BAB 4

Romance Series 26489

BAB 4

Semalam selepas ke klinik, Syahrul Iman telah menghantar Hanis Ariana ke rumah Aida. Malam itu Hanis Ariana dan Aisyah terpaksa bermalam di rumah kakaknya. Dia tidak mahu menyusahkan Syahrul Iman untuk menghantarnya pulang ke rumahnya pula.

Aida terkejut apabila mendengar cerita Hakim Hizwan masih mengganggu adiknya. Hatinya juga risau jika bekas adik iparnya itu akan datang mengganggu Hanis Ariana lagi.

Baik juga hari ini hari Sabtu. Hanis Ariana bekerja separuh hari saja. Subuh itu dia meminta kakaknya menghantar pulang ke rumah. Dia mahu bersiap-siap untuk ke pejabat. Aisyah pula dia bekalkan pakaian dan beberapa keperluan yang diperlukan oleh anaknya itu.

Kebiasaannya setiap hari Sabtu dia akan menumpangkan Aisyah di rumah kakaknya. Syukurlah demamnya sudah kebah. Selepas bersiap-siap, Hanis Ariana menghubungi Grab untuk ke tempat kerja.

Balutan di pergelangan tangannya sudah dibuka. Dia tidak mahu rakan sekerjanya bertanya jika ternampak balutan tersebut. Sekurang-kurangnya jika tidak berbalut dia boleh menyorokkan kesan lebam di pergelangan tangannya itu di sebalik baju. Kalau ada balutan ia akan lebih kelihatan.

Sesampai sahaja di pejabat, Hanis Ariana terus ke mejanya. Menyambung kerja yang masih belum selesai. Tekun sungguh dia membuat kerja hingga tidak sedar ada sepasang mata memerhatikannya dari jauh.

“Hanis. Encik Syahrul panggil masuk bilik dia.” Erma, setiausaha pejabat memanggil.

“Oh. Okey.” Ringkas saja jawapan Hanis Ariana lantas bangun menuju ke bilik Syahrul Iman.

Pintu bilik diketuk sebelum dibenarkan masuk ke dalam.

“Masuk.” Arah Syahrul Iman.

“Ye, Encik Syahrul. Ada apa panggil saya?.”

“Macam mana dengan tangan you? Okey dah ke? You pergi kerja naik apa tadi?.” Syahrul Iman bertanya sambil matanya memandang ke arah tangan Hanis Ariana.

“Alhamdulillah. Tangan saya ni semakin baik. Saya naik Grab pagi tadi, Encik Syahrul”

“Mari sini I nak tengok.” Hanis Ariana terkedu mendengar permintaan dari majikannya itu.

“Eh tak apalah Encik Syahrul. Dah nak baik dah pun.” Hanis Ariana menolak.

“I nak tengok. Tak boleh ke?.” Nada suara Syahrul Iman sudah bertukar serius. Hanis Ariana menelan liur. Takut juga dia bila memandang wajah garang Syahrul Iman itu. Dengan teragak-agak dia menyinsing sedikit lengan bajunya dan menunjukkan pergelangan tangannya kepada Syahrul Iman.

Syahrul Iman melihat pergelangan tangan wanita di hadapannya. Ternyata kesan lebam di tangan wanita itu semakin pudar. Hatinya sedikit lega.

“I harap lelaki tu tak kacau you lagi. Balik nanti you drive sendiri ke?.” Soal Syahrul Iman lagi.

“A’ah Encik Syahrul. Saya drive sendiri nanti.”

“Okey. Kalau lelaki tu kacau lagi you panggil sekuriti. Jerit. Faham?.” Hanis Ariana hanya mengangguk tanda mengerti.

“Oh ye. I dah semak paper work yang you hantar pada I semalam. I puas hati. Good job.” Hanis Ariana tersenyum mendengar pujian daripada Syahrul Iman. Lega hatinya apabila hasil kerjanya diterima. Tak sia-sia dia bekerja lebih masa semalam.

“Terima kasih, Encik Syahrul. Kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu.”

“Okey. You boleh keluar.”

Hanis Ariana keluar dari bilik Syahrul Iman dengan senyuman lebar di bibir. Gembira sungguh hatinya apabila Syahrul Iman menerima hasil kerjanya. Pergelangan tangan yang sakit hilang tiba-tiba.

Waktu bekerja telahpun tamat. Hanis Ariana berkemas-kemas mahu pulang. Sebelum pulang ke rumah, niat di hatinya mahu singgah di Supermarket untuk berbelanja barang keperluan dapur. Cadangnya ingin memasak nasi ayam petang itu.

Sampai sahaja di ruang letak kereta, dengan laju dia berjalan menuju ke keretanya. Matanya melilau mencari kelibat Hakim Hizwan. Takut jika bekas suaminya itu masih ada menunggunya di situ.

Masuk sahaja ke dalam kereta, cepat-cepat dia mengunci pintu dan menghidupkan enjin. Tanpa memanaskan sebentar enjin keretanya, dia terus memandu keluar dari tempat parkir tersebut.

Tiga puluh minit perjalanan, akhirnya Hanis Ariana tiba di sebuah Supermarket yang selalu dikunjungi untuk berbelanja barangan dapur.

Selepas memarkir kereta Myvi miliknya, Hanis Ariana memasuki Supermarket dan mencari barangan dapur yang diperlukan.

Selesai mencari barang yang diperlukan, Hanis Ariana beratur untuk membuat bayaran. Setelah bayaran dibuat, Hanis Ariana keluar membimbit beberapa beg plastik berisi barangan dapur.

Semasa Hanis Ariana berjalan menuju ke keretanya, matanya tertancap ke arah seorang wanita yang agak berusia sedang memasuki ke kenderaannya. Daripada penglihatannya, dapat dilihat wanita itu agak berada orangnya. Tiba-tiba dia terpandang ada sesuatu ‘benda’ terjatuh di atas jalan raya semasa wanita berkenaan melangkah masuk ke dalam kereta. Dia mengamati ‘benda’ tersebut. Membulat matanya apabila melihat ‘benda’ yang berada di atas jalan raya itu.

‘Beg duit!.’ Bisik hati Hanis Ariana.

Tanpa berfikir panjang, Hanis Ariana terus berlari mendapatkan kereta Alphad yang sedang berlalu pergi. Sempat dia menjerit dan melambai tangan tetapi penghuni kereta Alphad tersebut tidak perasan. Dia mengambil beg duit yang berada di atas jalan. Dia berfikir sejenak apakah yang perlu dia lakukan seterusnya.

Hanis Ariana melangkah ke kereta Myvinya. Setelah meletakkan semua barangan yang dibeli, dia duduk sebentar di dalam kereta sambil memegang beg duit yang tercicir itu. Dia berkira-kira mahu membuka beg duit tersebut dan melihat kad pengenalan diri tuan empunya beg duit itu. Mungkin dia boleh memulangkan beg duit tersebut kepada pemiliknya.  

Hatinya berdebar-debar ketika membuka beg duit itu. Dia menarik nafas perlahan. Terbuka sahaja beg duit itu, matanya terus terpandang pada kad pengenalan diri pemiliknya. Hanis Ariana menarik keluar kad tersebut. Dia tersenyum setelah membaca butiran pada kad pengenalan diri itu.

Hanis Ariana mengambil telefon bimbitnya dan mengklik pada aplikasi Waze untuk mencari rumah pemilik beg duit yang tercicir itu. Dia melihat jam. Sudah pukul 4 petang. Masih sempat jika dia pergi memulangkan beg duit tersebut.

Tanpa berlengah lagi, Hanis Ariana terus menekan pedal minyak dan berlalu menuju ke alamat kediaman tuan empunya beg duit yang dijumpainya itu.

Empat puluh minit kemudian, Hanis Ariana tiba di rumah yang dicari. Besar-besar rumah di kawasan perumahan itu. Betullah jangkaannya tadi semasa melihat wanita yang memasuki kereta Alphad itu. Tentu orang berada.

Hanis Ariana memberhentikan kereta di hadapan sebuah banglo tiga tingkat. Dia memerhati kawasan halaman rumah tersebut. Dia tersenyum apabila terpandangkan kereta Alphad hitam yang sama dilihat di Supermarket tadi.

Dia menekan loceng beberapa kali. Tidak berapa lama kemudian muncul seorang wanita berumur lingkungan 40-an keluar daripada dalam rumah tersebut. Mungkin orang gaji di rumah besar itu.

“Assalamualaikum.” Hanis Ariana memberi salam sambil tersenyum.

“Waalaikumussalam. Ye cik. Mahu cari siapa?.” Tanya wanita tersebut.

“Betul ke ini rumah Puan Aliyah?.” Tanyanya lagi.

“Iya cik. Benar. Ini rumah Datin Aliyah. Mahu cari Datin ke?.”

‘Owh… Rumah Datin rupanya.’ Sempat dia berkata di dalam hati.

“Ye. Saya nak jumpa dia. Datin Aliyah ada kat rumah ke?.”

“Ada… Ada. Sebentar ye saya panggilkan Datin.”

Beberapa minit menunggu di luar pagar, akhirnya wanita yang dipanggil Datin Aliyah tadi keluar mendekatinya. Pintu pagar yang masih bertutup terbuka dengan sendirinya apabila suis ditekan.

“Assalamualaikum. Datin Aliyah ye?.” Hanis Ariana memberi salam lantas menghulurkan tangan mahu bersalaman dengan wanita yang tampak elegan di matanya walaupun sudah agak berusia.

“Waalaikumussalam. Ye saya. Saya Datin Aliyah. Cik ni siapa ye? Ada apa-apa hal ke nak jumpa saya ni?.”

“Nama saya Hanis Ariana. Ini beg duit Datin kan?.” Jawab Hanis Ariana sambil menghulurkan beg duit yang dijumpainya itu kepada Datin Aliyah.

“Eh. Ye. Betul. Ni beg duit saya ni. Mana Cik Hanis jumpa?.” Datin Aliyah mengambil beg duit tersebut dari tangan Hanis Ariana. Keningnya bertaut. Berfikir bagaimana beg duitnya itu boleh berada pada wanita yang tidak dikenalinya itu.

“Tadi masa Datin nak masuk kereta, beg duit Datin ni tercicir. Saya jerit lambai-lambai tapi tak ada yang perasan. Saya minta maaf sebab saya buka beg duit Datin ni. Saya tengok IC Datin. Datin ceklah takut kalau ada yang hilang ke.”

Datin Aliyah membuka beg duitnya dan melihatk isi di dalamnya. Tiada yang berkurang pun. Dia tersenyum. Datin Aliyah mengeluarkan not 100 dan dihulurkannya kepada Hanis Ariana sebagai tanda terima kasih.

“Eehhh… Apa ni Datin? Saya ikhlas pulangkan beg duit Datin ni.” Hanis Ariana menolak dengan lembut.

“Janganlah begitu. Anggap saja saya hadiahkan kepada Cik Hanis. Ambillah.”

“Tak apa Datin. Saya ikhlas. Betul. Saya ikhlas. Datin simpanlah duit tu.”

“Kalau dah macam tu Cik Hanis kata, baiklah. Saya nak ucapkan banyak-banyak terima kasih. Saya sendiri tak sedar beg duit saya rupanya tercicir. Syukurlah Cik Hanis yang jumpanya. Kalau orang yang tak jujur jumpa tadi mungkin habis lesap semuanya.”

“Sama-sama Datin.” Jawab Hanis Ariana ringkas sambil tersenyum.

“Eh. Kita ni borak kat sini kat tengah panas ni. Sampai terlupa saya nak jumput Cik Hanis masuk. Mari.”

“Tak…”

“Assalamualaikum.” Sedang Datin Aliyah dan Hanis Ariana berbual-bual, tiba-tiba kedengaran seseorang memberi salam dari arah belakang.

“Waalaikumussalam.” Jawab mereka serentak.

“Iman. Lambat balik rumah mama hari ni. Banyak kerja ke?.” Syahrul Iman menghulurkan tangan kepada mamanya dan Datin Aliyah menyambut salam anak tunggal lelakinya itu.

“Biasalah mama. Tempat baru. Banyak kerja nak kena settle.”

“Yelah. Kerja tu kerja jugak. Kesihatan jangan abai.”

“Ni ada apa hal ni mama?.” Tanya Syahrul Iman kepada mamanya sambil memberi isyarat kepada mamanya mengapa Hanis Ariana boleh berada di rumahnya.

“Ohh… Ni hah... Cik Hanis. Baik betul Cik Hanis ni datang pulangkan beg duit mama tercicir kat Supermarket tadi. Nasib baiklah Cik Hanis ni yang jumpa. Kalau orang lain yang jumpa tadi tak taulah nasib beg duit mama ni.”

Syahrul Iman mengangguk-angguk kepalanya. Hanis Ariana hanya tersenyum. Malu pula bila Datin Aliyah memujinya begitu. Dalam masa yang sama dia terkejut bila terserempak dengan Encik Syahrul Iman di situ. Tak sangka rupanya Datin Aliyah ini mama kepada lelaki itu.

“Eh, Cik Hanis. Marilah masuk. Kita minum-minum borak-borak kat dalam.” Datin Aliyah menarik lembut tangan Hanis Ariana agar mengikutnya masuk ke dalam.

“Oh tak apalah Datin. Saya dah lambat sebenarnya ni. Mungkin lain kali saja. Terima kasih sebab pelawa saya masuk ke dalam. Tapi betul ni saya nak cepat.”

“Owh macam tu ke? Kalau saya nak hubungi Cik Hanis lain kali macam mana ye? Boleh bagi nombor telefon Cik Hanis?.”

“Hahh… Boleh Datin. Ni nombor saya.”

“Iman pinjam mama telefon. Ambil nombor telefon Cik Hanis ni.” Syahrul Iman mengeluarkan telefon bimbitnya dan menekan nombor telefon Hanis Ariana. Kemudian disimpannya di dalam ‘contact number’ telefonnya.

  “Datin. Ada panggilan dari Datin Kalsom.” Tiba-tiba pembantu rumah Datin Aliyah keluar.

“Cakap pada Datin Kalsom tunggu sekejap ye.” Datin Aliyah mengarahkan pembantu rumahnya.

“Cik Hanis. Maaf. Saya tak dapat nak layan borak dengan Cik Hanis lama-lama ni. Ada call dari Datin Kalsom pulak tu. Nanti bila-bila kita minum-minum tau. Pasal beg duit ni saya nak ucap terima kasih banyak-banyak pada Cik Hanis.”

“Oh tak apalah Datin. Saya pun dah nak kena gerak ni. Insha Allah ada rezeki nanti kita jumpa lagi.”

“Yelah. Insha Allah.” Mereka bersalaman sebelum Datin Aliyah beredar masuk ke dalam.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Balas Hanis Ariana sambil memberikan senyuman kepada Datin Aliyah.

“Dah nak balik ke?.” Tiba-tiba Syahrul Iman bersuara. Hanis Ariana tersentak.

“Hah a’ah Encik Syahrul. Saya nak balik ni.”

“Nanti sekejap I nak tanya sikit ni.” Hanis Ariana yang sudah melangkah ke keretanya, berhenti.

“Ye, Encik Syahrul. Ada apa tu?.”

“You pasti ke you memang nak pulangkan beg duit mama I tu? Atau you sebenarnya ada niat lain?.”

Gulp. Hanis Ariana menelan liur. Keningnya berkerut mendengar pertanyaan dari Syahrul Iman itu. Dia menghampiri lelaki yang sedang memandangnya. Perlahan nafas ditarik dan dihembusnya tenang.

“Encik Syahrul. Saya tak tahu apa yang bermain kat kepala Encik Syahrul sampai Encik Syahrul boleh tanya saya soalan macam tu. Hmm… Macam nilah Encik Syahrul. Apa yang saya buat semua tu urusan saya dengan Allah. Kalau Encik Syahrul nak anggap saya ada niat buruk ke apa, terpulanglah pada Encik Syahrul. Saya balik dulu.”

Hanis Ariana melangkah setapak menuju ke keretanya. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Dia menoleh memandang Syahrul Iman yang masih berdiri di situ.

“Oh ye, Encik Syahrul. Saya tahulah Encik Syahrul orang kaya banyak duit. Tapi tolonglah jangan pandang hina rakyat marhaen macam kami ni yang tak berharta. Sekurang-kurangnya kami ada maruah kami tak meminta-minta. Saya balik dulu. Assalamualaikum.”

Tanpa menoleh lagi, Hanis Ariana terus masuk ke dalam keretanya dan pergi meninggalkan Syahrul Iman yang terdiam kaku di hadapan banglo mewah keluarganya.

Di mindanya ligat berfikir sebab Encik Syahrul Iman mengeluarkan soalan seperti itu tadi. Apa sebenarnya niat lelaki itu? Sepertinya dia mahu mencari salah dirinya. Perlahan dia mengeluh.  

Share this novel

Oyokisaloma Sham
2020-04-29 22:32:16 

Bila nak uodate ni

Oyokisaloma Sham
2020-04-29 22:32:14 

Bila nak uodate ni

Oyokisaloma Sham
2020-04-28 03:43:52 

Bila nak apdate ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience