BAB 10

Romance Series 26489

BAB 10

     Tiga bulan berlalu. Syahrul Iman masih tidak dapat melupakan apa yang dia lakukan pada Hanis Ariana. Setiap kali dia menjalinkan hubungan kelamin bersama Melisa, peristiwa malam itu selalu menghantui mata dan ingatannya.

     ‘Arghhh!!!’ Raungnya di dalam hati.

     “You. Kenapa lately ni I rasa you tak perform macam dulu ea? Tak macam kita kat Australia. You like.... Hmm... I don't know what. But you look not enjoy. Why, Sayang?.” Tanya Melisa yang sedang berbaring di atas dada Syahrul Iman selepas mereka mengadakan hubungan asmara.

     “Mungkin I penat sikit.”

     “Okey. But after this you layanlah I betul - betul. I rindulah dengan ‘layanan’ you yang dulu.” Minta Melisa sambil jari jemarinya mengusap lembut dada Syahrul Iman.

     Syahrul Iman tidak menjawab. Sejujurnya dia berasa agak rimas dengan kelakuan Melisa itu. Tergedik - gedik dan merengek manja tidak kira masa dan dia amat sukakan ‘permainan’ yang ekstrim apabila di atas ranjang. Itu dia tidak suka! Sejak dari kali pertama lagi Melisa suka mengarahkannya buat itu ini bagi melayan nafsunya sehingga dia seorang sahaja yang merasa puas. Sedangkan bagi Syahrul Iman, dia langsung tidak merasa puas apabila ‘bersama’ gadis itu.

     Lain pula yang dia rasakan ketika bersama Hanis Ariana. Walaupun hanya sekali saja mereka pernah melakukan persetubuhan, namun ia meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam jiwanya. Mungkin kerana ia berlaku secara tiba - tiba. Tetapi dia dapat merasakan kenikmatan yang tidak dapat di gambarkan. Begitu juga ketika dia melihat Hanis Ariana yang melayannya dengan penuh lemah lembut dan mengasyikkan. Dia tahu yang wanita itu juga merasai nikmat yang sama seperti dirinya.

     Sabtu itu di pejabat, Hanis Ariana sudah melayan seperti biasa pada Syahrul Iman. Berkelakuan seperti tiada apa - apa yang pernah berlaku antara mereka.

     Sejak pulang dari Kuantan dulu, Fazli Shamsudin kerap menelefon dan menghantar what'sapp pada Hanis Ariana bukan kerana hal kerja sahaja. Malah lebih suka berbual kosong. Selain itu, lelaki itu selalu menghantarnya jambangan bunga di pejabat. Sudah banyak kali dia menegah tetapi lelaki itu tidak mengendahkannya.

     “Ye, Encik Syahrul. Ada apa panggil saya ni?.” Tanya Hanis Ariana setelah berada di dalam bilik Syahrul Iman.

     “Dapat bunga lagi?.”

     “Ya. Kenapa? Memangnya salahkah jika staf menerima bunga dari orang?.”

     “Tak salah. I cuma tanya aje. Hmm... I dengar you naik grab hari ni ke office. Kereta rosak lagi?.”

     “Hmm... Kereta dah lama, Encik Syahrul. Biasalah. Selalu rosak.”

     “Kalau macam tu pukul 1 nanti I hantar you balik.”

     “Ehhh... Tak payah Encik Syahrul. Tak payah susah - susah. Saya naik grab aje.” Hanis Ariana menolak.

     “Esok you ada apa - apa halkah? Mama. Dia ajak shopping. Lagipun dah lama tak jumpa Aisyah. Esok I amik you kat rumah.”

     “Hmmm....” Hanis Ariana keberatan.

     “Kalau boleh janganlah hampakan mama tu. Esok I amik you dengan Aisyah. 9 pagi.”

     Hanis Ariana tiada pilihan. Jika hanya keluar dengan Datin Aliyah sahaja, dia okeh saja. Tetapi apabila Syahrul Iman juga turut serta, dia jadi malas dan tiada mood.

     Tin! Tin!

     Syahrul Iman menekan hon di hadapan Hanis Ariana yang sedang membuka pintu kereta Grab. Lalu cepat - cepat dia keluar dari keretanya dan membayar 2 kali ganda nilai upah yang wanita itu akan bayar kepada pemandu grab tersebut.

     Hanis Ariana sudah bermasam muka. Sungguh dia tidak puas hati dengan cara Syahrul Iman itu. Mahu tidak mahu terpaksalah dia menaiki kereta lelaki itu untuk pulang ke rumah.

     “Encik Syahrul ni kan....” Hanis Ariana tidak menghabiskan ayatnya. Dia menggenggam tangannya menahan geram. Darahnya mendidih.

     “I nak hantar je pun. Itu pun susah sangat.”

     “Tak. Masalahnya Encik Syahrul ni memang jenis tak faham bahasa ke, macam mana? Saya ni... Terus terang saya cakap saya tak suka Encik Syahrul memaksa saya macam ni. Saya rimas! Menyampah! Meluat! Faham tak. TAK SUKA!.”

     “Ni nak amik Aisyah dulu kan? Okeh. Lepas amik Aisyah kita pergi makan dulu. Tentu dia suka kalau kita pergi makan Chiken Chop.”

     “Huh. Annoying.”

     “I tahu I pernah buat salah pada you. Tapi you janganlah layan I macam ni. Kan I pernah cakap I akan bertanggungjawab. You...” Syahrul Iman tidak sempat menghabiskan ayatnya kerana Hanis Ariana telah memotong percakapannya terlebih dahulu.

     “Tanggungjawab seperti apa? Seperti yang Encik Syahrul buat sekarang ni ke? Cuba - cuba buat baik pada saya. Konon - konon ambil berat.... Itu ke yang Encik Syahrul maksudkan dengan ‘akan bertanggungjawab’?. Encik Syahrul ingat saya ni tak ada maruah ke? Senang - senang orang pakai. Senang - senang orang buang. Macam tu?!.”

     “Cukuplah dengan semua drama ni, Encik Syahrul. Saya dah penat!.” Hanis Ariana menyambung lagi.

     Syahrul Iman hanya diam sahaja. Jika dia membalas akan lebih mengeruhkan lagi keadaan. Lebih baik dia diam dan memandu dengan tenang.

     Selepas menjemput Aisyah di transit, mereka singgah makan Chiken Chop kegemaran Si Cilik itu. Kemudian barulah Syahrul Iman menghantar mereka pulang ke rumah.

     Keesokan harinya, seperti yang dijanjikan, Syahrul Iman menjemput Hanis Ariana dan anaknya di rumah. Tersenyum lebar Datin Aliyah kerana dapat bertemu dengan cucu angkatnya itu.

     Selepas puas berjalan, barulah Syahrul Iman menghantar Hanis Ariana dan Aisyah pulang ke rumah. Itu pun jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Datin Aliyah tiada bersama mereka ketika dihantar pulang kerana ada temujanji mengejut dengan rakannya selepas mereka makan malam tadi.

     Aisyah yang berada di tempat duduk belakang sudah tertidur kerana kepenatan seharian berjalan. Hanis Ariana pula berasa kurang sihat kerana sakit kepala. Mungkin kerana cuaca pada siang hari tadi yang sangat panas menyebabkan kepalanya sakit.

     Hanis Ariana membuka pintu rumah dan Syahrul Iman mendukung Aisyah untuk dibawa masuk ke dalam rumah. Syahrul Iman meletakkan Aisyah di atas katil biliknya selepas diarahkan oleh Hanis Ariana. Dia yang tidak dapat menahan sakit kepalanya hanya duduk bersandar di atas sofa di ruang tamunya sambil memejam mata.

     “You okey tak ni?.” Tanya Syahrul Iman setelah mendapatkan Hanis Ariana di ruang tamu. Hanis Ariana mengangguk. Matanya masih di pejam.

     “You nak I ambilkan ubat tak? Kat mana you letak I ambilkan.”

     “Kat dapur.” Syahrul Iman bergegas ke dapur dan mengambil ubat untuk diberikan kepada Hanis Ariana. Kemudian dia datang semula ke ruang tamu bersama ubat dan air.

     “Nah. Buka mulut.” Syahrul Iman menyuapkan sebiji panadol ke dalam mulut Hanis Ariana. Selepas itu di suakan pula segelas air kepada wanita itu.

     Hanis Ariana masih duduk bersandar. Namun kedudukannya di rendahkan sedikit dengan kakinya bersimpuh di atas sofa. Matanya terpejam rapat. Tanpa bertanya dahulu, Syahrul Iman terus duduk di sisi Hanis Ariana dan memicit perlahan kepala dan dahi wanita itu. Diurut juga di kening dan belakang telinga.

     “Sedapnya Encik Syahrul picit. Thanks.” Hanis Ariana seperti berada di awangan ketika merasai urutan dari Syahrul Iman. Lega sangat rasa kepalanya.

     Syahrul Iman melanjutkan urutannya di bahagian bahu pula. Dia memasukkan tangannya di balik tudung bawal yang dipakai Hanis Ariana. Wanita itu tidak melarang bahkan menarik hujung belakang tudungnya dan dibawa ke depan supaya memudahkan Syahrul Iman memicitnya.

     Terlihat tengkuk dan sedikit bahagian leher yang putih milik Hanis Ariana membuatkan jantung Syahrul Iman berdegup laju menahan rasa. Sesekali Hanis Ariana menggerak - gerakkan kepala dan bahunya ke kiri dan kanan bagi meredakan sakit kepalanya ketika Syahrul Iman mengurutnya.

     Syahrul Iman masih dengan urutannya. Dia melihat Hanis Ariana sudah tersandar lemah di atas sofa. Mungkin dia sudah tertidur. Fikir Syahrul Iman. Dia menghentikan urutannya dan bangun perlahan - lahan dari sofa. Dia melutut di hadapan Hanis Ariana dan mahu membukakan tudung wanita itu.

     Tetapi belum pun sempat dia melakukannya, tiba - tiba kedengaran beberapa ketukan pintu daripada luar beserta salam.

     Syahrul Iman pergi membuka pintu dan alangkah terperanjatnya dia apabila melihat ada beberapa orang lelaki berkopiah sedang berdiri di luar rumah.

     “Assalamualaikum. Kami dari Jabatan Agama Islam telah mendapat aduan dari penduduk sekitar sini mengatakan di dalam rumah ini ada kegiatan maksiat.”

     “Waalaikumussalam. Rasanya encik tersilap ni. Tak ada apa - apa maksiat pun berlaku dalam rumah ni.”

     Seorang daripada mereka menjengah ke dalam dan terlihat Hanis Ariana sedang tidur di sofa.

     “Itu siapa? Isteri? Atau adik? Ke...kakak?.” Syahrul Iman menggeleng.

     “Jikalau begitu, sila ikut kami ke Pejabat Agama . Kamu didapati bersalah kerana duduk berduaan di dalam satu rumah bersama seorang perempuan yang bukan muhrim. Kejutkan wanita itu dan ikut kami sekarang.”

     Syahrul Iman segera mendapatkan Hanis Ariana yang sedang tidur. Setelah diberitahu akan kedatangan pihak Jabatan Agama Islam itu, Hanis Ariana bagaikan terkena renjatan elektrik. Serta merta rasa sakit kepalanya hilang. Jantungnya bagaikan hendak gugur saat itu. Mereka di tangkap basah!.

     Hanis Ariana menelefon kakaknya, Aida meminta untuk datang ke rumahnya dengan segera. Mendengarkan nada suara adiknya yang cemas, tanpa menunggu lama, kakak dan abang iparnya bergergas ke rumahnya.

     Aisyah di tinggalkan sementara dengan abang ipar Hanis Ariana, Helmi. Manakala kakaknya, Aida ke pejabat agama bagi merungkai segala yang berlaku.

     Di luar Pejabat Agama, terlihat Datin Aliyah, Dato Redhuan, Syahrul Iman dan Hanis Ariana bersama kakaknya duduk bersama bagi menyelesaikan masalah yang menimpa itu. Suasana agak tegang di situ. Syahrul Iman tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia tertangkap basah bersama Hanis Ariana. Sedangkan selama dia berduaan dengan Melisa, tidak pernah lagi di tangkap khalwat. Bahkan setiap kali bersama wanita itu, mereka sering mengadakan hubungan seks tetapi tidak pernah lagi tertangkap.

     “Ariana. Ni semua you yang plan kan?!.” Tiba - tiba Syahrul Iman bersuara.

     Hanis Ariana terkedu. Dia memandang tajam ke arah Syahrul Iman. Apa maksud lelaki ini? Dia tertanya - tanya.

     “Apa maksud, Encik Syahrul ni?.” Mereka yang berada di situ sudah saling berpandangan meminta penjelasan daripada Syahrul Iman.

     “You jangan buat - buat tak tahulah. You yang rancang semua ni, kan? You berpura - pura sakit kepala tadi nak biar I lama - lama dalam rumah you... Then you boleh panggil orang Jabatan Agama tangkap kita. You nak I bertanggungjawab pada you setelah apa yang kita dah buat masa kat Kuantan dulu, kan?!.”

     Hanis Ariana mengepal jarinya menahan marah tatkala mendengar ayat dari mulut Syahrul Iman itu. Nafasnya turun naik menandakan dia betul - betul tidak dapat mengawal perasaan marahnya.

     Pang!!

     Satu tamparan kuat mengenai pipi Syahrul Iman. Tangannya menggigil menahan amarah yang memuncak.

     “Dengar sini ye, Encik Syahrul. Yes!! Memang saya nak Encik Syahrul bertanggungjawab pada saya setelah apa yang Encik Syahrul buat pada saya dulu. Tapi saya tahu. Orang macam Encik Syahrul ni. Orang yang suka berfoya - foya... Melakukan seks dengan entah mana perempuan.... Masakan Encik Syahrul nak bertanggungjawab pada saya?! Bila?! Saya tahu benda tu tak akan berlaku. Sebab Encik Syahrul ni seorang yang tak ada perasaan. Yang tak tahu menghargai perempuan. Untuk apa saya plan semua ni? Semata - mata mahukan Encik Syahrul bertanggungjawab?! Saya tak hadaplah dengan tanggungjawab Encik Syahrul tu! Apa yang paling saya bersyukur... Saya sangat bersyukur sebab tak ada benih Encik Syahrul yang hidup dalam rahim saya ni! Kalau tak, tentu Encik Syahrul akan fikir yang bukan - bukan lagi tentang diri saya.”

     Datin Aliyah dan Dato Redhuan sudah menggeleng - geleng kepala tanda tidak percaya apa yang di dengar.

     “Iman! Astaghfirullah al - azim... Allahhh... Apa yang Hanis cakap tu betul ke, Iman? Mama sungguh tak percaya Iman berkelakuan macam ni. Mana iman, Iman ni?! Mama tak pernah ajar tau Iman macam ni!.” Datin Aliyah sudah mula menangis.

     “Apa nak jadi dengan Iman ni? Allahuakbar. Astaghfirullah.... Sekarang ni papa nak Iman kahwin dengan Hanis! Tolong jadi orang yang bertanggungjawab. Papa dan mama tak pernah ajar anak - anak perangai serupa Iman ni. Bertaubatlah Iman.”

     “Maaf papa. Saya tak nak berkahwin dengan Encik Syahrul. Saya tak cintakan dia. Malah saya sangat benci pada dia!.”

     “Tapi Hanis. Mama nak Iman ni belajar rasa tanggungjawab atas apa yang dia dah buat. Lagipun mama tak nak orang pandang serong pada Hanis. Mama nak nasib Hanis dibela. Please, Hanis. Kahwin dengan Iman.”

     “Saya lebih rela hadap semua cacian daripada hidup dengan lelaki macam anak mama ni!.”.

     “Ana. Akak setuju dengan apa yang Dato dan Datin cakapkan tu. Sekurang - kurangnya orang tak hina Ana. Tak caci Aisyah. Akak tahu Ana tak cintakan Encik Syahrul ni. Tapi paling tidak, berkahwinlah dahulu. Biar masa yang menentukan semuanya.”

     “Owh. Jadinya, akak sukalah tengok Ana kahwin bercerai - berai?.”

     “Tak. Bukan itu maksud akak. Akak sedih kalau perkahwinan Ana tak kekal sampai ke Jannah. Tapi akak lebih sedih kalau orang menghina adik akak ni.”

     Setelah berbincang dan berfikir dalam - dalam, akhirnya Hanis Ariana dan Syahrul Iman disatukan pada malam itu juga di Pejabat Agama.

     Air mata yang ditahan sejak tadi, akhirnya gugur jua. Tidak di duga perjalanan hidupnya akan seperti ini. Sudahlah perkahwinan tidak kekal lama, sekarang di tangkap basah pula.

     Hanis Ariana pulang ke rumah bersama kakaknya, Aida. Syahrul Iman pula terus pulang ke rumahnya sendirian. Jiwanya berkecamuk dan serabut memikirkan apa yang baru terjadi. Tak pasal dia sudah bergelar seorang suami. Macam mimpi! Bercinta tidak, apa tidak. Tiba - tiba kena kahwin. Arghhhh!!!! Hatinya sebal.

     Esoknya, Hanis Ariana tidak masuk ke pejabat. Badannya tiba - tiba panas dan kepalanya sakit berdenyut - denyut. Selepas pulang dari Pejabat Agama malam tadi, dia tidak dapat melelapkan mata dan sepanjang malam dia menangis. Entah pukul berapa dia terlelap pun dia tidak sedar. Bangun sahaja pagi itu dia merasa tidak sedap badan.

     “Morning, Laila. Cik Ariana belum sampai lagi ke?.” Tanya Syahrul Iman kepada Laila yang melewati meja pekerjanya.

     “Morning, Encik Syahrul. Cik Hanis tak masuk office hari ni. Dia MC. Tak tahulah demam ke, sakit ke... I’m not sure.” Syahrul Iman yang mendengar sudah mengerut dahi.

     Sebab hal semalamkah wanita itu sampai jatuh sakit? Syahrul Iman mula tidak senang duduk.

     “Hai, handsome!.” Sapa Melisa yang baru masuk ke dalam bilik pejabatnya.

     Melisa terus mendapatkan Syahrul Iman yang sedang duduk di kerusinya. Dia melabuhkan punggungnya di atas peha Syahrul Iman. Dia memeluk tengkuk lelaki itu dengan sebelah tangannya.

     “Stop it, Mel. Kat office ni.” Syahrul Iman menolak perlahan Melisa yang duduk dibatas ribanya.

     “Alaa... Biasa you okey aje. Kenapa hari ni macam moody? You tak sihat, ea?.” Melisa sudah mula menyentuh dahi dan leher Syahrul Iman.

     “I okeylah. I sihat aje. You datang ni ada apa?.”

     “Saja. I rindu kat you sebab tu I datang. Malam ni you temankan I ea? Lama kita tak...” Melisa mendekati Syahrul Iman dan tangannya mula menggosok peha lelaki itu. Dia menggoda lelaki itu namun reaksi Syahrul Iman jelas mempamirkan kerimasan.

     “I said stop it, Mel. I think we cannot do it again.”

     “But why? Selama ni you okey aje. I layan you, you layan I. Kita sama - sama enjoy. Right? Atau you dah jemu dengan I? Or... You nak I buat step lain? Step yang lebih agresif atau smooth... .” Soal Melisa dengan nada penuh menggoda.

     “I tak ada mood ni. You baliklah. I ada banyak kerja nak kena buat ni.”

     “Okey. I balik dulu. But you jangan lupa tau. Malam ni kita ehem - ehem. I dah tak sabar dah. Okeh Sayang. I balik dulu. Bye.”

     Syahrul Iman meraup wajahnya. Dia bersandar di sofa sambil memerhatikan suasana Kuala Lumpur melalui jendela. Otaknya ligat berfikir segala apa yang mama dan papanya bisingkan padanya malam tadi. Semua ada benarnya. Sampai bila dia hendak hidup begini. Berfoya - foya, melakukan hubungan seks dengan Melisa, pergi ke kelab malam... Semua itu melalaikan. Walaupun begitu, dia bukanlah seorang perokok dan pemabuk. Sebarang jenis barangan terlarang pun dia tidak ambil.

     “Batalkan semua appointment I hari ni. I ada kerja kat luar. I tak masuk office lagi.” Syahrul Iman mengarahkan Erma, setiausahanya dan keluar meninggalkan Elegant Perfect Designer. Dia menghidupkan enjin keretanya dan beredar pergi.

     

     

 

   

     

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience