BAB 17

Romance Series 26489

BAB 17

     “Hanis. Calm down. Sabar, okeh.” Kata Fazli Shamsudin kepada Hanis Ariana semasa dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.

     “I risau, Fazli. I takut kalau jadi apa - apa pada Encik Syahrul.”

     “Insha Allah tak ada apa - apa. Kita doakan yang baik - baik, okeh.” Hanis Ariana mengangguk.

     Wajah Hanis Ariana jelas terpancar kerisauan. Terasa begitu lambat sekali mahu sampai di hospital. Kalaulah dia boleh terbang, sudah tentu dia akan lakukannya agar cepat sampai.

     Hatinya kian berdebar ingin tahu tentang keadaan Syahrul Iman. Berbagai andaian sudah menerjah ke dalam kotak fikirannya. Yang baik dan yang buruk silih berganti bermain di dalam otaknya.

     Hanis Ariana berebut - rebut berlari mencari ibu bapa mertuanya sambil tangannya tidak lepas menarik tangan anaknya, Aisyah sejurus sampai di hospital. Fazli Shamsudin pula pergi memarkirkan keretanya di tempat letak kereta.

     “Mama, Papa.” Hanis Ariana bersalaman dengan bapa mertuanya dan kemudian dia mendapatkan Datin Aliyah.

     “Hanis.” Sepatah perkataan sahaja yang keluar dari mulut Datin Aliyah. Air matanya sudah turun mencurah - curah tatkala melihat Hanis Ariana dan Aisyah.

     “Mama. Jangan menangis macam ni, Mama. Encik Syahrul macam mana? Keadaan dia macam mana, Mama?.” Hanis Ariana bertanya dan matanya juga turut berderai dengan air mata.

     “Iman masih dalam bilik rawatan lagi, Hanis. Kami tak dapat berita lagi macam mana keadaan dia.”

     “Allahuakbar. Kita doa ye, Mama. Mudah - mudahan Encik Syahrul tak teruk dan semuanya akan baik - baik aje.”

     Mereka menunggu Syahrul Iman di luar bilik rawatan dalam perasaan yang bercampur baur. Setelah hampir 2 jam menunggu, akhirnya seorang doktor keluar dari bilik rawatan tersebut dan menemui mereka.

     “Macam mana dengan anak saya, Doktor?”. Tanya Datin Aliyah cemas.

     “Bawak bersabar semua. Encik Syahrul sekarang dalam keadaan stabil. Cuma dia masih belum sedarkan diri lagi di sebabkan bius yang kami beri tadi untuk pembedahan tulang kaki kirinya yang retak. Sekejap lagi kami akan transfer dia ke wad biasa dan kamu semua bolehlah melawat dia. Tapi jangan jumpa sekali gus, okeh. Takut mengganggu emosi Encik Syahrul pulak nanti.”

     “Kaki kiri dia retak? Teruk ke, Doktor? Anggota lain ada yang cedera teruk ke, Doktor? Tangan dia, badan... Macam mana, Doktor?.” Soal Datin Aliyah bertubi - tubi dalam tangisan. Hanis Ariana yang berdiri di sebelah Datin Aliyah menggosok - gosok perlahan lengan ibu mertuanya agar bertenang.

     “Di anggota lain cuma ada luka - luka kecil saja. Tiada yang serius. Hanya kakinya saja yang retak akibat tersepit dalam kemalangan tadi. Puan dan semua jangan risau. Kami akan cuba berikan rawatan yang terbaik untuk Encik Syahrul. Ada apa - apa pertanyaan lagi?.”

     “Tak ada, Doktor. Terima kasih.” Jawab Dato Redhuan.

     Doktor Rahman yang merawat Syahrul Iman pergi setelah menerangkan keadaan Syahrul Iman kepada mereka. Sementara menunggu pemindahan ke wad biasa, mereka duduk semula di bangku yang di sediakan.

     “Mama. Abang macam mana?.” Tanya Syahirah Aina yang baru tiba di hospital.

     “Alhamdulillah. Dia selamat. Cuma kaki kiri dia je retak.”

     “Alhamdulillah. Adik risau betul tadi bila dapat tahu Abang excident. Adik terus cancel-kan meeting dekat Melaka. Terus balik sini. Syukurlah tak ada yang teruk jadi.”

     Syahirah Aina melabuhkan punggungnya di sebelah Datin Aliyah. Hatinya turut berdebar menanti abangnya keluar dari bilik rawatan.

     “Tok Ma. Aisyah belum salam Tok Ma lagi.” Aisyah menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Datin Aliyah.

     Datin Aliyah tersenyum lalu dia menyambut huluran tangan Aisyah itu. Dia hampir terlupa dengan cucunya yang seorang itu kerana begitu susah hati tadi.

     “Aisyah sihat? Tok Ma rindu sangat dengan Aisyah. Lama tak jumpa Aisyah.”

     “Aisyah sihat, Tok Ma. Cuma Uncle aje demam.” Datin Aliyah yang mendengar sudah berkerut dahi. Dia memandang Hanis Ariana untuk mendapatkan kepastian.

     “Ye, Mama. Encik Syahrul demam dari hari Jumaat hari tu. Saya dah tegah dia supaya jangan balik lagi. Tapi... Dia berkeras nak balik jugak sebab katanya esok dia ada meeting penting.”

     Datin Aliyah menggeleng kepala. Mungkin juga kerana dia memandu dalam keadaan demam dan itulah punca dia kemalangan.

     “Maafkan Hanis ye, Mama. Di sebabkan jumpa sayalah dia kemalangan. Terpaksa memandu dari PD ke KL dalam keadaan tak sihat macam tu. Kalau dia tak datang jumpa saya mungkin semua ni tak akan jadi.”

     “Jangan salahkan diri sendiri, Hanis. Bukan sebab Hanis pun. Semua ni ketentuan Tuhan. Ujian bagi kita semua. Dah. Jangan salahkan diri sendiri lagi.”

     “Ehem...Owh... Nilah ea isteri Abang?.” Tiba - tiba Syahirah Aina mencelah.

     “Ye. Isteri Abanglah ni. Adik belum pernah jumpa lagi, kan?. Nilah isteri Abang. Hanis Ariana.” Datin Aliyah memperkenalkan Hanis Ariana kepada anak bongsunya.

     Syahirah Aina menyambut huluran tangan dari Hanis Ariana. Mereka saling berbalas pelukan.

     “Cantik. Patutlah Abang asyik teringat - ingat aje. Hmm... No wonder-lah. Aisyah. Meh sini jap.” Aisyah datang kepada Syahirah Aina sejurus di panggil. Hanis Ariana pula hanya tersenyum malu dipuji sebegitu oleh adik iparnya.

     “Salam Auntie Cu. Aisyah berapa tahun?.”

     “Aisyah 6 tahun. Awak ni siapa?.”

     “Saya ni, adik kepada orang yang Aisyah panggil Uncle tu, hah. Kiranya saya ni mak cik Aisyahlah. So... Aisyah boleh panggil saya ni dengan panggilan Auntie Cu.”

     “Ooo... Okeh Auntie Cu.” Aisyah tersenyum sambil jarinya menunjukkan tanda ‘OK’.

     Sedang mereka berbual - bual sambil menunggu Syahrul Iman di bawa ke wad biasa, tiba - tiba pintu bilik rawatan terbuka dan katil yang membawa Syahrul Iman di tolak keluar.

     Masing - masing bangun dan terus mendapatkan Syahrul Iman yang masih belum sedarkan diri. Air mata bercucuran melihat Syahrul Iman dalam keadaan kaki kirinya berbungkus, di dahi kanannya juga terdapat luka dan di tangannya ada kesan calar.

     Setelah Syahrul Iman di tempatkan di dalam wad biasa, mereka silih berganti melawat lelaki itu dan masing - masing tidak sabar mahu berjumpanya.

     Kini tibalah giliran Hanis Ariana masuk berjumpa dengan suaminya. Hatinya sayu melihat tubuh badan suaminya yang cedera dan luka di sana sini. Air matanya tidak dapat di tahan lalu berjuraian jatuh di pipi.

     Hanis Ariana berdiri di sisi katil suaminya. Dia memegang tangan suaminya yang kaku. Dia mengusap wajah suaminya perlahan dan merenungnya lama.

     “Encik Syahrul. Encik Syahrul kena kuat, okeh. Saya akan selalu ada untuk Encik Syahrul.” Hanis Ariana mengelap air matanya yang menitis jatuh di atas tangan suaminya. Kemudian dia mencium tangan kaku Syahrul Iman dan dia membiarkan lama tangan itu di bibirnya.

     “Ya Allah. Abang...” Tiba - tiba ada seorang wanita masuk buru - buru ke dalam wad tersebut.

     Hanis Ariana terkejut dan terus meletakkan tangan Syahrul Iman di atas katil semula. Dia mengelap air matanya yang bersisa di pipi.

     “Hanis? Hanis, kan? Kau buat apa kat sini?.” Soal wanita yang masuk tadi kepada Hanis Ariana.

     “Ila?.” Soal Hanis Ariana semula kepada wanita itu dengan penuh tanda tanya.

     “Iye. Aku Ilalah. Ya Allah... Lamanya aku tak jumpa kau. Kau apa khabar?.” Wanita itu mendapatkan Hanis Ariana dan memeluknya erat.

     “Aku baik je, alhamdulillah. Kau pulak?.”

     “Aku... Okeh. Alhamdulillah. Eh, wait. Aku tanya kau tadi tak jawab pun. Kau buat apa kat sini?.”

     “Aku... Hmm...”

     “Sekejap. Wait a minute. Kau dengan...abang aku....” Hanis Ariana mengangguk perlahan.

     “Oh my God. What the small world! Puas aku cari kau selama ni rupa - rupanya kau dekat je dengan aku. Tak sangka kau kakak ipar aku sekarang.” Kata Syahila Alma, anak kedua Datin Aliyah dan Dato Redhuan dengan gembira.

     Dia memeluk semula sahabat sebiliknya itu semasa di universiti. Di saat hatinya sedang gundah memikirkan keadaan abangnya, ada juga berita yang menggembirakan hatinya kala itu.

     Mereka keluar dari wad dan pergi berjumpa dengan Datin Aliyah dan Dato Redhuan. Syahila Alma sangat teruja mahu memberitahu perihal sahabat baiknya itu kepada kedua orang tuanya.

     “Mama, Papa. You know what. Hanis ni my roommate masa kat U dulu tau. Ila betul tak sangka kawan baik Ila boleh jadi kakak ipar Ila. Ya Allah. I’m sooo happy.”

     “Laa ye ke? Patutlah happy semacam keluar dari tengok Abang tadi.” Balas Dato Redhuan sambil tersenyum.

     “Mama. Mama. Aisyah mengantuklah, Mama.” Tiba - tiba Aisyah datang kepada Hanis Ariana dan mengadu matanya sudah mengantuk.

     “Aisyah mengantuk dah ke? Hmm... Kejap lagi kita balik, okeh.”

     “Hanis. Malam ni tidur rumah Mama jelah ea.”

     “Hmm... Okeh. Boleh Mama. Tapi... Saya ingat nak jaga Encik Syahrul malam ni.”

     “Kalau macam tu, Mama bawak Aisyah jelah ea. Esok nanti Mama dengan Papa datang lagi. Beg baju mana?.”

     “Sekejap ye Mama. Hanis pergi ambik kat bawah.” Hanis Ariana berjalan menuju ke lobi sambil menelefon Fazli Shamsudin. Sejak dari tadi lagi dia tidak nampak kelibat lelaki itu.

     Hanis Ariana berjumpa dengan Fazli Shamsudin di tempat letak kereta. Dilihatnya lelaki itu sedang duduk bersandar di dalam kereta.

     Tok! Tok!

     Tingkap di tempat duduk penumpang di ketuk. Fazli Shamsudin membuka kunci dan Hanis Ariana masuk ke dalam kereta.

     “Kenapa duduk dalam kereta aje? Kenapa tak masuk dalam?.” Tanya Hanis Ariana.

     “I tak nak ganggu you dengan family in law you. Kalau I pergi, takut nanti dia orang fikir yang bukan - bukan pulak. I tak nak orang pandang serong pada you.”

     “Thanks Fazli. I.... I nak ucap terima kasih banyak - banyak pada you sebab dah susah - susah hantar I dengan Aisyah ke KL ni. You stay-lah semalam kat KL ni ye. Jangan balik Kuantan malam - malam ni. Bahaya.”

     “You dengan Aisyah tidur mana malam ni?.”

     “Malam ni I tidur kat sini. I nak jaga Encik Syahrul. Aisyah tidur rumah mama Encik Syahrul.”

     “Macam mana keadaan dia?.”

     “Alhamdulillah. Dia dah stabil. Cuma masih belum sedar lagi.”

     “Nampaknya... Peluang I makin tipislah kan untuk memperisterikan you? Lepas ni, you akan semakin jauh dari I.”

     “Fazli... Please. Don't say like that. I.... I minta maaf untuk semua kesusahan yang I dah bagi pada you. Dari mula kita kenal, dari mula you tolong I... I sedar I dah banyak susahkan you. I nak ucap terima kasih pada you sebab you hadir dalam hidup I masa I tengah hadapi kesusahan. Thank you so much, Fazli. And... I nak minta maaf kalau selama ni I dah bagi harapan pada perasaan you. I tak bermaksud nak lukakan hati you, Fazli. I tak nak you berharap pada I lagi. Kita serahkan semuanya pada Allah. Kalau ada jodoh kita... Adalah. Kalau Tuhan tidak mengkehendakinya untuk kita bersama, I nak you terima dan redha, okeh.”

     Fazli Shamsudin memandang lama wajah Hanis Ariana yang berada di sebelahnya. Dia menarik nafas dalam dan melepaskannya perlahan. Kemudian dia mengambil tangan kanan Hanis Ariana dan di kucupnya lama.

     “I love you so much, Hanis. I tak tahu sama ada I boleh redha jika hubungan kita setakat ini. I tak tahu kalau I boleh hidup tanpa you. Selama ni... I tak pernah pun rasa susah bila bersama you. I ikhlas lakukan semuanya untuk you dan Aisyah. I tak pernah rasa terpaksa or apa pun bila I ke PD setiap minggu. I happy buat semua tu asalkan I dapat jumpa you. I ikhlas sayangkan you dan Aisyah. I dah anggap Aisyah tu macam anak I sendiri. I really love you, Hanis. Love you so much.”

     “Tapi you tahu, kan I tak boleh. I masih isteri Encik Syahrul. I harap you faham, Fazli. I betul - betul minta maaf untuk semuanya.”

     Fazli Shamsudin mendekatkan wajahnya ke wajah Hanis Ariana kerana mahu mencium bibir wanita itu. Namun Hanis Ariana dengan pantas menolaknya tanda tidak mahu. Fazli Shamsudin pasrah dengan penolakan dari Hanis Ariana itu lalu melepaskan tangan wanita itu yang di pegangnya sedari tadi.

     Hanis Ariana keluar dari kereta dan membuka pintu tempat duduk belakang untuk mengambil beg pakaiannya dan Aisyah.

     “I pergi dulu, Fazli. Assalamualaikum.” Hanis Ariana menutup pintu belakang kereta dan berlalu pergi tanpa menoleh lagi.

     Fazli Shamsudin amat kecewa sekali dengan apa yang baru terjadi. Sedih dan punah hatinya kerana impiannya mahu menikahi Hanis Ariana bakal musnah. Keinginannya mahu mengucup bibir wanita itu bukanlah di rancang. Selama dia bersama dengan wanita itu, dia tidak pernah sekali pun mengambil kesempatan menyentuh wanita itu walaupun sekadar memegang tangan. Dia amat menjaga batas pergaulannya. Tetapi malam itu, dia hilang kawalan.

     “Ini begnya, Mama.” Hanis Ariana menghulurkan beg pakaian Aisyah kepada Datin Aliyah.

     “Lamanya pergi ambil beg. Hanis letak kat mana beg ni?.”

     “Errr... Saya tumpang kat guard dekat lobi kat bawah. Guard-nya tak ada tadi. Tu yang lambat.” Bohong Hanis Ariana.

     “Owhh... Macam tu. Mama dengan Papa balik dululah ye. Kalau ada apa - apa berita call cepat - cepat tau. Aisyah, jom ikut Tok Ma balik.”

     “Baik, Mama. Aisyah dengar cakap Tok Ma dengan Tok Pa ye. Jangan nakal - nakal tau.”

     “Okeh, Mama.” Hanis Ariana memeluk Aisyah sebelum Datin Aliyah membawanya pulang.

     “Aina pun nak balik jugak ni. Kak Ila macam mana? Balik ke, nak stay?.” Tanya Syahirah Aina kepada kakaknya, Syahirah Alma.

     “Akak pun balik jugaklah. Penat drive pun tak hilang lagi ni. Kau okey ke sorang - sorang ni, Hanis?.”

     “Aku okey aje. Kau tak payah risaulah.”

     “Okeh. Kalau gitu kami balik dululah. Kalau kau nak apa - apa ke, ada apa - apa ke... Call aku tau. Ni nombor aku. Save terus dalam henpon kau tu. Ada masa nanti kita borak - borak lagi. Aku tak habis rindu lagi dengan kau ni.”

     “Iye. Okeh Ila. Dah. Pergilah balik.”

     “Bye, Hanis.”

     Selepas bersalaman, mereka dua beradik pun pulang ke rumah meninggalkan Hanis Ariana sendirian bersama Syahrul Iman di hospital.

     Hanis Ariana masuk ke dalam wad dengan menjinjing beg pakaiannya. Dia meletakkannya di sisi almari yang ada di dalam wad tersebut. Kemudian dia mendekati katil Syahrul Iman.

     Hanis Ariana mengusap lembut pipi Syahrul Iman. Matanya menangis lagi melihat kondisi suaminya yang diam kaku terbaring di atas katil. Dia duduk di kerusi yang ada bersebelahan katil.

     “Encik Syahrul... Bangunlah. Kalau Encik Syahrul dengar cakap saya tadi... Mungkin semua ni takkan jadi. Saya dah larang dah Encik Syahrul tadi. Jangan balik KL sebab Encik Syahrul masih demam. Tapi.... Encik Syahrul degil. Tengok. Apa dah jadi sekarang? Janganlah buat saya susah hati. Bangunlah, Encik Syahrul.” Hanis Ariana berkata perlahan sambil tangannya mengusap lembut tangan suaminya. Matanya tidak berhenti menangis lagi.

     Jam sudah pun menunjukkan pukul 2 pagi ketika Hanis Ariana sedang tidur berbantalkan lengannya sambil memegang tangan kanan Syahrul Iman. Entah pukul berapa dia terlelap dia pun tidak sedar.

     Syahrul Iman menggerakkan perlahan jari jemarinya beberapa kali. Kemudian matanya terbuka perlahan. Dia menundukkan kepalanya sedikit untuk melihat siapa yang sedang memegang tangannya.

     Kepalanya masih terasa berat kesan daripada bius yang di suntik. Syahrul Iman mengangkat tangan kirinya untuk mencapai kepala yang sedang tidur di sisinya. Dengan payah dia cuba memegang kepala Hanis Ariana dan akhirnya dia dapat menyentuhnya untuk mengejutkan wanita itu.

     Hanis Ariana tersedar. Dia menggoyoh matanya dan dengan pantas dia berdiri untuk melihat keadaan Syahrul Iman kalau - kalau suaminya itu sudah sedar.

     “Encik Syahrul.” Hanya itu sahaja yang terluah dari mulutnya. Hatinya jadi sayu kembali.

     Syahrul Iman tersenyum melihat Hanis Ariana.

     “Sayang...”

     “Encik Syahrul nak minum? Saya ambilkan air.” Syahrul Iman mengangguk.

     Hanis Ariana keluar dari wad bagi mendapatkan air untuk Syahrul Iman. Beberapa minit kemudian dia datang dengan satu termos air suam bersama gelas.

     “Perlahan - lahan, Encik Syahrul.” Hanis Ariana membantu suaminya bangun untuk duduk.

     “Nah. Bismillah.” Hanis Ariana menyuakan gelas berisi air suam ke mulut Syahrul Iman.

     “Thanks, Sayang.” Hanis Ariana mengangguk.

     “Encik Syahrul okey?.” Tanya Hanis Ariana.

     “Alhamdulillah. I masih dapat melihat you. Tak sangka you datang tengok I. Thanks Sayang sebab susah - susah datang KL ni. I minta maaf sebab you terpaksa datang sini.”

     “Encik Syahrul janganlah cakap macam tu. Encik Syahrul buat jantung saya rasa nak gugur tahu tak bila dapat tahu Encik Syahrul excident. Semua orang risaukan Encik Syahrul.” Hanis Ariana menyeka air matanya yang jatuh ke pipi.

     “Sorry Sayang sebab dah buat you susah hati. Kepala I sakit sangat tadi. I pun tak sedar macam mana I boleh hilang kawalan masa memandu. Syukurlah I masih boleh bernafas lagi.”

     “Benda pun dah jadi Encik Syahrul. Saya nak bebelkan Encik Syahrul sebab degil balik tadi pun dah tak guna dah. Sekarang ni... Saya nak Encik Syahrul kuatkan semangat untuk sembuh, okeh. Syukurlah kaki Encik Syahrul tu tak patah. Cuma retak aje.” Syahrul Iman melihat kaki kirinya yang berbungkus. Dia redha dengan apa yang terjadi ke atas dirinya.

     “I akan kuat bila you ada kat sisi I, Sayang.”

     “Insha Allah. Saya akan tolong apa yang termampu. Janji Encik Syahrul boleh dengar kata dan tak degil. Okeh.”

     “Okey, Sayang. Anything for you. I akan ikut apa aje yang yang you suruh asalkan I boleh berjalan semula.” Syahrul Iman memegang kejap tangan Hanis Ariana dan dikucupinya.

     Dia rasa bersyukur sangat kerana asbab dia mengalami kemalangan, isterinya akhirnya pulang ke pangkuannya. Walaupun dia terpaksa menahan kesakitan akibat kemalangan itu, dia redha dan dia akan hadapinya dengan tenang dan gembira asalkan isterinya akan selalu ada di sampingnya. Dia berjanji pada dirinya akan ikut semua saranan dan nasihat doktor untuk menjalani semua rawatan agar dia kembali sihat seperti sediakala.

     Dia juga akan menawan semula hati isterinya dan akan buat isterinya itu jatuh cinta pada dirinya satu hari nanti. Ya! Dia kini yakin dengan perasaannya terhadap isterinya itu. Dia betul - betul sudah jatuh cinta dan sayang kepada isterinya sendiri. Harapannya agar isterinya itu juga akan jatuh cinta pada dirinya.

     

     

     

     

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience