Iman lagi.

     “Saya hanya buat apa yang saya rasa perlu je, Encik Syahrul. Tapi.... Encik Syahrul janganlah mengharap lebih. Saya tak janji saya boleh tunaikannya atau tidak.”

     “Tak salahkan kalau I mengharapkan Sayang, isteri I sendiri untuk hidup bersama I, kan. I percaya dengan setiap doa yang I mintak pada Allah. I yakin yang Allah akan makbulkan juga apa yang I minta one day nanti. Dan I akan usaha sehabis daya I untuk pertahankan rumah tangga kita dan buat Sayang jatuh cinta pada I.”

     Hanis Ariana tidak menjawab. Sebaliknya dia meminta izin untuk ke cafe hospital. Selepas 1 jam barulah dia pulang ke wad Syahrul Iman.

     “Ni I ada bawakkan bubur untuk you. Jom I suapkan.”

     “Tak pe, Erlina. I boleh makan sendiri.”

     “Alaa you ni. Mehlah I suapkan. You kan masih sakit lagi. Bukan selalu I boleh suapkan you ni. Nah makan sikit.”

     Erlina, anak kepada Tuan Murshid antara pemegang saham S.I Designer, datang melawat Syahrul Iman di hospital. Gadis itu yang sememangnya ada menaruh perasaan terhadap Syahrul Iman sering mencari peluang untuk mendekati lelaki itu.

     Sedang Erlina berusaha mahu menyuapkan bubur untuk Syahrul Iman, tiba - tiba Hanis Ariana masuk ke dalam wad. Dia yang tidak menyedari akan kehadiran Erlina itu, terus menerjah masuk ke dalam wad tersebut.

     “Errr... Sorry. Saya... Keluar dulu.” Hanis Ariana tidak menunggu lama terus berpatah balik menuju ke pintu dan keluar dari situ.

     Syahrul Iman yang perasan akan perubahan wajah isterinya terus memarahi Erlina.

     “Please, Erlina. I tak nak you suapkan I. I appreciate usaha you nak suapkan I. But I don't want hurting my heart wife. Please. Tolong pergi dari sini.”

     “What? Your wife? Bila you kawin? I tak pernah tahu pun yang you dah kawin. Are you serious?.”

     “Yes. I’m serious. I suami orang dan I dah kahwin setahun yang lalu. Perempuan yang masuk tadi tu isteri I. Please, Erlina.”

     Erlina terkedu seakan tidak percaya. Selama dia mengenali Syahrul Iman, tidak pernah pula dia tahu yang lelaki itu sudah bernikah. Hatinya sedikit cemburu dengan wanita yang sudah bergelar isteri kepada Syahrul Iman itu.

     “Okeh. I’m so sorry. You tak pernah bagitahu I tentang perkahwinan you. I tak tahu. I minta maaf. I balik dulu.” Selepas menghabiskan ayatnya, Erlina terus berlalu pergi meninggalkan Syahrul Iman sendirian di dalam wad.

     Hanis Ariana merenung ke luar jendela. Dadanya terasa bagai di cucuk - cucuk ketika melihat perlakuan suaminya bersama perempuan yang tidak dikenali itu.

     “Ya Allah. Kenapa aku rasa nak menangis ni? Aku bukannya cinta dia. Aku tak pernah pun ada perasaan pada dia. Tapi kenapa aku rasa.... Aku rasa.... Cemburu. Cemburu? Tak mungkin. Dia hanyalah suami aku di atas kertas aje. Bukan suami dalam hati aku. Buat apa aku nak cemburu.” Mata Hanis Ariana sudah mula berkaca. Dia menahan air matanya daripada gugur ke pipi. Nafasnya di tarik dalam - dalam sebelum menghembusnya perlahan.

     “Aku tak boleh macam ni. Kalau dia tahu aku menangis, tentu dia akan fikir yang aku cemburu. Aku tak cemburu. Aku cuma terkejut aje. Itu aje.” Kata Hanis Ariana sendirian.

     Setelah dia menenangkan hatinya untuk beberapa minit, dia kembali semula ke wad Syahrul Iman. Sebelum masuk ke dalam wad, dia menarik nafas sedalamnya dan dihembus lepas.

     “Sayang? Sayang pergi mana?.” Tanya Syahrul Iman.

     “Keluar sekejap ambik angin. Ni Encik Syahrul dah siap makan ke? Kalau dah sudah makan, saya nak kemas.”

     “Sayang buang jelah bubur tu. I tak nak makan.”

     “Nak buang? Sayangnya. Tengok macam tak luak pun bubur ni. Makanlah sikit. Kesian orang dah bawak susah - susah tapi tak nak makan.”

     “I tak nak sakitkan hati you, Sayang kalau I makan. Perempuan tadi tu nama dia Erlina. Dia tu antara pemegang saham company I. Dia memang ada hati pada I. Tapi I tak pernah pun balas cinta dia. I hanya sayang you sorang je, Sayang. I pun dah bagitahu pada dia yang I dah kawin tadi. I minta maaf kalau dah buat Sayang marah dan cemburu.”

     “Marah? Saya cemburu? Taklah. Mana ada saya cemburu atau marah. Saya cuma terkejut. Masuk - masuk tengok ada perempuan nak tolong suapkan makan. Tak naklah kacau daun. Tu yang saya keluar tu.”

     Syahrul Iman sudah tersenyum. Ternyata dari riak wajah dan nada suara isterinya itu berbaur cemburu. Hatinya senang.

     “Mari sini sekejap, Sayang. Duduk sini jap.” Panggil Syahrul Iman.

     “Hmm...nak apa?.”

     “I minta maaf, okeh. I sumpah I tak pernah pun ada perasaan mahupun layan perempuan lain selama I dah jatuh cinta pada isteri I ni. Hanya Sayang sorang aje yang ada dalam hati I ni. I tahu, walaupun Sayang tak bagitahu yang Sayang sayangkan I, tapi I dapat rasakan yang Sayang dah mula sukakan I, kan. I akan tunggu sampai Sayang betul - betul jatuh cinta pada I.”

     “Ni. Nak saya kemas ke nak makan ni?.” Hanis Ariana berpura - pura mahu mengemas bungkusan bubur yang dibawa oleh Erlina itu.

     “Sayang. Kalau Sayang dah jatuh cinta pada I, Sayang jangan malu untuk bagitahu I tau. I akan tunggu. Tak kisahlah berapa lama pun Sayang perlukan masa untuk cintakan I tu. I akan tunggu.”

.    “Bubur ni nak di apakan?.” Tanya Hanis Ariana lagi tanpa membalas kata - kata dari Syahrul Iman tadi.

     “Sayang buat jelah apa pun kat bubur tu. I tak nak makan. Dan I tak nak bubur tu ada kat sini.”

     “Okeh. Kalau dah Encik Syahrul cakap macam tu... Bubur ni saya sedekahkan jelah dekat siapa - siapa kat luar tu. Daripada buang, kan.”

     “Ikut Sayanglah. I tak kisah.”

     Hanis Ariana mengemas semua makanan yang berada di atas meja. Kemudian dia keluar dari wad dan mencari sesiapa yang ada di situ dan di berikan bungkusan makanan tersebut.

     Keesokan harinya, Syahrul Iman telah dibenarkan pulang ke rumah. Hanis Ariana dan Aisyah turut mengikuti Syahrul Iman ke rumahnya.

     Pada mulanya, Datin Aliyah meminta agar anak lelakinya itu tinggal saja di rumahnya sehingga betul - betul sembuh. Namun anaknya itu mahu bersendirian bersama Hanis Ariana dan Aisyah di rumahnya sendiri.

     “Nilah rumah kita. Jom masuk, Sayang.” Hanis Ariana menolak kerusi roda Syahrul Iman masuk ke dalam rumahnya.

     “Wah! Besarnya rumah Uncle.” Kata Aisyah dengan teruja.

     “Ni rumah kita. Mulai hari ni, Aisyah dengan mama duduk dekat sini. Tinggal dengan Uncle.”

     “Ye ke, Uncle? Yeayy... Seronoknya!.”

     “Iye. Betul, sayang. Hah! Kat tepi sana ada swimming pool tau. Nanti Aisyah bolehlah mandi kat swimming pool tu.”

     “Eee... Best-nya!! Aisyah nak pergi tengok, boleh Uncle?.”

     “Sekejap. Uncle panggil Cik Leha mintak temankan Aisyah. Kak Leha!! Sini sekejap.”

     “Ye, Encik Syahrul. Encik Syahrul nak apa - apa ke?.”

     “Kak Leha. Ni isteri saya. Ariana. Sayang. Ni pembantu rumah kita, Kak Leha.”

     “Puan.” Sapa Kak Leha kepada Hanis Ariana. Wanita itu hanya balas dengan senyuman mesra.

     “Aisyah kalau nak pergi tengok swimming pool tu, pergilah. Cik Leha teman, okeh. Kak Leha tolong tengokkan Aisyah tu ye. Bahaya dia sorang - sorang kat swimming pool tu.”

     “Baik, Encik Syahrul.”

     Aisyah berlari keriangan menuju ke arah letaknya swimming pool tersebut. Kak Leha, pembantu rumah Syahrul Iman mengejar kanak - kanak itu dari belakang untuk mengawasinya.

     “Sayang? Kenapa ni?.” Tanya Syahrul Iman tatkala memandang raut wajah isterinya yang muram.

     “Err... Tak ada apa - apa. Ni bilik kat mana? Saya hantarkan.”

     “Kat belah sana. Sementara ni I tidurlah dulu kat bilik tetamu tu. Bilik kita kat tingkat atas. Nanti dah sembuh, dah boleh berjalan baru pindah semula kat bilik atas. Bilik Aisyah pun kat atas. Nanti Kak Leha tunjukkan pada Sayang dan Aisyah, okeh.” Terang Syahrul Iman kepada Hanis Ariana.

     Hanis Ariana menolak kerusi roda Syahrul Iman menuju ke bilik tetamu yang di maksudkan. Terdapat satu katil queen dan satu katil sofa di dalam bilik sederhana besar itu. Juga dilengkapi dengan sebuah bilik air dan almari pakaian beserta meja solek.

     Malam itu, selepas menemani Aisyah tidur di biliknya, Hanis Ariana terus masuk ke dalam bilik tetamu di mana Syahrul Iman akan beradu.

     “Kenapa tak tidur lagi? Dah lewat kan ni.” Tegur Hanis Ariana ketika melangkah masuk ke dalam bilik.

     “I ada kerja sikit nak settle-kan. Urusan office. Aisyah dah tidur, ke?.” Hanis Ariana mengangguk.

     “Sekarang ni saya nak Encik Syahrul tidur. Macam mana nak sembuh cepat kalau tengah sakit pun sibuk fikirkan hal kerja.” Hanis Ariana mengambil laptop yang berada di ribaan Syahrul Iman. Ditutupnya laptop itu dan diletakkan di atas meja sisi katil.

     Hanis Ariana membetulkan pembaringan Syahrul Iman. Diselimutkan lelaki itu dengan rapi. Semasa Hanis Ariana mahu berjalan pergi, Syahrul Iman menahannya.

     “Sayang.” Hanis Ariana menoleh.

     “Sayang tidurlah sebelah I.”

     “Tak apalah Encik Syahrul. Saya tidur atas sofa tu aje. Saya... Saya masih tak biasa tidur dengan lelaki.” Jawab Hanis Ariana jujur.

     “Nanti badan Sayang sakit - sakit. I tak nak you sakit, Sayang.”

     “Tak ada apalah Encik Syahrul. Saya dah biasa. Encik Syahrul jangan risau, okeh. Now. Encik Syahrul tidur. Jangan risaukan saya.”

     Hanis Ariana melangkah kakinya menuju ke sofa katil yang akan menjadi tempat tidurnya sepanjang berada di rumah besar itu. Berapa lama dia akan tinggal di dalam rumah itu biarlah masa yang menentukan segalanya. Dia sendiri kurang pasti bagaimana hala tuju hidupnya di masa hadapan. Adakah dia akan selamanya menjadi isteri kepada Syahrul Iman ataupun hubungan mereka hanya sekerat jalan saja. Akan dia serahkan semuanya kepada yang Maha Esa.

     Hari silih berganti. Hari ini genap sebulan Hanis Ariana menjaga Syahrul Iman yang keretakan kakinya akibat kemalangan. Selama sebulan jugalah dia telah mengambil cuti tanpa gaji. Aisyah juga turut tidak ke sekolah. Sewa rumahnya di Port Dickson juga telah dibayar oleh Syahrul Iman.

     Selama dia berada di Kuala Lumpur itu, adalah juga dia berjumpa dengan kakaknya, Aida. Rindu sungguh dia dengan kakaknya yang seorang itu.

     Ketika bersarapan pagi itu, Hanis Ariana telah menyuarakan hasrat hatinya kepada Syahrul Iman.

     “Encik Syahrul. Saya ada sesuatu nak cakap pada Encik Syahrul.”

     “Apa dia, Sayang?”.

     “Esok saya nak balik PD.”

     Syahrul Iman terdiam tatkala mendengar ucapan kata dari Hanis Ariana itu.

     “Kenapa? Sayang dah tak nak uruskan I lagi ke?.”

     “Tak. Bukan macam tu. Dah sebulan saya cuti tanpa gaji. Kerja saya yang tertangguh pun masih belum settle lagi. Saya tak naklah di anggap tidak bertanggungjawab pada kerja yang diberikan pada saya. Nanti apa pulak orang lain kata, kan. Saya harap Encik Syahrul faham.”

     “I faham. Tapi... Sayang akan balik semula ke sini, kan?.”

     “Hmm... Saya... Saya tak janji Encik Syahrul. Saya minta maaf sebab tak dapat nak jaga, urus Encik Syahrul lagi. Saya perlu balik ke PD.”

     Syahrul Iman tidak membalas. Dia hanya mengangguk - angguk kepalanya. Dalam hatinya Tuhan saja yang tahu betapa sedihnya dia kala itu. Dia juga takut jika isterinya itu tidak akan kembali lagi padanya.

     Keesokan harinya, seawal jam 7 pagi lagi Hanis Ariana dan Aisyah sudah bersiap - siap mahu berangkat ke Port Dickson. Wajah Syahrul Iman tampak begitu sugul kerana hatinya begitu sedih kerana isteri dan anak tirinya bakal pergi meninggalkannya sekali lagi.

     Hanis Ariana dan Aisyah ke Port Dickson menaiki kereta yang di pandu oleh pemandu Syahrul Iman, Abang Saleh. Awalnya dia menolak kerana tidak mahu menyusahkan. Tetapi setelah di desak oleh Syahrul Iman, dia akur juga.

     Abang Saleh sebenarnya adalah pemandu kepada Dato Redhuan. Sejak Syahrul Iman keluar dari hospital, Abang Saleh telah di beri tanggungjawab untuk menghantar suaminya dan dia ke hospital untuk menjalani rawatan susulan. Memandangkan Dato Redhuan juga sudah jarang ke pejabat, kerana itu dia meminta Abang Saleh untuk membawa anaknya ke hospital mahupun ke mana saja.

     Seminggu berlalu. Kelibat Hanis Ariana dan Aisyah masih tidak kunjung tiba. Syahrul Iman kerap kali menelefon dan menghantar mesej kepada Hanis Ariana namun tidak pernah dibalas. Malah telefon isterinya itu di matikan. Walaupun begitu, Syahrul Iman tidak pernah berputus asa dan berdoa agar dilembutkan hati isterinya itu untuk menerimanya lagi. ‘Ya Allah ya Tuhanku. Moga ada sinar harapan buatku bersama isteriku untuk melayari bahtera rumah tangga ini dengan aman bahagia. Aamiinn.’

     

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience