BAB 16

Romance Series 26489

BAB 16

     “Ada apa kau nak jumpa aku ni?.” Tanya Syahrul Iman kepada Fazli Shamsudin.

     “Aku nak cakap pasal Hanis.”

     “Kenapa dengan isteri aku?.”

     “Kau tahu, kan yang aku cintakan dia?.”

     “Yeah. I know. So... Why?.”

     “Aku nak kau ceraikan dia. Lepaskan dia dengan cara baik. Kalau tak kerana dia masih isteri kau, dah lama dah aku memperisterikan dia.”

     “Now... You know yang dia masih isteri aku, kan. So... Kenapa kau masih nak mencuba nasib? Ada dia beritahu yang dia cintakan kau?.”

     “Memang dia tak ada beritahu yang dia cintakan aku. Tapi aku tahu setiap gerak - geri dia, dia sayangkan aku. Masakan dia mintak kau cerai, kan? Come on-lah Syahrul. Selama setahun kau tak ada dengan dia, aku yang selalu ada di sisi dia masa dia susah senang. Tiba - tiba kau muncul senang - senang kau kata kau nak pertahankan rumah tangga kau. Apa ni?. Kau tak rasa ke, yang Hanis tu, boleh terima atau tak kau dengan apa yang kau dah buat pada dia dulu?.”

     “Jauh - jauh kau datang dari Kuantan ke KL ni semata - mata nak cakap pasal hal ni je? Rasanya kau tak ada hak nak cakap dengan aku pasal rumah tangga aku. Antara kau dengan dia tak boleh ada apa - apa hubungan. Dia masih isteri aku. Walau macam mana, walau apa sekalipun, kau tetap tak boleh ada hubungan dengan dia.”

     “Sebab tu aku datang jumpa kau ni. Sebab aku nak kau ceraikan dia dengan cara baik. Aku merayu. Please. Lepaskan dia.”

     “No! Aku takkan sekali - kali lepaskan dia. Dia isteri aku dan aku sayangkan dia. Kau boleh cari perempuan lain untuk dijadikan isteri. Tapi bukan dengan isteri aku!.”

     Selepas menghabiskan ayatnya, Syahrul Iman bangun dari duduknya dan beredar meninggalkan Fazli Shamsudin di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

     Berani sungguh lelaki itu berjumpa dengannya semata - mata mahu memintanya agar menceraikan isterinya. Huh! How dare he!. Sudahlah sekian lama dia mencari isterinya itu dan apabila sudah bertemu, sewenang - wenangnya dia di suruh melepaskan isterinya itu. Tidak mungkin dia akan lakukannya sebelum dia berusaha mengambil hati isterinya itu semula.

     Seperti minggu - minggu sudah, setiap petang Jumaat Syahrul Iman akan pergi ke Port Dickson untuk berjumpa dengan isteri dan anak tirinya.

     “Encik Syahrul okey tak ni?.” Tanya Hanis Ariana apabila melihat wajah pucat Syahrul Iman.

     “I demam sikit.”

     “Kalau demam kenapa datang sini jugak? Lain kali pun boleh datang, kan. Kalau jadi apa - apa atas jalan raya macam mana?.”

     “I rindu kat you. Sebab tu I datang jugak.”

     “Kalau ye pun rindu. Kalau demam tak payahlah datang.”

     “I okey jelah, Sayang. Demam sikit je ni. Risau juga you kat I, kan?.”

     “Dah jangan nak merepek - repek lagi. Better Encik Syahrul masuk dalam dulu. Mandi solat dulu. Lepas tu boleh makan sama - sama.”

     “Okeh Sayang. Thanks.” Syahrul Iman tersenyum memandang isterinya yang membebel kerana risaukannya. Dia membuntuti langkah Hanis Ariana dari belakang dan masuk ke dalam rumah.

     Usai mandi dan bersolat, Syahrul Iman keluar dari bilik untuk makan malam bersama Hanis Ariana dan Aisyah. Dia yang tidak berapa sihat itu, cuba juga untuk menelan makanan yang di hidang buatnya. Tekaknya berasa perit dan pahit untuk menelan setiap makanan yang masuk ke dalam mulutnya.

     “Sikit sangat makan tu Encik Syahrul.”

     “I tak ada seleralah. Cukuplah ni buat alas perut. Tak boleh nak masuk lagi dah.”

     “Tunggu sekejap saya ambilkan panadol.”

     Beberapa minit kemudian, Hanis Ariana datang semula ke ruang makan bersama panadol dan segelas air masak.

     “Nah. Makan panadol ni.” Syahrul Iman mengambil panadol yang dihulurkan kepadanya dan memakannya.

     “Pergilah berehat dalam bilik saya.”

     “Kalau I tidur dalam bilik you, you macam mana nanti?.”

     “Pasal saya Encik Syahrul tak payahlah bimbang. Tahulah saya nak tidur kat mana pun. Dah. Sekarang Encik Syahrul pergi masuk bilik dan tidur.”

     Syahrul Iman bangun dan masuk ke dalam bilik Hanis Ariana. Kepalanya berat sangat dirasakan ketika itu. Letih bekerja di tambah dengan penat memandu tadi betul - betul mengurangkan tenaganya. Tidak sampai seminit matanya terus terlelap setelah kepalanya cecah ke bantal.

     Selepas siap mengemas dapur, Hanis Ariana masuk ke dalam bilik untuk melihat keadaan Syahrul Iman.

     “Hmm... Kenapa tak berselimut. Lampu pun tak tutup. Hailah Encik Syahrul ni. Teruk sangat ke demamnya ni?.“

     Hanis Ariana berjalan mendekati Syahrul Iman yang sedang lena. Teragak - agak dia mahu menyentuh dahi lelaki itu. Namun dia menyentuhnya juga dengan hati - hati kerana dia ingin tahu adakah suhu badan lelaki itu panas atau normal.

     “Ya Allah. Panasnya!.” Hanis Ariana meraba pula di sekitar wajah dan leher lelaki itu.

     Kemudian dia ke dapur untuk mengambil semangkuk air dan sehelai tuala kecil. Di basahkannya tuala itu dan diperah. Dia kemudiannya meletakkan tuala tersebut di atas dahi Syahrul Iman dan dibiarkan untuk beberapa minit.

     Hanis Ariana mengambil selimut dan menyelimutkan separuh badan Syahrul Iman. Selepas itu, dia membasahkan semula tuala kecil yang ada di atas dahi lelaki itu dan di lapnya perlahan wajah dan kepala suaminya. Dia melakukannya untuk beberapa kali sehingga dirasakan ada sedikit berkurang suhu panas badan suaminya itu.

     Setelah memastikan Syahrul Iman tidur dalam keadaan baik, dia menutup lampu dan keluar dari biliknya untuk mengambil toto dan selimut yang selalu digunakan lelaki itu setiap minggu untuk dijadikan tempat tidurnya pada malam itu. Kemudian dia membentangkan toto tersebut di tepi katilnya bersebelahan tempat tidur Syahrul Iman. Hanis Ariana berbaring dan tidak lama menunggu dia terus terlelap.

     “Allahuakbar. Astaghfirullah al - azim.” Syahrul Iman terjaga dari lenanya pada jam 6 pagi. Dia meraup mukanya sambil beristighfar.

     “Ya Allah. Sayang!.” Syahrul Iman terkejut lantas bangun dari pembaringannya apabila menyedari yang isterinya itu tidur di atas lantai di tepi katilnya.

     “Sayang. Sayang. Bangun, Sayang.” Syahrul Iman menggerakkan perlahan lengan Hanis Ariana.

     “Encik Syahrul. Kenapa ni? Encik Syahrul okey tak ni?.” Tanya Hanis Ariana panik lalu bangun dari pembaringannya.

     “I okeh, Sayang. Kurang sikit dah ni demam I ni. Kenapa tidur kat bawah?.”

     “Hah...?.” Hanis Ariana kehilangan kata - kata. Dia tidak tahu hendak jawab apa.

     “Okeh. I faham. Sayang tak selesa, kan. Dah bangun. Duduk sini. I minta maaf sebab I, Sayang terpaksa tidur kat bawah ni.”

     “It’s okeh. Err... Encik Syahrul pergilah mandi dulu. Saya nak kemas tempat tidur ni.”

     Syahrul Iman masuk ke dalam bilik air dan membersihkan diri untuk solat Fardhu Subuh. Badannya masih belum sembuh sepenuhnya namun dia gagahkan juga untuk bangun.

     Selesai bersolat Subuh, Syahrul Iman duduk sebentar di atas sejadahnya sambil bersandar di kaki katil. Dia mengurut - urut perlahan tengkuknya bagi mengurangkan ketegangan urat di tengkuknya.

     “Meh sini saya tolong picitkan.” Tiba - tiba Hanis Ariana menjengah ke dalam biliknya dan mahu menghulurkan bantuan mengurut tengkuk Syahrul Iman.

     Syahrul Iman menoleh dan memberikan ruang kepada Hanis Ariana untuk duduk di belakangnya di atas katil.

     Hanis Ariana mula memicit perlahan tengkuk dan bahu Syahrul Iman. Dirasakan badan lelaki itu sudah berkurangan panasnya.

     “Sayang dah solat?.”

     “Saya ‘cuti’ hari ni.” Syahrul Iman hanya mengangguk.

     “Thanks Sayang.”

     “Sama - sama. Hmm... Encik Syahrul. Encik Syahrul tak payahlah panggil saya ‘Sayang’. Rasa pelik pulak dengar.”

     “Nanti lama - lama Sayang biasalah dengar I panggil Sayang. Baru - baru memanglah kekok. Panggil Sayang kan lebih sedap di dengar, kan. Hmm... I pun nak you panggil I ‘Abang’. ‘Biy’ ke, ‘Baby’ ke, ‘Sayang’ ke... Tapi... Itu pun bila Sayang dah ready nak panggil I macam tulah. Dan bila Sayang dah boleh terima I dalam hidup Sayang. I takkan paksa. Sayang ambiklah banyak mana masa pun. I akan tunggu.”

     Hanis Ariana hanya diam mendengar. Dia tidak tahu mahu menjawab apa. Dia akui yang telinganya sedap mendengar panggilan ‘Sayang’ yang keluar dari mulut Syahrul Iman. Seperti ada satu tarikan dalam nada suara lelaki itu ketika menyebutnya. Walaupun dia mengatakannya pelik kepada lelaki itu, namun sebenarnya dia berasa selesa mendengarnya.

     “Saya masak nasi lemak hari ni. Jom. Sarapan.” Hanis Ariana menghentikan urutan dan mengajak Syahrul Iman untuk keluar sarapan bersama.

     Mereka jalan ke ruang makan bersama - sama. Kelihatan Aisyah sedang menonton televisyen di ruang tamu. Syahrul Iman mengajak Aisyah bersarapan bersama mereka. Aisyah bangun dan mengambil tempat duduk di meja makan.

     “Jap lagi kita keluar ea. Jalan - jalan.” Kata Syahrul Iman usai makan sarapannya.

     “Encik Syahrul, kan masih tak sihat. Tak payahlah keluar.” Balas Hanis Ariana.

     “Sikit je demam I ni. Kalau dilayan kang bukan makin sihat. Better I bawak Sayang dengan Aisyah keluar. Kurang - kurang keluar jugak peluh ni daripada duduk saja, kan.”

     Hanis Ariana memandang Syahrul Iman lama. Dia ragu - ragu dengan cadangan lelaki itu. Demamnya masih belum kebah sepenuhnya tetapi mahu mengajak keluar berjalan. Kalau makin melarat nanti macam mana? Degil!.

     Dalam pukul 10.30 pagi mereka ke shopping mall untuk berjalan - jalan. Banyak yang Syahrul Iman belanjakan untuk mereka berdua. Puas ditolak namun lelaki itu tetap berdegil mahu membelikannya pakaian dan sebagainya.

     “Lepas makan ni kita pergi tengok wayang nak?.” Ajak Syahrul Iman.

     “Tak naklah. Dah lama kita keluar ni. Encik Syahrul tu bukannya sihat sangat. Tak payahlah tengok wayang tu. Kita balik aje.”

     “Alaaa Mama. Aisyah tak pernah tengok wayang. Jomlah Mama.” Pujuk Aisyah.

     “Kesian kat Aisyah, Sayang. Teringin dia nak tengok wayang. Lepas tengok wayang kita baliklah.”

     “Macamlah tak boleh tengok hari lain. Aisyah. Kita tengok lain kali, okeh. Uncle tak sihat. Kesian Uncle.”

     Aisyah sudah monyok mukanya. Teringin benar dia nak tengok wayang. Tetapi mamanya pula tidak beri.

     “Tengok. Aisyah dah merajuk. I okehlah, Sayang. Demam I dah okeh dah ni. Kita tengok wayang ea?.”

     “Suka hati Encik Syahrullah. Saya ikut aje.” Hanis Ariana mengeluh kasar. Akhirnya dia terpaksa turuti juga permintaan lelaki itu.

     Selesai makan, mereka pun menuju ke panggung wayang untuk menonton filem. Memandangkan Aisyah ada bersama, mereka memilih untuk menonton cerita kartun. Jika hendak menonton filem dewasa agak kurang sesuai pula. Lainlah kalau dia dan Hanis Ariana sahaja yang pergi menonton wayang. Macam - macam genre filem dewasa dia boleh tengok.

     Aisyah amat teruja apabila masuk ke dalam panggung wayang. Maklumlah, itu adalah pengalaman pertamanya.

     Syahrul Iman mengambil tempat duduk di sebelah Hanis Ariana. Manakala Aisyah duduk di sebelah wanita itu.

     Sepanjang cerita ditayang, Syahrul Iman mengambil kesempatan untuk melelapkan matanya. Kepalanya masih berasa agak berat dan pusing. Namun apabila di hadapan isterinya, dia berpura - pura sudah sihat.

     Sebelum matanya terlelap, dia menarik tangan isterinya dan di genggam erat sehinggalah dia tertidur.

     Hanis Ariana menoleh ke arah Syahrul Iman apabila dirasakan lelaki itu senyap dan tiada pergerakan.

     “Laa... Tidur rupanya.” Hanis Ariana berkata perlahan. Bibirnya mengukir senyuman. Namun tangannya dibiarkan sahaja dalam genggaman tangan suaminya.

     Satu jam empat puluh lima minit berlalu, tayangan pun sudah habis di tonton. Hanis Ariana mengejut Syahrul Iman.

     “Cerita dah habis. Jomlah kita balik.”

     Mereka bangun dan keluar dari pawagam. Syahrul Iman mengajak Hanis Ariana dan Aisyah untuk makan dahulu sebelum pulang kerana dia tidak mahu menyusahkan isterinya itu memasak apabila sudah sampai di rumah nanti. Lagipun dia mahu terus berehat kerana demamnya masih belum sembuh sepenuhnya.

     “Encik Syahrul nak ke mana tu bawak toto semua ni?.” Tanya Hanis Ariana apabila melihat Syahrul Iman mahu keluar bilik dengan membawa toto.

     “I nak tidur kat ruang tamulah.”

     “Encik Syahrul tidur jelah kat sini. Masih tak sihat lagi kan?.”

     “Kalau I tidur kat sini, Sayang nak tidur mana nanti?.”

     “Pasal saya Encik Syahrul tak payah risaulah. Tahulah saya nak tidur mana nanti. Encik Syahrul pergilah tidur dulu. Toto tu bagi pada saya.”

     Syahrul Iman menghulurkan toto kepada Hanis Ariana dan dia terus berbaring di atas katil. Tidak lama menunggu terus dia terlelap.

     Malam itu, Hanis Ariana tidur di tempat yang sama seperti hari semalam dia melelapkan mata. Dia masih belum boleh menerima Syahrul Iman di dalam hidupnya buat kali kedua. Apatah lagi mahu tidur sekatil dengan lelaki itu memang amat payah untuk dia lakukan. Hatinya masih terluka dengan sikap lelaki itu dahulu. Dia takut jika hatinya terluka lagi setelah menyerahkan segalanya kepada lelaki itu.

     “Encik Syahrul jadi balik jugak ke ni?.” Tanya Hanis Ariana keesokan harinya.

     “Jadi Sayang. I kena balik jugak hari ni sebab esok I ada meeting penting.”

     “Encik Syahrul, kan masih belum sihat lagi. Stay-lah sehari lagi. Esok je baru balik. Kalau jadi apa - apa masa drive nanti macam mana?.” Soal Hanis Ariana risau.

     “Sayang juga Sayang pada I, kan. Thanks Sayang.”

     “Lamberttt lagi nak sayang. Jangan nak perasan. Saya ni cuma risau aje. Encik Syahrul kan belum sihat betul lagi. PD dengan KL ni nampak aje tak jauh. Tapi dah kalau dalam keadaan tak sihat nak memandu ni...memang akan terasa jauh. Lambat aje rasa nak sampai.”

     Syahrul Iman tersenyum mendengar bebelan dari isterinya itu. Dia tidak mengambil hati langsung dengan kata - katanya itu. Malah dia senang kerana sedikit sebanyak isterinya itu mengambil berat akan dirinya.

     Syahrul Iman bertolak pulang ke Kuala Lumpur sudah 3 jam berlalu. Namun Hanis Ariana masih belum mendapat khabar jika suaminya itu sudah sampai ke destinasinya. Pada fikirannya mungkin jalan sesak dan mungkin juga suaminya itu mahu terus berehat kerana masih belum sihat sepenuhnya.

     Jam sudahpun menunjukkan pukul 3 petang. Hanis Ariana yang sedang mengemas dapur tiba - tiba mendapat satu panggilan daripada seseorang yang tidak dijangkanya.

     “Waalaikumussalam. Siapa ni?.” Tanya Hanis Ariana kepada pemanggil di talian.

     “..........”

     “Mama? Mama apa khabar?.”

     “..........”

     “Hah? Macam mana keadaan dia, Mama?.

     “..........”

     “Allahuakbar. Mama bertenang ye. Hanis akan balik KL sekarang. Nanti kita jumpa di hospital. Mudah - mudahan semuanya baik - baik aje.”

     “..........”

     “Ye, Mama. Insha Allah. Okeh Mama. Hanis nak bersiap - siap ni. Assalamualaikum.”

     Hanis Ariana terduduk di atas sofa. Fikirannya melayang mengingati kata - kata suaminya semalam.

     “I harap one day nanti Sayang dapat terima I dalam hidup Sayang. Kita bina mahligai bahagia kita sama - sama, besarkan Aisyah dan anak kita sama - sama.... I harap I sempat merasa semua tu. Tapi I tak nak paksa Sayang kalau Sayang masih belum terima I lagi. I akan tunggu walaupun ketika itu kita sudahpun berada di alam sana.”

     Tiba - tiba air mata Hanis Ariana gugur ke pipi. Hatinya sayu. Bagaimana keadaan suaminya sekarang? Adakah dia masih sempat bertemu suaminya lagi? ‘Ya Allah... Kau selamatkanlah suamiku daripada perkara yang tidak baik. Lindungilah dia. Berikanlah kekuatan padanya agar dapat melawan segala kesakitan yang sedang di tanggung saat ini. Aku merayu pada-Mu Ya Allah. Aku merayu....’

     

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience