BAB 7

Romance Series 26489

BAB 7

     “You balik dengan apa ni?.” Soal Syahrul Iman kepada Hanis Ariana.

     “Naik grab, Encik Syahrul.”

     “Aisyah macam mana?.”

     “Aisyah saya ambil jugalah nanti dengan grab. Kenapa Encik Syahrul tanya?.”

     “I hantar you balik. Jom.”

     “Eh. Encik Syahrul tak...” Belum pun sempat Hanis Ariana menghabiskan ayatnya, Syahrul Iman telahpun pergi meninggalkannya. Terkocoh - kocoh dia berlari mendapatkan lelaki itu. Mujurlah mejanya sudah siap berkemas.

     “Encik Syahrul. Tak payahlah hantar saya. Saya boleh naik grab. Betul. Saya boleh balik sendiri.”

     “Kenapalah susah sangat you ni kan nak dengar cakap I. Masuk!.” Arah Syahrul Iman setelah dibukakan pintu untuk Hanis Ariana.

     Hanis Ariana tidak masuk ke dalam kereta. Dia hanya berdiri kaku. Syahrul Iman sudah menarik nafasnya dalam - dalam. Suruh masuk kereta pun susah!.

     “You nak I dukung you atau I tarik you supaya you masuk dalam kereta ni? You pilih.” Syahrul Iman sudah mula mendekat.

     “Okey. Okey. Saya masuk.” Akhirnya Hanis Ariana terpaksa masuk juga ke dalam kereta.

     “You ni kan. I cuma nak hantar you balik aje. Itu pun susah sangat ke? Bukannya I nak buat benda tak senonoh pada you. You tak payah nak rasa susah pasal I kena amik Aisyah dulu then hantar you all balik rumah. Tak susah mana pun. You jangan nak risau sangat boleh. I ni cuma tak nak bekas laki you tu datang kacau you. I tak nak berlaku apa - apa pada you dengan Aisyah. Boleh tak jangan buat mama I susah hati pasal you? Nanti I juga yang jenuh nak kena jawab.” Panjang lebar Syahrul Iman membebel pada Hanis Ariana sambil memandu. Tergamam dia mendengarnya.

     Hanis Ariana hanya diam membisu selepas dimarahi oleh Syahrul Iman. Dia tidak mahu membalas apa - apa. Takut nanti ayat yang keluar dari mulutnya akan menyebabkan keadaan bertambah tegang. Jadi dia mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja.

     “Okeh. I’m sorry. I bukan nak marahkan you. I cuma risau. Faham tak. R. I. S. A. U. Risau! Bimbang bekas laki you datang lagi kacau you. You tu dahlah tinggal berdua aje dengan Aisyah. Buatnya bekas laki you datang macam mana? I risau tahu tak.”

     “Err... Encik Syahrul. Saya minta maaf kalau dah buat Encik Syahrul dengan Datin risau. Tapi... Ini kan masalah peribadi saya. Tak ada kena mengena pun dengan Encik Syahrul. Jadi, Encik Syahrul tak perlulah terlalu risau. Saya dengan Aisyah insha Allah tak ada apa - apa.”

     Syahrul Iman menggeleng kepala. Dia sebenarnya faham mengapa wanita ini tidak mahu dia mengambil dan menghantarnya pulang. Sudah tentu dia tidak mahu menyusahkan dirinya. Lagipun mereka tiada apa - apa hubungan dan ikatan. Memanglah wanita itu menolaknya.

     Dia sendiri secara jujurnya memang amat risau akan keselamatan Hanis Ariana dengan anaknya itu. Dia mengambil berat bukanlah atas dasar suka kepada wanita itu. Tetapi lebih kepada sebagai seorang majikan yang risau akan keselamatan pekerjanya.

     Selepas mengambil Aisyah di tadika, Syahrul Iman mengajak mereka makan dahulu sebelum pulang. Mulanya Hanis Ariana menolak. Namun setelah melihat wajah kelat majikannya itu, dia terpaksa akur juga.

     “Uncle. Terima kasih belanja makan. Sedaplah Chiken Chop ni.”

     “Aisyah suka ye Chiken Chop ni? Kalau Aisyah suka, nanti kita makan lagi.”

     “Yeay!! Uncle jangan lupa tau bawak Aisyah makan Chiken Chop ni lagi.”

     “Iye sayang. Nanti kita makan banyak - banyak.”

     “Apa ni Aisyah mintak orang makan macam tu. Tak baiklah.”

     “Biarlah dia. I pun tak ada masalah kalau nak bawak dia makan selalu. Dia suka makan Chiken Chop tu. Tengok tu. Habis sepinggan. Tu apa maknanya? Aisyah ni memang betul - betul suka makan Chiken Chop tu. Tak baik you nak sekat.”

     “Saya bukan nak sekat. Saya pun boleh bawak dia makan. Tapi tak perlulah Encik Syahrul bersusah - susah macam ni. Terhutang budi nanti kami.”

     “Dahlah. I malas nak bertikam lidah dengan you. Apa yang I cakap semua you tak setuju. Aisyah, nanti kita makan lagi okeh. Kalau mama tak nak ikut, kita dua aje pergi makan.”

     Hanis Ariana tidak membalas kata - kata Syahrul Iman itu. Jika diteruskan berbalah cakap, tiada kesudahannya. Lebih baik dia diam saja.

     Dua minggu berlalu. Hanis Ariana telah mendapat satu emel dari Syahrul Iman yang mengarahkannya untuk pergi ke Kuantan bagi menghadiri mesyuarat projek yang di uruskannya. Syahrul Iman juga akan pergi bersamanya. Hanis Ariana mengeluh perlahan.

     “Tiga hari dua malam? Aduh. Kenapa lama sangat? Macam mana dengan Aisyah?.” Hanis Ariana berkata perlahan. Lebih kepada bercakap dengan dirinya sendiri.

     Dari kejauhan, rupanya tingkah lakunya telah diperhatikan oleh Syahrul Iman dari dalam biliknya.

     “Hanis. Encik Syahrul panggil masuk bilik dia.” Tiba - tiba Erma datang memberikan pesanan.

     “Sekarang ke?.”

     “A'ah. Sekarang.” Hanis Ariana mengangguk lalu bangun menuju ke bilik bosnya.

     Tok! Tok! Tok!

     “Masuk.”

     “Encik Syahrul panggil saya? Ada apa - apa hal ke?.”

     “Duduk.” Hanis Ariana menarik kerusi di hadapan Syahrul Iman dan di dudukinya.

     “Dah baca emel yang I bagi you tu?.” Hanis Ariana mengangguk.

     “Ada apa - apa problem ke pasal you kena outstation tu?.”

     “Hmm... Kalau saya minta sesiapa gantikan saya, boleh tak?.” Tanya Hanis Ariana teragak - agak.

     “Reason?.”

     “Aisyah. Tak ada siapa boleh jaga dia. Kebetulan hari tu hari cuti sekolah. Kakak saya tak ada kat sini. Balik kampung suami dia di Kedah. Seminggu. So...”

     “So itulah masalah dia?.” Hanis Ariana mengangguk perlahan.

     “Kalau saya minta Laila gantikan saya, macam mana?.”

     “Projek Indera Malika tu, you yang handle. Kalau you suruh Laila gantikan you, you sure ke dia boleh uruskan? I tak nak nanti bila depan klien dia tak boleh nak perform.”

     “Hmm... Macam mana ye?.” Hanis Ariana menyoal lagi. Dia menggigit bahagian bawah bibirnya tanda dia sedang kebuntuan.

     “Macam nilah. Apa kata you keluar dulu dan fikirkan jalan penyelesaiannya. I tak nak you cancel pulak. Projek ni penting untuk company kita. Kalau kita gagal, you faham - faham sendirilah.”

     Hanis Ariana melangkah keluar dari bilik Syahrul Iman dengan hati yang gundah. Dia masih tiada jalan lagi bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang dia hadapi ini. Dia meneruskan pekerjaan yang tertangguh tadi dengan fikiran yang tidak menentu. Sedang dia tekun menaip sambil berfikir itu, tiba - tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dia melihat ke skrin telefon kemudian dia tersenyum. ‘Mama’.

     “Hello, assalamualaikum.”

     “Waalaikumussalam, mama. Ada apa call saya ni? Mama sihat?.”

     “Mama alhamdulillah sihat - sihat aje ni. Hanis apa khabar? Aisyah sihat?.”

     “Kami berdua sihat alhamdulillah, mama.”

     “Kerja okey?.”

     “So far so good. Biasalah kerja kan. Sibuk sikit.”

     “Iman bagitahu mama yang Hanis nak kena pergi Kuantan lusa ni. Aisyah dah ada orang jagakan ke?.”

     Hanis Ariana terkedu apabila mendengar kata - kata Datin Aliyah itu. Encik Syahrul bagitahu pada mama dia ke pasal Aisyah?. Dahinya berkerut kehairanan.

     “Hmm... Masih belum ada lagi mama. Masih tak tahu lagi nak hantar pada siapa yang boleh jagakan Aisyah. Nak cancel or ganti orang lain, tak boleh. Tulah tu. Saya pun buntu jugak ni.”

     “Kalau Hanis tak keberatan, mama boleh tolong tengok - tengokkan Aisyah tu masa Hanis outstation nanti. Itu pun kalau Hanis tak kisah dan percayakan mamalah.”

     “Errr... Tak menyusahkan mama ke nanti. Tentu mama ada urusan lain. Kalau ada Aisyah nanti mengganggu pulak.”

     “Mama ni tak ada apa nak buatlah kat rumah tu, Hanis. Sekurang - kurangnya kalau ada Aisyah, bolehlah di ajak berbual ke, bermain ke, bawak jalan - jalan ke... Kan. Lagipun cuti sekolah kan. Taklah boring Si Aisyah tu nanti. Boleh ye Hanis?.”

     “Hmm...”

     “Alah kira jadilah tu ye. Nanti malam sebelum pergi tu tidur rumah mama dulu. Lepas tu esoknya bertolak dari sana aje ke Kuantan.”

     Hanis Ariana tidak dapat menegah Datin Aliyah daripada mahu menjaga anaknya. Bila difikirkan balik, elok juga anaknya tinggal bersama Datin Aliyah. Sekurang - kurangnya hatinya tidaklah terlalu runsing jika diberikan kepada orang lain untuk menjaganya. Mahu tak mahu dia bersetuju juga dengan cadangan Datin Aliyah itu.

     Hari Rabu itu, Hanis Ariana dan Aisyah telah ke rumah Datin Aliyah untuk bermalam. Mereka dijemput oleh Syahrul Iman malam itu. Semua keperluan untuk ke Kuantan esok telahpun di bawa sekali. Pakaian dan keperluan Aisyah juga telah dia siapkan di dalam satu bag luggage.

     “Assalamualaikum, mama.” Hanis Ariana memberi salam tatkala melangkah masuk ke dalam banglo mewah itu. Dia bersalaman dan berpelukan dengan Datin Aliyah. Kemudian dia menyuruh anaknya pula bersalaman dengan wanita itu.

     “Jom kita makan dulu. Makanan dah siap terhidang dah tu. Beg ni biarkan kat sini dulu. Nanti mama suruh maid bawakkan ke bilik.” Hanis Ariana hanya menuruti.

     Setibanya di meja makan sepuluh kerusi itu, terlihat Dato Redhuan sudah menanti mereka dengan senyuman.

     “Hanis Ariana. Owh... Patutlah mama ni selalu sangat bercerita pasal Hanis ni. Cantik manis orangnya. Ni Aisyah kan. Mari sini. Salam Tok Pa.” Aisyah pergi mendapatkan Dato Redhuan dan bersalaman dengan lelaki itu.

     “Iman. Apa tercegat kat situ lagi? Tarikkan kerusi untuk Hanis tu.” Syahrul Iman menarik sebuah kerusi di sebelahnya untuk Hanis Ariana. Aisyah pula duduk di sebelah Datin Aliyah.

     “Jangan malu - malu, Hanis. Ambillah nasi, lauk tu. Buat macam rumah sendiri.”

     Hanis Ariana menceduk nasi dan diisikan ke atas pinggan untuk semua orang di situ. Kemudian dia mengambil lauk pula untuk Syahrul Iman. Dia berbuat begitu hanyalah sebagai tanda terima kasih dan menghormati tuan rumah. Syahrul Iman tidak menolaknya malah dia hanya membiarkan sahaja perlakuan Hanis Ariana itu. Selepas mengisi lauk untuk Syahrul Iman, barulah dia mengisi pinggannya pula dengan lauk pauk yang tersedia.

     Selesai makan malam, Hanis Ariana dan Aisyah dibawa ke bilik tetamu di tingkat dua. Selepas Aisyah tidur, Hanis Ariana keluar dari biliknya untuk ke dapur kerana tekaknya berasa haus.

     Jam menunjukkan hampir pukul 12 malam ketika Hanis Ariana turun ke dapur. Datin Aliyah dan Dato Redhuan sudahpun masuk ke dalam bilik mereka. Pembantu rumah juga sudah masuk ke biliknya.

     Pada mulanya dia teragak - agak mahu ke dapur untuk meminum air. Namun tekaknya terasa amat kering sekali. Walaupun terasa agak malu, dia turun ke dapur juga untuk melegakan tekaknya.

     Suasana ruang dapur hanya diterangi dengan lampu tidur sahaja. Hanis Ariana tidak bercadang mahu membuka lampu di dapur itu. Cukuplah dengan lampu kekuningan itu sahaja yang menerangi segenap ruang. Asalkan dia dapat melihat keadaan sekeliling. Itu sudah memadai.

     Hanis Ariana mengambil satu mug yang tergantung di sisi mesin air. Dia menekan butang air suam untuk mengisi mugnya.

     “Kenapa tak tidur lagi?.” Hanis Ariana tersedak kerana terkejut yang amat sangat apabila di sergah dengan pertanyaan dari Syahrul Iman itu.

     Hanis Ariana terbatuk - batuk kerana tersedak. Syahrul Iman yang merasa bersalah datang menghampiri Hanis Ariana dan dengan spontan dia menggosok - gosok dada wanita itu supaya berasa lega sedikit.

     “Encik Syahrul. Terkejut saya tahu tak.” Kata Hanis Ariana setelah batuknya beransur lega.

     “Yang you duk kat dapur ni dalam gelap dah kenapa?. Nasib I yang tegur tadi. Kalau hantu yang tegur rasa - rasa pengsan dah you.”

     “Saya cuma nak minum air aje. Lagipun bukannya gelap sangat. Sebab tu saya tak buka lampu. Yang Encik Syahrul tanya saya kenapa tak tidur lagi, yang Encik Syahrul tu kenapa masih tak tidur lagi?.”

     “I pun macam you. Haus. Nak minum air. You nak tak I buatkan hot coco sekali? Boleh minum together.”

     “Tak pelah Encik Syahrul. Saya naik tidur dululah. Lagipun esok nak jalan jauh. Encik Syahrul pun janganlah tidur lewat sangat. Saya naik dulu. Assalamualaikum.”

     Hanis Ariana tidak menunggu lama lagi. Selepas dia memberi salam, dia terus masuk ke biliknya untuk tidur. Esok dia akan berjalan jauh. Dia perlukan rehat yang cukup.

     Keesokan harinya, selepas bersarapan, Hanis Ariana dan Syahrul Iman bertolak ke Kuantan dengan menaiki kereta BMW milik Syahrul Iman. Sempat dia menitipkan pesanan buat anaknya yang tersayang agar menjaga tingkah laku dan jangan buat Tok Ma dan Tok Pa susah.

     Satu jam kemudian, mereka telahpun berada di Lebuhraya Pantai Timur. Jalan raya agak sibuk ketika itu mungkin kerana ramai yang mengambil peluang pergi bercuti bersama keluarga.

     “I nak tanya sikit, boleh?.”

     “Hmm... Boleh. Nak tanya apa tu?.”

     “Umur you berapa?.”

     “29 tahun, Encik Syahrul. Kenapa Encik Syahrul tanya?.”

     “Saja tanya. So, dulu you berkahwin umur....”

     “24 tahun.”

     “Owh... I see.”

     “Jodoh tak panjang, Encik Syahrul. Saya redha.”

     “You get deserved better than him.”

     Hanis Ariana hanya diam sahaja. Sejujurnya dia takut mahu memikirkan hal lelaki dalam hidupnya buat masa ini. Takut jika pisang berbuah dua kali. Fobia dan trauma bila mengingatkan kehidupannya semasa bergelar isteri kepada Hakim Hizwan dahulu. Sangkanya dia mampu bertahan dengan ujian yang diberi Allah ini. Tapi rupanya dia gagal mempertahankan rumah tangganya. Dia tidak tahan apabila diperlakukan sebegitu oleh Hakim Hizwan. Sudahlah curang, dipukul pula. Syukurlah dia masih hidup dan dapat melarikan diri dari manusia seperti Hakim Hizwan itu.

     “Hmm... Encik Syahrul. Saya nak ucap terima kasih pada Encik Syahrul sebab Datin boleh tolong jagakan Aisyah selama saya tak ada ni.”

     “Yang jaga tu mama. Bukannya I.”

     “Tapi kalau tak kerana Encik Syahrul beritahu pada Datin, mungkin sekarang ni saya terpaksa tinggalkan Aisyah pada siapa pun saya tak tahu. Thanks Encik Syahrul.”

     “I cuma tolong you selesaikan masalah. Tak mungkinlah you nak mintak your ex-husband jagakan pulak, kan? Kalau you all baik, yah. Maybe you akan mintak tolong dia kan?.”

     “Ya. Mungkin juga. Tapi tulah kan. Saya dengan dia Encik Syahrul pun tahu macam mana keadaannya. Tak mungkinlah saya nak serahkan anak saya pada dia.”

     “Tapi you jangan lupa yang dia jugak berhak pada Aisyah tu.”

     “Betul. Memang dia pun berhak sebab Aisyah tu anak dia. Tapi... Dahlah. Saya malas nak cakap pasal hal ni.” Hanis Ariana tidak meneruskan kata - katanya. Dia tidak mahu bercerita lebih lanjut kerana itu akan mengaibkan bekas suaminya. Biarlah dia seorang saja yang tahu bagaimana perangai sebenar Hakim Hizwan itu.

     Lebih kurang 3 jam setengah perjalanan, mereka pun sampai ke destinasi iaitu Bandaraya Kuantan, Pahang. Hanis Ariana masih ketiduran semasa Syahrul Iman memberhentikan keretanya di hadapan Hotel Shahzan.

     Syahrul Iman memandang ke arah wajah Hanis Ariana yang sedang lena. Dia mengamati wajah polos itu. Melihat di segenap wajah Hanis Ariana. Manis sekali bertudung. Keningnya, matanya, hidung... dan yang paling menarik hatinya untuk dilihat adalah bibir yang kemerahan itu. Dalam tidak sedar dia tersenyum sendiri.

     “You ni cantik Ariana. Sayang ex-husband you buat you macam ni. I tak tahu apa yang you pernah alami dulu. Tapi I harap you akan menemui kebahagiaan dalam hidup you suatu hari nanti.” Syahrul Iman berkata perlahan kerana khuatir akan mengejutkan wanita itu dari tidur. Kemudian dia menggerakkan lengan Hanis Ariana perlahan.

     “Ariana. Bangun. Kita dah sampai.” Masih tidak sedar.

     “You. You. Bangun. Kita dah sampai dah ni.” Akhirnya Hanis Ariana membuka matanya perlahan - lahan. Dia menggosok matanya beberapa kali.

     “Sampai dah?.” Syahrul Iman mengangguk. Hanis Ariana membetulkan duduknya dan mengaup mukanya beberapa kali. Kemudian dia membetulkan pula tudungnya.

     “Siap dah?.” Soal Syahrul Iman. Rupanya dia masih berada di dalam kereta menunggu dirinya betul - betul sudah sedia untuk keluar dari kereta.

     Beg luggage dikeluarkan dari bonet kereta. Setelah itu, mereka menuju ke receptionist untuk mengambil kad pintu bilik yang telah di tempah. Selesai urusan check in, mereka menaiki lift ke tingkat 8 untuk ke bilik masing - masing.

     “Ariana. Pukul 3 nanti kita keluar lunch. Atau you nak makan sekarang?.” Tanya Syahrul Iman sebelum mereka masuk ke dalam bilik.

     “Hmm... Ikut Encik Syahrullah. Saya tak kisah.”

     “Okeh. Kalau macam tu, pukul 3 nantilah kita lunch. I nak rest, mandi dulu ke. Apa - apa nanti I text you.”

     “Okey, Encik Syahrul.”

     Mereka masuk ke bilik masing - masing. Hanis Ariana bersolat jamak dahulu sebelum  berbaring di atas katil. Tidak sedar bila masa dia terlelap. Walaupun dalam perjalanan tadi dia sempat melelapkan mata, tetapi apabila meletakkan sahaja badan di atas tilam empuk ini membuatkan dia selesa dan terasa hilang segala sakit - sakit di badan. Ditambah lagi dengan kenyamanan penghawa dingin, membuatkan dia mengantuk.

     Jam sudah menunjukkan pukul 3.10 minit petang. Syahrul Iman sudah beberapa kali menelefon dan menghantar pesanan melalui what'sapp kepada Hanis Ariana namun tidak berjawab. Dia juga telah mengetuk pintu bilik wanita itu tetapi masih juga tiada jawapan.

     “Apa yang dah jadi pada you ni, Ariana? Kenapa tak ada respon dari you ni?.” Syahrul Iman gelisah.

     

 

 

     

 

   

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience