BAB 9

Romance Series 26489

BAB 9

     Hanis Ariana memandang wajah Syahrul Iman tanpa kata. Dia masih berfikir adakah wajar dia berkongsi cerita dengan lelaki itu.

     “Jom kita balik, Encik Syahrul.” Akhirnya Hanis Ariana mengambil keputusan untuk tidak menjawab segala persoalan Syahrul Iman berkaitan sebab penceraian mereka.

     Syahrul Iman tidak memaksa jika wanita itu tidak mahu menjawab segala pertanyaannya. Satu hari nanti pasti dia akan tahu juga.

     “Kenapa jalan kat belakang I? Sini. Jalan sebelah I.” Syahrul Iman memanggil Hanis Ariana supaya berjalan beriringan dengannya. Hanis Ariana melangkah setapak dan berdiri betul - betul di sebelah Syahrul Iman.

     “Okeh. Jom.” Mereka meneruskan berjalan kaki pulang ke hotel.

     Tiba - tiba telefon bimbit Hanis Ariana berbunyi. Wanita itu tidak menjawabnya kerana nombor yang terpapar tidak dikenalinya.

     “Kenapa tak jawab?.” Tanya Syahrul Iman setelah beberapa kali telefon Hanis Ariana berbunyi.

     “Nombor tidak dikenali. Malaslah.”

     “Tapi dah banyak kali tu berbunyi. Angkatlah. Mana tahu penting.”

     Telefon berdering lagi. Kali ini Hanis Ariana mengangkatnya.

     “Hello.”

     “...........”

     “Mana you dapat nombor I ni, Hizwan?.”

     “...........”

     “Tolonglah jangan ganggu I lagi. Kita dah bercerai. Dan I tak nak dah balik dengan you.”

     “............”

     “I penat dengar you punya janji. Tapi satu janji pun you tak pernah tunaikan. You ingat I ni apa? Sesuka hati you nak buat apa pun. Please. Tolong jangan ganggu I lagi!.”

     “.............”

     “You ugut I ke ni? Kalau you apa - apa kan Aisyah, I tak teragak - agak buat report polis!.”

     “............”

     “Cubalah kalau you berani!.”

     Klik! Panggilan di putuskan.

     “Ariana?. Are you okey?.”

     “Saya nak balik bilik.” Hanis Ariana berjalan laju meninggalkan Syahrul Iman di belakang. Dia mahu segera balik ke biliknya. Hatinya bimbang jika apa yang dikatakan Hakim Hizwan tadi benar - benar dibuatnya. Di dalam hatinya mahu pulang ke Kuala Lumpur malam itu juga. Tetapi itu tidak mungkin kerana dia perlu pulang bersama Syahrul Iman esok hari. Takkan dia nak paksa lelaki itu pulang ke Kuala Lumpur malam itu juga. Hatinya semakin risau.

     Syahrul Iman mengejar langkah Hanis Ariana sehingga di hadapan bilik. Wanita itu tidak banyak cakap selepas menerima panggilan telefon tadi. Dia ada mendengar Hanis Ariana menyebut nama Hakim Hizwan. Tahulah dia bahawa yang menelefonnya tadi adalah dari bekas suaminya. Tentu ada sesuatu yang dicakapnya sehingga wanita itu susah hati.

     “Ariana. You okey tak ni?.

     “Saya okey. Don't worry. Saya masuk dulu. Selamat malam.” Balas Hanis Ariana lalu membuka pintu dan masuk ke dalam biliknya.

     Syahrul Iman nampak dengan jelas wajah Hanis Ariana yang sedang menahan tangis. Mukanya memerah dan matanya berkaca. Hatinya mula gelisah. Risau akan keadaan Hanis Ariana.

     Hanis Ariana menangis semahunya di dalam bilik air. Stress apabila memikirkan bekas suaminya yang masih mengganggunya itu. Selepas satu jam, barulah dia keluar dari bilik air itu. Dia yang hanya memakai bathrobe separas peha ketika itu mengelap rambutnya yang basah dengan tuala. Tiba - tiba terdengar satu ketukan dari pintu bilik. Cepat - cepat dia menutup kepalanya dengan tuala. Kemudian dia membuka sedikit pintu selepas melihat siapakah yang datang di lubang pintu.

     “Encik Syahrul. Ada apa ni?.”

     Syahrul Iman yang hanya bersinglet dan berseluar pendek melihat ke wajah Hanis Ariana yang sembab dek kerana menangis. Tanpa bertanya, dia terus menolak pintu dan masuk ke dalam. Pintu bilik ditutup rapat. Hanis Ariana tergamam.

     “Errr.... Encik Syahrul buat apa kat sini?.” Hanis Ariana menelan air liur. Terkejut dia dengan tindakan selamba lelaki itu.

     “I cuma nak pastikan you tak apa - apa. Tapi... Kenapa you menangis ni?. Jangan bazirkan air mata you untuk lelaki macam dia.”

     Tidak semena - mena air mata Hanis Ariana gugur lagi. Hatinya tersentuh dengan sikap ambil berat majikannya itu.

     Syahrul Iman mendekat dan memegang kedua belah sisi bahu Hanis Ariana. Semakin galak tangisannya di dengar. Lalu Syahrul Iman menariknya ke dalam pelukannya. Dia memeluk erat wanita itu.

     Hanis Ariana masih menangis di dalam pelukan Syahrul Iman. Terasa sayu sangat hatinya ketika itu bila mengenangkan kehidupannya yang tidak bahagia.

     Tuala yang menutupi kepala terjatuh di lantai ketika Syahrul Iman mengangkat dagu Hanis Ariana. Mata mereka bertentang untuk beberapa saat. Kemudian Syahrul Iman menyeka air mata yang bersisa di pipi dengan jarinya.

     “Kalau you ada apa - apa nak kongsi dengan I, I sedia mendengarnya. Tapi tolong jangan menangis lagi.” Syahrul Iman mengucup lama dahi Hanis Ariana. Wanita itu menutup mata dan menarik nafas dalam - dalam. Dia mencari semula kekuatan dalam dirinya.

     Tidak lama kemudian, pelukan di leraikan oleh Hanis Ariana apabila tersedar akan perbuatan mereka.

     “Encik Syahrul baliklah ke bilik Encik Syahrul. Saya okey.”

     Syahrul Iman tidak menjawab. Malah dia menatap ke dalam mata Hanis Ariana. Tiba - tiba dia mencium bibir wanita itu. Terkejut Hanis Ariana apabila Syahrul Iman dengan beraninya mencium bibirnya.

     Hanis Ariana terkaku diam dengan perlakuan Syahrul Iman. Bibir mereka masih bertaut. Syahrul Iman masih berusaha membuatkan wanita itu membalas ciumannya. Sesekali dia mengulum bibir bawah Hanis Ariana.

     Mata Hanis Ariana terpejam. Syahrul Iman mencium Hanis Ariana sehingga membawa wanita itu tersandar di dinding. Suasana bilik yang kelam dengan hanya diterangi lampu tidur membuatkan nafsu Syahrul Iman bergelora.

     Entah apa yang merasuk Syahrul Iman, tanpa segan silu dia telah membuka tali ikatan bathrobe yang dipakai oleh Hanis Ariana. Bibirnya masih bertaut pada bibir wanita itu. Membulat mata Hanis Ariana apabila merasai bathrobe yang dipakainya longgar.

     Syahrul Iman mengeratkan lagi pelukannya. Terasa aman sekali pelukan Syahrul Iman itu sehingga membuatkan Hanis Ariana membalas ciuman lelaki itu.

     Menyedari ciumannya berbalas, Syahrul Iman meneruskan ciuman hangatnya dengan penuh berahi. Lembut dan tidak kasar begitulah yang dirasakan Hanis Ariana.

     Sesekali mereka berhenti untuk mengambil nafas. Hanis Ariana memandang Syahrul Iman penuh dengan tanda tanya. Namun tidak terluah dengan kata - kata ketika itu. Entah mengapa dia hanya menuruti sahaja rentak lelaki itu.

     Hanis Ariana sudah pun terbaring di atas katil. Syahrul Iman memandangnya dengan senyuman manis. Kemudian dia menyelak bathrobe Hanis Ariana dan terlihatlah sekujur tubuh yang mengghairahkan. Tanpa banyak bicara, Syahrul Iman melanjutkan apa yang diinginkan nafsunya ketika itu.

     Jam loceng di telefon bimbit Hanis Ariana berbunyi menandakan sudah pukul 5.30 minit pagi. Hanis Ariana terjaga dari tidurnya. Dia membuka matanya perlahan. Terasa berat di pinggangnya seperti ada sesuatu.

     Hanis Ariana yang tidur mengiring ke kiri sepanjang malam menunduk ke bawah melihat apa yang ada di pinggang dan perutnya. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati ada tangan yang memeluknya dari belakang dan ada kaki yang bersilang dengan kakinya di balik selimut yang menutupi.

     Dengan tindakan refleks, dia terus memalingkan badannya melihat siapakah yang ada di sebelahnya. Syahrul Iman!. Fikirannya mula mengingati apa yang berlaku malam tadi. Dahinya berkerut seakan tidak percaya.

     Melihatkan tubuhnya yang tiada seurat benang itu membuatkan dia semakin keliru. Dengan keadaan Syahrul Iman yang tidak berpakaian, juga satu selimut dengannya, jantungnya terasa mahu pecah. Takut!.

     Syahrul Iman yang tersedar dari tidurnya kerana gerakan kuat dari Hanis Ariana itu hanya tersenyum memandang wanita itu.

     “Morning, you.”

     “En... Encik Syahrul! Apa Encik Syahrul buat dekat sini?!.”

     “I tidurlah.”

     “Ti... Tidur?.”

     “You tak ingat ke malam tadi kita....”

     “Cukup! Diam! Jangan teruskan! Semua ni tak betul!.”

     “Semua yang kita buat semalam, kita sama - sama enjoy. I cuma nak happy-kan you aje. I tahu you sunyi. I cuma nak you rasa dihargai.”

     “Tapi semua ni salah, Encik Syahrul! Kita belum berkahwin. Ini zina namanya!.” Air mata Hanis Ariana sudah mula menitik laju dari tubir matanya.

     “Okey. I’m so sorry. I akan bertanggungjawab. You jangan risau, okeh.” Syahrul Iman mendekati Hanis Ariana dan cuba memegang tangan wanita itu tetapi di tepisnya kasar.

     “Keluar dari sini, Encik Syahrul. Keluar!.”

     Syahrul Iman tidak mahu melukakan hati Hanis Ariana lagi lalu dia memakai seluar pendek dan singletnya dan keluar dari bilik Hanis Ariana. Di dalam hatinya tidak pernah menyesal kerana melakukan persetubuhan luar nikah bersama Hanis Ariana. Walaupun dia sebenarnya masih tiada perasaan terhadap wanita itu, tetapi apa yang dia lakukan malam tadi semuanya diluar kawalan dia.

     Asalnya dia hanya mahu melihat keadaan Hanis Ariana adakah baik - baik sahaja ataupun tidak. Tetapi setelah memasuki bilik wanita itu dan melihat keadaannya yang sedang bersedih, hatinya jadi tidak kuat. Ditambah pula dia yang hanya memakai bathrobe ketika itu membuatkan nafsunya bergelora tiba - tiba.

     Hanis Ariana masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Dia berhenti di hadapan cermin dan melihat tubuhnya yang dipenuhi tompokan merah di sekitar leher, dada dan payudaranya. Dia menangis teresak - esak bila teringatkan hubungan asmara mereka malam tadi.

     Jam 10 pagi. Hanis Ariana dan Syahrul Iman sudah pun berada dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur selepas bersarapan.

     Suasana di dalam kereta ketika itu masih dingin. Hanis Ariana hanya memandang ke luar tingkap. Sakit hati, marah, geram, sedih, kecewa dan pelbagai perasaan lagi bercampur baur apabila teringatkan apa yang berlaku malam semalam.

     “You. I minta maaf atas apa yang berlaku semalam. I... I tak boleh control perasaan I malam tadi.” Tiada balasan dari Hanis Ariana.

     “You? I really sorry. Maafkan I, pelase.” Masih diam.

     Syahrul Iman mencapai tangan Hanis Ariana tetapi di rentap kasar oleh wanita itu. Hatinya begitu marah pada lelaki itu.

     “How dare you touch my hand!.” Tengking Hanis Ariana. Dia hilang kawalan. Hatinya membuak marah.

     Syahrul Iman yang sedang memandu serta merta melepaskan tangan Hanis Ariana. Dia tidak membalas kerana dikhuatiri akan berlanjutan sehingga mengakibatkan sesuatu yang tidak diingini.

     Sepanjang perjalanan mereka tidak bercakap sehinggalah tiba di hadapan banglo mewah Datin Aliyah.

     Hanis Ariana cuba memaniskan wajah di depan Datin Aliyah. Sebolehnya dia tidak mahu sesiapa pun menyedari apa yang telah berlaku antara dirinya dengan Syahrul Iman. Itu aibnya. Dia akan simpan rahsia itu baik - baik.

     Malam itu, selesai sahaja menolong mengemas dapur selepas makan malam, Hanis Ariana terus masuk ke biliknya. Dia mahu tidur awal kerana esok dia mahu pulang ke rumahnya awal pagi. Tidak mahulah dia terpaksa berlakon seperti tiada apa - apa yang berlaku. Dia tidak selesa.

     Tok! Tok! Tok!

     Terdengar ketukan perlahan dari luar bilik. Hanis Ariana bangun dan membuka pintu. Satu jelingan tajam diberikan kepada Syahrul Iman yang sedang berdiri di hadapan bilik.

     “Hmm... Nak apa?.” Tanyanya malas.

     “You dah nak tidur ke?.”

     “A'ah. Kenapa?.”

     “You masih marahkan I ke, Ariana?.”

     Hanis Ariana tertawa sinis. Kemudian dia menjawab juga dengan nada yang sinis.

     “Orang bodoh. Orang yang merelakan aje yang takkan marah. Encik Syahrul fikir saya ni orang yang macam mana? Hah? Apa yang dah jadi semalam saya dah tak nak ingat dah. Cukuplah masalah dengan ex-husband saya. Please. Jangan tambah lagi.”

     Belum sempat Syahrul Iman membalas, Hanis Ariana sudahpun menutup pintu.

     Keesokan paginya, awal - awal pagi lagi sebelum Syahrul Iman keluar dari biliknya, Hanis Ariana dan Aisyah sudah keluar dari banglo mewah itu. Mereka dihantar pulang oleh pemandu Datin Aliyah. Mulanya Datin Aliyah agak keberatan melepaskan dua beranak itu mahu pulang seawal pagi itu. Namun dia terpaksa melepaskan juga atas alasan Hanis Ariana mahu mengemas rumahnya yang sudah berapa hari di tinggalkan.

     “Mana Hanis, mama?.” Tanya Syahrul Iman kepada mamanya.

     “Dah balik dah pagi tadi. Pak Rashid hantar.”

     “Apa? Dah balik?.” Syahrul Iman terkejut.

     “Iya. Dah balik dah awal pagi tadi. Tak sempat pun nak bersarapan.”

     “Kenapa tak tunggu Iman? Kan Iman yang akan hantar dorang balik rumah. Kenapa balik awal sangat?.”

     “Nak kemas rumah katanya. Dah berapa hari tinggal rumah, kan. Tapi mama rasa dia tak selesa tu lama - lama kat rumah kita ni. Selesa lagi kat rumah sendiri, kan. Mungkin dia tak nak susahkan kita. Susahkan Iman nak kena hantar dia balik.”

     Di dalam hati Syahrul Iman tidak percaya dengan alasan yang diberikan Hanis Ariana itu. Dia tahu. Wanita itu pulang awal ke rumahnya kerana tidak mahu bertemu dengan dirinya lagi. Dan tidak mahu mengingatkan kejadian yang telah berlaku antara mereka.

     Hari Isnin itu, seperti biasa, rutin Hanis Ariana pada hari bekerja adalah menghantar Aisyah ke tadika dahulu dan barulah ke tempat kerja. Aisyah sudahpun mula bersekolah selepas seminggu bercuti.

     Dari kejauhan, Syahrul Iman mengikuti Hanis Ariana daripada belakang. Seawal pagi lagi dia telah menunggu wanita itu di tepi jalan berdekatan rumahnya untuk melihat keadaannya. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia berbuat begitu. Mungkin kerana rasa bersalah yang bersarang di dadanya sejak kejadian di Kuantan kelmarin.

     Sesampai sahaja di Elegant Perfect Designer, Hanis Ariana ke mejanya dengan ceria. Syahrul Iman hanya memerhatikan saja tingkah laku wanita itu.

     “Morning, Encik Syahrul.” Sapa Laila. Syahrul Iman hanya mengangguk dan berlalu pergi menuju ke bilik pejabatnya.

     “Susah betul nak senyum Encik Syahrul tu kan, Hanis. Muka handsome dah. Tinggi, macho, kulit sawo matang... Tapi susah nak senyum. Hmmm...” Bebel Laila.

     “Alah. Biarlah dia.”

     “Kalaulah bos kita tu murah dengan senyuman. Mesti lagi handsome muka tu.”

     “Hmm... Handsome-lah sangat.” Balas Hanis Ariana meluat.

     “Hanis. Encik Syahrul panggil masuk office dia.” Erma menyampaikan pesanan.

     “Hah tu. You seru - seru nama dia. I pulak yang kena panggil.” Laila menyengih apabila kawannya itu membebel.

     Hanis Ariana berjalan malas menuju ke bilik Syahrul Iman. Dia boleh agak apa yang lelaki itu mahukan.

     Tok! Tok!

     “Masuk.”

     “Encik Syahrul panggil saya ada apa ni?.”

     “You okey?.” Hanis Ariana menjeling kepada Syahrul Iman.

     Boleh pula dia tanya okey ke tidak sedangkan dia sendiri tahu apa perasaan dia ketika itu. Hanis Ariana tidak menjawab.

     “Tengah hari ni kita lunch sama?.”

     “Sorry. I don't want.” Jawab Hanis Ariana.

     “Hai handsome!.” Tiba - tiba seorang wanita masuk ke dalam bilik Syahrul Iman dan terus mendapatkan lelaki itu.

     Hanis Ariana terkejut dan Syahrul Iman sudah berkerut dahi.

     “Hai Mel. Bila you balik Malaysia ni? Kenapa tak call? Boleh I jemput you kat airport.”

     “Saja I nak surprise you. Rindulah kat you.” Melisa duduk di atas meja di hadapan Syahrul Iman.

     Hanis Ariana yang melihat adegan itu perlahan - lahan melangkah keluar dari bilik tersebut.

     Menyampah pula dia melihat aksi manja wanita itu. Entah siapa pun dia tidak kenal. Mungkin teman wanita bosnya. Ah. Lantak dialah!

     Tidak lama kemudian, Syahrul Iman keluar dari biliknya bersama wanita tadi. Tergedik - gedik dan berpelukan mesra semasa berjalan telah mencuri pandang mata semua staf di situ.

     “Weh. Awek dia ke tu? Amboi. Seksinya.” Bisik Laila pada Hanis Ariana.

     “Entah. Lantak dialah. Awek ke, scandal ke, siapa ke... I tak amik peduli. Daripada I sibuk hal dia baik I buat kerja I.” Jawab Hanis Ariana.

     Laila terdiam mendengar jawapan temannya itu.

     “Eh, Hanis. I nak tanya you sikit, boleh?.”

     “Apa dia?.”

     “I tengok you ni lain macam aje bila I sebut pasal Encik Syahrul tu. Kenapa? Dia ada buat apa - apa ke kat you masa outstation hari tu?.”

     Gulp! Hanis Ariana terkedu. Nampak sangatkah cara dia seakan tidak berminat mahu bercerita mengenai lelaki bernama Syahrul Iman itu? Laila perasankah?.

     “Mana ada. I malaslah nak gosip - gosip ni. I banyak kerja nak kena settle ni tau. Tu kerja you dah siap belum? Kang dengan you, you kena bebel dengan ‘singa’ tu.” Laila menyengih lalu menyambung semula kerjanya yang terhenti tadi.

     Jam sudah pun pukul 5 petang. Hanis Ariana bergegas keluar kerana mahu menjemput Aisyah. Berebut - rebut dia berjalan ke tempat parkir kereta.

     “Ariana!.” Hanis Ariana menoleh. Kemudian dia mengeluh.

     “I nak cakap dengan you sekejap.”

     “Nak cakap apa lagi ni, Encik Syahrul? Saya dah lambat ni.” Tanya Hanis Ariana sambil melihat jam di pergelangan tangannya.

     “I nak....” Tidak sempat Syahrul Iman menghabiskan ayatnya, Hanis Ariana sudah memotong percakapannya.

     “Okey. Listen, Encik Syahrul. Pasal hal yang jadi antara kita, Encik Syahrul tak payah risau. Saya dah lupakan dah. Dan saya tak nak Encik Syahrul sebutkannya lagi okeh. Anggap aje benda tu tak pernah jadi. Okeh. Saya balik dulu.” Hanis Ariana berlalu meninggalkan Syahrul Iman.

     Sesungguhnya dia tidak mahu bercakap mengenai kejadian malam itu lagi. Itu membuatkan dia teringat akan setiap aksi panas antara mereka. Sungguh! Dia berasa sangat berdosa. Ikutkan hati ni, mahu saja berhenti kerja kerana tak nak bersemuka dengan Syahrul Iman. Tapi apakan daya dia. Nak cari kerja sekarang ini bukannya senang. Hendak tak nak, terpaksalah dia mengadap lelaki itu.

     

 

 

     

 

     

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience