BAB 2

Romance Series 26489

BAB 2

Empat bulan kemudian…

Pagi itu seperti biasa, selepas menghantar Aisyah ke tadika, Hanis Ariana bergegas pula ke tempat kerja. Alhamdulillah dia diterima bekerja di sebuah syarikat hiasan dalaman di ibu kota Kuala Lumpur.

Diam tak diam sudah hampir empat bulan dia bekerja di Elegant Perfect Designer sebagai pereka hiasan dalaman. Sebelum dia berhenti kerja dahulu, dia juga bekerja di sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan hiasan dalaman. Demi anak dan suaminya, Hakim Hizwan, dia sanggup melepaskan jawatannya ketika itu semata-mata ingin membesarkan anaknya sendiri atas permintaan suaminya.

Kini dia menyambung kembali pekerjaan yang diminatinya ini selepas bercerai dengan Hakim Hizwan demi meneruskan kelangsungan hidup. Anaknya pula ditinggalkan di transit tadikanya sehingga petang. Selepas habis kerja barulah dia mengambil anaknya di tadika.

Jam menunjukkan pukul 8.45 minit pagi. Hanis Ariana sudah terpacak di tempat duduknya. Dia antara staf yang datang awal ke pejabat. Seorang demi seorang staf di situ datang memenuhi ruang pejabat.

“Hai Hanis. Morning.” Sapa Laila kepada Hanis Ariana.

“Oh hai, Laila. Morning.” Balas Hanis Ariana bersama senyuman.

“Eh. You ada dengar cerita tak? Semalam staf financing department bagitahu I yang anak Dato Redhuan akan ambil alih company ni tau. Dengar cerita anak Dato Redhuan tu sebelum ni kerja kat company family dia kat Australia. Fuhhh… dengar-dengar orangnya garang. Seramlah pulak.”

“Oh ye ke? Tak ada pulak I dengar cerita. Bila anaknya tu nak start kerja?.”

“Hmm… Kalau tak silap I… Esok dia start kerja sini. Katanya lelaki tau anak Dato Redhuan tu. Sama ada bujang ke dah kahwin ke, tu I tak sure.”

“Owhh… Tanggapan orang je kot kata dia garang. Alih-alih orangnya baik. Siapa tahu kan? Doa-doalah anak Dato Redhuan tu tak garang macam singa. Hehe…”

“Aaminnn…” Laila mengaup mukanya dengan tangan seolah-olah seperti berdoa selepas mendengar kata-kata Hanis Ariana itu.

Selepas berbual-bual sebentar, mereka memulakan tugasan pagi itu di meja masing-masing.

Tidak sedar waktu berlalu begitu pantas sekali. Hanis Ariana melihat jam di pergelangan tangannya. Sudah pukul lima petang. Dia harus segera keluar dari pejabat untuk mengambil anaknya di transit tadika. Jika terlewat keluar dikhuatiri dia akan terlambat sampai di transit tadika Aisyah kerana tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.

Setibanya dia di hadapan transit tadika Aisyah, jam menunjukkan pukul 5.30 minit petang. Syukurlah dia tidak terlalu lewat. Jika melebihi tiga puluh minit, bayaran lebihan akan dikenakan. Kerana itu dia agak sukar untuk membuat kerja lebihan masa melainkan dia benar-benar perlu menyiapkan tugasan penting yang meminta untuk dihantar segera. Makanya dia terpaksa meminta tolong kakaknya untuk mengambil Aisyah di transit tadika.

Begitulah rutin seharian Hanis Ariana. Kerja dan Aisyah adalah keutamaannya. Buat masa ini dia langsung tidak terfikir untuk mencari pengganti tempat Hakim Hizwan. Hatinya masih tertutup buat lelaki lain. Mungkin juga kerana serik dan takut jika mimpi buruk dahulu berulang kembali.

Dari kejauhan dilihatnya Aisyah sudah melompat riang apabila melihat kereta Hanis Ariana berhenti di hadapan tadika. Hanis Ariana turun dari kereta dan terus mendapatkan Aisyah dengan senyuman. Terasa rindu seharian terpaksa berjauhan dari permata hatinya. Manakan tidak. Selama 4 tahun dia yang mengurus dan membesarkan anaknya yang seorang itu. Dan bila tiba-tiba terpaksa berjauhan begini begitu terasa sekali di hati.

“Assalamualaikum anak mama. Sekolah okey hari ni?.” Hanis Ariana menghulurkan tangan bersalaman sejurus mendapatkan Aisyah.

“Waalaikumsalam mama. Hari ni seronok sangat kat school tau mama. Macam-macam Aisyah buat tau.” Selepas menyambut salam mamanya, laju saja mulutnya berceloteh bercerita pada mamanya itu.

“Wah… Ye ke? Aisyah ada menangis tak kat school tadi? Ada gaduh-gaduh dengan kawan tak?.”

“Tak ada gaduh-gaduh mama. Semua kawan-kawan Aisyah semuanya baik-baik. Kita orang buat macam-macam aktiviti tau tadi mama.”

“Dah jom kita balik. Malam ni mama masak spageti.” Hanis Ariana memimpin Aisyah menuju ke kereta selepas mengambil beg barangan anaknya itu pada gurunya di tadika.

“Hmm… Sedapnya! Yeay!!!.” Aisyah melompat kesukaan apabila mendengar mamanya mahu memasak spageti kegemarannya.

Sesampai saja di rumah jam sudah pun menunjukkan jam 6 petang. Kebiasaannya selepas pulang dari pejabat dan mengambil Aisyah, Hanis Ariana akan membasuh pakaian dan mengemas apa yang perlu. Kemudian dia akan mandi dan menyiapkan Aisyah pula. Selepas siap semua barulah dia mandi dan bersolat Maghrib.

Usai bersolat Maghrib, Hanis Ariana bergegas masuk ke dapur untuk menyediakan makan malam pula. Dia sudah berjanji mahu memasak spageti kegemaran anaknya itu malam ini.

Selepas empat puluh lima minit, Spageti Bolognese sudah siap terhidang di atas meja. Bau yang sungguh semerbak membuatkan Aisyah yang sedang menonton televisyen bangun mendapatkan mamanya yang sedang meletak pinggan di atas meja. Baru saja ingin memanggil anaknya itu untuk makan. Tetapi anaknya dulu sudah sampai di meja. Hanis Ariana tersenyum.

“Sedapnya bau mama. Dah siap ke spageti? Aisyah lapar ni.” Aisyah bertanya lalu menarik kerusi dan duduk. Dia sudah tidak sabar mahu menikmati makanan kegemarannya itu.

“Dah siap dah sayang. Jap mama cedukkan.” Hanis Ariana menceduk spegati dan diletakkan di atas pinggan. Dihulurkan kepada anaknya. Tersenyum simpul Aisyah menyambut pinggan daripada mamanya itu. Nampak sungguh berselera sekali dia menikmati makanan kesukaannya itu.

Hanis Ariana juga duduk bersama-sama menikmati juadah makan malam mereka. Mereka makan sambil berbual-bual. Sesekali terdengar gelak tawa mereka. Mulut Aisyah tidak henti bercerita pengalaman di sekolahnya siang tadi.

Syukurlah dia dikurniakan anak yang mudah dijaga dan tidak banyak kerenah. Setiap pagi apabila dikejut untuk ke sekolah, Aisyah jarang sekali buat perangai liat tidak mahu ke sekolah. Cuma sesekali sahaja. Tetapi setelah dipujuk, Aisyah akan segera baik dan berhenti meragam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience