BAB 19

Romance Series 26489

BAB 19

 

     “Hanis?.” Hanis Ariana menoleh ke arah suara yang menyapanya.

     “Hizwan.” Hanis Ariana tergamam melihat bekas suaminya di depan mata.

     Dia sudah mula mengangkat kaki mahu pergi kerana takut di kasari lagi oleh lelaki yang pernah menjadi suaminya suatu ketika dahulu.

     “Nanti dulu, Hanis.” Hakim Hizwan menahan Hanis Ariana daripada pergi. Hanis Ariana memberhentikan langkahnya.

     “You jangan takut. I takkan apa - apakan you.”

     Hanis Ariana memandang wajah bekas suaminya itu. Nampak perubahan dari segi pakaiannya. Dia kelihatan lebih kemas dan tidak kusut masai seperti kali terakhir dia berjumpa lelaki ini. Adakah dia sudah berubah? Kalau betul, alhamdulillahlah. Itu semua untuk kebaikan diri dia juga. Tapi apa yang lelaki itu lakukan di PD ini?. Hanis Ariana tertanyan - tanya.

     “You apa khabar?.” Tanya Hakim Hizwan.

     “Alhamdulillah. Sihat.”

     “Anak kita, Aisyah? Dia sihat? Lama betul I tak jumpa dia.”

     “Aisyah pun alhamdulillah sihat.”

     “Alhamdulillah. Hmm... You tinggal kat PD ni ke?.”

     “Tak perlulah you tahu. You tu pulak buat apa kat PD ni?.”

     “I ada kursus kat sini. 3 hari.”

     Hanis Ariana mengangguk.

     “Kalau tak ada apa, I pergi dululah.”

     “Sekejap.” Tahan Hakim Hizwan.

     “I... I minta maaf. I nak minta maaf pada you untuk semua kesalahan I pada you dulu. I dah sia - siakan you dan Aisyah. I berdosa pada you, Hanis. I menyesal. I minta maaf.”

     “I dah lama maafkan you. I cuma harap you tak buat benda yang sama pada perempuan lain. Or... Maybe you dah kahwin sekarang. Please. Jangan ulanginya lagi pada isteri you.”

     “I tak kahwin lagi. I tak jumpa lagi perempuan baik macam you. Kalau you berikan I peluang kedua, I takkan sia - siakan peluang tu.”

     “I dah kahwin. Apa yang you harapkan tu, tak mungkin berlaku, Hizwan.”

     “Tapi... Andai kata you tak bahagia dengan suami you tu, baliklah pada I semula. Kita nikah. Dan I akan tebus semua dosa I dengan bahagiakan you dan Aisyah. Kita bina hidup kita semula.”

     “Antara kita dah jadi sejarah. Tak mungkin cerita bahagia kita macam dulu akan berulang lagi. Kalau pun jodoh I dengan dia tak panjang, I tak mungkin akan balik pada you semula. You move on-lah. Terima hakikat jodoh kita setakat ni aje.”

     Wajah Hakim Hizwan berubah mendung.

     “I pergi dulu. Assalamualaikum.” Hanis Ariana melangkah pergi meninggalkan Hakim Hizwan.

     Hanis Ariana termenung di ruangan meja pejabatnya. Fikirannya bercelaru memikirkan hal lelaki - lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya. Tidak di nafikan yang bekas suaminya itu sudah jauh berubah sekarang. Tetapi, adakah dia benar - benar sudah berubah atau hanya berlakon di hadapannya sahaja, itu dia tidak pasti.

     Lelaki yang kini menjadi suaminya pula, dia akui lelaki yang bernama Syahrul Iman itu, nampak ketulusannya mahu memperbaiki hubungan mereka. Walaupun perkahwinan mereka di sebabkan di tangkap khalwat, namun jauh di sudut hati wanitanya tercuit juga  sedikit perasaan yang dia sendiri sukar hendak luahkan dengan perkataan.

     Entahlah. Kadang - kadang dia kasihan juga melihat bekas suaminya yang bersungguh mahu balik padanya. Dia juga berasa kasihan melihat cara layanan suaminya, Syahrul Iman demi mahu membuatkan dia jatuh cinta pada dirinya. Apa yang sama antara mereka adalah kedua - duanya pernah menyakiti dan lukai hatinya.

     Tetapi tidak lelaki yang bernama Fazli Shamsudin. Dia... Memang seorang lelaki yang baik. Selalu ada di sisinya ketika dia dalam kesusahan dahulu. Kadang dia terfikir mengapa Tuhan tidak temukan mereka dahulu daripada bertemu dengan Hakim Hizwan dan Syahrul Iman. Hatinya banyak terluka dek kerana perbuatan mereka berdua. Namun dia terpaksa akur dan redha dengan semua suratan takdir hidupnya. Dia perlu terima hakikat yang dia sekarang adalah isteri Syahrul Iman.

     Sudah dua bulan dia berada di Port Dickson selepas Syahrul Iman kemalangan. Selama itu dia tidak pernah menelefon dan menghantar what'sapp kepada suaminya itu. Hanya suaminya sahaja yang rajin berbuat demikian. Namun dia tidak pernah membalas pesanan what'sapp daripada lelaki itu mahupun menjawab panggilan telefonnya. Dia cuma mahu bersendirian dan tidak mahu menyerabutkan otaknya dengan mana - mana lelaki buat masa sekarang. Hidupnya berubah 360 darjah selepas kemunculan semula Syahrul Iman di hadapan matanya. Dan sekarang, bekas suaminya pula menagih simpatinya agar kembali semula padanya.

     “Wow! Besarnya rumah you, Sayang!.”

     “Hey, Mel! What are you doing here?! Macam mana you tahu rumah I ni?!.”

     Syahrul Iman terkejut melihat Melisa berada di dalam rumahnya. Seingatnya, dia tidak pernah pun membawa Melisa ke rumah atau memberitahu wanita itu mengenai rumahnya ini. Bagaimana dia boleh tahu tentang rumahnya itu.

     “Sayang. Kalau pasal you kan, tak susah mana tau untuk I dapatkan maklumat. Actually I dah lama tahu pasal rumah you ni. Tapi tulah. You tak pernah pun bawak I ke sini. I tunggu jugak you bawak. Tapi sampai ke sudah you tak bawak I pun. Sampai hati you.”

     “Untuk apa I bawak you ke sini?! You bukan isteri I. I hanya akan bawak isteri I aje ke rumah ni. Dan ternyata bukan you isteri I!.”

     “Kalau macam tu, kita kawinlah. I rela jadi isteri nombor dua you.” Cadang Melisa.

     “Nonsense! I takkan pernah dan tidak ingin pun memperisterikan you. I langsung tak pernah ada niat pun nak kawin dengan you!.”

     “Wow! So maksud you, kita bercinta bagai nak rak dulu tu... Apa? Just suka - suka je ke? Habis tu, apa yang kita dah pernah buat sama - sama dulu tu, tak ada maknalah bagi you. Macam tu ke?.”

     “Yes! Dulu memang I cintakan you. Tapi I tak pernah rasa bahagia macam I rasa dengan isteri I. Cukuplah Mel. Antara kita dah tak ada apa - apa. You lupakanlah angan - angan you tu nak kawin dengan I. You move on jelah Mel.”

     “Senang je kan you cakap. I ni macam nak gila sayangkan you tapi you boleh buang I macam ni aje.”

     “Assalamualaikum.” Tiba - tiba kedengaran seseorang memberi salam.

     Syahrul Iman dan Melisa menoleh serentak ke arah pintu utama.

     “Sayang! Sayang dah balik!.” Jerit Syahrul Iman dalam nada terkejut. Wajahnya jelas terpancar keceriaan apabila melihat isteri tercintanya pulang.

     “Oh. Inilah dia rupanya perempuan yang dah buat you bahagia tu. Huh! Tak sangka. Pakai tudung tapi kawin sebab kena tangkap basah! Sesuailah tu dengan muka you ni. Janda tak tahu malu! Dasar perampas!.” Kata Melisa di hadapan muka Hanis Ariana dengan begitu sinis sekali.

     Hanis Ariana hanya mendiamkan diri. Tak guna dia bertekak dengan perempuan seperti Melisa ini. Hatinya juga yang akan sakit nanti. Aisyah yang berdiri di sampingnya telah di bawa ke dapur oleh Kak Leha. Tidak elok jika kanak - kanak seusia Aisyah itu terpaksa melihat dan mendengar pertengkaran 3 orang dewasa itu.

     “Jaga sikit kata - kata you tu, Mel! Bukan you tak tahu yang kes I kena tangkap basah tu semuanya angkara Rizal. You jangan suka - suka cakap isteri I macam tu lagi!. Sekurang - kurangnya dia bukan macam you. Senang - senang bagi tubuh you pada lelaki!.”

     Melisa mencebik bibir.

     “Alah, you pun nak kan? Selama kita bersama I tengok you enjoy aje dengan I. Kita happy, what. I puas. You pun puas. I rindulah nak ‘main’ dengan you, Sayang.” Melisa menghampiri Syahrul Iman dan jari jemarinya bermain - main di dada bidang lelaki itu. Sepantas itu juga Syahrul Iman menepisnya.

     “You jangan kurang ajar, Mel! Itu kisah lama! I pun dah tak ingin nak ingatkannya lagi. I jijik dengan setiap perbuatan kita dulu. I tak sepatutnya terlanjur dengan you. I menyesal sangat!.”

     “Hahaha... Kelakar I dengar. Menyesal konon. Oh. Dengan I menyesal. Habis tu yang you pergi berzina dengan perempuan ni masa kat Kuantan dulu tu... You tak menyesal pulak!.”

     “Yes! Memang I tak menyesal. Dan I tak pernah pun menyesal masa I berzina dengan isteri I ni dulu. You nak tahu kenapa? Sebab... I lebih puas dengan dia walaupun masa tu I tak berapa kenal pun lagi dengan dia. Jujur I cakap. Sejak I berzina dengan dia dulu, I selalu teringatkan dia. I selalu rindukan belaian dia walaupun baru sekali I ‘sentuh’ dia.”

     “Sudahlah Mel. Tolonglah keluar dari rumah I ni. Tolong jangan tunjuk muka you lagi depan I. Please. Jangan ganggu rumah tangga kami.”

     “You ingat semudah tu je ke I akan lepaskan you?! No Syahrul Iman! I akan pastikan orang lain pun takkan dapat you!.” Melisa merenung tajam ke arah Hanis Ariana tanda dia memberi amaran. Kemudian dia keluar dari rumah mewah itu.

     “Sayang. Jom duduk sini.” Syahrul Iman memanggil Hanis Ariana yang masih berdiri di hadapan pintu agar duduk di sofa tempatnya berada.

     Hanis Ariana pergi ke sofa yang di suruh dan duduk. Mulutnya masih diam terkunci dari sebarang percakapan.

     “Sayang sihat?.” Tanya Syahrul Iman.

     Hanis Ariana hanya mengangguk sebagai jawapan.

     “Aisyah mana?. Aisyah! Aisyah!.” Laung Syahrul Iman memanggil Aisyah.

     Tidak lama kemudian Aisyah pun muncul dari dapur. Berlari dia mendapatkan bapa tirinya itu.

     “Aisyah sihat?.”

     “Aisyah sihat, Uncle. Uncle apa khabar?. Uncle dah boleh berjalan ye?.”

     “Alhamdulillah. Uncle sihat, Sayang. Uncle dah boleh berjalan. Tapi tak boleh laju - laju. Uncle jalan pun kena pakai tongkat ni, hah. Kaki Uncle belum baik betul lagi.”

     “Ooo... Aisyah rindu kat Uncle. Hari - hari Aisyah tanya Mama bila nak jumpa Uncle. Tapi Mama diam aje. Sekarang Aisyah dah dapat jumpa Uncle. Aisyah happppy sangat!.” Kata Aisyah sambil memeluk erat Syahrul Iman.

 

     “Aisyah nak pergi biliklah. Rindu dengan toys Aisyah.” Aisyah berlari mendaki anak tangga menuju ke biliknya.

     “Sayang?. Kenapa diam aje?. Okeh. I minta maaf dengan apa yang berlaku tadi. I sendiri terkejut. I pun tak tahu dari mana Melisa tahu rumah kita ni. I minta maaf, okeh.”

.    “Bukan salah Encik Syahrul. Saya dengar apa yang Encik Syahrul cakap pada dia masa awal - awal tadi. Tak perlulah Encik Syahrul minta maaf.”

     “Tak boleh. I kena mintak maaf jugak pada Sayang. I tak nak lukakan hati Sayang lagi.”

     “Ikut Encik Syahrullah. Saya nak naik atas. Nak rehat kejap. Penat drive.” Hanis Ariana bangun dari duduknya untuk beredar ke bilik. Di wajahnya masih tiada senyuman.

     “Sayang. Bilik kita kat sebelah kanan tau.”

     “Saya tidur dengan Aisyah.” Hanis Ariana terus berlalu pergi setelah memberitahu bahawa dia akan tidur bersama anaknya.

     Sebulan berlalu. Hanis Ariana masih tinggal di rumah Syahrul Iman. Kebetulan Aisyah sudah habis bersekolah tadika dan sedang bercuti akhir tahun.

     “Sayang. Hmm... Dah sebulan Sayang kat sini. Sayang akan balik PD semula ke?.” Tanya Syahrul Iman ketika mereka bersarapan.

     “Encik Syahrul tak suka dah ke saya dengan Aisyah tinggal kat sini?.”

     “Ish apa ni Sayang cakap. I cuma tanya aje. I takut kalau Sayang pergi tinggalkan I lagi. Sekurang - kurangnya I boleh bersedia kalau Sayang nak tinggalkan I lagi.”

     “Saya dah tak duduk PD tu dah. Kerja pun saya dah berhenti. Kalau Encik Syahrul tak suka kami duduk sini, kami akan keluar. Saya akan cari rumah sewa lain.”

     Syahrul Iman terdiam mendengar kata - kata dari Hanis Ariana itu. Adakah isterinya masih marah dan terasa hati dengan kes Melisa datang dulu tu? Dia pun kurang pasti. Tetapi dia sebolehnya akan menjaga tiap tutur katanya agar tidak melukakan hati isterinya itu. Dia takut jika isterinya akan pergi meninggalkannya sekali lagi.

     “Sayang. Janganlah cakap macam tu. I tak nak Sayang pergi lagi. I nak kita mulakan hidup baru bersama. I nak Sayang sentiasa ada di sisi I. Please... Jangan tinggalkan I lagi.”

     “Saya tak janji. Saya takut nak berjanji. Saya takut kalau hati saya ni terluka lagi. Luka yang dulu pun masih bersisa sakitnya.”

     “Sayang... Janganlah ungkit lagi. I betul - betul menyesal dengan apa yang I buat pada Sayang dulu. I minta maaf. Okeh. Sayang tak perlu berjanji apa - apa dengan I. I takkan paksa Sayang. Sayang buatlah apa yang Sayang nak. I takkan halang.”

     Syahrul Iman bangun dari kerusinya dan pergi meninggalkan Hanis Ariana di meja makan sendirian. Hatinya sedikit terasa dengan cara percakapan isterinya itu. Sejak isterinya itu pulang, layanannya amat dingin pada dirinya. Ayat yang keluar dari mulutnya juga selalu berbaur sindiran. Adakah dia yang terlalu sensitif atau pun mungkin juga dia sudah berputus asa mahu mengejar isterinya itu, dia sendiri kurang pasti.

     Hanis Ariana terkedu melihat Syahrul Iman pergi meninggalkan dirinya sendirian di meja makan dengan makanannya yang baru sedikit di jamah itu. Dia berasa bersalah pula kerana telah mengungkit kisah lama. Mahu pergi memujuk, hatinya menegah untuk melakukannya. Akhirnya dibiarkan saja perkara itu berlalu begitu saja.

     Seminggu berlalu selepas peristiwa di meja makan, hubungan Syahrul Iman dan Hanis Ariana masih lagi dingin. Syahrul Iman sudah pun cuba berlagak biasa namun kelihatan amat janggal.

     Malam itu, lebih kurang pukul 1 pagi, Syahrul Iman terjaga dari tidur kerana tekaknya berasa dahaga. Hajatnya mahu meminum air yang biasanya telah tersedia di atas meja sisi katilnya terbantut kerana jag yang berisi air itu sudah kosong. Hendak tak nak dia terpaksa juga turun ke dapur untuk meminum air.

     Ketika sampai di tangga, matanya terpandang bilik tidur Aisyah. Niatnya mahu ke dapur dibatalkan kerana hatinya tiba - tiba teringin sangat singgah ke bilik itu. Di dalam bilik itu ada isterinya yang sedang tidur bersama anaknya.

     Syahrul Iman memulas tombol pintu dengan sangat hati - hati kerana dia tidak mahu mengganggu tidur dua beranak itu.

     Suasana di dalam bilik tersebut hanya di terangi cahaya lampu tidur yang malap. Syahrul Iman mendekati Hanis Ariana yang sedang lena bersebelahan Aisyah. Dia menatap lama wajah yang kian hari bertapak di dalam hatinya.

     Cantik. Ya. Isterinya memang seorang yang sangat cantik di matanya. Manis senyumannya. Tetapi dia sudah lama tidak melihat senyuman manis itu terukir di bibir isterinya. Rindu. Itulah yang dia rasakan.

     Lama dia menatap raut wajah Hanis Ariana. Kemudian dia memandang pula seluruh tubuh wanita itu. Matanya tertancap di bahagian kaki yang sedikit terdedah tidak berselimut. Dia menghampiri isterinya dan mahu membetulkan selimut tersebut.

     Baru saja dia mahu menarik selimut itu, tiba - tiba Hanis Ariana bergerak perlahan sehingga menampakkan lagi kakinya. Kalau tadi hanya terlihat kakinya separas betis, kali ini bajunya tersingkap sehingga menampakkan sebahagian pehanya pula.

     Syahrul Iman menelan liur. Jantungnya berdetak laju melihat tubuh isterinya yang agak seksi itu. Matanya tidak lepas memandang peha milik isterinya itu.

     “Eh. Encik Syahrul. Buat apa kat dalam bilik ni?.” Syahrul Iman terus melarikan pandangannya ketika menyedari isterinya sudah tersedar dari tidur.

     “Err... I haus. I nak minum air. Tapi air dalam jag dah habis. Sorry kalau buat Sayang terjaga.”

     Hanis Ariana berkerut dahi seperti memikirkan sesuatu. Ya Allah! Baru dia teringat yang dia terlupa mahu mengisi air di dalam jag itu sebelum tidur tadi.

     “Encik Syahrul tunggu japlah kat dalam bilik Encik Syahrul. Saya pergi ambikkan air.” Syahrul Iman mengangguk lalu keluar dari bilik Aisyah dan berjalan menuju ke biliknya.

     Beberapa minit kemudian, Hanis Ariana sampai di dalam bilik Syahrul Iman dengan membawa satu jag air.

     “Nah.” Hanis Ariana menyuakan segelas air kepada Syahrul Iman.

     “Sorry I dah susahkan Sayang.”

     “Eh tak pelah. Saya yang patut mintak maaf sebab saya terlupa nak isi jag air sebelum tidur tadi. Hmm... Kalau tak ada apa - apa lagi, saya balik bilik dululah ye.”

     “Sayang! Sekejap.” Hanis Ariana menoleh.

     “Ya, Encik Syahrul. Encik Syahrul ada nak apa - apa lagi ke?.”

     “Duduk sini sekejap, Sayang.” Syahrul Iman meminta Hanis Ariana duduk di hadapannya di birai katil. Isterinya menuruti.

     “Kenapa, Encik Syahrul?.” Syahrul Iman memegang kedua belah tangan Hanis Ariana.

     Hanis Ariana terkedu dengan perlakuan Syahrul Iman namun dibiarkan sahaja. Mata mereka saling bertatapan.

     Syahrul Iman mengelus lembut tangan Hanis Ariana sebelum memulakan bicara.

     “Sayang. I nak minta maaf.”

     “Minta maaf? Minta maaf untuk?.” Hanis Ariana sudah berkerut dahi tanda tidak mengerti.

     “I nak minta maaf sebab I banyak sakitkan hati Sayang. I minta maaf sebab I tinggalkan Sayang makan sorang - sorang hari tu.”

     “Saya tak amik hati pun. Encik Syahrul tak payahlah nak minta maaf pasal hal tu. Encik Syahrul tidurlah. Kata esok nak masuk office, kan. Tidurlah.” Hanis Ariana sudah bangkit dari duduknya dan mahu pergi tetapi di tahan sekali lagi oleh Syahrul Iman.

     “Ada apa lagi ni?.”

     Syahrul Iman memandang wajah Hanis Ariana. Tangannya mengusap lembut pipi isterinya.

     “Encik Syahrul kenapa ni?.” Tanya Hanis Ariana sambil memegang tangan suaminya yang mengusap pipinya.

     Syahrul Iman merenung mata isterinya lama membuatkan Hanis Ariana berasa kurang selesa. Hanis Ariana semakin hairan dengan perlakuan suaminya itu.

     “Encik Syahrul ni kena....” Tidak sempat Hanis Ariana menghabiskan ayatnya, bibir Syahrul Iman sudah pun melekap di bibirnya. Bulat biji mata Hanis Ariana kerana terkejut dan dengan pantas dia menolak badan Syahrul Iman.

     “Sorry. Sayang, sorry.” Hanis Ariana terus bangun dan berjalan laju menuju ke pintu sambil memegang bibirnya. Jantungnya berdetak kencang kala itu.

     Sampai saja di hadapan pintu, kakinya berhenti melangkah.

     ‘Hanis! Kau nak ke mana tu? Kenapa kau larikan diri dari suami kau? Itukan suami kau. Kenapa kau tolak hajat dia? Kau tahu tak, berdosa kau buat macam tu. Kenapa? Kau takut? Kau takut yang dia masih macam dulu? Kau tak nampak ke yang dia betul - betul dah berubah. Kau tak nampak ke yang dia ikhlas sayangkan kau dan Aisyah. Atau... Kau sebenarnya nak balik semula pada bekas laki kau, Hizwan tu? Boleh ke kau cintakan dia macam dulu? Tergamak ke kau nak minta cerai pada suami kau tu semata - mata nak balik semula pada bekas laki kau tu? Macam kau buat dulu kerana Fazli! Kau, perempuan macam tu ke? Betul. Suami kau tu pernah lukakan hati kau. Tapi dia dah berubah. Dia dah bertaubat. Berapa lama lagi kau nak seksa dia? Seksa diri kau! Satu lagi. Sampai bila kau nak panggil dia dengan panggilan ‘Encik’? Encik Syahrul. Langsung tak ada rasa hormat! Buanglah ego kau tu sikit seperti mana suami kau tu lakukan sekarang demi membuatkan kau jatuh cinta pada dia. Langsung tak terkesan ke dalam hati kau tu dengan usaha yang suami kau buat? Hanis... Hanis... Jangan nanti kau menyesal pulak dengan tindakan kau ni. Hah! Apa kau tunggu lagi? Pergilah kat suami kau tu. Pulihkan semula hubungan kau dengan dia. Pergi!!.’ Bisik satu suara di telinganya.

     Hanis Ariana menarik nafas sedalamnya sebelum dia membuat keputusan yang sewajarnya pada malam itu.

     Hanis Ariana berpaling ke belakang selepas dia menutup rapat dan mengunci pintu bilik itu. Dia berjalan mendapatkan Syahrul Iman yang masih duduk di birai katil.

     “Sayang? Kenapa ni? Sayang marahkan I lagi pasal tadi ke? Okeh. I minta maaf. I tak ada niat pun. Semuanya...” Syahrul Iman tidak menghabiskan kata - katanya kerana Hanis Ariana sudah meletakkan jarinya di mulut lelaki itu agar tidak meneruskan percakapannya.

     Syahrul Iman berkerut dahi kehairanan. Pelik melihat tingkah laku isterinya itu. Adakah apa yang dia lakukan tadi benar - benar telah menyakiti hati wanita itu? Dia sudah mula risau.

     Hanis Ariana menarik tangan Syahrul Iman dan di salaminya. Dikucup lembut tangan itu.

     “Abang.”

     Semakin berkerut dahi Syahrul Iman apabila mendengar panggilan ‘Abang’ yang dilafaz oleh Hanis Ariana.

     “Abang?.” Tanya Syahrul Iman kehairanan. Hanis Ariana mengangguk.

     “Saya minta maaf. Saya sedar yang saya tak pernah jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri. Saya minta maaf untuk semua yang saya dah lakukan sejak dari kita kawin, sampailah saat ini. Saya banyak lukakan hati Abang. Tolong maafkan saya ya.”

     “I.. Abang! Abang yang sepatutnya minta maaf pada Sayang. Banyak benda yang Abang buat dah lukakan hati Sayang. Abang betul - betul minta maaf. Ikhlas dari hati Abang. Abang nak kita hidup bahagia sama - sama. Abang janji Abang takkan abaikan Sayang dan Aisyah. Abang akan bahagiakan Sayang dengan Aisyah. Please. Abang harap Sayang tak tinggalkan Abang lagi lepas ni.”

     “Abang. Saya janji. Saya takkan tinggalkan Abang lagi. Saya nak hidup bahagia dengan Abang. Saya dah penat nak bergaduh dan hadap semua kesedihan dalam hidup saya ni. Saya nak mulakan hidup baru dengan Abang. Saya nak happy - happy aje. Tak nak dah sedih - sedih, masam muka. Saya penat.”

     “Mulai saat ini, kita lupakan semua yang dah berlaku, ya Sayang. Kita bina hidup bahagia kita sama - sama. Dengan Sayang... Dengan Aisyah.”

     “Dan dengan bakal anak kandung Abang.” Hanis Ariana tersenyum manis memandang Syahrul Iman yang sudah kebingungan.

     “Maksud Sayang?.”

     Hanis Ariana tidak menjawab. Dia memeluk erat suaminya dengan penuh rasa kasih sayang. Kemudian dia mengusap lembut pipi Syahrul Iman dan mengucupnya lama. Setelah dia mengucup kedua belah pipi Syahrul Iman, dia beralih pula ke bibir lelaki itu.

     Tidak lama, Syahrul Iman terus memagut bibir Hanis Ariana dengan penuh ghairah namun masih dalam kelembutan.

     Hanis Ariana membuka tudung sarungnya sebagai tanda mengizinkan suaminya itu ke langkah seterusnya. Syahrul Iman yang sememangnya merindukan belaian dari Hanis Ariana tidak menunggu lama terus memberikan ciuman hangat sambil tangannya menarik ikatan dress tidur satin yang dipakai oleh isterinya itu.

     Hanis Ariana juga memainkan peranannya dengan baik sekali apabila dia juga tanpa segan silu menyeluk tangannya ke dalam baju t-shirt yang dipakai Syahrul Iman. Diusap dan dibelai tubuh suaminya itu dengan penuh keghairahan.

     Seketika mereka berhenti untuk melepaskan semua pakaian yang ada di badan untuk meneruskan keinginan nafsu mereka yang sudah sampai ke kemuncaknya.

     Sedar tak sedar, jam sudah menghampiri pukul 5 pagi ketika mereka sedang sama - sama berbaring di atas katil di bawah satu selimut yang sama tanpa seurat benang.

     Hanis Ariana yang berbaring berbantalkan lengan Syahrul Iman memeluk erat tubuh lelaki itu sambil matanya dipejam dan jarinya mengusap - usap lembut dada suaminya.

     “Sayang.”

     “Hmm.”

     “Abang rasa bahagia sangat malam ni. Thanks sebab Sayang sudi ‘layan’ Abang. Dah lama Abang tak rasa puas macam ni. Hmm... Sayang puas tak dengan ‘layanan’ Abang tadi?.”

     “Ish Abang ni. Malulah cakap pasal tadi. Cakap pasal lainlah.”

     “Sayang janganlah malu. Abang kena tahu kalau - kalau Sayang tak puas ke, tak suka ke, dengan cara Abang tadi. Abang boleh betulkan. Kan Abang dah janji nak bahagiakan Sayang. Dalam tuntutan seks jugak penting tau. Kalau Sayang tak happy, Abang kena happy - kan Sayang. Tak bolehlah Abang sorang aje yang puas. Tapi sebaliknya Sayang tak seronok. Kita kenalah sama - sama seronok. Barulah datang bahagia tu.”

     “Setakat ni saya okey aje dengan semuanya. Kalau ada yang saya tak berkenan, saya bagitahu okeh. Apa pun... Terima kasih sebab Abang masih boleh terima saya lagi.”

     “Tentulah Abang akan sentiasa terima Sayang dalam hidup Abang ni. Kerana Sayanglah Abang banyak sedar kesilapan Abang. Kerana Sayang jugaklah Abang tahu erti cinta dan sayang yang sebenarnya dalam berpasangan. Walaupun... Kita kahwin dengan cara yang tak berapa best, tapi Abang bersyukur sebab Sayang yang jadi isteri Abang. Bukan Melisa dan bukan perempuan lain. Abang sendiri tak sedar bila masanya Abang mula jatuh cinta pada Sayang. Perasaan tu hadir sendiri dalam hati ni. Sayang ingat tak masa kita kat Kuantan dulu? Sebenarnya kan, Abang rasa cemburu sangat bila Si Fazli tu usyar Sayang. Tapi tulah. Takkan Abang nak tunjuk, kan yang Abang jealous. Kita pun tak ada apa - apa hubungan masa tu.”

     “Oh... Sebab tulah Abang berbohong pada dia yang kita akan balik petang tu jugak ye?.” Syahrul Iman mengangguk sambil tersenyum. Segala kenangan yang mereka lalui bersama ligat menerjah ke dalam kotak ingatannya.

     “Dan... Perkara yang sering bermain dalam kepala ni sebelum kita berkahwin dulu ialah... Masa Abang masuk bilik Sayang dan kita.... Sejak tu Abang asyik teringatkan Sayang. Abang minta maaf ye Sayang kerana Abang ‘sentuh’ Sayang malam tu. Abang tak dapat nak kawal keinginan Abang pada Sayang.”

     “Dahlah Bang. Tak payahlah ungkit lagi cerita lama. Saya pun dah tak nak ingatkan lagi daj. Biarlah semua tu jadi kenangan dan pengajaran pada kita berdua. Hmm... Nak dekat pukul enam dah ni. Saya nak mandi bersihkan diri dulu.” Hanis Ariana bangun dan mencapai tuala lalu melangkah ke bilik air.

     Tidak lama Hanis Ariana berada di dalam bilik air, tiba - tiba kedengaran pintu di ketuk dari luar.

     “Ada apa Abang ketuk pintu ni? Abang nak guna dah ke bilik air? Japlah. Saya baru je masuk ni.”

     “Hmm... Orang kata, kan... Elok tau kalau suami isteri mandi sama - sama. Boleh mengeratkan lagi hubungan tu. Boleh menambahkan lagi kasih sayang tau.”

     “Jangan mengadalah. Dah lambat ni nak solat Subuh.” Hanis Ariana mahu menutup pintu tetapi di tahan oelh Syahrul Iman. Dia terus melangkah masuk ke dalam bilik air itu walaupun ketika itu Hanis Ariana sudah menjegilkan matanya tanda tidak setuju.

     Hanis Ariana akhirnya terpaksa juga akur dan membenarkan suaminya mandi bersama - sama.

     Dari luar bilik air kedengaran gelak tawa mereka bergurau senda. Sesekali terdengar desahan manja Hanis Ariana kerana ‘layanan batin’ Syahrul Iman. Entah apa yang merasuk suaminya itu hingga mahu ‘bersama’ lagi walaupun ketika mereka berada di dalam bilik air. Mungkin kerana sudah lama menahan rasa tidak bersetubuh itulah yang membuatkan nafsunya membuak - buak ingin melepaskan semuanya.

     Bagi Hanis Ariana pula, dia juga merindukan ‘layanan’ seorang lelaki bernama suami. Dari sebelum dia bercerai dengan Hakim Hizwan lagi keinginan nafsunya tidak pernah di penuhi. Mungkin kerana itu jugalah dia tidak menolak godaan suaminya itu ketika mereka di Kuantan dahulu. Ya. Dia akui yang dia juga saling melayani suaminya pada masa itu sehingga mereka sama - sama berasa puas. Walaupun dia sedar pada ketika itu mereka masih belum bernikah. Dia hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan dan dosa. Dia juga manusia biasa yang punya perasaan dan nafsu yang minta dibelai. Syukurlah lelaki yang sama - sama melakukan zina bersamanya dahulu sudah pun menjadi suaminya yang sah walaupun pernikahannya terjadi di sebabkan oleh tangkap basah.

     Harapannya kini, dia mahu hidup bahagia bersama suaminya, Syahrul Iman dan anaknya Aisyah.

     

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience