BAB 15

Romance Series 26489

BAB 15

     “Assalamualaikum, Encik Syahrul.”

     “Waalaikumussalam. I baru nak call you. You dah call dulu. Rindu I ke?.”

     “Jangan nak perasanlah, Encik Syahrul. Tak ada sape rindu kat Encik Syahrul tu.”

     “Sampai hati tak rindukan I. So, you call ni ada apa? Anything problem?.”

     “Hmm... A'ah. Ada problem sikit. Kereta saya rosak lagi.”

     “Habis tu, you okey tak ni? Nak I pergi sana tak?.” Tanya Syahrul Iman panik.

     “Ishh... Encik Syahrul ni. Saya okeh ajelah. Biasalah kereta saya tu selalu rosak. Yang Encik Syahrul ni buat KL dengan PD ni macam dekat aje kan. Kalau saya tunggu Encik Syahrul datang ni, silap - silap kereta saya tu dah betul semula dah. Dah tak payah susah - susah nak datang PD ni jauh - jauh.”

     “Okeh. Harap you tak ada apa - apa kat sana. You take care tau. Kereta you tu dah patut tukar baru dah. Selalu sangat rosak.”

     “Belum mampu lagi Encik Syahrul. Pakai jelah dulu apa yang ada ni. Tak payah risaulah, Encik Syahrul. Saya okeh aje. Selama ni pun saya hadap sorang - sorang semua masalah. Hmm... Ni saya call ni sebab nak bagitahu yang saya guna kad kredit Encik Syahrul buat bayar repair kereta. Saya guna seribu setengah. Encik Syahrul jangan risau nanti saya bayar balik. Tapi bayar ansur - ansurlah.”

     “Laa... Nak bagitahu itu je ke? Kan I dah cakap. Kalau you nak guna kad tu, you pakai aje berapa banyak pun. I bagi you kad tu. Pakai aje dan tak perlu bayar balik. Bulan - bulan pun biar I yang bayar. You cuma guna aje. Okeh.”

     “Tapi... Saya rasa tak sedaplah kalau tak bayar balik.”

     “Dah. Dah. Jangan nak mengada - ngada nak bayar balik ke apa. You guna dan tak perlu bagitahu I apa yang you belanjakan. I ikhlas bagi you. Jumaat malam I sampai sana tau. Lepas habis kerja I gerak ke sana.”

     “Okeh. Encik Syahrul nak datang sini nanti hati - hati. Drive carefully.”

     “Insha Allah. You pun jaga diri tau. Kalau ada apa - apa masalah bagitahu I, okeh.”

     Kereta Myvi Hanis Ariana kerap sangat rosak. Sedikit sebanyak terganggu juga wang simpanannya. Dia mengeluh. Tetapi cepat - cepat dia beristighfar. Baginya itulah ujian kehidupannya selain daripada diuji dengan dugaan perkahwinan.

     Dalam masa yang sama, dia amat bersyukur kerana Syahrul Iman memberinya kad kredit. Dapatlah dia membayar kos baiki keretanya itu. Jika tidak, sudah tentu dia terpaksa menggunakan khidmat e-hailing sebagai kenderaannya untuk bergerak ke mana - mana.

     Lebih kurang pukul 8 malam hari Jumaat, Syahrul Iman tiba di rumah Hanis Ariana. Habis sahaja kerja tadi, dia terus bergerak ke Port Dickson tanpa singgah di rumahnya mahupun rumah orang tuanya. Dia gembira dan tidak sabar mahu bertemu isterinya yang kini sudah menjadi seorang yang paling istimewa di dalam hatinya.

     “Assalamualaikum.” Syahrul Iman memberi salam kepada Hanis Ariana yang menyambut kehadirannya di hadapan pintu.

     “Waalaikumussalam. Masuklah.”

     Syahrul Iman tidak berganjak. Hanis Ariana yang perasan, menoleh ke belakang.

     “Kenapa tak masuk?.”

     Syahrul Iman menghulurkan tangan mahu bersalaman dengan isterinya. Hanis Ariana yang melihat sudah berkerut dahi.

     “Errr....” Hanis Ariana teragak - agak mahu menyambut huluran tangan dari Syahrul Iman itu.

     “Sorry.” Akhirnya Hanis Ariana menarik semula tangannya sebelum sempat dia menyambut huluran tangan lelaki itu.

     Hanis Ariana terus berlalu masuk ke dalam rumah. Syahrul Iman hanya diam memerhatikan isterinya pergi. Dia melihat tangannya yang masih dalam keadaan posisi menghulur. Kemudian dia tersenyum sendiri. Dia tidak ambil hati pun isterinya itu tidak mahu bersalaman dengannya. Dia sedar yang isterinya itu masih belum dapat menerima dirinya. Dengan kesalahan yang dia pernah lakukan dulu, tentu saja sudah meninggalkan bekas luka di hati wanita itu. Tentu ia akan mengambil masa untuk sembuh. Tak apalah. Dia akan sabar menunggu waktu itu. Syahrul Iman tersenyum lagi.

     “Uncle!! Yeayy!! Uncle datang!! Ingatkan tak jadi datang.” Laung Aisyah sambil berlari mendapatkan Syahrul Iman ketika dia melangkah kaki masuk ke dalam rumah.

     “Eh. Mestilah Uncle datang. Kan Uncle dah janji nak datang. Aisyah sekolah okeh tak?.”

     “Okeh je Uncle. Teacher dengan kawan - kawan semua best. Belajar pun seronok.”

     “Alhamdulillah.”

     “Okehlah. Aisyah nak tengok kartun kejap. Bye Uncle.” Aisyah berlari ke ruang tamu untuk menyambung semula menonton cerita kartun.

     “Encik Syahrul dah makan?.” Tanya Hanis Ariana.

     “Belum lagi. Tadi habis je kerja I terus bertolak ke sini. Malas nak singgah makan. Sebab I dah tak sabar nak jumpa you. Rindu.”

     “Hmm... Yelah tu. Okeh. Sekarang, Encik Syahrul pergilah mandi dulu buat apa yang patut dulu ke... Saya panaskan lauk. Jap lagi kita makan sama - sama.”

     “Okeh. Thanks, you.”

     Syahrul Iman berlalu menuju ke bilik air yang berada di dalam bilik tidur Hanis Ariana. Dia mandi dan bersolat dahulu sebelum keluar untuk makan malam.

     “Wahhh... Sedapnya bau.” Tegur Syahrul Iman ketika menuju ke meja makan.

     “Masak simple aje Encik Syahrul. Harap menepati citarasa Encik Syahrullah. Jemputlah makan.”

     Syahrul Iman mengambil tempat duduk dan Hanis Ariana mencedukkan nasi dan lauk ke atas pinggan lelaki itu.

     “You makan sekalilah. Aisyah tak makan sekali ke?.”

     “Aisyah dah makan dulu dah tadi. Dah lapar sangat katanya.” Syahrul Iman mengangguk - angguk kepalanya.

     Selepas menyediakan makanan buat Syahrul Iman, Hanis Ariana pula duduk untuk makan bersama.

     “Ya Allah sedapnya you asam pedas ni.” Puji Syahrul Iman.

     “Tak payahlah nak amik hati saya dengan pujian tu.”

     “Ya Allah. I tak tipu. Sedap gila asam pedas you ni. Pandai you masak.”

     “Hmm... Yelah. Terima kasih sebab puji.”

     Selesai makan malam, mereka tiga beranak menonton televisyen di ruang tamu. Jam ketika itu sudah menunjukkan pukul 10.30 malam semasa Aisyah mengadu sudah mengantuk dan mhu masuk tidur. Hanis Ariana menemani Aisyah sehingga tertidur kemudian barulah dia ke ruang tamu semula.

     “Tidur dah Aisyah?.” Tanya Syahrul Iman.

     “A'ah tidur dah.” Jawab Hanis Ariana sambil duduk di atas sofa bersebelahan Syahrul Iman. Namun kedudukannya di jarakkan jauh dari lelaki itu.

     “Best pulak cerita ni. I dah lama tak duduk - duduk santai macam ni sambil tengok tv tau. Sebelum ni I selalu busy. I jarang ada masa nak tengok tv macam ni. Rupanya seronok jugak kan tengok tv dengan wife dengan anak macam ni.” Syahrul Iman menoleh ke arah Hanis Ariana apabila dia tidak mendapat kata balas dari wanita itu.

     “Laa... Dah tidur rupanya.” Syahrul Iman menggeleng kepala sambil tersenyum melihat isterinya yang sudah terlentok tidur di bahu sofa.

     “You. Bangun. Tidur masuk bilik.” Syahrul Iman mengejut Hanis Ariana agar bangun pindah masuk ke dalam bilik.

     “You. You.” Syahrul Iman menggerakkan lagi tubuh isterinya.

     Beberapa kali dikejut, barulah wanita itu terjaga.

     “Nak tidur masuk bilik.” Kata Syahrul Iman lagi.

     Hanis Ariana terpisat - pisat memandang Syahrul Iman. Matanya sungguh mengantuk kala itu. Dia bangun ingin masuk ke biliknya. Tetapi hanya beberapa langkah sahaja kemudian dia berhenti dan menoleh ke arah Syahrul Iman.

     “Sebelum tidur nanti tolong cek pintu semua ye Encik Syahrul. Tu selimut dengan bantal. Saya masuk tidur dulu. Selamat malam, Encik Syahrul.” Hanis Ariana sempat meninggalkan pesan kepada Syahrul Iman sebelum dia masuk ke bilik.

     Hanis Ariana masuk ke dalam biliknya dan pintu di tutup rapat. Dia masih lagi tidak selesa untuk tidur sekatil dengan suaminya yang baru muncul selepas setahun itu. Kekok dan janggal apabila jika tiba - tiba ada seorang lelaki tidur di sebelahnya. Dia sendiri kurang pasti dengan hatinya terhadap Syahrul Iman. Lelaki itu? Entahlah. Dia juga tidak pasti adakah lelaki itu benar - benar sudah dapat menerima dirinya dalam hidupnya.

     “Hai, you. Morning.” Ucap Syahrul Iman dengan senyuman tatkala melihat Hanis Ariana masuk ke dapur.

     “Morning. Banyaknya masak. Dapat mana bahan - bahan masak ni semua? Rasanya dalam peti ais saya tu tak ada benda - benda ni.” Tanya Hanis Ariana kehairanan.

     “Malam tadi I tak boleh tidur. Tiba - tiba I dapat idea nak bawak you dengan Aisyah picnic. So... I pun start kereta I keluar pergi kedai 24 hours and I beli bahan - bahan ni semua. Sekarang ni, you pergi kejut Aisyah. Siap - siap kita pergi picnic.”

     “Picnic?.”

     “Yeah. Picnic. Kita picnic kat pantai PD. Tentu Aisyah seronok.”

     “Owh.. Okeh. Hmm... Encik Syahrul nak saya tolong apa - apa tak ni sebelum saya kejut Aisyah?.”

     “Hahh... You ada bekas tak nak letak makanan ni semua?.”

     “Bekas ea? Jap.” Hanis Ariana ke almari penyimpanan bekas plastik dan mengeluarkan beberapa buah untuk diisi makanan yang di masak oleh Syahrul Iman.

     “Nah. Saya pergi kejut Aisyah dulu, ye. Kalau Encik Syahrul perlukan bantuan, panggil je saya tau.”

     “Okeh, you. Thanks.”

     Sedang Syahrul Iman memasukkan barang - barang ke dalam bonet kereta, tiba - tiba ada sebuah kereta berhenti di hadapan keretanya yang di parkir di luar beranda rumah.

     “Assalamualaikum.”

     “Waalaikumussalam. Fazli?.”

     “So surprised! Kau apa khabar, Syahrul?.”

     “I’m good. Kau buat apa kat sini?.”

     “Sepatutnya aku yang tanya kau. Kau buat apa kat sini? Selepas setahun?.”

     “Aku jumpa isteri akulah. That’s why I’m here. Kau dengan Ariana....?.”

     “Selama kau tak ada, akulah yang selalu temani dia. Aku yang selalu ada dengan dia masa dia susah.”

     “Owh. So... Kau ke sini nak jumpa dialah ni?.”

     “Yes. Macam biasa. Boleh dikata setiap minggu aku akan ke sini jumpa dia. Dia mana?.”

     “Fazli?.” Tegur Hanis Ariana yang ketika itu ke luar rumah untuk membantu Syahrul Iman.

     “Hye, you. So... How long?. Owh. Patutlah you jarang call, text I akhir - akhir ni. Rupanya ‘suami’ dah balik.”

     “Fazli. I’m so sorry. I can explain semuanya.”

     “You explain jelah nanti. I belum bersedia nak dengar explain you tu yang mungkin akan lukakan hati I ni. I balik dulu. Assalamualaikum.”

     “You, wait!. I can explain to you. Please listen to me.”

     Fazli Shamsudin tidak mengendahkan kata - kata dari Hanis Ariana itu. Dia terus menaiki keretanya dan pergi dari situ. Hatinya amat terluka ketika dia melihat Syahrul Iman berada di rumah wanita yang dia sayang itu. Walaupun dia tiada hak untuk melarangnya, namun hatinya tidak dapat menerima jika wanita itu akan kembali kepada suami yang pernah buruk sangka padanya dahulu.

     “So... Dialah ‘someone special’ tu?.” Tanya Syahrul Iman.

     “Encik Syahrul tak perlu tahulah.”

     “Okeh. I takkan tanya you apa - apa lagi. I dah tahu dah jawapannya. So. Jom kita geraklah. Kalau siang sangat nanti ramai orang pulak.”

     Syahrul Iman, Hanis Ariana dan Aisyah bergerak ke pantai Port Dickson untuk berkelah. Sepanjang perjalanan, Hanis Ariana tidak banyak bercakap. Ternyata wajah dan kelakuannya berubah selepas kehadiran Fazli Shamsudin di rumahnya tadi.

     “Seronok tengok Aisyah happy. Tengok tu. Suka dia main pasir.”

     Hanis Ariana tidak membalas. Syahrul Iman menoleh ke arah wanita itu yang duduk di sebelahnya.

     “You? You kenapa?.” Hanis Ariana masih diam membisu.

     “You jadi moody macam ni sebab Fazli, kan?.” Sambung Syahrul Iman lagi.

     “Saya tak ada mood-lah nak bercakap pasal ni.”

     “I tahu dialah ‘someone special’ dalam hati you, kan. Kalau tak, takkan you boleh berubah mood macam ni sekali.”

     Hanis Ariana merenung lama ke wajah Syahrul Iman sebelum dia membalas kata - kata lelaki itu.

     “Sejak kejadian ditangkap dalam hotel dulu tu, dialah yang banyak beri dorongan pada saya. Selalu ada masa saya dalam keadaan serabut tak tahu nak buat apa. Bantu saya dengan Aisyah hadapi hidup kami yang tak ada arah nak dituju. Kerana dialah saya kuat untuk meneruskan kehidupan ni. Selama setahun dia tak pernah jemu, tak pernah mengeluh ulang - alik dari Kuantan ke PD ni semata - mata kerana saya dan Aisyah. Dia terlalu baik pada saya dan Aisyah. Dia tak pernah ambik kesempatan. Saya tak boleh nak biarkan hati dia terluka macam tu aje. Encik Syahrul faham kan perasaan dilukai macam mana?.”

     “I faham perasaan tu macam mana. Tapi... I takkan biarkan isteri I sukakan lelaki lain selain daripada suami dia sendiri.”

     “So... Encik Syahrul nak saya buat apa? Encik Syahrul nak expect saya akan layan, terima Encik Syahrul macam mana? Setelah setahun, tiba - tiba Encik Syahrul muncul depan mata saya ni dan mintak untuk saya jatuh cinta pada Encik Syahrul ke apa ni? Macam tu ke?.”

     “I tahu dan I dah sedar semua salah I. I mengaku memang I bersangka buruk pada you dulu. I penyebab you keguguran anak kita. I banyak sangat salah pada you. I minta maaf. Lepas I tahu semua kebenarannya, I sedar yang I tersilap buat andaian terhadap you. You seorang perempuan yang baik. I bersyukur sangat sebab you jadi isteri I. I takkan lepaskan you buat kali kedua, Ariana. I nak kita mulakan semula hubungan kita ni. Kita bina keluarga bahagia kita sama - sama. I akan jadi suami yang baik untuk you dan ayah yang baik untuk Aisyah. I takkan sia - siakan diri you lagi lepas ni.”

     “Bukan senang untuk saya lupakan semua yang berlaku, Encik Syahrul.”

     Syahrul Iman meraih tangan Hanis Ariana dan di pegang kejap.

     “Kita cuba, okeh. I janji I akan buat apa sahaja asalkan you boleh terima I lagi dalam hidup you. Mama dengan papa pun dah tahu yang I dah jumpa you. Dorang happy sangat dan dorang nak sangat jumpa dengan you dan Aisyah.”

     “Saya tak nak pertaruhkan hidup saya lagi dengan orang macam Encik Syahrul. Saya tak percaya dan saya tak yakin sama sekali dengan janji - janji Encik Syahrul tu. Saya cuma nak... Saya cuma... Saya cuma nak kita bercerai aje.”

     “No! I takkan ceraikan you walau macam mana sekalipun. I akan pertahankan rumah tangga kita ni sampai ke akhirnya!.”

     Hanis Ariana hanya diam tidak membalas. Dia sendiri keliru dengan perasaannya sendiri. Bingung memikirkan perubahan Syahrul Iman yang tiba - tiba sahaja sudah boleh menerima dirinya. Takkan kerana kebenaran yang dia ketahui itu dia boleh berubah serta - merta. Dia takut jika dia serahkan hatinya itu kepada lelaki yang salah lagi. Cukuplah dengan kemusnahan rumah tangganya bersama Hakim Hizwan dan perkahwinan yang tidak di rancangnya itu. Dia penat mahu laluinya lagi.

     Keesokan harinya, Syahrul Iman pulang ke Kuala Lumpur tanpa ditemani Hanis Ariana dan Aisyah lagi. Puas dia pujuk agar wanita itu mahu mengikutinya balik. Namun isterinya itu masih enggan.

     “Assalamualaikum.” Hanis Ariana menoleh ke belakang ketika dia mahu saja melangkah masuk ke dalam rumah.

     “Waalaikumussalam. Fazli?.”

     “Hai, you. Syahrul mana?.”

     “Dah balik KL dah.”

     “So. Macam mana you boleh jumpa dengan Syahrul?.”

     “My company ada projek dengan company dia.”

     “Dengan Elegant Perfect Designer? Takkan you tak perasan nama company dia?.”

     “Tak. Bukan dengan Elegant Perfect Designer. Tapi dengan SI Design. A new company yang dia baru tubuhkan. Kalau I tahu, awal - awal lagi I takkan berurusan dengan dia.”

     “Itu maksudnya jodoh you dengan dia kuat. Walaupun dah setahun you all tak berjumpa, tiba - tiba Tuhan temukan korang. So... You happy?.” Kata - kata Fazli Shamsudin bernada cemburu.

     “I don't know. I keliru, Fazli. Dia janji untuk baiki semula hubungan kami. Entahlah. I takut kalau apa yang dia janjikan tu, dia tak tepati.”

     Fazli Shamsudin diam. Hatinya cemburu.

     “Fazli. Please. Jangan marahkan I. I tak duga yang dia akan muncul balik depan I. I... I ada mintak cerai dengan dia. Tapi... Tapi dia tak nak lepaskan I. I minta maaf kalau apa yang jadi ni buat you sakit hati atau apa pun. I minta maaf sangat - sangat.”

     “Bukan salah you pun, Hanis. I yang dah silap jatuh cinta dengan isteri orang. But. I akan usaha selagi boleh untuk jadikan you isteri I. Thanks sebab you jelaskan semuanya pada I. I balik Kuantan dulu. Assalamualaikum.”

     “Waalaikumussalam.” Hanis Ariana hanya menjawabnya perlahan sambil memerhatikan Fazli Shamsudin yang berlalu pergi.

     Begitulah Fazli Shamsudin. Seorang lelaki yang tidak suka memanjang - manjangkan sesuatu perkara itu sehingga keadaan menjadi rumit. Dia akan selesaikan semua masalahnya secepat mungkin. Walaupun semalam dia mengatakan yang dia belum bersedia mahu mendengar semua penjelasan dari wanita itu, namun hari ini dia gagahkan juga dirinya bertemu dengan wanita itu untuk mendengar penjelasan apa yang telah terjadi antara dirinya dan Syahrul Iman.

     Hanis Ariana buntu. Apakah pula ujian yang datang kali ini? Sanggupkah dia menghadapinya sendiri? Kemunculan Syahrul Iman membuatkannya keliru dengan perasaannya sendiri. Ditambah dengan janji - janji manis dari lelaki itu, membuatkan semakin keliru dengan perasaan di hatinya.

     Tetapi.... Jika Syahrul Iman tidak muncul, apakah akan jadi dengan hubungannya dengan Fazli Shamsudin? Sampai bila dia akan melakukan dosa berhubungan dengan lelaki lain sedangkan dia masih berstatus isteri orang. Walaupun sudah setahun di tinggalkan tanpa berita... Tetapi selama itu dia tidak pernah terlintas untuk menuntut fasakh. Kenapa... Apabila suaminya itu muncul semula di hadapannya, dia mudah - mudah sahaja meminta cerai. Sedangkan dia boleh menuntut fasakh sejak awal lagi.

     Sebenarnya dia sangkakan yang suaminya itu akan benci padanya kerana melarikan diri dan akan menceraikannya apabila mereka berjumpa. Namun tanggapannya salah belaka terhadap lelaki itu setelah mereka berjumpa semula. Suaminya itu malah nekad tidak akan menceraikannya sama sekali dan akan mempertahankan rumah tangga mereka.

 

     

 

     

     

     

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience