BAB 8

Romance Series 26489

BAB 8

     Syahrul Iman mulai risau. Takut ada sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada wanita itu. Tanpa menunggu lebih lama, dia terus ke receptionist untuk meminta bantuan membuka pintu bilik Hanis Ariana.

     Seorang pekerja wanita yang bertugas telah membukakan pintu bilik tersebut. Syahrul Iman masuk ke dalam dan mendapati Hanis Ariana sedang tidur dengan nyenyaknya. Selepas dipastikan semuanya dalam keadaan baik, Syahrul Iman menyuruh pekerja tersebut beredar.

     Syahrul Iman duduk di birai katil. Dia menggeleng kepala melihat Hanis Ariana yang sedang tidur. Wanita itu langsung tidak terjaga walaupun sudah beberapa kali dia mengetuk pintu tadi. Malah dia masuk ke dalam bilik ini pun masih tidak sedarkan diri juga.

     Syahrul Iman melihat Hanis Ariana yang sedang tidur memeluk bantal. Matanya terkesima melihat kecantikan wanita itu tanpa tudung menutupi kepala. Melihatkan rambutnya yang panjang separas dada dan kulit yang kuning langsat itu membuatkan hatinya terasa sesuatu. Walaupun Hanis Ariana tidaklah berpakaian seksi ketika tidur itu, hanya memakai baju t-shirt lengan pendek dan berseluar track saja sudah cukup terlihat cantik di mata lelakinya.

     Syahrul Iman mendekati Hanis Ariana dengan lebih dekat lagi. Dia melihat ke arah dada wanita itu ada tergantung seutas rantai berukiran nama ‘Ariana’. Dia memegang loket nama itu dengan hati - hati kemudian meletakkannya kembali. Tanpa sedar Syahrul Iman telah mengalihkan rambut yang menutupi sebahagian dahi Hanis Ariana.

     “Cantik.” Sepatah perkataan muncul dari bibirnya.

     Sedang dia leka berkhayal dengan kecantikan wajah Hanis Ariana, tiba - tiba wanita itu terjaga dek kerana bauan minyak wangi yang dipakai oleh Syahrul Iman. Hanis Ariana membuka matanya dan menggonyoh hidungnya. Matanya terbuka luas apabila terpandangkan Syahrul Iman yang duduk sangat hampir dengan dirinya. Serta merta dia bangun dari pembaringan. Menyedari dia tidak bertudung, cepat - cepat dia mengambil bantal dan menutup kepalanya.

     “Encik Syahrul! Apa Encik Syahrul buat dalam bilik saya ni? Macam mana Encik Syahrul boleh masuk ke sini?.” Soal Hanis Ariana bertubi - tubi.

     “You ni tidur mati ke apa? I call, mesej... Ketuk pintu tu bagai nak pecah... Langsung you tak bangun. I ingatkan ada apa - apa yang jadi pada you. Rupanya you tengah sedap tidur dalam ni.” Syahrul Iman membebel pada Hanis Ariana.

     “Sorry, Encik Syahrul. Agaknya saya betul - betul keletihan sampai tak sedar.”

     “Ni kalau bom meletup sebelah telinga pun belum tentu bangun ni. Tunggu rentung dulu la jawabnya. Dah. Pergi siap cepat. I dah lapar dah ni.”

     Hanis Ariana menggigit bibirnya. Tidak tahu mahu membalas apa. Yang pastinya dia berasa sangat malu dengan Syahrul Iman ketika itu. Sudahlah tidur mati, sampai orang tu masuk ke dalam bilik pun dia tak terbangun juga. Mujurlah dia terhidu bauan minyak wangi lelaki itu. Kalau tidak... Entah berapa lamalah agaknya dia akan menjadi santapan mata lelaki itu. Aduhaiii... Tebal gila muka rasa!.

     Hanis Ariana bersiap ala kadar saja kerana tidak mahu Syahrul Iman menunggunya lagi. Dia yang hanya memakai kemeja baggy labuh bersama seluar jeans slack skinny dan dipadankan dengan selendang bercorak abstrak nampak begitu casual dan cantik sekali. Di wajahnya hanya dioleskan dengan sedikit gincu saja agar tidak nampak pucat.

     “Sorry, Encik Syahrul buat Encik Syahrul tunggu lama.”

     “Hmm... Dah jom.” Syahrul Iman terus berjalan meninggalkan Hanis Ariana di belakang dan menuju ke keretanya.

     “Kita nak makan kat mana ni, Encik Syahrul?.” Hanis Ariana bertanya setelah kereta mula bergerak menyelusuri jalan raya.

     “You ikut ajelah.”

     “Okey.” Balas Hanis Ariana perlahan. Dia tahu yang majikannya itu masih marahkannya. Jadi dia mengambil keputusan untuk tidak bercakap banyak.

     Lebih kurang 15 minit perjalanan, mereka pun tiba di East Cost Mall. Selepas memarkir kereta di aras bumbung, mereka pun masuk ke dalam kompleks tersebut.

     Misi utama mereka adalah mencari tempat makan. Akhirnya mereka memilih Restoran Johnny untuk makan tengah hari merangkap makan malam. Disebabkan Hanis Arianalah mereka terlewat makan. Pukul 6 petang barulah mereka dapat mengisi perut.

     “Makan ni biar saya belanja ye, Encik Syahrul?.” Hanis Ariana memecahkan kesunyian antara mereka. Syahrul Iman tidak menjawab malah tidak memandang pun kepada Hanis Ariana. Dia terus dengan menyuap makanannya ke dalam mulut.

     Hanis Ariana yang melihat wajah kelat Syahrul Iman itu terus mendiamkan diri kerana dia tahu lelaki itu masih marahkannya. Cepat - cepat dia menghabiskan makanannya.

     “Dah siap makan?.” Hanis Ariana mengangguk. Syahrul Iman bangun dan terus ke kaunter untuk membuat bayaran.

     Selesai membuat pembayaran, Syahrul Iman terus berjalan meninggalkan Hanis Ariana yang sedang menunggu di luar kedai. Terebut - rebut wanita itu mengejar langkahnya.

     “I nak masuk kedai tu sekejap.” Hanis Ariana mengangguk.

     Syahrul Iman terus berjalan masuk ke dalam kedai menjual pakaian dan alatan sukan itu. Hanis Ariana hanya membuntuti langkah Syahrul Iman tanpa banyak cerita.

     Selepas memilih sepasang kasut, Syahrul Iman mencubanya pula. Hanis Ariana hanya diam memerhatikan setiap perlakuan majikannya itu.

     “Sesuai tak dengan I kasut ni?.”

     “Hmm... Sesuai dan cantik. Yang penting selesa.” Syahrul Iman bangun dan berjalan beberapa langkah mencuba kasut yang bakal dibelinya itu. Selesa!.

     “Okey. I nak kasut ni dan saiz ni.” Syahrul Iman menghulurkan kasut yang dicubanya tadi kepada pekerja kedai.

     Setelah pembayaran dibuat, mereka pun keluar dari kedai tersebut. Syahrul Iman bertanya kepada Hanis Ariana samada ada mahu membeli sesuatu ataupun tidak kerana dia mahu pulang ke hotel segera dan berehat.

     “Hmm... Tak ada apa nak cari Encik Syahrul.”

     “Okeh. Kalau macam tu jom kita balik hotel.” Hanis Ariana mengangguk tanda setuju.

     Lebih kurang setengah jam perjalanan, mereka pun sampai di hotel tempat mereka menginap.

     “Ariana. Esok jangan lambat. You jangan tidur mati pulak. Kang I nak kena mintak tolong orang lagi bukakan pintu bilik you tu.”

     “Errr.... Baik, Encik Syahrul. Insha Allah saya tak lewat esok.”

     “Jangan Insha Allah aje. You ‘mesti’ kena awal esok. Atau you boleh aje tidur dengan I. Confirm you bangun awal punya. Silap - silap tak boleh tidur langsung. You nak tak?.”

     “Hahhh... Tak pe. Tak pe. Biasa awal aje saya bangun. Cuma tadi aje tertidur mati.”

     “Okeh. Kita jumpa esok.”

     Keesokan harinya, seawal jam 6 pagi Hanis Ariana sudah pun bersiap untuk menghadiri mesyuarat dengan wakil dari Syarikat Indera Malika. Mesyuarat tersebut akan berlangsung pada jam 8.30 minit pagi nanti. Selepas bersolat subuh, dia menyemak segala fail dan butiran yang akan dibentangkan dalam mesyuarat itu nanti.

     “You dah siap belum?.” Tanya Syahrul Iman di dalam pesanan what'sapp.

     “Dah, Encik Syahrul. Pukul berapa kita nak turun ni?.”

     “Sekarang. Jangan lupa semua dokumen yang diperlukan. Sebelum tu singgah bilik I dulu I nak double check.”

     “Okeh. Saya datang sekarang ye.”

     “Ya.”

     Klik! Mereka menamatkan perbualan di what'sapp.

     Hanis Ariana mengemas semua fail yang diperlukan dan di masukkan ke dalam sebuah beg. Dia membetulkan tudung dan pakaiannya supaya nampak kemas. Kemudian dia keluar mengunci pintu biliknya dan menuju ke bilik Syahrul Iman yang berada di sebelah biliknya.

     Tok! Tok! Tok!

     Pintu bilik Syahrul Iman terbuka dan Hanis Ariana di suruh masuk. Namun dia tidak masuk ke dalam bilik Syahrul Iman itu.

     “Yang you tercegat lagi depan pintu tu dah kenapa? Masuklah.” Arah Syahrul Iman.

     “Errr... Tapi Encik Syahrul?.” Hanis Ariana serba salah.

     Takkanlah dia hendak masuk ke dalam bilik lelaki yang bukan muhrimnya. Dengan keadaan Encik Syahrul yang hanya bersinglet dan bertuala itu lagilah membuatkan dia berat hati hendak melangkah masuk.

     “I cakap masuk, kan? I nak double check dulu dokumen tu. Cepatlah. Tutup pintu tu sekali.” Syahrul Iman sudah bersuara keras. Dengan hati yang berat, dia melangkah juga ke dalam bilik Syahrul Iman itu.

     Hanis Ariana menghulurkan fail Indera Malika kepada Syahrul Iman. Lelaki itu menyambutnya dan menyemak setiap helaian muka surat. Dia mengangguk - angguk kepalanya. Sesekali dahinya berkerut dan kemudian tersenyum.

     “Okeh. Good. I hope nanti you perform dengan baik.”

     “Insha Allah, Encik Syahrul.”

     Selepas meneliti setiap dokumen Indera Malika itu, Syahrul Iman memakai pakaiannya. Dia tidak peduli jika ada Hanis Ariana di dalam biliknya. Wanita itu menoleh ke tempat lain kerana terasa malu ya amat ketika itu.

     “Errr.... Encik Syahrul. Saya rasa better saya keluar dulu. Lagi pun Encik Syahrul nak pakai baju tu.” Hanis Ariana teragak - agak meminta izin untuk keluar kerana dia berasa tidak selesa berduaan dengan lelaki itu dalam keadaan begitu.

     “You tunggu jelah situ. I siap kejap.” Syahrul Iman yang sudah lengkap berpakaian itu menuju ke cermin untuk merapikan rambutnya. Kemudian dia menyembur minyak wangi. Semerbak bau satu bilik itu.

     “Okey, done. I look okey kan, Ariana?.” Hanis Ariana menoleh.

     “Hmm... Everything look perfect as a smart and caliber man.” Hanis Ariana membuat isyarat jari yang menunjukkan semuanya kelihatan sempurna.

     “So, we can go now Encik Syahrul?.”

     “Wait.” Syahrul Iman mendekati Hanis Ariana.

     “You ni pakai lipstick pun comot.” Spontan jari Syahrul Iman mengelap lebihan gincu di bawah bibir Hanis Ariana.

     Hanis Ariana tidak sempat menolak tindakan Syahrul Iman itu kerana ia berlaku dengan pantas dan selebihnya dia tergamam dengan apa yang lelaki itu lakukan.

     “Okey. Now we can go.” Selamber saja Syahrul Iman keluar dari bilik setelah semuanya selesai.

     Hanis Ariana hanya mengikuti langkah kaki Syahrul Iman dari belakang. Kebiasaannya dia jarang berjalan seiringan dengan lelaki itu. Entahlah. Mungkin kerana dia lebih hormatkan Syahrul Iman itu sebagai bosnya dan sejujurnya dia masih tidak biasa lagi dengan perangai bos barunya itu.

     Sebelum mesyuarat bermula, mereka bersarapan dahulu di kafe yang berada di dalam hotel itu. Seperti biasa tidak banyak perkara yang mereka borakkan.

     Wakil dari Indera Malika telah pun sampai dan mereka berkenalan sebelum memulakan mesyuarat. Fazli Shamsudin adalah seorang usahawan muda dari Indera Malika akan bekerjasama dengan Elegant Perfect Designer.

     Setelah hampir 4 jam bermesyuarat, akhirnya kata sepakat pun telah di capai. Syarikat Indera Malika telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Syarikat Elegant Perfect Designer disebabkan oleh isi kandungan yang dibentangkan telah menarik minat dan meyakinkan Fazli Shamsudin.

     “So, balik KL bila ni?.” Tanya Fazli Shamsudin kepada Syahrul Iman.

     “Esok.” Fazli Shamsudin mengangguk kepala.

     “By the way, your work very excellent. I like it, Cik Hanis.” Hanis Ariana tersenyum mendengarnya.

     “Thanks, Encik Fazli.

     “Selain daripada kerja yang bagus, you look so beautiful, Hanis. Actually, selama kita berurusan melalui telefon dan emel, I tak expect yang you ni secantik ini. I'm speechless when I see you tadi.” Puji Fazli kepada Hanis Ariana. Pipi Hanis Ariana sudah mula memerah apabila di puji sebegitu.

     “Thanks, Encik Fazli. Pujian tu terlalu tinggi buat saya. Saya ni biasa - biasa saja, Encik Fazli.” Hanis Ariana merendah diri.

     “I ikhlas puji you, Cik Hanis. I cakap yang betul. Your bos mesti agree dengan kata - kata I tadi. I’m right Mr. Syahrul?.”

     “Well. I sangat bertuah memiliki pekerja seperti Cik Hanis ni. Thanks atas pujian you tu untuk my staff.”

     “So, lepas ni you all buat apa je? Kalau you sudi I nak ajak Cik Hanis dinner this night. Yelah i want spent time with you before you balik KL. Boleh kita kenal - kenal. Boleh?.”

     “Errr... Saya rasa next time jelah, Encik Fazli.” Hanis Ariana menolak.

     “Alaa... You tak sudi ke? Boleh I bawak you makan tempat best kat Kuantan ni.”

     “Bukan tak sudi, Encik Fazli. Hmm... Kalau Encik Syahrul izinkan, saya....” Hanis Ariana memandang ke arah Syahrul Iman meminta agar lelaki itu dapat menolongnya melepaskan diri dari ajakan Encik Fazli itu.

     “How, Encik Syahrul? Boleh I keluar dinner dengan Cik Hanis?.”

     “I’m so sorry, Encik Fazli. Nampaknya kami tak jadi balik esok sebab I baru dapat emel ni dari my staff yang I ada urgent matter yang nak diuruskan di KL esok. Lepas lunch ni kami balik KL.”

     “Owh... Okey. Next time kita date ye Cik Hanis. I hope you tak tolaklah.”

     “Insha Allah, Encik Fazli.”

     “Okeylah. I beredar dululah. Anything about this project I will call you. Drive safe. Assalamualaikum.”

     “Waalaikumussalam.” Jawab Hanis Ariana dan Syahrul Iman serentak.

     Setelah kelibat Fazli Shamsudin sudah tidak kelihatan, barulah lega hati Hanis Ariana. Naik rimas pula dia hendak melayan ajakan Encik Fazli itu. Syahrul Iman pula duduk bersandar di sofa yang dia duduki sejak dari tadi.

     “Encik Syahrul. Betul ke kita nak balik petang ni?.” Tanya Hanis Ariana

     “Taklah. Kita balik esok.”

     “Dah tu macam mana dengan kerja yang nak kena settle urgent tu?.”

     “Tak ada pun urgent matter tu. I saja tipu dia. I cuma tolong you je tadi tu.” Hanis Ariana tersenyum ke arah Syahrul Iman. Tidak di sangka majikannya itu faham akan maksud pandangannya tadi.

     “Terima kasih, Encik Syahrul sebab tolong saya tadi. Kalau Encik Syahrul tak tolong tadi, saya pun tak tahu nak jawab macam mana lagi. Thanks tau.”

     “I perasan dia asyik pandang you aje dari start sampai habis meeting tadi. I think dia nak try you tu. So, kalau you pun suka, go on lah.”

     “Ish, Encik Syahrul ni. Saya tak terfikir pun ke arah tu buat masa ni. Lagi pun saya takut nak rapat dengan mana - mana lelaki buat masa sekarang. Lebih baik saya fokus besarkan Aisyah tu. Hmm... Lagipun saya ni janda, Encik Syahrul. Ada anak pulak tu. Tak semua lelaki boleh sayangkan anak tiri dia macam sayangkan anak sendiri. Kalau pun saya nak kawin lagi, saya akan cari lelaki yang boleh terima dan sayangkan Aisyah seikhlas hati dia. Kalau setakat sayangkan saya je, tak cukup. Lebih baik saya menjanda sampai ke mati.” Panjang lebar Hanis Ariana meluahkan rasa.

     Syahrul Iman tidak membalas kata - kata Hanis Ariana itu. Dia faham jika wanita itu masih trauma dengan perkahwinannya yang lepas. Dia sendiri menyaksikan perbuatan bekas suami wanita itu yang mengasarinya. Itu yang dia nampak. Yang dia tidak nampak dan tidak tahu, mungkin lebih teruk lagi daripada yang dia lihat.

     Selepas habis saja mesyuarat itu, mereka langsung makan tengah hari. Kemudian Syahrul Iman ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat Jumaat pula. Manakala Hanis Ariana terus masuk ke biliknya untuk bersolat Zohor dan berehat.

     Jam menunjukkan pukul 3.30 minit petang. Hanis Ariana sedang berbaring malas di atas katil sambil bertelefon dengan anaknya, Aisyah. Itu pun dia menelefon anaknya melalui Datin Aliyah. Rindu rasanya pada anaknya yang seorang itu. Syukurlah dia ditemukan dengan Datin Aliyah yang sangat baik pada mereka berdua. Sedang dia berbual - bual, tiba - tiba masuk satu panggilan daripada Syahrul Iman. Namun dibiarkan sahaja dahulu kerana dia masih belum puas melepas rindu pada anaknya. Tetapi apabila sudah beberapa kali Syahrul Iman menelefonnya, dia jadi tertanya - tanya pula apa mahunya.

     “Hello, Encik Syahrul. Telefon saya ada apa?.” Tanya Hanis Ariana setelah panggilan dengan anaknya di putuskan.

     “You tengah buat apa tu? I call lambat jawab.”

     “Saya tengah bertelefon dengan Aisyah tadi, Encik Syahrul. Maaf saya lambat jawab call Encik Syahrul ni. Ada apa Encik Syahrul call saya ni?”.

     “I ingat you tidur mati lagi. Kalau lambat seminit je lagi tadi, I dah rempuh masuk dah bilik you. Nasib you jawab.”

     “Errr.... Sorry, Encik Syahrul. Lepas ni kalau Encik Syahrul call, saya akan jawab cepat - cepat. Okey. Sorry.”

     “Ni petang ni ada nak ke mana - mana ke?.”

     “Hmm... Rasanya tak ada. Nak rehat dalam bilik aje. Tapi... Malam ni saya nak keluar kejap. Nak pergi Car Booth Sale kat depan masjid besar tu. Kalau Encik Syahrul nak join, jomlah.” Pelawa Hanis Ariana.

     “Tengoklah macam mana. Kalau I nak join nanti I bagitahu. Tapi kalau I senyap je tu maksudnya I tak naklah. So you pergi sorang je tak pe kan?.”

     “It’s okey. No problem. Lagi pun saya dah biasa sorang - sorang. Okeylah kalau macam tu. Assalamualaikum.”

     Usai menunaikan solat jamak Maghrib dan Isyak, Hanis Ariana keluar dari hotel untuk ke Car Booth Sale yang terletak berhampiran hotel penginapannya. Dia hanya berjalan kaki sahaja menuju ke sana.

     Sebelum dia keluar tadi, dia ada menelefon Syahrul Iman untuk bertanyakan samada mahu menyertainya sekali atau pun tidak. Namun panggilannya tidak berjawab. Dia beranggapan yang lelaki itu tidak mahu mengikutinya. Jadinya dia sendiri sajalah ke Car Booth Sale itu.

     Syahrul Iman keluar dari bilik air. Dia mengelap rambutnya yang basah sambil sebelah tangannya mencapai telefon bimbitnya yang terletak di atas katil. Dia melihat ada 5 panggilan tidak berjawab dan 1 pesanan what'sapp daripada Hanis Ariana.

     “Saya ke Car Booth Sale dulu tau Encik Syahrul. Saya call Encik Syahrul banyak kali tapi tak jawab. So saya anggap Encik Syahrul tak berminat nak join saya. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.”

     Membuntang biji mata Syahrul Iman setelah membaca pesanan what'sapp daripada Hanis Ariana itu.

     “Oh God!.” Berebut - rebut Syahrul Iman bersiap.

     Sebenarnya dia memang mahu menyertai Hanis Ariana ke Car Booth Sale itu. Cadangnya selepas dia mandi dia mahu pergi sekali dengan wanita itu tetapi rupanya dia sudah terlambat. Bergegas dia bersiap dan turun ke bawah dan cuba mengejar wanita itu walaupun dia tahu dia memang tidak akan dapat mengejar wanita itu.

     Dari kejauhan, Syahrul Iman sudah ternampak Hanis Ariana di sebalik kesesakan manusia yang ramai. Dia mempercepatkan langkah kakinya kerana tidak mahu kehilangan wanita itu lagi.

     “Fuhhh... Finally jumpa pun you, Ariana.”

     “Eh, Encik Syahrul. Buat apa kat sini? Saya ingat Encik Syahrul tak nak join saya tadi. Saya call banyak kali tak berjawab. Ingatkan tak berminat.”

     “I mandilah masa you call I tadi. I nak bersiaplah nak ikut you. I ingat, lepas mandi I baru nak bagitahu you tapi you keluar awal pulak.”

     “Laaa... Sorry Encik Syahrul. Saja keluar awal. Nanti boleh balik awal, kan.”

     “Errr.... Akak.”

     “Allah. Sorry. Sorry. Zati. Sampai terlupa akak tengah berbual dengan awak tadi.”

     “Siapa tu?.” Tanya Zati yang kebetulan terserempak dengannya di situ.

     “Ni bos akak. Encik Syahrul namanya. Encik Syahrul. Ni bekas adik ipar saya. Zati.”

     Syahrul Iman memberikan senyuman pada Zati sebagai tanda salam perkenalan.

     “Hmm... Encik Syahrul. Kalau Encik Syahrul nak pusing - pusing dulu, pergilah. Nanti lama pulak tunggu saya berbual dengan Zati ni.”

     “Tak pe. I tunggu you.”

     “Okeh. Tunggu jap tau.”

     “Akak. Zati betul - betul tak sangka Abang Hakim sanggup buat akak macam tu. Ni dia pun dah lama tak balik sini ni. Zati mintak maaf sangat pasal Abang tu ye, Kak Hanis.”

     “Eh. Apa pulak Zati yang kena minta maaf. Bukan salah Zati pun. Dan juga bukan salah Abang Hakim sorang. Akak pun ada salahnya juga. Ada kelemahannya. Dah jodoh kami tak panjang, Zati. Akak redha.”

     “Abang Hakim tu memang melampaulah. Dulu bukan main lagi sayangkan akak soranglah. Akan jaga akak sampai matilah. Last - last buat akak macam ni. Bukan main lama bercinta dari zaman universiti lagi. Zati kalau jumpa Abang Hakim tu.... Tahulah Zati marahkan dia kaw - kaw.”

     “Sudahlah tu. Sabar. Benda dah jadi. Nak marah pun tak ada guna, kan. Mungkin ada hikmah semua yang berlaku ni. Kita pun tak tahu, kan. Okeylah akak gerak dululah. Kesian bos akak tunggu lama. Insha allah kalau ada rezeki nanti akak turun Kuantan bawak Aisyah sekali. Akak pun dah lama tak jumpa mak. Nanti kirim salam mak tau.”

     “Okey akak Insha Allah. Esok balik hati - hati tau.” Mereka bersalaman dan berpelukan sebelum bersurai.

     “Encik Syahrul. Sorry terpaksa tunggu lama.” Syahrul Iman yang dari tadi berdiri di belakang Hanis Ariana menoleh. Sengaja dia berdiri berdekatan wanita itu kerana ingin mencuri dengar perbualan mereka. Bukanlah kerana hendak menyibuk atau menjaga tepi kain orang. Tetapi lebih kepada ingin tahu latar belakang Hanis Ariana yang baru dia kenali ini.

     “It’s okey. So, you nak cari apa kat sini?.”

     “Saya nak jalan - jalan cari makan. Jom, Encik Syahrul.”

     Mereka jalan bersama melihat setiap orang yang berniaga. Berbagai - bagai barang dagangan ada dijual di situ termasuklah makanan. Hanis Ariana menyinggah gerai menjual karipap giant.

     “Encik Syahrul nak?. Saya belanja. Nampak sedap ni.”

     Syahrul Iman menggeleng kepalanya tanda tidak mahu.

     “Bang. Bagi saya 2 biji ye. Yang ayam.”

     Selepas selesai membeli karipap giant, mereka singgah pula di gerai yang menjual nasi lemak. Sekali lagi Hanis Ariana mempelawa Syahrul Iman samada dia juga mahukannya tetapi lelaki itu menolaknya. Kemudian dia membeli air. Syahrul Iman tidak juga mahu membelinya. Akhirnya hanya Hanis Ariana seorang sahaja yang membeli makanan.

     “Jom kita duduk tepi padang sana.” Hanis Ariana melangkah menuju ke tepi padang. Syahrul Iman membuntuti Hanis Ariana dari belakang.

     Syahrul Iman melabuhkan punggungnya di sebelah Hanis Ariana. Wanita itu dilihatnya mengambil bungkusan nasi lemak dan dibukanya.

     “Segan pulak saya nak makan sorang - sorang. Encik Syahrul tak makan ke?.”

     “Actually, I tak makan street food ni.”

     “Laa... Ye ke? Kenapa tak beritahu. Kalau macam tu, jomlah kita makan kat hotel aje.” Hanis Ariana sudah mula mengemas bungkusan makanan yang dibelinya dan bersedia untuk bangun.

     ‘‘Eh tak payahlah. You makanlah.”

     “Dahtu Encik Syahrul nak makan apa ni? Tak sedap pulak saya nak makan sorang - sorang ni.”

     “Awak makan ajelah. Saya tak lapar lagi.”

     “Betul ni?.” Syahrul Iman mengangguk. Sengaja dia menipu mengatakan bahawa dia tidak lapar. Padahal dia tersangatlah lapar ketika itu.

     “Ya Allah sedapnya. Encik Syahrul nak?.” Pelawa Hanis Ariana.

     Kruk... Kruk... Aduh! Perut Syahrul Iman berbunyi. Suasana sepi seketika.

    “Perut Encik Syahrul ke tu yang berbunyi?.” Syahrul Iman menyengih. Tidak lama selepas itu terdengar tawa lepas dari mulut Hanis Ariana.

     Syahrul Iman memandangnya tanpa kelip. Ralit dia memerhatikan tawa riang wanita di sebelahnya ini. Manis dan cantik sekali. Namun lama kelamaan dia menyedari yang wanita itu sedang mentertawakannya.

     “Amboi. Seronok nampak ketawa macam tak ingat dunia.”

     “Aduh. Sorry Encik Syahrul. Kelakarlah Encik Syahrul ni. Bukan tadi kata tak lapar lagi ke?.” Tanya Hanis Ariana setelah tawanya reda. Dia mengelap matanya yang berair dek kerana ketawa tadi.

     “I tipu aje. Tak naklah I menyusahkan you temankan I makan kat hotel.”

     “Aduhai Encik Syahrul ni. Saya tak kisahlah. Saya boleh aje makan dalam bilik nanti. Dah jomlah kita balik hotel.”

     “Sudah. Tak payah. You makan ajelah dulu.”

     “Okey macam ni. Hmm... Apa kata Encik Syahrul try makan nasi lemak ni. Sedap tau. Cubalah.” Hanis Ariana menghulurkan nasi lemak yang sudah dimakannya kepada Syahrul Iman.

     “Jap - jap. Saya lapkan sudu ni dulu.” Baru saja Hanis Ariana mahu mengeluarkan tisu dari beg tangannya, cepat - cepat Syahrul Iman melarangnya.

     “Tak payah lap. Hmm... Mehlah sini I nak try. Terasa macam tak boleh nak tahan pulak lapar ni.” Tanpa menunggu Hanis Ariana menghulurkan nasi lemak tersebut, Syahrul Iman terlebih dahulu mengambilnya dari tangan wanita itu dan menyuapnya ke dalam mulut. Beberapa saat kemudian, dia bersuara.

     “Hmm... Not bad. Sedap.” Syahrul Iman menyuap lagi nasi lemak ke dalam mulutnya.

     “Tulah. Kan saya dah cakap tadi. Sedap. Walaupun street food aje. Sedap, kan.”

     Syahrul Iman menyuakan sudu berisi nasi lemak kepada Hanis Ariana tanda mahu menyuapnya. Tetapi wanita itu menolaknya.

     “Eh tak pe Encik Syahrul. Encik Syahrul makanlah.”

     “Janganlah macam tu. Makanan you, I pulak nak habiskan. Kita kongsi jelah. Nah. I suap you.” Syahrul Iman menyua sekali lagi sudu berisi nasi lemak tersebut. Hanis Ariana teragak - agak pada mulanya tetapi akhirnya dia terpaksa juga membuka mulutnya bila mana Syahrul Iman masih enggan meletakkan sudu.

     Sebungkus nasi lemak sudah pun habis di makan mereka. Hanis Ariana mempelawa pula Syahrul Iman makan karipap giant yang dibelinya tadi. Nasiblah beli 2 biji. Kalau beli sebiji tadi tak pasal kena berkongsi lagi. Sudahlah air pun dia terpaksa berkongsi juga. Bukanlah hendak berkira. Tetapi segan bila terpaksa berkongsi sudu dan straw dengan lelaki yang bukan mahramnya.

     “You. Sini jap.” Syahrul Iman memanggil Hanis Ariana. Wanita itu mendekat.

     “Ada apa, Encik Syahrul?.”

     “You ni pakai lipstick comot. Makan pun comot jugak.” Jari Syahrul Iman laju saja membersihkan mulut Hanis Ariana yang kecomotan.

     Hanis Ariana jadi malu apabila di perlakukan sebegitu. Kedudukan mereka sangat rapat sehingga terasa haba dari badan masing - masing.

     “Thanks.” Ucap Hanis Ariana perlahan dan menjarakkan kedudukan antara mereka.

     Selesai makan, mereka duduk bersantai di tepi padang sambil melihat keriuhan manusia beriadah di situ. Hanis Ariana mengeluarkan telefon bimbitnya dan mengambil gambar selfie yang berlatar belakangkan Masjid Sultan Ahmad Shah sebagai tanda kenangan. Syahrul Iman hanya memerhatikan sahaja tingkah laku Hanis Ariana.

     “Ariana.” Hanis Ariana memandang Syahrul Iman. Dan.... Klik! Syahrul Iman mengambil gambar selfie mereka berdua.

     Membulat mata Hanis Ariana apabila majikannya mengambil gambarnya.

     “Errr... Kenapa ambil gambar saya sekali? Malulah saya.”

     “Saja nak buat kenangan. Ariana. I nak tanya sikit boleh?.”

     “Apa dia?.”

     “Kenapa you tak cerita yang ex-husband you orang sini?. Kenapa you dengan ex-husband you boleh sampai bercerai?. I bukan nak menyibuk hal you. Tapi I tertanya - tanya kenapa orang secantik you dan... Sebaik you ni orang boleh tak hargai dan jaga baik - baik. I belum pernah berkahwin tapi I tak tergamak nak sakiti perempuan lebih - lebih lagi perempuan yang I sayang.”

     Hanis Ariana terdiam dengan soalan yang diajukan oleh Syahrul Iman. Dia tidak tahu adakah patut dia menjawab semua yang menjadi persoalan di dalam benak fikiran lelaki itu. Mereka baru kenal dan tidak tahu langsung latar belakang masing - masing. Patutkah dia berkongsi cerita dengan lelaki ini? Hanis Ariana menggigit bibir.

 

 

 

     

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience