BAB 12

Romance Series 26489

BAB 12

     “Hey, Hanis. You okey tak ni? You sakit ke? Muka you pucat.” Tegur Laila kepada Hanis Ariana tatkala terpandang wanita itu yang kelihatan lesu tidak bermaya.

     “Sakit kepala. Dua tiga hari ni kepala I ni selalu sakit. Banyak fikir mungkin.”

     “You janganlah asyik fikirkan masalah aje. Kita semua pun ada masalah. Kesihatan tu kena jaga jugak. Ni you dah pergi klinik belum?.”

     “Belum lagi. Makan panadol nanti okeylah ni.”

     “You ni, Hanis. Sekarang ni macam - macam penyakit ada. You tak boleh amik remeh je tau. Kang kalau kena penyakit yang bukan - bukan kan susah nanti kalau you lambat bertindak. Now, you pergi balik. Teruk sangat I tengok you ni.” Bebel Laila kepada Hanis Ariana. Risau sungguh dia melihat keadaan kawannya itu.

     “I banyak kerjalah nak kena settle ni. Nak kena siapkan cepat. Kalau I balik, bila nak settle-nya kerja I ni. Encik Syahrul bising nanti.”

     “You ni kan. Kalau you tak sihat macam ni, macam mana you nak fokus dengan kerja you tu. Better you sihatkan badan you tu dulu. Pasal Encik Syahrul tu you tak payah risaulah. Nanti I bagitahu dia condition diri you, okeh. Sekarang ni, you balik, makan ubat and rest. Hah. Jangan lupa pergi klinik dulu sebelum balik rumah tu.”

     Akhirnya Hanis Ariana ikut juga nasihat kawannya itu supaya balik dan berehat. Sejak beberapa hari ni, kepalanya kerap sakit dan selera makan pun berkurang. Panadol dah di telan berbiji - biji namun sakit kepalanya akan kembali juga nanti. Untuk ke klinik berjumpa doktor memang cukup malas dia. Sebenarnya dia takut mahu mendengar penjelasan doktor jika dia mempunyai penyakit merbahaya. Bagaimana nanti dengan nasib anaknya jika penyakitnya itu akan membawanya kepada kematian. Sebab itu sebolehnya dia tidak mahu ke klinik berjumpa dengan doktor.

     Hanis Ariana pulang ke rumah dengan menaiki grab. Pagi tadi dan seperti hari - hari sebelumnya, dia ke tempat kerja bersama Syahrul Iman. Jadi untuk pulang awal hari itu, biarlah dia pulang sendiri. Dia tidak mahu menyusahkan lelaki itu. Lagipun, dia bukanlah siapa - siapa dalam hati Syahrul Iman. Sekadar menjadi isteri di atas kertas sahaja.

     “Laila. Ariana mana?.” Tanya Syahrul Iman ketika melintasi meja Hanis Ariana.

     “Hanis balik dah Encik Syahrul. Dia tak sihat. Sakit kepala katanya. Tapi I tengok muka dia pucat tadi. I risau. Tu yang I suruh dia balik.”

     “Berapa lama dah dia balik?.”

     “Adalah dalam 15 minit macam tu.” Syahrul Iman melihat jam dipergelangan tangannya. Baru pukul 11 pagi. Tentu betul - betul tidak sihat wanita itu.

     Syahrul Iman terus berlalu ke biliknya. Hatinya mula bimbang akan keadaan Hanis Ariana. Dia mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon wanita itu.

     Setelah beberapa kali mencuba menelefon tetapi gagal, Syahrul Iman terus keluar dari pejabatnya dan menuju ke keretanya untuk ke rumah Hanis Ariana.

     Selama perkahwinan mereka, mereka tidak tinggal bersama. Itu telah dipersetujui oleh mereka dahulu. Dan tiada siapa yang mengetahui akan perkara itu termasuklah Dato Redhuan dan Datin Aliyah.

     “Lepaslah!.” Hanis Ariana cuba merentap tangannya daripada genggaman Hakim Hizwan.

     “Hoi! Lepaskan tangan dia!.” Jerit Syahrul Iman yang baru sampai di hadapan rumah Hanis Ariana.

     “Kau siapa nak masuk campur urusan aku dengan bini aku, hah?!.”

     “Kau ni memang dah gilalah! Sedar sikit yang kau tu cuma bekas laki dia. B.E.K.A.S! Faham tak bekas?!.”

     “Kalau aku ni bekas laki dia sekalipun, kau tu siapa nak menyibuk?!.”

     “Aku ni suami dia. Dia tu isteri aku yang sah! Kau lepaskan tangan dia!.”

     Hakim Hizwan terpana apabila mendengar kata - kata dari Syahrul Iman itu.

     “Sayang. Betul ke apa yang laki ni cakap? Dia tipu je kan?.”

     “Dia tak tipu Hizwan. I dah kahwin dengan dia. You lepaskan tangan I ni.”

     Tiba - tiba wajah Hakim Hizwan berubah marah. Tangan Hanis Ariana di genggam semakin kuat. Dia tidak boleh menerima apa yang di dengarinya itu.

     Hakim Hizwan menarik tangan Hanis Ariana dengan kuat sehingga badan wanita itu mengenai keretanya yang di parking di beranda rumah. Hanis Ariana terjatuh ke atas lantai dan tidak sedarkan diri.

     Hakim Hizwan panik lalu dia lari meninggalkan rumah Hanis Ariana. Syahrul Iman mendapatkan Hanis Ariana yang terbaring di atas lantai. Dengan pantas Syahrul Iman mengendong tubuh Hanis Ariana yang terkulai layu itu dan di masukkan ke dalam kereta untuk di bawa ke hospital.

     Di hospital, Syahrul Iman tidak senang duduk semasa Hanis Ariana di dalam bilik pemeriksaan. Dia takut jika ada apa - apa yang serius berlaku pada diri wanita itu. Sudahlah tidak sihat. Di perlakukan sebegitu sekali oleh bekas suaminya sehingga jatuh pengsan. Tangan dan mukanya juga terdapat beberapa kesan lebam akibat di pukul oleh Hakim Hizwan tadi.

     “Alhamdulillah. Isteri Encik dah stabil. Semuanya dalam keadaan baik. Kesan lebam yang ada di muka dan tangan pun tidaklah terlalu serius. Insha Allah dalam 3,4 hari lagi nanti baiklah tu. Dan anak dalam kandungan isteri Encik pun alhamdulillah selamat.”

     “Anak? Isteri I pregnant?.” Soal Syahrul Iman seperti tidak percaya.

     “Ya. Puan Hanis pregnant. Dah masuk 8 minggu. Encik tak tahu ke yang isteri Encik pregnant?.” Syahrul Iman menggeleng kepala tanda tidak tahu.

     “Okeh. Tahniah Encik. Tak lama lagi bakal jadi ayah. So, untuk awal trimester ni, jangan bagi Puan Hanis buat kerja berat - beratlah ye. Jangan bagi dia stress. Makan makanan yang berkhasiat. Dan yang paling penting, jangan berlaku lagi seperti kejadian tadi. Kalau Encik Syahrul nak saya keluarkan report, saya boleh buatkan. Untuk buat report polis.”

     “I rasa tak perlulah report tu. I boleh handle. Thanks doctor.”

     Syahrul Iman masuk ke dalam bilik wad yang menempatkan Hanis Ariana selepas berjumpa dengan doktor yang merawat.

     “You okey?.” Syahrul Iman bertanya kepada Hanis Ariana yang sedang duduk bersandar di atas katil.

     “Saya okey aje. Terima kasih tolong saya tadi.”

     “Kenapa tak beritahu yang you tak sihat? I boleh aje hantar you balik.”

     “Saya tak nak susahkan Encik Syahrul.”

     “Sekarang dah jadi macam ni, siapa yang susah? You jugak kan. Sakit sana sini. Nasib I sampai cepat.”

     Hanis Ariana hanya diam. Lagipun dia sudah biasa mendengar bebelan Syahrul Iman itu. Tidak kiralah mengenai kerja mahupun dalam hal apa sekalipun.

     “Kenapa you tak bagitahu I yang you pregnant?.” Hanis Ariana terkedu. Dia memandang wajah Syahrul Iman meminta kepastian.

     “Saya mengandung?.”

     “Doktor bagitahu tadi yang you pregnant. Dah masuk 8 minggu. You tak tahu?.”

     Hanis Ariana terdiam. Patutlah sejak kebelakangan ni dia sering sakit kepala dan kurang selera makan. Baru dia tersedar yang periodnya juga tidak datang selama 2 bulan. Rupanya ada satu nyawa di dalam rahimnya. Ya Allah! Tak tahu samada nak gembira atau bersedih ketika itu.

     Benih di dalam rahimnya ini adalah benih Syahrul Iman. Lelaki yang dia terpaksa nikahi akibat daripada di tangkap khalwat dulu. Tiada cinta, tiada rasa sayang... Tapi... Bercambah juga benih lelaki ini di dalam rahimnya. Hendak menyesal pun tidak berguna. Kalaulah dia dapat menahan godaan lelaki ini dulu semasa di Pantai Morib, tentu anak ini tidak akan terhasil.

     “You tak tahu ke yang you pregnant?.” Hanis Ariana tersentak dari lamunannya. Kemudian dia menggeleng kepalanya.

     “Mulai hari ni, I tak nak you stress - stress. Pasal Aisyah nanti I ambil dia kat tadika. Nanti I mintak mama jagakan, okeh. You jangan susah hati. You rest aje. Jaga baby dalam tu baik - baik.”

     Hanis Ariana tidak membalas. Dia baring dan mengiring membelakangkan Syahrul Iman. Matanya mula berair. Hatinya sayu. Entahlah. Pelbagai perasaan yang dia rasakan sekarang. Semuanya bercampur baur.

     Anak ni... Adakah patut dia berada di dalam rahimnya? Bagaimana dia hendak berdepan dengan semua orang di tempat kerjanya nanti? Perutnya akan membesar. Sampai bila hendak di sorok?. Ya Allah. Apa perlu aku lakukan sekarang? Patut ke kalau aku.... Gugurkan saja anak ini?. Aku buntu Ya Allah!.

     “You rest okeh. I keluar sekejap belikan you makanan. Nanti I datang semula.” Syahrul Iman yang menyedari perubahan Hanis Ariana itu, terus keluar dari bilik wad kerana dia mahu memberi ruang kepadanya untuk berehat. Biarlah wanita itu menenangkan dirinya dahulu. Dia tahu, pasti wanita itu sukar menerima berita yang baru saja di dengarnya. Dia sendiri terkejut. Tetapi dalam masa yang sama, dia gembira kerana dia bakal menjadi seorang ayah. Dan anaknya akan dilahirkan oleh seorang wanita bergelar isterinya yang sah. Lahir dari rahim seorang wanita yang baik. Dia tersenyum sendiri.

     Keesokan harinya, Hanis Ariana di benarkan keluar dari wad. Syahrul Iman menjemputnya dan di bawa pulang ke rumah orang tuanya.

     “Tahniah, Hanis. Mama dengan papa, excited sangat bila dapat tahu Hanis pregnant.” Kata Datin Aliyah dengan gembira ketika menyambut kepulangan Hanis Ariana dari hospital.

     “Terima kasih, mama.”

     “Hanis rehatlah dulu kat atas. Jap lagi turun makan.”

     “Okeh, mama. Tapi saya nak jumpa Aisyah dulu.” Hanis Ariana berlalu ke bilik yang menempatkan anaknya, Aisyah. Rindu sangat dengan anaknya yang seorang itu.

     “Assalamualaikum, anak mama.” Aisyah melompat kegembiraan apabila melihat mamanya sudah pulang.

     Hanis Ariana meluangkan masa sekejap berbual - bual dengan anaknya sebelum dia terlelap di dalam bilik itu.

     Satu jam juga Hanis Ariana ketiduran di bilik anaknya. Letih sungguh rasa badannya. Biasalah simptom ibu - ibu mengandung. Letih, mengantuk... Kalau boleh mahu berehat saja sepanjang masa.

     “Aisyah turun. Tok Ma ajak makan. Mama biar Uncle kejut.” Syahrul Iman menyuruh Aisyah turun ke bawah dulu kerana dia mahu mengejut Hanis Ariana bangun dari tidur.

     Aisyah keluar dari bilik dan turun ke tingkat bawah. Syahrul Iman mendekati Hanis Ariana yang sedang tidur. Matanya memandang perut Hanis Ariana. Kemudian bibirnya mengukir senyuman. Dia masih tidak percaya yang dia akan menjadi seorang ayah.

     “You. Bangun. Jom turun makan.” Syahrul Iman duduk di birai katil dan dengan perlahan dia menggerakkan lengan Hanis Ariana.

     Hanis Ariana membuka matanya perlahan. Melihat Syahrul Iman yang duduk sangat hampir dengannya membuatkan dia menjarakkan sedikit kedudukannya.

     “Jom turun makan. Mama dengan papa dah tunggu dah tu. Aisyah pun dah tunggu jugak nak makan sama.”

     “Saya tak ada seleralah nak makan.”

     “Janganlah macam tu. Makan sikit. Kesian baby lapar nanti.” Pujuk Syahrul Iman.

     Apabila mendengar perkataan ‘baby’, Hanis Ariana terus terdiam. Dia memegang perutnya. Masih tidak percaya ada manusia di dalam perutnya kini.

     “Encik Syahrul. Ada perkara saya nak cakap.” Syahrul Iman berkerut dahi.

     “Apa dia?.”

     “Saya dah fikirkan pasal hal ni. Saya tak boleh teruskan. Anak ni... Satu kesilapan.” Bagai halilintar menghentam ke wajah Syahrul Iman tatkala mendengar percakapan Hanis Ariana itu.

     “You rasa anak ni satu kesilapan? So... Maksud you apa?.”

     “Saya nak gugurkan bayi dalam perut ni.”

     Wajah Syahrul Iman berubah serta merta. Terasa panas di seluruh wajahnya. Apa benar yang di dengarnya ini? Kenapa begitu kejam wanita di sisinya ini? Benci sangatkah dia pada dirinya?.

     “You cakap apa ni? You nak gugurkan anak ni atas alasan apa?.”

     “Saya tak nak ada kaitan dengan Encik Syahrul lagi. Saya tak rasa yang hubungan kita ni akan bertahan lama. Saya tahu memang kejam apa yang saya cakap ni. Tapi.... Saya tak boleh!.”

     “Itu anak kita. Kenapa you tergamak nak bunuh dia? I happy dengan kehadiran dia. I excited. Mama dengan papa pun excited dengan berita ni. Tapi kenapa you sanggup nak gugurkan dia. Mana perikemanusiaan you?.”

     “Ye saya tahu saya memang kejam tak ada perikemanusiaan. Tapi. Encik Syahrul tengoklah sendiri keadaan kita ni. Hari - hari yang kita lalui. Encik Syahrul rasa kita ada masa depan ke? Kalau anak ni lahir, macam mana kehidupan dia nanti dengan keadaan mak bapak dia yang macam ni?!. Saya tak nak tanggung risiko Encik Syahrul. Saya betul - betul menyesal dengan apa yang jadi ni.”

     “Owh.. You nak cakap, yang you menyesallah dengan apa yang kita buat masa kat Morib dulu? I tak pernah pun menyesal dengan apa yang dah berlaku. Malah I rasa gembira sekarang ni sebab anak I akan dilahirkan oleh seorang perempuan yang baik. Tapi sayang. Mama dia sendiri nak buang dia.”

     Syahrul Iman bangun dan meninggalkan Hanis Ariana sendirian di dalam bilik. Tidak semena - mena air matanya gugur ke pipi. Hatinya sedih kerana wanita yang di anggap boleh menjadi isteri dan ibu kepada anaknya nanti sanggup mahu membunuh darah dagingnya sendiri.

     “Maafkan mama, sayang. Mama... Takut. Mama takut nak lalui semua ni. Kami tak mencintai satu sama lain. Macam mana mama nak besarkan sayang nanti? Mama minta maaf, sayang. Mama janji mama takkan buang sayang dari rahim mama ni. Mama akan jaga sayang baik - baik.” Hanis Ariana mengusap perutnya sambil menangis semasa bercakap dengan bayinya.

     Hatinya sebak. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia sanggup mahu gugurkan anak di dalam kandungannya itu. Ya Allah! Bagaimana aku boleh tergamak hendak membunuh satu nyawa yang tidak berdosa ini?. Ampunkan aku Ya Allah!.

     Petang keesokan harinya, Syahrul Iman menghantar Hanis Ariana dan Aisyah pulang ke rumah. Dia tidak banyak bercakap kerana masih terasa dengan apa yang Hanis Ariana katakan.

     “Kemas barang - barang you dengan Aisyah. Kita pindah rumah I.” Syahrul Iman bersuara tiba - tiba setelah sampai di hadapan rumah Hanis Ariana.

     “Tak nak. Untuk apa pindah rumah Encik Syahrul? Saya dah ada rumah.”

     “I tak nak ex-husband you kacau you lagi. Please dengar cakap I ni. Kalau kat rumah I, you lebih selamat sebab ada sekuriti. I tak nak jadi apa - apa kat you.”

     “Encik Syahrul. Thanks. But I don't want. Saya lebih selesa di rumah sendiri.”

     “Ini bukan masanya untuk berdegil, Ariana.”

     “Dan saya pun tak nak Encik Syahrul berdegil paksa saya. Saya nak duduk sini. Pasal ex-husband saya tu, Encik Syahrul tak payah risau sangatlah. Tahulah saya jaga diri.”

     Syahrul Iman menggeleng kepala melihat kedegilan Hanis Ariana.

     “Okeh. Fine kalau you tak nak. Tapi malam ni I tidur sini.”

     Gulp! Ah sudah. Lain yang di minta lain pula yang jadinya.

     “Eh, tak payahlah tidur sini. Saya tak selesalah Encik Syahrul ada. Saya nak buat apa - apa semua nanti jadi terbatas. Takkan saya nak kena bertudung 24 jam kat dalam rumah sendiri. Encik Syahrul baliklah rumah Encik Syahrul.”

     “You suka tak suka, I tetap akan tidur sini. I ajak pindah rumah I you tak nak kan. So I tidur sinilah.”

     “Kalau saya pindah rumah Encik Syahrul sekalipun, tetap saya tak bebas. Tetap terbatas semua perbuatan. Sama aje. Better kita duduk asing.”

     Syahrul Iman malas mahu berdebat lagi dengan Hanis Ariana. Dia terus keluar dari kereta dan mengeluarkan beg pakaian di dalam bonet. Hanis Ariana membuka pintu pagar dan masuk ke dalam rumah.

     “Encik Syahrul buat apa lagi kat sini? Baliklah.”

     “Kan I dah cakap tadi. Malam ni I tidur sini.” Dengan selamba Syahrul Iman berbaring di atas katil Hanis Ariana. Wanita itu tidak puas hati.

     “Jangan buat perangai ea Encik Syahrul. Tak malu ke kalau Aisyah nampak nanti? Bangun. Pergi balik sekarang.”

     “Sampai hati you halau I, kan. I bukan saja - saja nak tidur sini. I cuma risaukan keselamatan you dengan Aisyah. I bimbang kalau apa - apa jadi pada anak kita dalam perut you tu. Dahlah mama dia sendiri nak buang dia. Apa function I ni kalau tak boleh nak pertahankan anak I sendiri?. Okeh. Kalau you memang tak suka I ada kat sini, fine. I boleh pergi.” Syahrul Iman sudah mula melangkah menuju ke pintu bilik mahu keluar.

     Hanis Ariana serba salah. Dia tersedar atas keterlanjuran kata - katanya. Lalu dia menahan Syahrul Iman daripada pergi.

     “Okeh. Okeh. Saya minta maaf. Ikut Encik Syahrullah nak tidur mana pun. Saya minta maaf okey.”

     “Sekarang, I nak you rest. Biar I yang masak makan malam ni.”

     Syahrul Iman terus berlalu menuju ke dapur. Dia mahu menyediakan makan malam untuk mereka malam ini.

     Lebih kurang jam 8.30 minit malam, Syahrul Iman memanggil Hanis Ariana dan Aisyah untuk makan malam bersama - sama. Selepas bersolat Fardhu Maghrib, dia ke dapur untuk menghidang makanan yang di masak petang tadi.

     “Tak sangka Encik Syahrul pandai masak. Nampak sedap.” Puji Hanis Ariana.

     “Masa I study kat UK dulu I banyak belajar memasak. Yelah. Nak jimat duit, kan. I tak suka nak susahkan papa dengan mama. Sebab tu I lebih suka memasak sendiri.” Cerita Syahrul Iman sambil tangannya sibuk menceduk makanan ke atas pinggan. Hanis Ariana mengangguk kepalanya ketika mendengar cerita daripada Syahrul Iman itu.

     “Nah. Cuba you rasa Nasi Goreng Paprik ni.” Syahrul Iman menghulurkan pinggan berisi Nasi Goreng Paprik itu kepada Hanis Ariana.

     Hanis Ariana menyuapkan sedikit ke dalam mulutnya. Dia mengunyah perlahan - lahan.

     “Sedap!.” Hanis Ariana menyuap lagi ke dalam mulutnya.

     “Sedap, kan Aisyah.”

     “Sedap Uncle masak. Nanti masakkan lagi untuk Aisyah ea?.” Syahrul Iman tersenyum.

     “Iya Sayang. Nanti Uncle masakkan lagi. Makanlah banyak - banyak.”

     “Encik Syahrul makanlah sekali.” Syahrul Iman menceduk Nasi Goreng Paprik yang di masaknya ke pinggannya lalu menjamunya.

     Selesai makan malam, Hanis Ariana membantu Syahrul Iman mengemas meja dan dapur walaupun lelaki itu menegahnya daripada membantunya, Hanis Ariana tetap mahu menolongnya juga. Pertolongannya itu adalah sebagai tanda berterima kasih kepada lelaki itu kerana sudah memasak untuknya dan Aisyah.

     Jam sudah pun melewati pukul 10 malam. Aisyah sudahpun masuk tidur. Hanis Ariana juga sudah terasa mengantuk. Selepas makan malam tadi, Syahrul Iman menunaikan solat Fardhu Isyak dan menonton televisyen di ruang tamu.

     Terpandangkan Hanis Ariana yang sudah layu matanya, dia ke dapur membancuh susu untuk wanita itu. Susu itu dia yang membelinya ketika pulang ke rumah itu petang tadi.

     “Sebelum tidur, you kena minum susu dulu. Nah.” Hanis Ariana terkejut dengan huluran segelas susu kepadanya.

     Hanis Ariana mengambil susu tersebut daripada Syahrul Iman. Dia minum sedikit. Kemudian mukanya berubah. Cepat - cepat dia berlari ke dapur dan memuntahkan semula susu yang diminumnya itu. Tekaknya loya kerana alahan mengandung.

     “You okey tak ni?.” Tanya Syahrul Iman panik.

     Hanis Ariana masih muntah lagi di sinki dapur. Syahrul Iman menggosok belakang tengkuk Hanis Ariana.

     “You okey tak ni?.” Soalnya lagi.

     “Saya tak boleh minum susulah Encik Syahrul. Loya tekak saya ni.”

     “Jom masuk dalam. I sapukan minyak.”

     Hanis Ariana dan Syahrul Iman berjalan menuju masuk ke dalam bilik.

     “You duduk. Kat mana minyak angin?.” Hanis Ariana menunjuk ke arah meja solek.

     Syahrul Iman mengambil minyak angin di atas meja solek. Kemudian dia duduk di belakang Hanis Ariana untuk mengurutnya.

     “Macam mana I nak urut you ni? You bukaklah tudung tu. Antara kita dah tak ada batas. Aurat you I boleh tengok. You pun boleh tengok aurat I.”

     Hanis Ariana tiada pilihan. Dia membuka tudung sarungnya yang menutupi kepala. Sungguh dia kurang selesa kerana kepalanya berasa berat jika memakai tudung. Dia mengikat kemas rambutnya tinggi di tengah kepala agar mudah Syahrul Iman memicit bahunya.

     Hanis Ariana menikmati urutan daripada Syahrul Iman. Lega sangat dia rasa. Matanya di pejam kerana begitu asyik. Tetapi beberapa minit selepas itu, dia membuka matanya.

     “Encik Syahrul.”

     “Ya. Sakit ke I picit ni?.” Hanis Ariana menggeleng.

     “Saya nak minta maaf.”

     “Minta maaf untuk apa?.”

     “Pasal semalam. Saya sedar saya tak patut cakap macam tu. Baby ni tak ada dosa apa pun. Saya minta maaf ya, Encik Syahrul?.” Syahrul Iman menghentikan urutannya.

     “I maafkan you. Lepas ni janji jangan cakap macam tu lagi. I tak suka nak dengar.”

     “Okeh. Saya janji saya tak cakap lagi. Saya betul - betul minta maaf.” Hanis Ariana menoleh ke belakang. Dia menarik tangan Syahrul Iman dan menciumnya lama. Air matanya tiba - tiba menitis. Rasa bersalah kerana mulutnya sudah terlanjur kata.

     Syahrul Iman terpana dengan tindakan Hanis Ariana itu. Dia kemudiannya menyentuh lembut kepala wanita itu. Hatinya entah mengapa terpaut dengan cara wanita itu malam itu.

     “I pun nak minta maaf pada you.” Hanis Ariana mengangkat kepalanya.

     “I nak minta maaf untuk semua yang dah berlaku antara kita ni. Dari mula kita kenal... Sampai semua yang kita dah lalui ni, I nak minta maaf sebab dah menyusahkan hidup you. I minta maaf sebab I pernah sangka buruk pada you dulu masa you pulangkan wallet mama. I tuduh you penyebab kita di tangkap basah. I betul - betul minta maaf.”

     “Pasal wallet tu, saya dah lupakannya pun. Lagipun masa tu kita baru je kenal, kan. Encik Syahrul pun baru je jadi bos saya. Bos yang garang macam singa. Saya tak ambik hati pun.” Hanis Ariana tergelak kecil.

     “Garang sangat ke I ni?.”

     “Iya. Garang sangat. Semua staff pun cakap Encik Syahrul ni garang. Menakutkan.”

     “Owh. Kalau macam tu, I kena ubahlah cara I ni ea?.”

     “Tak perlu pun tak apa. Biarlah garang sikit. Jadi staff akan buat kerja dengan betul. Tapi muka tu rajin - rajinlah senyum. Kalau senyum kan orang tengok sedap je mata memandang.”

     Syahrul Iman hanya mengangguk. Mungkin selepas ini dia akan ubah sedikit caranya.

     “You dah lega belum ni? Nak I picit lagi tak?.”

     “Okeh dah ni. Biasalah mengandung, kan. Saya pun dah mengantuk ni. Nak tidur.” Hanis Ariana mengambil tempatnya di atas katil dan melabuhkan badannya di atas tilam empuk itu.

     Tidak sampai berapa minit Hanis Ariana terus terlelap. Syahrul Iman menyelimutkan tubuh wanita itu. Kemudian dia berbaring di sebelah wanita itu dan menutup lampu sebelum dia melelapkan mata.

     Sejak berkahwin dengan Hanis Ariana, Syahrul Iman mengakui yang dia sangat selesa berada di sisi wanita itu. Fikirannya selalu memikirkan wanita itu. Wajah manisnya selalu terbayang di ruangan matanya. Adakah dia sudah mula jatuh hati pada isterinya sendiri? Dia tidak pasti.

     Namun sebaliknya pada diri Hanis Ariana, dia tidak yakin dengan setiap perbuatan baik Syahrul Iman terhadap dirinya kerana dia menganggap semua itu hanyalah kerana mengikut arahan ibu bapanya sahaja semata - mata. Dan memandangkan sekarang ini dia sedang mengandungkan anak lelaki itu, dia tahu setiap perbuatan baik pada dirinya bukanlah dilakukan atas sebab sayang dan cinta pada dirinya. Semua itu dilakukan hanya mahu menjaga anak di dalam kandungannya sahaja.

     Seminggu berlalu, Hanis Ariana dan Syahrul Iman menjalani kehidupan mereka seperti biasa. Namun tidaklah seperti hubungan suami isteri yang sebenarnya. Sejak Hanis Ariana hamil, Syahrul Iman tidak pernah ‘menyentuh'nya lagi. Walaupun hatinya sering mahukan tubuh isterinya itu, tetapi di tahannya kerana dia tidak mahu isterinya itu menganggapnya mahu mengambil kesempatan. Dia tahu yang wanita itu masih belum boleh menerima dirinya sebagai suami.

     Di pejabat, Hanis Ariana sebolehnya cuba menyorokkan perutnya yang sudah mula membesar. Dia akan memakai baju yang longgar dan tudung dipakai labuh. Apabila ditanya Laila akan perubahan imej pakaiannya, dia akan menjawab ‘saja mahu ubah angin’. Walaupun Laila agak pelik, tetapi rakannya itu akhirnya menerima juga alasannya itu. Hanis Ariana berasa lega.

     Seminggu berlalu...

     “Encik Syahrul. Saya nak tanya sikit, boleh?.” Tanya Hanis Ariana kepada Syahrul Iman ketika mereka pulang dari pejabat.

     “Apa dia?.”

     “Err... Saya segan sebenarnya nak tanya. Hmm...”

     “Tanya jelah. Apa dia?.”

     “Hmm... Encik Syahrul pakai minyak wangi apa ea? Saya... Saya suka sangat bau dia. Hmm... Mungkin baby yang suka bau minyak wangi Encik Syahrul tu.” Syahrul Iman tersenyum.

     “Minyak wangi Allure Homme Chanel.”

     “Owh. Nanti saya nak belilah.”

     “Sampai nak kena beli ke? Tapi harga dia boleh tahan mahal tau.”

     “Oh ye ke?.” Hanis Ariana sudah berubah muram. Semahal apakah harganya minyak wangi itu? Dia amat - amat menyukainya tetapi jika harganya 2,3 ratus, mana mungkin dia mampu membelinya. Seharusnya duit yang hendak dilaburkan untuk minyak wangi itu sebaiknya dia belanjakan kepada benda yang lebih diperlukan.

     “Tak pe. Nanti I belikan untuk you.” Hanis Ariana sudah mula tersenyum kembali.

     “Thanks, Encik Syahrul.” Hanis Ariana tersenyum gembira.

     Keesokan harinya, Syahrul Iman telah menghadiahkan Hanis Ariana sebotol minyak wangi Allure Homme Chanel. Wanita itu tersenyum gembira kerana dia dapat menghidu setiap masa bauan minyak wangi yang dia amat sukakan itu sejak dia hamil.

     Begitulah keadaan Hanis Ariana ketika mengandungkan anak Syahrul Iman. Setiap kali lelaki itu datang berjumpanya, dia pasti akan menghidu bauan minyak wangi yang dipakainya secara senyap - senyap. Namun Syahrul Iman bukanlah ada bersamanya setiap saat. Tidaklah setiap hari lelaki itu akan tidur di rumahnya dan di pejabat juga bukanlah setiap detik mereka berkepit. Jadi masakan dia boleh mencuri - curi hidu bauan yang sangat menyenangkan rongga hidungnya itu.

     “Eh, Hanis. I macam pernah baulah perfume yang you pakai ni. Hmm... Macam ada orang dalam office ni pakai jugaklah perfume you ni.” Tanya Laila suatu hari di pejabat.

     “Oh ada yang pakai sama ea? Kebetulanlah tu kot. Citarasa sama.” Hanis Ariana memberi alasan.

     “Tapi... Mahal kan perfume ni. I think bau dia ni.... Macam....” Laila sudah mula perasan. Namun cepat - cepat Hanis Ariana memotong percakapan wanita itu.

     “Hah dah dah dah. Daripada you dok fikir pasal minyak wangi I ni, better you siapkan kerja you tu. Kang Encik Syahrul mintak, you tak siap lagi tak pasal kena sembur.”

     Laila masih ligat berfikir mengenai minyak wangi yang dipakai sahabatnya itu. Seperti minyak wangi yang di pakai..... Hmm... Hah! Encik Syahrul! Ya. Baunya sama macam Encik Syahrul pakai. Laila semakin tertanya - tanya.

     Suatu hari, Hanis Ariana menerima satu mesej daripada nombor ‘private’ yang memintanya untuk pergi ke sebuah hotel. Penghantar mesej itu memperkenalkan dirinya sebagai Fazli Shamsudin. Lelaki itu memintanya untuk ke hotel bagi membincangkan projek usahasama yang sedang mereka usahakan.

     Pada mulanya Hanis Ariana keberatan kerana kebiasaanya mereka akan membincangkan hal pekerjaan di pejabatnya sahaja. Tetapi apabila ditanya, lelaki itu memberi alasan mahukan suasana yang lebih santai. Hanis Ariana akhirnya bersetuju dan dia ke hotel yang dijanjikan seorang diri.

     Sampai sahaja di hotel, Hanis Ariana menerima satu lagi mesej yang memintanya untuk ke bilik 237 Suite Diamond sebagai tempat perjumpaan mereka.

     Hanis Ariana sudah mula berasa pelik dan tidak sedap hati. Tetapi dia pergi juga ke bilik 237 Suite Diamond itu untuk bertemu dengan Fazli Shamsudin.

     Sesampai sahaja di hadapan bilik mewah itu, tiba - tiba mulutnya di tekup dengan sehelai tuala yang diletakkan ubat pelali. Hanis Ariana menghidunya dan pengsan!.

     “Encik Syahrul. Cik Hanis tiada di pejabat. Tak tahu dia ke mana.” Maklum Erma kepada Syahrul Iman yang bertanya.

     “Tak ada? Dah lama ke dia keluar?.”

     “Lama jugak. Lebih kurang 2 jam dah Cik Hanis keluar.”

     Syahrul Iman berkerut dahi. Hatinya mula risau. Dia terus menelefon wanita itu namun tidak berjawab.

     Tit. Tit.

     Satu mesej di terima daripada nombor ‘private’ masuk ke dalam telefonnya.

     Syahrul Iman membaca mesej tersebut dan hatinya mula berdebar. Dia di minta untuk ke hotel tempat keberadaan Hanis Ariana. Tanpa menunggu lama lagi dia terus bergerak menuju ke hotel tersebut.

     Sepanjang perjalanan menuju ke bilik hotel itu, di dalam hati dan fikirannya tidak berhenti memikirkan apa yang sedang berlaku sebenarnya pada Hanis Ariana. Dadanya berdebar - debar tatkala kakinya berhenti di hadapan bilik 237 Suite Diamond itu.

     Syahrul Iman menolak perlahan pintu bilik yang tidak bertutup rapat itu. Setelah dia masuk ke dalam, dadanya terasa bagaikan mahu pecah tatkala melihat Hanis Ariana yang sedang tidur di atas katil bersama Fazli Shamsudin.

     Dada Syahrul Iman berombak kencang menahan amarah. Dia mendapatkan Hanis Ariana yang sedang tidur dengan tudungnya yang sudah terbuka dan butang baju kemejanya juga sudah terbuka beberapa. Manakala Fazli Shamsudin tidak berbaju dan mereka tidur di dalam satu selimut yang sama!.

     “You! Bangun!.” Syahrul Iman menggerakkan tubuh Hanis Ariana dengan kasar. Hanis Ariana terjaga dan matanya terpisat - pisat memandang ke arah Syahrul Iman yang sedang berdiri itu.

     Hanis Ariana memegang kepalanya yang sakit. Dia tersedar yang dia tidak bertudung. Dahinya berkerut mencuba mengingati apa yang telah terjadi. Dia menoleh ke sebelahnya. Fazli Shamsudin! Macam mana dia boleh berada di situ? Apa yang sudah terjadi?!.

     “You pakai tudung you sekarang dan betulkan baju you tu!. Lepas tu you tunggu I kat luar!.” Syahrul Iman memberi arahan. Jelas di wajahnya begitu tegang dengan kemarahan.

     Hanis Ariana bergegas membetulkan pakaian dan tudungnya. Kemudian dia keluar dari bilik itu dan menunggu Syahrul Iman di luar.

     “Hey, Fazli! Bangun!!.” Syahrul Iman menarik kasar tangan Fazli Shamsudin.

     “What happen?! Why you....?.”

     Buk!!

     Satu tumbukan mengenai pipi Fazli Shamsudin. Lelaki itu mengerang kesakitan. Dia tertanya - tanya apa yang sedang berlaku sekarang ini. Mengapa Syahrul Iman amat marah padanya?.

     “Apa yang kau buat ni, hah Fazli?! Berani kau tidur dengan Ariana!.” Berkerut dahi Fazli Shamsudin apabila mendengar kata - kata dari Syahrul Iman itu. Tidur dengan Hanis Ariana? Bila masa?!.

     “Apa kau cakap ni?! Bila masa aku tidur dengan Hanis?!.” Fazli Shamsudin memegang kepalanya yang sakit. Dia cuba mengingati jika ada sesuatu yang telah berlaku namun dia tidak dapat mengingatinya.

     “Kau jangan nak buat - buat lupalah, Fazli. Kau dah tidur dengan dia lepas tu kau boleh pulak buat - buat tak tahu. Kau ni memang tak gunalah, Fazli!.”

     “Serius aku memang tak faham apa yang kau cakapkan ni, Syahrul. Kau tuduh aku macam tu sekali.”

     “Cukuplah, Fazli. Kau jangan nak bagi alasan macam - macam. Kalau aku tahu kau ada contact Ariana lagi, siap kau aku kerjakan!.” Selepas menghabiskan kata - katanya, Syahrul Iman keluar dari bilik Fazli Shamsudin.

     Fazli Shamsudin duduk di birai katil sambil ligat memikirkan tragedi yang baru saja berlaku tadi. Dia masih tidak dapat mencerna segala tuduhan dari Syahrul Iman itu. Dia memegang belakang kepalanya yang terasa sakit. Terdapat satu benjolan di belakang kepalanya. Dia semakin tertanya - tanya apa sebenarnya yang berlaku.

     Perlahan - lahan dia cuba mengingati segala apa yang telah berlaku sebelum dia tertidur tadi. Semasa dia sampai di hadapan biliknya itu selepas balik dari perbincangan dengan kliennya, dia membuka pintu biliknya dan masuk ke dalam. Namun belum sempat dia menutup pintu, tiba - tiba..... Hah! Baru dia teringat. Ada seseorang telah memukul kepalanya dari belakang! Tetapi siapa? Itu dia tidak tahu!. Dan apabila dia dikejutkan dengan kasar tiba - tiba oleh Syahrul Iman, membuatkan dia lagi terkejut kerana telah dituduh tidur dengan Hanis Ariana!.

     “Ada yang tak kena ni!.” Kata Fazli Shamsudin sendirian.

     Sementara itu, Syahrul Iman telah menghantar Hanis Ariana pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan keadaan amat tegang sekali di rasakan. Wajah Syahrul Iman jelas terpancar kemarahan yang masih membara. Hanis Ariana tidak berani bersuara kerana dia tidak mahu memburukkan lagi keadaan. Dia sendiri masih tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Mengapa Fazli Shamsudin memperlakukannya sebegitu? Apa niat lelaki itu? Dia tiada jawapannya.

     “Kalau ya pun you bencikan I, bukan macam ni cara you balas dendam you tu.” Kata Syahrul Iman dengan sinis setelah memberhentikan keretanya di hadapan rumah Hanis Ariana.

     “Saya tak pernah pun berdendam dengan Encik Syahrul. Untuk apa saya buat macam tu? Encik Syahrul ingat saya tak ada maruah ke?.” Balas Hanis Ariana.

     “You ingat I tak tahu ke yang Si Fazli tu ada hati dengan you? Dan you pun ada hati pada dia kan?! Sebab tu you sanggup tidur dengan dia! Oh yelah. Fazli tu boleh puaskan you, kan!. Dia pandai nak puaskan nafsu you tu!.” Nada suara Syahrul Iman semakin meninggi. Hanis Ariana terkedu.

     Hanis Ariana menggeleng kepalanya perlahan. Dia mengetap gigi kerana menahan rasa marah. Tergamak sungguh lelaki yang bergelar suaminya ini sanggup menuduhnya begitu sekali tanpa usul periksa.

     “Tuduhan Encik Syahrul ni, dah melampau sangat. Saya sendiri tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Macam mana saya boleh tidur satu katil dengan Encik Fazli pun saya tak ingat. Saya pergi jumpa dia tu sebab dia kata nak bincang pasal projek Indera Malika. Mana saya nak tahu semua ni akan terjadi.”

     “Jangan nak bagi alasanlah. Kenapa you tak bagitahu I yang you pergi jumpa dia? Kat hotel pulak tu. Ke... You all memang dah plan semua ni? Dah plan nak berjumpa nak melepas rindu. Hah?!.”

     “Saya tak bagitahu Encik Syahrul sebab Encik Syahrul busy sangat hari ni. Lagipun, setakat nak bincangkan perkara yang tak rumit, saya boleh handle sendiri. Takkan itu pun saya nak harapkan Encik Syahrul?.”

     “So, sekarang ni, you nak I percaya cakap you-lah yang semua ni tak betul?! Uhh... You jangan nak bodohkan I-lah. I ingat, life I ni dah teruk dah. Tapi rupanya, you lagi teruk daripada I!.”

     Hanis Ariana terpempan tatkala mendengar kata - kata dari Syahrul Iman itu. Ternyata tiada gunanya lagi dia menjelaskan duduk perkara yang sebenar. Lelaki itu sudahpun meletakkan taraf dirinya di tempat yang paling bawah.

     “Kalau itu yang Encik Syahrul labelkan diri saya ni, okeh. Saya minta maaf untuk semua yang terjadi ni. Terima kasih.” Hanis Ariana terus keluar dari kereta Syahrul Iman dan masuk ke dalam rumahnya tanpa menoleh ke belakang lagi.

     Air mata yang di tahan sedari tadi akhirnya gugur juga di pipi. Sedih, kecewa, terkilan, marah dan semua perasaan bersatu di dalam jiwanya.

     Hanis Ariana masuk ke dalam bilik mandi. Dia membuka air pancuran dan duduk di bawahnya sambil menangis semahu - mahunya. Dia buntu mahu lakukan apa seterusnya. Bagaimana nanti pengakhiran hubungannya dengan Syahrul Iman? Bagaimana dengan nasib anak yang dikandungnya itu nanti? Bagaimana dia mahu berdepan dengan kawan sepejabatnya? Apa yang mereka akan anggap dirinya? Semua persoalan berselirat di dalam fikirannya. Sungguh dia tertekan saat itu.

     Setelah 2 jam membasahkan diri di bawah pancuran air, Hanis Ariana bangun dan mahu keluar dari bilik air. Dia teringatkan Aisyah yang akan pulang sebentar lagi dan dia perlu bersiap untuk menjemputnya. Dia bangun dan ingin menutup pili pancuran air tersebut namun belum pun sempat tangannya mencapai pili air itu, tiba - tiba dia tergelincir dan terjatuh di atas lantai di bawah pancuran air yang masih menghujani. Kakinya kebas dan dia tidak mampu untuk bangun. Terasa amat sakit di bahagian rahimnya ketika itu. Dia melihat ada cecair berwarna merah yang mengalir di atas lantai. Dahinya berkerut menahan sakit yang menyucuk. Kepalanya mula pening dan lama - kelamaan matanya terpejam rapat tidak sedarkan diri.

     

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience