BAB 6

Romance Series 26489

BAB 6

     Hanis Ariana dan Aisyah telahpun siap menunggu Datin Aliyah datang menjemput mereka untuk keluar bersama pagi itu.

     Mereka menunggu di beranda rumah setelah di maklumkan bahawa Datin Aliyah hampir tiba di rumahnya.

     Dari kejauhan, Datin Aliyah sudah tersenyum melihat Hanis Ariana. Tetapi dia tertanya - tanya siapakah gerangannya budak perempuan yang bersama Hanis Ariana itu.

     Kereta berhenti betul - betul di hadapan rumah Hanis Ariana. Datin Aliyah keluar menjemput mereka masuk ke dalam kereta.

     “Assalamualaikum.”

     “Waalaikumussalam. Lama tunggu?.”

     “Taklah. Tak lama sangat pun.” Jawab Hanis Ariana sambil tersenyum.

     “Ni Si Cantik Comel ni siapa?.” Tanya Datin Aliyah.

     “Ni anak saya Aisyah namanya. Aisyah, salam auntie.” Hanis Ariana mengarahkan anaknya menyalami Datin Aliyah. Anaknya pantas menghulurkan tangan kepada Datin Aliyah dan di sambut mesra.

     “Suami Hanis tak marah ke ni saya ajak keluar? Tak mengganggu ke?.”

     “Eh taklah. Saya tak ada suami. Ibu tunggal.” Balas Hanis Ariana dengan senyuman.

     “Owh... Maaf saya tak tahu. Eh, jomlah kita gerak. Apa pulak kita berbual kat sini, kan.” Mereka saling tertawa apabila menyedari mereka masih berada di luar rumah Hanis Ariana.

     Hanis Ariana membuka pintu belakang kereta BMW milik Syahrul Iman. Setelah dia dan anaknya masuk dan menutup pintu barulah kereta bergerak menuju ke destinasi.

     “Hanis. Ni, anak saya, Iman. Satu - satunya anak lelaki yang saya ada. Hari tu tak sempat nak berkenalan kan.”

     “Oh.” Hanya sepatah saja yang dibalas.

     “Aii, Iman. Senyap aje.” Datin Aliyah menegur anaknya.

     “Tak ada apa nak cakaplah, mama.”

     “Hmm... Biasa banyak aje cakapnya. Iman ni memang macam ni Hanis. Ikut mood dia. Maaflah ye kalau anak saya ni buat Hanis tak selesa.”

     “Eh tak apalah, Datin. Saya okey aje.”

     “Laa. Janganlah panggil saya Datin. Panggil mama aje. Kan lagi mesra.”

     Hanis Ariana hanya mengangguk dan tersenyum. Syahrul Iman yang sedang memandu tidak banyak bercakap. Namun matanya mencuri pandang Hanis Ariana dari cermin pandang belakang.

     Sebelum mereka ke Shopping Mall, mereka singgah di restoran berhampiran dahulu untuk bersarapan. Setelah lebih kurang empat puluh minit, mereka pun bergerak ke Shopping Mall yang berada berhampiran restoran tersebut.

     Datin Aliyah begitu seronok berjalan - jalan dengan Hanis Ariana dan anaknya. Syahrul Iman pula hanya ikut sahaja ke mana mamanya pergi. Setiap butik yang dilihat menarik hatinya dia akan masuk. Jika ada yang berkenan dia terus saja membelinya.

     “Hanis. Yang ni cantik untuk Hanis. Cuba pakai.” Datin Aliyah menghulurkan sepasang blouse dan seluar kepada Hanis Ariana untuk dicubanya.

     “Eh, tak apalah, mama.”

     “Nah try dulu. Ambik ni.” Datin Aliyah berkeras juga menyuruh Hanis Ariana mencubanya.

     “Dah, pergi fitting cepat. Aisyah ni mama tengokkan.” Datin Aliyah menyambung lagi.

     Hendak tak nak, Hanis Ariana terpaksa juga mencubanya. Beberapa minit kemudian, dia pun keluar dari bilik persalinan dengan sepasang baju yang cantik itu.

     “Hah. Cantik. Sesuai sangat dengan Hanis. Iman. Tengok ni. Cantik kan Hanis pakai?.” Datin Aliyah memanggil anaknya, Syahrul Iman untuk bertanya pendapat.

     Syahrul Iman terkesima sekejap apabila melihat keayuan Hanis Ariana dalam berpakaian sebegitu. Matanya tidak berkelip. Hanis Ariana yang menyedari akan kelakuan majikannya itu berasa malu apabila ditatap begitu.

     “Eh Iman. Apa ni mandang macam tu sekali? Malu Si Hanis ni tau. Mama ni cuma tanya pendapat aje. Bukan suruh tenung lama - lama.”

     “Dahlah Iman tunggu kat luar aje. Jom Aisyah.” Syahrul Iman yang tertangkap kelakuannya memandang Hanis Ariana tanpa kelip, terus mengajak Aisyah keluar dari butik tersebut. Malu juga dia bila mamanya perasan tadi.

     Setengah jam kemudian, Datin Aliyah dan Hanis Ariana pun keluar dari butik pakaian tersebut. Mereka membimbit beberapa beg yang berisi pakaian.

     “Mama. Banyak sangat ni mama belanja saya. Malu saya dengan mama.”

     “Ish. Tak payah malulah dengan mama. Mama ikhlas belanja untuk Hanis. Lagipun anak perempuan mama tak ada kat sini. Kurang - kurang bila dapat shopping dengan Hanis ni terubatlah sikit rindu ni.”

     “Owh. Mama ada anak perempuan rupanya. Saya ingat Encik Syahrul sorang aje anak mama.”

     “Ya. Mama ada dua orang anak perempuan. Adik Iman. Yang bongsu masih study. Yang sorang lagi dah bekerja. Tapi dalam bidang yang dia minatlah. Papa suruh dia uruskan company designer tu, dia tak berminat. Berkeras jugak nak bekerja sendiri. Mama dengan papa tak boleh nak halang dah. Nasiblah Iman ni ada minat yang sama dengan papa dia. Kalau tak, tak tahulah. Papa pun dah semakin berumur kan. Nak tunggu Si Syirah habis study lambat lagi.”

     Hanis Ariana mengangguk - angguk kepalanya semasa mendengar penjelasan Datin Aliyah. Sekarang barulah dia tahu serba sedikit mengenai keluarga Encik Syahrul Iman ni. Dia sangka lelaki itu adalah anak tunggal tiada beradik. Rupanya dia seorang abang kepada dua orang adik perempuan.

     “Aisyah. Jom ikut Tok Ma pergi kedai tu. Tok Ma nak belanja mainan. Nak tak?.”

     “Nak.. Nak.. Nak...” Aisyah sudah kegirangan.

     “Mama. Tak payahlah.” Hanis Ariana menolak.

     “Eh tak apalah. Bukan selalu pun. Jom Aisyah, jom.” Datin Aliyah terus menarik tangan Aisyah dan menuju ke kedai mainan. Beg barangan yang dia belanja tadi dihulurkan kepada Syahrul Iman.

     Hanis Ariana dan Syahrul Iman berjalan seiringan mengekori Datin Aliyah dari belakang.

     “Banyak mama shopping untuk you.”

     “Hah? Apa dia Encik Syahrul?.” Hanis Ariana tersentak apabila tiba - tiba Syahrul Iman memecahkan kesunyian antara mereka.

     “I cakap, banyak mama shopping untuk you.”

     “Oh... Saya minta maaf Encik Syahrul. Saya tak mintak semua ni. Datin yang nak belanja. Puas saya tolak. Kalau Encik Syahrul tak suka, nanti Encik Syahrul ambillah semua yang Datin belanja ni bagi pada adik - adik Encik Syahrul, okeh.”

     “Mama bagi pada you. Bukan beli untuk adik - adik I. You ambil jelah. I tak marah pun. Nanti apa pulak cakap mama kan.”

     Hanis Ariana mengangguk.

     “Terima kasih, Encik Syahrul.”

     “Hanis!!.” Tiba - tiba ada seseorang memanggil Hanis Ariana dari arah belakang. Hanis Ariana dan Syahrul Iman serentak menoleh ke belakang. Tanpa sempat berkata apa - apa tiba - tiba satu tamparan kuat hinggap di pipinya.

     “Berani kau keluar dengan jantan lain ea!.” Hanis Ariana yang sedang mengusap pipinya yang kesakitan akibat tamparan tadi tidak sempat berbuat apa - apa apabila Hakim Hizwan mencekiknya hingga mendorongnya ke dinding.

     Syahrul Iman yang melihat kejadian itu terus menumbuk muka Hakim Hizwan sehingga lelaki itu jatuh ke lantai. Hanis Ariana yang tercungap - cungap akibat cekikan itu terus terduduk ke atas lantai.

     “Hoi. Kau siapa nak masuk campur urusan aku dengan dia, hah?!.”

     “Siapa aku tu tak penting. Yang kau tu dayus pukul perempuan apa hal?!.”

     Sedang mereka bertikam lidah, Datin Aliyah dan Aisyah keluar dari kedai mainan dan berlari ke arah anaknya tatkala melihat insiden pergaduhan tersebut.

     “Mama!!.” Aisyah berlari mendapatkan mamanya yang sedang terduduk di atas lantai.

     “Aisyah anak papa. Mari sini sayang papa. Papa rindu sangat kat Aisyah. Mari sini, sayang.” Hakim Hizwan mendekat namun Aisyah menjauhkan diri. Dia berlari menyorok di belakang Datin Aliyah.

     “You. Jom balik dengan I. I minta maaf berkasar dengan you. I nak kita hidup sama - sama macam dulu.”

     “I janji I takkan lukakan hati you lagi. Jom sayang.” Hakim Hizwan menarik perlahan tangan Hanis Ariana tetapi di rentap kasar oleh wanita itu.

     “Kita dah bercerai. Dan I tak nak hidup dengan you lagi. Please. Jangan ganggu hidup I lagi, Hizwan.”

     Hakim Hizwan bangun. Dia seolah - olah tidak dapat menerima kata - kata dari bekas isterinya itu. Dia menarik rambutnya yang kusut masai. Dadanya turun naik menahan marah. Tanpa banyak cakap, dia terus saja menarik tangan Hanis Ariana dengan amat kuat sekali sehinggakan wanita itu terseret di atas lantai.

     “Kau dah lebih ni buat dia macam tu!.” Satu tendangan tepat mengenai perut Hakim Hizwan.

     Hakim Hizwan terjatuh akibat tendangan tersebut. Namun belum sempat dia meneruskan niatnya membalas tendangan Syahrul Iman itu, beberapa orang sekuriti datang meleraikan pergaduhan tersebut. Hakim Hizwan di bawa pergi. Tetapi dia sempat memberi amaran kepada Hanis Ariana.

     “Kali ni you terlepas Hanis. Kalau I nampak lagi you dengan jantan lain, nahas you I kerjakan!.”

     Selepas keadaan reda, Datin Aliyah datang mendapatkan Hanis Ariana yang sedang duduk bersandar di dinding. Dia mengeluarkan tisu dan mengelap darah yang keluar dari bibir wanita itu. Terkejut dia melihat insiden mencemaskan itu. Tidak di sangkanya wanita yang dia baru kenali ini berdepan dengan masalah rumah tangga yang amat hebat sekali.

     “Terima kasih, mama.”Hanis Ariana mengambil tisu daripada tangan Datin Aliyah.

     “Jom kita balik. Iman. Tolong papah Hanis ni bangun.” Syahrul Iman yang mendengar arahan mamanya terus memaut bahu Hanis Ariana untuk membantunya bangun. Suasana yang tadinya kecoh dengan ramai orang yang melihat kian beransur lengang.

     “Thanks Encik Syahrul.” Hanis Ariana menolak pelawaan bantuan dari Syahrul Iman. Dia menggagahkan diri untuk bangun sendiri tanpa bantuan lelaki itu.

     Perlahan - lahan Hanis Ariana bangun dari duduknya di atas lantai. Sesekali dia memegang rahang pipinya yang masih bersisa sakitnya kerana ditampar keras oleh Hakim Hizwan.

     Syahrul Iman yang melihat keadaan Hanis Ariana itu jatuh kasihan padanya. Dia juga menjadi marah jika teringatkan perbuatan bekas suami wanita itu. Terasa mahu saja di belasah cukup - cukup sehingga lelaki itu serik mahu berkasar lagi pada Hanis Ariana.

     Sebelum pulang ke rumah, mereka ke klinik dahulu untuk memeriksa keadaan Hanis Ariana. Selepas siap semuanya, barulah Syahrul Iman menghantarnya pulang.

     “Betul ni tak nak buat report polis? Mama risaulah kalau bekas suami Hanis datang ganggu lagi.”

     “Iya mama. Tak perlulah buat report polis tu. Saya okey aje ni. Lagipun bekas suami saya tu tak tahu saya tinggal kat mana.”

     “You sure ke dia tak tahu? Silap - silap dia dah lama follow you. Kalau tak, takkan dia boleh tahu you ada kat Mall tadi. Kalau jadi apa - apa nanti siapa yang nak tolong you?.” Syahrul Iman bersuara keras. Geram pula dia kerana wanita itu enggan membuat laporan polis. Hendak tunggu apa lagi pun tak tahulah. Agaknya tunggu dah jadi kes bunuh baru nak buat report. Masa tu dah tak ada gunanya lagi dah.

     “Encik Syahrul jangan risau. Mama jangan susah hati okeh. Insha Allah tak ada apa - apa. Saya minta maaf kalau buat hari mama tak syok hari ni.”

     “Benda nak jadi bukannya kita tahu. Apa - apa Hanis call mama tau. Tak pun call Iman. Okeh. Mama balik dulu. Pintu ni kunci.”

     “Iye mama. Mama jangan risaulah. Insha Allah tak ada apa - apa. Dah. Mama baliklah ye.”

     Selepas memastikan semuanya selamat, barulah Datin Aliyah dan Syahrul Iman beredar pergi dari rumah Hanis Ariana.

     “Mama risaulah dengan keadaan Hanis tu. Mudah - mudahan dia dengan Aisyah tu tak ada apa - apalah. Kesian dia kan. Apa agaknya masalah dia ye? Hmm.... Orang cantik, baik macam tu pun kena tinggal. Tak tahu bersyukur langsung bekas suami dia tu!. Geram betullah mama bila teringatkan hal tadi tu.”

     “Kita tak tahu mama apa masalah dia orang sebelum ni sampai jadi macam tu. Tadi pun bekas laki dia cakap kat Hanis tu jangan berani keluar dengan lelaki lain lagi lepas ni. Bunyi macam Hanis tu pernah curang. Kita tak tahu kan.”

     “Tapi mama tak percayalah kalau Hanis tu berlaku curang dulu. Silap - silap bekas laki dia yang curang. Then bila dah bercerai mulalah nak insaf. Dah tu tuduh pulak Si Hanis tu yang curang.”

     “Tak tahulah tu.” Balas Syahrul Iman pendek.

     “Mama nak tanya lebih - lebih tadi tak sedap pulak. Nanti ada masa mama nak korek cerita dari dialah.”

     “Ish mama ni. Tak nampak macam menyibuk hal orang ke?.”

     “Bukan nak sibuk. Mama ni cuma ambil berat aje keadaan dia. Kalau benda tak jadi depan mata, mama ni tak delah nak sibuk - sibuk amik tahu. Ni benda jadi live depan mata ni. Tentulah mama ni risau. Tentulah mama ni ingin tahu apa yang jadi sebenarnya. Yang Iman ni pun macam tak ada perasaan aje mama tengok. Tak kesian ke dengan Hanis dengan anak dia tu?.”

     “Aikk.. Iman sekali kena marah ni. Iman risaulah mama. Takkanlah Iman nak tunjuk lebih - lebih pulak yang Iman ni risau. Nanti kang apa pulak Si Hanis tu fikir. Dah sekarang ni mama bertenang, rileks, jangan stress - stress fikirkan hal Hanis tu. Nanti esok kat office Iman tanya keadaan dia. Kalau mama nak Iman tengokkan dia sekali pun boleh.”

     “Hah. Iman satu office dengan dia ke? Laa... Kenapa tak cakap? Yang Iman pun lagak macam tak pernah kenal aje mama tengok dah kenapa? Kalau macam tu senanglah. Esok mama nak Iman jemput dia ke office.”

     “Takkan sampai nak kena jemput pulak, mama? Dia drive kereta sendirilah.” Rungut Syahrul Iman.

     “Eh lupa ke yang kereta dia rosak? Esok pergi jemput dia tau. No excuse!.”

     “Tapi mama...”

     “Hahh... No tapi, tapi. Keluar awal esok pergi amik dia. Fullstop!. “

     Syahrul Iman tiada pilihan. Dia kena juga ikuti arahan mamanya. Walaupun dia tidak selalu bermalam di rumah ibu bapanya, tapi apa yang diarahkan mama atau papanya dia jarang tidak turuti. Kalau tak diikutkan, siaplah bom atom meletup. Kena bebel macam peluru berpandu.

     Keesokan harinya, awal pagi lagi Syahrul Iman sudah tercegat di hadapan pagar rumah Hanis Ariana. Dia berkira - kira samada mahu mengetuk pintu rumah wanita itu atau hanya menunggu di luar sehingga wanita itu keluar. Tetapi dia tidak tahu rutin harian wanita itu. Lagi pula tiada kereta di garage rumahnya. Jadi, dia sendiri tidak pasti samada wanita itu masih ada di rumah ataupun sudah keluar. Jika dia hanya menunggu sahaja, buatnya wanita itu sudah keluar.... Ahh, pishang!!

     Tiada pilihan lain, akhirnya Syahrul Iman keluar dari kereta dan memberi salam. Beberapa kali dia memberi salam akhirnya Hanis Ariana terjengul dari muka pintu.

     “Assalamualaikum.” Syahrul Iman memberi salam sekali lagi setelah Hanis Ariana berada di hadapannya.

     “Waalaikumussalam. Encik Syahrul buat apa kat rumah saya pagi - pagi ni? Ada apa - apa yang important ke pasal kerja?.” Soal Hanis Ariana penuh tanda tanya.

     “Mama minta I jemput you ke office. Tu yang pagi - pagi lagi I dah sampai rumah you.”

     “Laa... Untuk apa Datin minta Encik Syahrul jemput saya ni? Saya boleh pergi sendiri kan.”

     “Mama risaukan you sangat - sangat pasal hal semalam. Hmm... Lagipun kereta you masih belum okey, kan?.”

     “Kalau kereta saya belum okey sekali pun, saya boleh naik grablah Encik Syahrul. Dah. Encik Syahrul boleh pergi office dululah. Saya naik grab aje. Tak payah susah - susah okey.”

     “You ni kan... Geram pulak I rasa pagi - pagi ni. You jangan banyak cakap. Sekarang ni you pergi siap cepat kita pergi sekali.”

     Gulp! Hanis Ariana terkejut dengan reaksi majikannya itu. Namun dia terpaksa menolaknya sekali lagi kerana dia perlu menghantar Aisyah ke tadika dahulu. Takkanlah dia nak minta majikannya itu menghantar anaknya juga kan. Uh. Tak selesa dia.

     “Errr... Maaf Encik Syahrul. Saya tak nak menyusahkan Encik Syahrul sebenarnya. Lagipun saya perlu hantar Aisyah dulu ke tadika dia. Tak naklah menyusahkan Encik Syahrul lagi.”

     “Tak ada susah pun kalau you sebut mintak hantarkan Aisyah. I boleh aje hantarkan dulu. Dah. Sekarang ni you pergi masuk settle apa yang perlu. Lepas tu kita gerak. Cepat!.”

     Hanis Ariana berlari anak masuk ke dalam rumah. Syukurlah Aisyah sudah siap berpakaian sekolah. Tinggal ambil bag sahaja dan dah boleh pergi. Selepas dia mengunci pintu dan pagar, dia masuk ke kereta Encik Syahrul. Sebelum itu, Encik Syahrul sudah menguruskan Aisyah masuk ke dalam kereta.

     “Okey sayang mama. Dah sampai. Kat school jangan gaduh - gaduh dengan kawan tau. Nanti petang mama datang ambil, okeh.”

     “Okeh mama.” Aisyah menghulurkan tangan pada mamanya. Kemudian dia mendapatkan Syahrul Iman untuk bersalaman.

     “Belajar rajin - rajin.”

     “Baik uncle.”

     Setelah memastikan Aisyah betul - betul selamat masuk ke dalam sekolah, barulah mereka meninggalkan perkarangan sekolah tadika tersebut. Selepas itu, barulah mereka bergerak ke Elegant Perfect Designer pula.

     “You dah sarapan ke?.”

     “Hmm... Belum lagi.”

     “Kita sarapan dulu.”

     “Hmm... Tapi saya dah lambat ni, Encik Syahrul.”

     “Jangan risau I tak potong gaji you. Ikut I pergi sarapan dulu.”

     “Hmm... Okeh.” Hanis Ariana akur.

     Mereka bersarapan di restoran berhampiran pejabat saja. Nasi lemak menjadi pilihan mereka pagi itu. Tidak banyak diborakkan mereka pagi itu. Masing - masing hanya fokus pada hidangan mereka dan menghabiskan sesegera mungkin.

     Selesai bersarapan, mereka pun bergerak ke bangunan yang menempatkan Elegant Perfect Designer. Setelah kereta di parkir, mereka jalan menuju ke lift untuk ke tingkat atas.

     Semasa menunggu ketibaan lift, Laila datang menyapa mereka yang kebetulan baru selesai menapau sarapan pagi di restoran yang sama dengan tempat Hanis Ariana dan majikannya bersarapan tadi.

     “Morning, Encik Syahrul. Morning Hanis.”

     “Hai. Morning.” Jawab Syahrul Iman serentak dengan Hanis Ariana.

     Ting! Lift pun tiba. Pintu terbuka dan mereka pun masuk ke dalam. Hanya mereka bertiga sahaja yang berada di dalam lift tersebut. Hanis Ariana berada di tengah - tengah antara Syahrul Iman dan Laila. Sepi. Tiada sebarang perbualan ketika itu. Terasa janggal masing - masing mahu bersuara.

     Dua minit kemudian, mereka pun tiba di tingkat lima bangunan tersebut. Syahrul Iman terus masuk ke biliknya. Manakala Hanis Ariana dan Laila pula menuju ke meja mereka.

     “Eh, Hanis. I nak tanya you ni.?” Tiba - tiba Laila bersuara.

     “Tanya apa tu?.”

     “You ada apa - apa ke dengan Encik Syahrul tu?. I nampak tau you breakfast dengan dia tadi.” Bisik Laila.

     Hanis Ariana sudah menelan liur. Aduhai. Apa nak bagi alasan ni?. Dahinya berkerut. Dia menarik nafas perlahan sebelum menjawab. Dia tidak mahu kelihatan gugup semasa menjawab persoalan Laila itu.

     “Ish apa yang you merepek ni. Kebetulan tadi I sarapan kat situ sorang - sorang I ternampak Encik Syahrul. I saja pelawa dia makan sekali. Tak sangka pulak dia nak. Itu aje.”

     “Ooo... I ingat you all ada apa - apa tadi. Hehe...”

     “Ish. Tak adalah. Bagai enggang dengan pipitlah. Please sedar diri okeh. Dah, dah. Baik kita buat kerja kita. Kang singa tu dah mengaummm.... Hah baru tahu.” Hanis Ariana dan Laila tergelak bersama. Kemudian masing - masing memulakan tugasan yang telah diberi sehingga selesai.

 

     

 

   

     

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience